Tuesday, April 3, 2012

Benarkah Dia Bukan Jodoh Ku

'Ermmm......... bergemerlapan bintang -bintang di langit membuatkan aku terbuai dengan keasyikan sepoi-sepoi angin malam,tatkala aku berduka disitu lah akan aku pencilkan diri di dalam bilik rumah orang tua ku....sehingga terlelap .Suasana pagi yang santai,dalam pejabat pun kurang kerja lebih2 lagi Staff tak ramai .Aku teringat berberapa kisah cinta yang pernah aku lalui kadang-kadang membuatkan aku rasa tawar hati dengan sikap segelintir lelaki,serik.Ada yang Masih bergelar suami tapi mengaku bujang...huhuh macam2 pun ada.. setiap kesusahan yang aku lalui pasti ada kesenangannya nanti insyaallah...
kelukaan hati ini lebih terasa apabila kekasih ku pergi buat selamanya...

Friday, February 17, 2012



ingatlah teman ,taulan ,saudara,ingatlah kematian itu pasti...

Tuesday, February 14, 2012

Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?

Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Perkara Khilafiyyah, Soal Jawab Untuk Faham
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini :
1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :
فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)
Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)
Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.
ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ
Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
(Surah al Ma’idah ayat 12)
Erti “azzartumuhum” ialah “memuliakan mereka” (Tafsir Tabari, juz VI halaman 151) Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Nabi.
2. Saya ingin menyemaikan perasaan cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada baginda. Bukankah rasuluLlah bersabda begini :
“Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.”
(Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)
Ahh.. bukankah kita sendiri meraikan ulang tahun kelahiran sendiri ? Ibu dan ayah. Bahkan ada pula golongan yang meraikan kelahiran ‘mujaddid’ mereka sendiri ? Jika kita sendiri pun menyambut hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir diri dan juga orang lain. Mengapa kita tidak menyambut hari kelahiran manusia agung yang pengutusannya ke muka bumi ini memberi rahmat kepada sekalian alam ?
Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam :
“Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri”. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata : “Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri.” Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Demi Allah subahanahu wa ta’ala, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sekarang wahai Umar.”
(Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 6 hlmn 2445)
3. Maulidul Rasul itu tidak pernah dibuat oleh RasuluLLah dan ia bid’ah sesat ?
Ada dalil umum bagaimana RasuluLlah sendiri pernah menyebut mengenai hari-hari kebesaran contohnya :
Bahawasanya Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam datang ke Madinah, maka Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam mendapati di situ orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang Yahudi itu: Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura ?
Jawab mereka : ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Fir’aun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami puasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka RasuluLlah bersabda : Kami lebih patut menghormati Musa dibanding kamu”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Banyak sebenarnya perkara yang tidak pernah dibuat oleh RasuluLlah tetapi dilakukan oleh sahabat dan para salafussoleh melalui ijtihad mereka dalam perkara ibadah contoh yang senaraikan oleh bekas Mufti Iraq iaitu Sheikh Abdul Malik Abdul Rahman as Sa’adi :
1. Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam pernah menyamakan (qiyas) hukum menunaikan haji dan berpuasa untuk seorang yang telah mati dengan hutang terhadap hamba ALlah yang ia wajib tunaikan. (Fath al Bari, jld 4, m.s 64)
Walaupun ini tidak dianggap hukum yang telah ditetapkan oleh qiyas tetapi dengan nas, kerana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam diberi kebenaran untuk mengeluarkan hukum, tetapi ini sebenarnya baginda telah membuka satu peluang atau laluan atau pintu kepada umatnya secara umum akan keharusan menggunakan qiyas. Terutama di dalam persoalan ibadah khusus kerana haji dan puasa adalah di antara bentuk ibadah.
2. Saidina Umar berpendapat bahawa tidak batal puasa seseorang yang berkucup dengan isterinya, kerana mengqiyaskan dengan berkumur-kumur ketika berpuasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al Baihaqi).
3. Dalam menetapkan satu miqad baru iaitu Zatu Irq bagi jemaah Haji atau Umrah yang datang dari sebelah Iraq, Saidina Umar mengqiyaskannya dengan tempat yang setentang dengannya iaitu Qarn al Manazil. Sedangkan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam hanya menetapkan empat tempat sahaja sebagai miqat tetapi Saidina Umar menambah satu lagi iaitu Zatu Irq (menjadi lima). (Lihat al Mughni, jld 3, m.s 3 258 dan Fath al Bari m.s 389)
4. Saidina Uthman mewujudkan azan dua kali (pertama dan kedua) pada hari Jumaat diqiyaskan dengan azan 2 kali pada solat subuh dengan alasan bahawa azan yang pertama pada Solat Subuh disyariatkan pada zaman RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur, maka begitu juga azan yang pertama pada solat Jumaat untuk mengingatkan mereka yang sedang sibuk berniaga di pasar dan yang bekerja (Nailul al Authar : 3/322)
5. Jumhur ulama mengharuskan dua solat sunat yang bersebab pada waktu yang makruh diqiyaskan dengan solat sunat selepas Zohor yang diqadha’ oleh RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam selepas Solat Asar ( Lihat al Nawawi, Syarah sahih Muslim: 6/111)
6. Sebilangan besar pada ulama berpendapat, menyapu tangan sampai ke siku ketika tayammum adalah wajib diqiyaskan dengan membasuh kedua tangan ketika berwudhuk. (Lihat Mughni al Muhtaj:1/99 dan al Mughni: 1/204)
7. Bagi ulama yang berpendapat bahawa solat sunat sebelum Solat Jumaat adalah sunat muakkad mengqiyaskan dengan solat sunat sebelum Zohor. Manakala sebilangan ulama lain di antaranya Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat bahaya ia adalah sunat (sunat mutlak bukannya sunat muakkad) mengqiyaskannya dengan solat sunat hari raya yang tidak ada solat sunat (muakkad) sebelum solat tersebut. ((Al Fatawa: 24/194)
8. Sesetengah ulama bermazhab Hanafi mengqiyaskan air yang banyak yang tidak terjejas apabila jatuh najis ke dalamnya dengan air laut dari segi banyaknya. (al Mushili, al Ikhtiyar: 1/14)
9. Para ulama bermazhab Hambali mengharuskan ganti dengan memberi makanan sebagai kaffarat bunuh (yang tidak sengaja), kerana mengqiyaskannya dengan kaffarat zihar dan kaffarat jimak pada siang hari Ramadhan (Al Mughni: 8/97)
10. Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya, dibasuh setiap benda yang terkena najis sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan air tanah, kerana beliau mengqiyaskannya dengan sesuatu yang terkena najis anjing atau babi (Al Mughni: 1/54-55)
11. Menurut Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, diwajibkan berdiri sekadar yang termampu bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri dengan sempurna ketika solat samada kerana ketakutan atau kerana atap hendak roboh diqiyaskan dengan hukum berdiri seorang yang bongkok. (Al Mughni: 2/144)
12. Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250)
13. Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267)
14. Imam Malik membolehkan qadha’ solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120)
15. Imam Abu Hanifah, Ath Thauri dan Al Auza’ie membolehkan lewat solat bagi mereka yang tidak menemui air dan tanah sehinggalah menemuinya, kemudian mengqadha’nya diqiyaskan dengan melewatkan puasa bagi wanita yang kedatangan haid (Al Mughni: 1/267)
Ini hanya sebahagian kecil daripada sebilangan besar persoalan ibadah yang dikeluarkan hukumnya berdasarkan kaedah qiyas. Qiyas ini adalah ijtihad dan pandangan. Oleh itu, sesiapa yang melarang menggunakan qiyas di dalam ibadah secara mutlaq, maka pendapatnya tidak dapat diterima sebagaimana yang dinyatakan tadi.
Ibnu Umar radiyaLlahu anhu berpendapat, solat Sunah Dhuha tidak digalakkan di dalam syariat Islam melainkan bagi mereka yang tiba dalam permusafiran. Beliau hanya mengerjakannya ketika tiba di Masjid Quba. Ini diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Mauriq katanya :
“Aku pernah bertanya kepada Ibnu Umar RadiyaLlahu ‘anhu.” Adakah kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab “Tidak”, Aku bertanya lagi “Adakah Umar mengerjakannya?” Beliau menjawab “Tidak”. Aku bertanya lagi ” Abu Bakar?” Jawabnya: “Tidak” Aku bertanya lagi: “RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam?” Jawabnya “Aku tidak pasti”.
Menurut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani:
“Sebab tawaqqufnya Ibnu Umar pada masalah itu kerana beliau pernah mendengar daripada orang lain bahawa RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakannya tetapi beliau tidak begitu mempercayai perkara itu daripada seorang yang menyebut kepadanya.”.
Maka, beliau menganggap solat Dhuha adalah di antara bid’ah yang baik sepertimana yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada beliau (Ibnu Umar).
Menurut Al A’raj:
“Aku pernah bertanya Ibnu Umar berkenaan Solat Sunah Dhuha? Beliau menjawab: “Ia adalah bid’ah dan sebaik-baik bid’ah”
. (Fath al Bari: 3/52)
Sepertimana yang telah dinyatakan daripada Ibnu Umar tadi, membuktikan bahawa perkara-perkara yang baharu diwujudkan dalam ibadah memang berlaku dan diakui oleh pada sahabat RadiyaLlahu ‘anhum sendiri.
4. Adakah contoh para salafussoleh yang menyambut maulidul Rasul ?
Prof Dr Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir menjawab begini :
Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke 4 dan ke 5 merayakan peringatan maulid nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al Quran, berzikir, melantunkan puisi-puisi dan puji-pujian tentang rasuluLlah. Hal ini ditegaskan oleh sebilangan ulama seperti : Al Hafizh Ibnu Jauzi, Al Hafizh Ibnu Katsir, Al Hafizh Ibnu Dihyah, al Hafizh Al Hebatusi, Al Hafizh Ibnu Hajar dan Penutup Huffazh (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin Al Suyuthi.
5. Ulamak lain yang membenarkan ?
Dalam kitab al Madkhal, Ibnu Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan yang berkaitan dengan perayaan ini dan dia mengemukakan huraian penuh manfaat yang membuat lapang hati orang yang beriman.
Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang Maulid Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam :
Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan emreka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.
Imam Abu Syamah berkata :
Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk
(I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.
Ya Allah jadikanlah kami senantiasa menyintai Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam
Sumber rujukan :
1. Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
2. K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan, Malaysia
3. As Shiekh al Hafiz Abu al Fadl AbduLlah al Siddiq al Ghumari, Makna Sebenar Bid’ah Satu Penjelasan Rapi, Cetakan 2007, Middle East Global (M) Sdn. Bhd, Selangor.
4. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur

Friday, December 2, 2011

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta
Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup
Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Mengapa Urus Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:
  1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
  2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
  3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.
 
Ikuti tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:
  • Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
  • Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
  • Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

  • Bagi seseorang yang menghidap penyakit buah pinggang iaitu Neprotic Syndrom,pastikan anda menjaga diet pemakanan anda.

    Ini kerana sekiranya kandungan protein keluar melalui air kencing,maka hati akan mengelurkan protein bagi menggantikan kandungan protein yang keluar.

    Selain itu,secara automatik hati juga akan mengeluarkan kandungan lemak dan ini akan menyebabkan kandungan lemak di dalam darah akan meningkat.

    Pastikan pesakit Neprotic Syndrom mengamalkan diet yang kurang garam dan protein.

Turunkan Berat Badan

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

Spinal stenosis Antara Punca Kaki, Tangan dan Leher jadi Kejang, Kebas

Ruang tulang belakang sempit bukan penyakit
BH
Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.
Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.

Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra).

Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah masalah biasa dialami mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Bagaimanapun, bagi orang muda, masalah itu boleh terjadi apabila mereka cedera pada tulang belakang. Selain itu mereka yang lahir dengan laluan tulang belakang yang sempit juga berisiko berhadapan dengan spinal stenosis.

"Selalunya spinal stenosis terjadi di bahagian bawah tulang belakang (lumbar). Penyempitan memberi tekanan kepada tulang belakang atau saraf yang keluar secara bercabang daripada tulang belakang," katanya.

Beliau berkata, spinal stenosis membawa kepada pelbagai masalah bergantung kepada saraf yang terjejas, "Penyempitan itu mungkin membabitkan bahagian yang kecil atau besar pada tulang belakang. Tekanan pada bawah tulang belakang atau akar saraf yang bercabang keluar dan pada kawasan itu mungkin meningkatkan rasa sakit atau kebas pada kaki. Ia boleh berlaku pada satu peringkat saja atau banyak peringkat," katanya.

Secara umum, spinal stenosis menyebabkan kekejangan, sakit atau kebas pada kaki, belakang, tengkuk, bahu atau lengan. Kadangkala pada peringkat lebih serius ia boleh membawa masalah kepada pundi kencing atau pergerakan usus.

Simptom lemah spinal stenosis boleh dihilangkan dengan ubat atau terapi fizikal, tetapi dalam kes yang lebih serius ia mungkin memerlukan pembedahan bagi mewujudkan ruang tambahan.

Walaupun pembedahan membantu mengurangkan kesakitan, ia tidak boleh memperbaiki saraf yang rosak atau menghentikan proses 'degenerative' (kemerosotan tulang disebabkan penuaan) yang membawa kepada spinal stenosis.

"Spinal stenosis biasa terjadi pada bahagian L4 dan L5. Kira-kira 80 peratus lelaki pada usia 40 tahun akan mengalaminya dan 65 peratus wanita mengalaminya pada usia yang sama," katanya.

Secara klinikal, kekerapan wanita mengalaminya berbanding lelaki adalah tiga nisbah satu atau lima nisbah satu.

Punca spinal stenosis

Dr Ezam berkata, spinal stenosis dikategorikan sebagai 'primary' atau 'acquired'. Ia selalunya berlaku ketika lahir. Antaranya masalah yang tidak diketahui puncanya (idiophatic) dan masalah disebabkan kecacatan bentuk fizikal seperti orang yang dilahirkan kerdil (achondroplasia).

Bagi kategori 'acquired pula, ia selalunya berlaku disebabkan perubahan kemerosotan (degenerative) tulang belakang yang seiring dengan penuaan. Selain itu, ia boleh terjadi disebabkan faktor berikut:
• Diska teranjak;
• Perubahan ligamen;
• Tumor;
• Jangkitan seperti tibi;
• Patah tulang belakang;
• Kelonggaran tulang belakang;
• Kesan pembedahan tulang belakang pada masa lalu.

Gejala Spinal Stenosis
  • Penyempitan tulang belakang selalunya tidak menimbulkan masalah, tetapi jika penyempitan itu menekan tulang belakang atau saraf tulang belakang, ia akan membentuk simptom. Selalunya ia bermula dengan rasa sakit yang sedikit sebelum berubah menjadi makin teruk.
  • Rasa sakit atau kejang pada kaki. Selalunya rasa kejang pada kaki bermula apabila anda berdiri terlalu lama atau ketika berjalan. Rasa sakit itu hilang apabila anda membengkok atau duduk tetapi terjadi kembali apabila anda berdiri semula.
  • Rasa sakit pada belakang dan pinggul. Diska yang teranjak boleh menekan saraf pada bahagian bawah tulang belakang. Ia membawa kepada rasa sakit yang bermula pada pinggul atau punggung yang turun ke bahagian kaki. Rasa sakit makin teruk bila anda duduk tetapi hanya menjejaskan satu bahagian saja. Anda akan berasa kebas, lemah dan rasa digigit gigit (tingling) pada kaki atau jari kaki.
  • Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan kelemahan otot.
  • Hilang kawalan pundi kencing (sindrom cauda equina). Dalam kes yang serius, saraf pundi kencing atau usus terjejas menyebabkan sebahagian atau keseluruhan bahagian pundi kencing terjejas. Ia terjadi di kalangan tiga hingga empat peratus pesakit.

Rawatan
Rawatan bukan pembedahan
  • Ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs). Biasanya membabitkan ubat yang boleh dibeli di kaunter seperti aspirin atau ibuprofen.
  • Analgesics - bukan penahan sakit.
  • Pengambilan makanan tambahan.
  • Berehat atau mengehadkan aktiviti yang boleh memperbaiki simptom.
  • Terapi fizikal.
  • Pemakaian alat bantuan seperti korset.
  • Suntikan epidural.

Thursday, December 1, 2011

Aku,Dia & Kamu

Bab 1

Bermimpikah aku? Dilihatnya baju gaun yang dipakainya. Putih begermelapan, seakan-akan watak cerita kartun yang digemarinya sejak kecil sehingga kini. Tidak puas menatap baju yang sungguh cantik itu, dia membelek-belek pula skirt labuh yang kembang dan panjang itu. Setiap inci baju itu ditatapnya puas-puas. Sekiranya ada cermin dihadapannya ketika itu, tentu sudah lama dia menari-nari di hadapannya. Rambutnya? Rambutnya yang panjang paras pinggang didandan rapi. Akma mengelus lembut wajahnya dan matanya. Pandangannya jelas sejelas-jelasnya tanpa kaca mata yang biasanya dipakai setiap masa.

Seketika kemudian, kereta yang dinaiki tiba ke destinasi yang dituju. Pemandu kereta segera membuka pintu untuknya.

Silakan Cinderella..

 Siapa Cinderella?

Akma masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Aku kah Cinderella itu? Itulah nama yang dipanggil padaku oleh pemandu kereta, bisik Akma didalam hati. Dilihatnya kasut yang dipakai. Kalau betul aku Cinderella, tentunya aku memakai kasut kaca, katanya perlahan. Separuh menjerit Akma bila dilihat kasut yang dipakai memang diperbuat daripada kaca.

Akma mengucapkan terima kasih kepada pemandu dan terus menuju ke pintu istana yang sudah tersergam indah dihadapannya. Dia melangkah masuk tatkala pintu itu terbuka luas. Akma yakin bahawa ada seorang putera kacak yang sedang menantinya didalam. Prince Charming tentu sedang menantikan kehadiran Cinderella. Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah putera tersebut.

Sedang melangkah, matanya tertancap ke arah jam dinding besar yang betul-betul terletak di atas dinding bangunan yang besar itu. Sudah pukul 11.30 malam. Lewatnya aku...pukul 12.00 aku terpaksa berlalu, keluh Akma sendirian. Jari jemarinya lantas menekan kekunci telefon bimbitnya.

Waktu perlu dikejar. Sekiranya dia memakai seluar ketika itu, tentu sudah lama dia berlari menuruni tangga yang berada di hadapannya. Pakaian yang dipakai ketika itu tidak memungkinkan. Pergerakannya terbatas.

Akma melihat dewan itu sesak dengan orang ramai yang memakai topeng baldu. Mereka yang sedang rancak menari tadi terus berhenti apabila melihat kehadiran Akma. Semua mata di dewan tertumpu ke arahnya. Muzik pun turut terhenti. Sunyi dewan seketika. Akma merasa malu diberi perhatian yang sebegitu rupa. Terasa ingin berlari keluar semula meninggalkan majlis tetapi sebaliknya berlaku. Kakinya melangkah turun satu persatu tangga yang amat besar dan lebar itu.

Muzik berkumandang semula. Muzik waltz yang tenang memenuhi ruang udara dewan tersebut memang amat mengasyikkan. Akma terbuai dengan alunan muzik sehingga terlupa dengan tumpuan yang diberikan padanya tadi. Dia tidak sedar sedari tadi seseorang sedang menuju ke arahnya.

Sudikah tuan puteri menari dengan beta?

Suara ditutur dengan lembut sekali, penuh tanda hormat. Akma agak terperanjat dengan sapaan yang diberikan dan terus memalingkan mukanya untuk menatap wajah tuan putera yang dikatakan kacak itu.

Tuan putera?Tangan tuan putera yang dihulurkan dicapainya.

Ya..siapa lagi? Beta memang menunggu kehadiran seseorang seperti tuan puteri.

Akma dapat melihat bibir tuan putera sedang mengukir senyuman. Walau bagaimanapun, Akma tidak dapat melihat wajah di sebalik topeng baldu tersebut. Dari renungan matanya dan susuk badannya, Akma dapat merasakan dia seorang lelaki yang tampan dan segak. Tentulah, gelak Akma sendirian. Seperti dalam cerita fantasi, tuan putera selalunya digambarkan mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Tuan Putera memimpin Akma ke tengah dewan tarian. Mereka mula menari. Akma cuba menahan gelojak perasaannya.

Siapa nama tuan puteri?

Panggil Akma sahaja jawab Akma malu-malu.

Gembira dapat bertemu dengan kamu.

Saya juga..

Tuan Puteri dari negeri mana?

Akma terdiam sebentar dengan soalan tersebut. Kepalanya ligat memikirkan apa nama negeri yang perlu diberinya. Hendak mereka cerita, takut putera dapat menghidu pembohongannya.

Err...Errm

Ya? Di mana?

Alunan muzik yang perlahan tadi tiba-tiba bertukar ke rancak. Tarian kali ini berubah rentak. Akma bersyukur kerana lagu itu telah dapat mematikan pertanyaan Putera. Mereka mula menari mangikut rentak fast beat. Inilah malam yang paling menyeronokkan dan membahagiakan bagi Akma. Menyeronokkan kerana dapat menghilangkan tekanan dan membahagiakan kerana dapat bertemu jejaka idaman hati. Akma ingin menggunakan saat itu sepenuhnya. Dia takut waktu seperti itu tidak akan berulang lagi.

Setelah selesai lagu rancak, irama romantis menyusul.

Tiba-tiba alunan muzik tadi terganggu dengan lagu ala-ala metal. Terperanjat betul Akma. Rupa-rupanya loceng pada telefon bimbit yang di 'set' oleh Akma berbunyi menandakan sudah hampir pukul 12.00 tengah malam.

Telefon bimbit berbunyi? Lagu metal pulak tu.. kata putera sekilas. Akma hanya mengangguk dan tersenyum kambing.

Awak sepatutnya mematikan telefon bila berada di sini. Terganggu.. jelas putera. Akma masih tersenyum mendengar kata-kata putera, dia tidak mengendahkan langsung apa yang dikatakan kerana fikirannya sudah melayang merancang strategi.

Aku perlu segera pergi dari sini, bisik hatinya. Hatinya resah gelisah memikirkan apa pandangan putera terhadapnya setelah melihat keadaanya yang sebenar. Walaupun begitu, hatinya turut merasa berat untuk meninggalkan putera kerana dia belum berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat. Siapakah kau yang sebenarnya? Wajah siapakah yang tersembunyi itu? Adakah ini jejaka yang kutunggu-tunggu selama ini?

Tuan Putera, patik terpaksa pulang dengan segera. Maafkan patik. Kalau jodoh kita panjang, kita akan berjumpa lagi, terang Akma sambil cuba melepaskan genggaman tangan tuan putera.

Lengan Akma dipegang kuat, tidak memungkinkan Akma untuk berlalu dari situ.

Mana mungkin beta melepaskan. Majlis belum berakhir lagi. Lagipun Akma baru sahaja sampai, pujuk tuan putera.

Akma cuba sedaya upaya untuk melepaskan pegangan putera itu, tetapi tidak berjaya. Fikirannya tidak menentu lagi, kerana jarum besar di atas dewan sudahpun hampir beberapa saat sahaja lagi ke pukul 12.00. Kerana tiada jalan lain, dia terus memijak kasut tuan putera dengan kasutnya yang bertumit tinggi dan runcing sekuat-kuat hatinya.

�Aduh! Apa yang kau buat ni?� jerit tuan putera sambil memegang kakinya yang sakit itu. Terencot-encot dia menahan kesakitan. �Tak boleh jadi ni!� katanya lagi sambil mengejar Akma walaupun kakinya masih lagi sakit. Dia menahan kemarahan yang mula menjalar akibat perbuatan Akma tadi. Pada ketika itu, topeng yang tadi melekat dimukanya ditanggalkan.

Suasana dewan turut menjadi riuh rendah dengan perlakuan Akma dan tuan putera tadi.

Tanpa melengahkan masa, Akma berlari menuju ke arah tangga. Dia tidak peduli lagi. Dia tidak mahu putera melihat wajahnya. Jam di dinding dewan mula berdenting. Akma sudah mula kecut. Dia dapat merasakan perubahan pada dirinya satu persatu. Kasut kaca yang dipakainya sudah hilang. Dia kini berkaki ayam. Tetapi dia bersyukur juga, tanpa kasut tersebut dia dapat berlari dengan lebih pantas lagi. Tetapi telahannya meleset apabila tuan putera dapat menyainginya dan berdiri betul-betul dihadapannya.

Tunggu!Tangannya didepakan untuk tujuan menghalang.

Maafkan saya putera. Tolong lepaskan saya. Saya perlu balik sekarang! tegas Akma. Bajunya yang cantik tadi telah berubah kepada baju kemeja dan seluar jeans yang dipakainya sebelum itu. Rambutnya yang didandan cantik, kini terurai panjang dan kelihatan agak kusut. Matanya sudah mula kabur semula. Rupaku betul-betul hodoh sekarang, fikir Akma. Dia menutup mukanya dengan tangan, tidak mahu dirinya dilihat sebegitu rupa dihadapan putera.

Saya tak akan benarkan. Awak sudah mencederakan saya, katanya sambil memegang tangan Akma yang sedang menutup muka. Walaupun putera sedikit terperanjat dan keliru dengan perubahan Akma, dia masih tidak berganjak dengan pendiriannya untuk mengenali gadis tersebut.

Lagipun..awak tidak beritahu saya siapa awak yang sebenarnya. Awak tak kelihatan seperti seorang puteri. Kamu nak menipu beta??Dia menarik sekuat hati tangan Akma yang terbenam kukuh pada mukanya.

Tidak..tak boleh!

Apa yang tak bolehnya! Buka tangan kamu sekarang!

Saya kata tak boleh tak bolehlah!

Kenapa tak boleh. Awak cantik sangat ke? Buruk kot?

Akma yang sakit hati mendengar kata-kata tuan putera sudah tidak dapat menahan perasaan lagi. Sanggup tuan putera berkata demikian padanya. Baginya walaupun dia tahu dirinya tidak cantik, sekurang-kurangnya, kata-kata perlulah berlapik. Terus hormatnya pada tuan putera hilang sama sekali. Dengan perasaan marah, dia terus mendekatkan mukanya pada wajah tuan putera dan melepaskan tangan yang membaluti mukanya tadi.

Hah..puas hati tak? Buruk tak saya? Burukkan?!

Tuan putera terus tergamam melihat wajah Akma. Dia terus terkaku disitu, tidak bergerak langsung. Wajah Akma dapat dilihat dengan jelasnya kerana cahaya lampu yang terang menyuluh tepat ke wajahnya.

�Ha..kenapa jadi batu? Awak tu handsome sangat ke? Mari saya tengok!� Akma terus meraba muka putera yang masih lagi samar-samar pada pandangannya. Didekatkan mukanya ke wajah tuan putera kerana ingin melihat dengan lebih jelas. Tuan putera tidak menolak hanya membiarkan sahaja.

Setiap inci wajah putera itu diterokainya. Hidungnya, lantas Akma dengan sengaja memicit hidung yang mancung itu. Terjerit seketika tuan putera sambil menepis tangan Akma. Padan muka, desis hati Akma.

Bibirnya elok terletak, Akma mengecilkan matanya untuk melihat mata tuan putera. Hmm..matanya memancar.. cantik juga..sempat lagi Akma memberi pandangan walaupun hatinya mendidih ketika itu. Adakah.. adakah mata itu sedang merenungnya tika ini?

Akma terus menarik tangannya semula apabila dilihat sepasang mata itu merenungnya lembut tanpa berkedip. Akma tidak pasti makna renungan itu. Apakah maknanya? Matanya yang kuyu itu menggamit pandangan Akma. Akma juga tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada mata itu. Mereka saling merenung antara satu sama lain lama..

MATA itu.....?
Bab 2

�Akma! Bangunlah...dah pukul 6.30 nih. Taknak solat ker?� Hani menggerakkan Akma perlahan-lahan. Akma terpisat-pisat seketika. Matanya masih mengantuk lagi. Pantas, tangannya mencapai telefon bimbit kerana masih tidak percaya dengan kata-kata Hani. Jarang sekali ataupun tak pernah sekali dia lambat terjaga daripada tidurnya. Mungkin kerana malam tadi dia sibuk dengan tugasan menyiapkan 'assignment' sehingga terlajak sehingga ke tiga pagi.

�Aku cuti la..� Bantal peluk ditekup pada mukanya.

�Akma! Ko mimpi apa tadi. Dok senyum sorang-sorang..Hehe� Hani mula menyakat.
�Tulah tidur lambat lagi. Ntah apa-apa ko mimpi. Jumpa Prince Charming ye?�

�Merepek la ko Hani. Aku mimpi ...�

�Mimpi apa?� Cepat sahaja Hani memotong percakapan Akma.

�Hmm...Mimpi Aku dapat 4 Flat exam semester nih..� Akma menyengih.

�Ler.......buang karan�

�Ok ape. Mana tahu mimpi aku jadi kenyataan.�

Akma lantas mencapai tuala mandi dan bergegas mandi. Setelah selesai mandi, dia bersiap ala kadar sahaja. Dia mengenakan sepasang jeans yang baru sahaja dibelinya di Mines Shopping Centre bersama dengan kemeja tebal bercorak petak. Kemudian dia menyarung tudung bercorak simetri dan dipin di hujung untuk mencantumkannya. Dia tidak suka memakai tudung mengikut fesyen terkini. Baginya, pemakaiannya melecehkan, memerlukan banyak masa dan merimaskan. Akma memang tidak kisah langsung dengan penampilannya, asalkan dia selesa sudah cukup.

Hani pula telah tiada dibilik. Tentu sudah keluar bersarapan dengan teman lelakinya. Mereka memang tidak boleh dipisahkan langsung sehinggakan Akma merasa sedikit terasing. Akma seringkali berseorangan. Tidak dapat bergurau seperti selalu, makan bersama seperti dulu. Hani sahajalah teman rapat yang dia ada, tanpanya dia seolah-olah tiada kawan lagi.

Akma bercadang untuk pergi menjilid tugasan dan menghantar pada pensyarah setelah selesai kuliah tengahari. Memang menjadi rutin Akma menghantar tugasannya sehari lebih awal tarikh akhir. Pensyarah amat senang dengan ketekunan Akma dalam melaksanakan tugasannya. Dia tidak pernah menghantar assignment lewat dan hasil tugasannya pun amat membanggakan.

Dia mengeluarkan disket yang berisi tugasannya daripada 'floppy drive' dan memasukkan ke dalam poket. Akma memang tidak selesa membawa beg. Dia lebih suka membawa kelengkapan penting sahaja, pen dan juga buku kecil. Semuanya muat-muat betul di dalam poket baju kemeja dan seluar. Seperti kebiasaannya, selepas balik daripada kuliah dia akan menyalin nota tadi ke dalam buku sambil mengulangkaji kembali apa yang diajar oleh pensyarah. Baginya, dengan cara itulah ilmu yang dipelajari akan lekat terus ke dalam kepalanya. Dia tidak suka mengulangkaji 'last minute', kerana cara itu tidak berkesan padanya.

Setelah memakai kasut, dia bergegas ke motosikal modenas yang baru dibeli dan terus menuju ke dewan kuliah.

Jarak antara asrama dengan dewan kuliahnya, tidaklah jauh sangat. Cuma memakan masa 5 minit kalau bermotor. Tetapi, kalau berjalan kaki, mungkin akan mengambil masa 20 minit ke setengah jam, bergantung pada kekuatan dan kelajuan kaki berjalan, hehe.. sempat lagi Akma memikirkan perkara nakal itu apabila melihat kawan-kawan sekuliah yang berjalan kaki.

Sedang sibuk memerhatikan kawasan sekeliling yang redup dipenuhi pokok, tiba -tiba sebuah motosikal besar Aprilia berwarna hitam memintas laju didepannya. Hampir terjatuh Akma dari motosikal, terasa seperti ingin menyumpah perlakuan pemandu motosikal tersebut. Akma memperlahankan motosikalnya. Kemudian dua lagi motosikal yang hampir kurang sama besarnya melintas dihadapannya laju.

�Dik...kalau nak bawak motor perlahan macam tu, janganlah lalu tengah-tengah jalan,� tegur salah seorang mat motor tadi, dengan nada mengajuk.

Berapi sahaja Akma mendengar teguran tersebut. Sudahlah hampir nak melanggarnya tadi, ini pula sedap-sedap sahaja hendak mempermainkan orang. Akma menjeling tajam kepada mat-mat motor tadi. Nak dikejar dia bawa motor kapcai sahaja, tak setanding dengan motor besar dan makan banyak minyak itu.

* * * * *

�Hah Nuar. Ko ni dah ok belum?� Suffian, nama manjanya Yan turun dari motosikal TZM berwarna merah dan meletakkan helmet di atas motornya.

�Ko jangan cakap lagi boleh tak? Aku tak ada masa nak fikir pasal perempuan tu.�

�Come on lah Nuar. Takkan lah ko tak sakit hati langsung?� Mike menyampuk.

Nuar buat tak tahu sahaja dengan pertanyaan dua orang kawan baiknya itu. Hati masih membara walaupun tidak ditunjukkan pada mereka. Kalau boleh Anuar mahu meyimpan rasa marah dan sakit hatinya itu didalam hati sahaja. Dia kan lelaki. Malulah kalau menangis di depan orang. Mereka terus masuk ke dalam dewan kuliah.

Pada ketika itu, Akma baru sahaja tiba ke tempat yang dituju. Sempat lagi dia mengerling ke arah tiga biji motosikal yang memotongnya tadi. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Masih ada lagi 5 minit ke pukul 8.30 pagi. Sempat lagi ni.

Akma terus menuju ke arah 3 biji motosikal yang diparkir tidak jauh darinya. Dia meneliti satu persatu motorsikal tersebut. Dua biji TZM merah dan satu lagi Aprilia. Apa yang ada dengan motorsikal besar, kalau tuan punya tak ada kesedaran sivik? fikirnya lagi. Dia mula memikirkan rancangan untuk mengenakan mereka bertiga. Sedang berfikir, matanya terpandang topi keledar hitam di atas motor Aprilia. Automatik, dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Akma meneliti di sekeliling. Nampak seperti tiada orang disekitar. Lantas dia mengambil helmet tersebut dan membawanya masuk ke dewan kuliah. Dia meletakkan helmet itu betul-betul di sebelah dalam dewan berdekatan pintu utama belah kanan.

Akma tersenyum sendirian. Puas hatinya dapat mempermainkan mereka. Biar tuan punya tercari-cari ke mana hilangnya helmet.

�Ko panggil aku adik ye...rasakan penangan adik korang nih...�

Selesai sahaja kuliah, Akma sengaja keluar lambat dari dewan. Dia tidak sabar ingin melihat aksi budak bertiga itu setelah salah seorang daripada mereka kehilangan helmet. Akma tersenyum sendirian.

�Weh..mana helmet aku?� Hampir seluruh motorsikal dicarinya. Yan turut mencari topi keledar di kawasan berdekatan motorsikal mereka.

�Ko letak dekat mana?�

�Ko bawak masuk tak?� Mike pula bertanya. Dia tidak pula menolong untuk mencari. Cuma duduk di atas motorsikal sambil memerhatikan Yan dan Nuar yang sibuk mencari helmet tersebut.

�Aku letak atas motor.�

�Pergilah carik. Ko tertinggal kat rumah tak?� Mike mula membuat lawak poyonya.

�Nak carik kat mana? Satu kampus?!� Nuar sedikit berang. Sudahlah mood tidak baik pagi itu, sekarang ditambah pula dengan soalan-soalan yang bodoh seperti itu.

�Beli lainlah Nuar kalau susah sangat� Mike mula menongkat dagu.

�Aku tak ada mood. Pinjam helmet ko dulu..�

Yan pula telah menghidupkan enjin motornya. �Ko tunggu dekat sini. Aku balik rumah ambil spare..�

�Cepat sikit. Aku tak mahu tunggu kat sini lama-lama.� tekan Nuar. Nuar memang dikenali sebagai kepala atau ketua kerana ketegasannya.

Akma melintas dihadapan mereka. Walaupun mengambil kursus universiti yang sama, Akma masih tidak kenal mereka secara peribadi. Akma cuma tahu yang mereka bertiga ini memang ramai peminat. Selain daripada rupa yang kacak dan mempunyai susuk tubuh tegap dan tinggi, mereka anak orang kaya. Malahan, teman baiknya, Hani juga pernah jatuh hati dengan Yan sebelum ini. Teman wanita masing-masing pun tidak kurang cantiknya. Hai...memang gigit jari sahajalah peminat-peminat mereka tu. Citarasa tinggi.

Akma memeriksa poket seluarnya, mencari-cari disket. Pada perkiraannya dia ingin menjilid tugasan di kedai fotostat berdekatan dengan dewan kuliah. Setelah mencari dalam poket seluar, dia memeriksa pula poket bajunya. Tiada? Dia yakin sangat dan ingat lagi yang dia telah memasukkan disket itu ke dalam seluarnya. Mana aku jatuhkan?

Akma masuk semula ke dewan kuliah. Dia mencari di setiap tempat duduk, dibawahnya, di atas meja. Tetapi tidak menjumpai apa-apa. Akma semakin resah. Seketika kemudian, dia ternampak helmet yang disoroknya tadi.

Secara automatik dia terfikir, inikah balasan yang diterima akibat perbuatannya? Inikah hukuman yang diberikan kerana menyusahkan orang lain?

Akma mengintai dari balik pintu dewan ke arah mat motor tadi. Dia masih disitu, masih mencari-cari helmetnya. Rasa kasihan pun ada. Hendak dipulangkan semula, takut dimarahi. Setelah berfikir panjang, Akma nekad untuk memulangkan semula. Dia mengambil helmet tersebut dan menuju teragak-agak ke arah Anuar.

�Awak cari ini?�

Berkerut wajah Anuar melihat Akma memegang helmetnya. �Mana awak jumpa?�

�Dekat tepi dewan kuliah�. Akma cuba tidak memandang wajah Anuar kerana takut Nuar akan dapat meneka perbuatannya.

�Mesti ada yang nak curi helmet ko ni. Sapa taknak helmet cop Aprilia..� Mike berseloroh.

�Thanks..� Ucapan tu seakan tidak ikhlas. Berat sahaja mulut Nuar untuk mengucapkannya. Wajahnya masih serius. Tangannya lantas menekan nombor pada telefon bimbit.

�Yan..ko kat mana? Aku dah jumpa helmet aku. Ha..kat rumah lagi apehal? Awek call? Tak payah..tunggu tempat biasa.�

Akma baru sahaja hendak berlalu apabila Mike tiba-tiba menegurnya.

�Eh..minah. Ko ni kan yang bawak motor tengah-tengah jalan tadi?� Mike bertanya.

�Err...takdelah. Salah orang kot. Saya balik dulu ye. Bye�

Akma bergegas menuju ke motorsikal. Macam mana Mike boleh perasan akan dia? Fikir Akma lagi. Tetapi Akma tidak peduli lagi. Dia perlu segera pulang ke bilik untuk mendapatkan semula assignment yang disimpannya dalam komputer Hani. Dia perlu hantar hari itu juga.

Akma segera mencari disket kosong di bawah laci mejanya. Kemudian terus mencari dokumen yang disimpan di dalam cakera keras D. Akma meneliti satu-satu nama folder yang menyimpan maklumat berkenaan assignment. Semua tugasan disimpan di dalam folder Akma Projek. Tetapi dia hampa apabila setelah puas dia mencari berulang-ulang kali, folder tersebut masih belum dijumpai. Lantas, dia mencari pula dengan kaedah 'Find' dan 'Search'. Setelah seminit, komputer juga gagal mencari nama fail dan folder tersebut. Akma kebingungan seketika. Dia cuba pula mencari semua word document di dalam komputer dan klik satu persatu. Tetapi, fail kepunyaannya memang tiada.

�Aku dah ter 'delete' ke folder ni?� katanya seorang diri. Akma cuba bertenang, tetapi masih belum berjaya. Jantungnya berdegup laju. Kalau hilang assignment ini, apa yang dapat dia terangkan pada Prof Siti? Dia menyiapkan tugasan tersebut dalam masa sebulan. Mampukah dia menyiapkan sebelum esok?

Setelah dapat bertenang, Akma mengambil keputusan untuk berbicara dengan Professor Siti dan menjelaskan masalah yang dihadapinya. Dia perlu meminta kebenaran daripada Prof Siti untuk memberikan lebih masa padanya untuk menyiapkan tugasan tersebut semula. Dia tidak mahu kehilangan markah sebanyak 30% yang akan memberi kesan ke atas markah peperiksaan semester akan datang.

Akma mengetuk pintu bilik Prof Siti. Dia menarik nafas panjang apabila mendengar suara Prof Siti menyuruhnya masuk.

�Hantar assignment awal seperti biasa?� Prof Siti tersenyum lebar.

�Err..Saya ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Prof,� Akma menjelaskan tersekat-sekat.

�Ok. Awak tunggu sekejap. Saya perlu ke ladies.�

Akma mengangguk dan duduk di kerusi dihadapannya. Matanya tertancap pada beberapa assignment yang berada atas meja Prof Siti. Gatal tangan Akma untuk membelek, sambil memikirkan apa penjelasan yang perlu diberitahu pada Prof.

�Hani Wahana? Awal ko hantar assignment?� Akma tersenyum kecil. Setahunya, Hani tidak pernah menyiapkan tugasannya awal sebelum ini.

�Eh...macam kenal je ayat ni...�

Akma membaca menyelak satu persatu helaian tugasan Hani. Dia cuba mengamati isi kandungan di dalamnya. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Malahan perkataan pun cukup lengkap dan sempurna. Tiada apa yang tertinggal.

Akma mengetap bibir. Fikirannya berkecamuk semula. Sakitnya kepala dirasakan. Dia tidak dapat menahan lagi lalu melangkah pulang ke asrama. Terus terlupa dengan tujuan sebenarnya ke situ.

"Hani Wahana.....kaukah kawan karibku itu..?"
Bab 3

        Akma masih duduk termenung di atas katilnya  sedari pulang daripada bilik Prof Siti. Matanya kadang-kadang melirik ke arah telefon bimbitnya, melihat masa yang berlalu. Dia tidak tahu bagaimana berhadapan dengan Hani setibanya dia di asrama nanti. Rasa marah ada, sedih pun ada. Dia tidak dapat menerima bahawa orang yang dipercayainya akan berdusta sedemikian rupa.

        Setelah pukul 10.30 malam, barulah Hani pulang. Nampak seperti amat keletihan. Terus sahaja dia mencampakkan beg sandang dan beg plastik di atas katil. Membeli belah lagi. Tidak sayang duit langsung, gertak Akma di dalam hati. Dia melihat sahaja perlakuan Hani. Hendak bertegur, hatinya masih membara.

        揌ai..moyok jer nampak muka ko Akma? Kenapa?� tanya Hani sambil melunjurkan kakinya di atas katil. Sesekali menggeliat kecil badannya yang lenguh-lenguh itu.

        揟ak ada apa-apalah. Aku letih.� jawab Akma tanpa memandang ke arah Hani.

        揌ai, takkan letih kot. Selalunya ko lah yang paling aktif. Tidur pun selalu lambat daripada aku.� Hani mengejek.
       
        揚erasaan aku jer yang letih..badan tak� selamba sahaja jawapan Akma.

        揔enapa? Ko ada masalah ke?� Hani seolah-olah dapat meneka apa yang bermain di fikiran Akma sekarang.

        揟ak ada apa-apalah�

        揅akaplah. Kita kan kawan baik. Masalah kenalah kongsi bersama�

        揔awan karib?� teriak Akma. Pandai sungguh kau berlakon! Rasa ingin terhambur juga rasa marah yang tersimpan. Hani memandang pelik sikap Akma yang baginya seperti orang tak betul itu.

        揔o ni tak habis-habis shopping. Tak sayang duit ke?� Akma meninggikan suaranya sedikit. Dia bangun dari katil dan terus menuju pula ke tepi tingkap.

        Hani juga turut bangun dari katil lantas berhadapan dengan Akma. Nampaknya mungkin tekaannya salah.

        揈h..apahal ko nih..Study banyak sampai jadi tak betul ke? �

        揌ani, ko kan study lagi. Keluarga pun bukan kaya sangat. Janganlah asyik nak membazir duit loan. Lepas tu keluar pagi balik malam, bila masa nak study?� Kali ini Akma mula berani bertentangan mata dengan Hani.

        揔o ni apsal? Selama ni tak ada pun ko bising-bising. La ni sibuk. Nak carik pasal ke?� Menyirap darah Hani bila ditegur begitu. Ditolaknya bahu Akma.

        Akma membulatkan matanya. Dipegangnya bahu Hani pula. 揂ku tegur demi kebaikan ko aje..nanti ko sendiri yang menyesal..�

        揂ku tahulah apa yang aku buat. Ini hidup aku. Ko tak payah masuk campur. Ko pulak, tak boring ke asyik study ajer. Aku yang tengok pun tension�

        揘ak buat macam mana? Nak carik teman berbual pun asyik hilang je. Malam baru nampak batang hidung,� tegas Akma.

        揌uh..擧ani mula berpeluk tubuh. Dia masih tidak berpuas hati dengan Akma. Apa yang merasuk perempuan ini agaknya.

        揂ssignment Prof Siti ko dah hantar?� Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Akma. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh menanyakan soalan itu. Sebenarnya, kalau boleh Akma tidak mahu membangkitkan perkara tersebut.

        Hani terdiam sebentar. Ada perubahan pada riak wajahnya.

        揔o ingat aku keluar pagi balik malam buat apa? Dating aje ke? Ada masanya, aku siapkan assignment dan study dengan abang aku la..� Menjeling tajam Hani.

        Ye ke? Sindir Akma dalam hati. Macam tak je aku tengok, bisik Akma lagi.

        揂ku dah hilangkan disket assignment aku lah..Bila carik kat pc pun tak ada juga..aku terdelete agaknya. Ko ada tersimpan folder aku kat mana-mana tak?� pancing Akma.

        Perasaan marah Hani mulai reda bila Akma menukar tajuk perbualan. Tetapi perutnya rasa kecut juga bila Akma membuka topik berkenaan assignment. Hani cuba sedaya upaya menyembunyikan kebimbangannya. Dia duduk semula di atas katil sambil mengurut-ngurut kakinya yang lenguh. 揗analah aku tahu. Aku tak ada kacau folder ko. Ko ter'delete' lah tu agaknya..�

        揌abis..ko rasa apa patut aku buat?攖anya Akma lagi.

        揔o bincanglah dengan Prof Siti, sama ada boleh tangguhkan beberapa hari. Kalau ko tak sanggup hilang 30 markah tu.�

        揃etul juga. Esok ko temankan aku..no more excuses. Aku booked ko esok pagi. Beritahu Alias..�

        Hani ingin menolak pada mulanya. Dia sudahpun berjanji dengan Suffian ingin menemuinya esok.  Tetapi kerana bimbang rahsianya akan terbongkar, Hani beralah. Dia tidak mahu Akma mengesyaki sesuatu sekiranya dia menolak.

        揙klah.Aku ikut..�

*        *        *        *        *

        Anuar melabuhkan badannya di atas sofa. Mike sudah mula berdengkur di atas karpet. TV masih lagi menyala. Bukan kau yang tengok tv, tv yang tengok kau, bisik Anuar di dalam hati. Yan pula masih belum pulang. Sejak dapat girlfriend baru, jarang dia pulang awal. Hendak jaga hati awek, katanya. Masih kebosanan, Anuar menukar siaran satu persatu tetapi tiada satupun yang menarik minatnya untuk menonton. Fikirannya menerawang jauh teringatkan Natasya. Apa yang sedang dilakukannya sekarang?

        Sudah hampir dua bulan Natasya menghilangkan diri tanpa khabar berita setelah menghantar sms mengucapkan selamat tinggal dan jangan mencarinya lagi. Anuar tidak tahu apa salahnya. Natasya pergi begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan. Hatinya sakit tidak terkira. Dia terasa seperti dipermainkan.

        Selepas daripada itu, Anuar tidak pernah lagi menghubungi Natasya kerana keegoannya sudah tercalar. Anuar nekad untuk melepaskan Natasya walaupun payah. Selagi dia terus berpegang pada kenangan itu, selagi itu dia akan terus tertekan. Dia tidak akan berpaling lagi. Tidak ke mana perginya.  Hidup perlu diteruskan, lagipun dia masih muda lagi. Banyak lagi fasa hidup yang belum ditempuhinya.

        Anuar merenung telefon bimbitnya, dalam. Tidak perlu lagi gambar Natasya disimpan. Walaupun berat, dia perlu melakukannya juga. Ditatapnya gambar gadis itu sepuas hatinya sebelum membuangnya satu persatu. Lega sedikit rasanya kerana dapat melepaskan bebanan itu.

        Selamat tinggal Natasya......Semoga berbahagia dengan hidup barumu....

        Aku akan buang segala kenangan kita jauh dari lubuk hatiku......

        Anuar menghempaskan dirinya di atas katil seketika kemudian. Dia ingin tidur lena malam itu sejak sekian lama dihantui wajah Natasya.

揗ana kamu pergi semalam, Akma? Puas saya mencari kamu,� tanya Prof Siti sambil membetulkan cermin matanya.

        揗aafkan saya Prof. Saya ada hal penting, tak sempat nak beritahu,� jelas Akma sambil menghulurkan tangan meminta maaf. Hani yang berdiri di sebelahnya, hanya tersenyum dalam debar.

        揌mm...mana assignment kamu? Selalunya kamu yang paling cepat hantar. Nak hantar sekarang ke?�

        揌mm..sebenarnya Prof. Saya ada masalah besar. Err..Ehmm..Assignment saya...� tergagap-gagap Akma menjawab pertanyaan Prof Siti. Terasa seolah-olah ada benda sedang menari-nari di dalam perutnya.

        揔enapa?� Serius sahaja muka Prof Siti dilihatnya.

        揂ssignment saya dah hilang Prof. Entah mana tercicir.� Akma menahan nafas. Hani yang tadi pucat mukanya, berasa sedikit lega.

        揟ak ada backup? Takkan tak ada kot,� perli Prof Siti.

        Akma menelan air liur. Dengan separuh berbisik dia berkata, 揑tulah masalahnya, Prof. Tak ada.�

        揌abis? Deadline is today. Tak hantar by the end of the day, maknanya 30 markah kamu hilang..� jelas Prof Siti. Hani tersenyum sinis. Suka nampaknya.

        揝aya nak minta tolong Prof. Berikan saya sedikit masa untuk buat yang baru..� bergetar suara Akma. Hendak menangis pun ada.

        揂pa kata kawan-kawan kamu yang lain kalau saya beri kelonggaran pada kamu?�

        揟olonglah Prof Siti. Saya tak boleh kehilangan 30 markah tu. Ia akan menjejaskan CGPA saya,� serak suara Akma rasakan.

        揌aah Prof. Tolonglah dia, nanti menangis pulak..攌ata Hani mengejek. 揝aya juga yang kena pujuk nanti,攋uih bibirnya.

        Mendengar sahaja kata-kata Hani itu, Akma terus memandang tajam dengan rasa meluat ke arahnya. Berani sungguh ko Hani. Tak ada rasa bersalah langsung! Mengejek lagi ada! Mana pergi perikemanuasiaan yang ada?

        揌ani...awak tolong keluar sekejap. Saya nak berbicara dengan Akma.�

        揌ani...jangan balik dulu. Tunggu saya!� perintah Akma.

        Hani melangkah keluar dari bilik Profesor. Setelah kelibat Hani hilang, Prof Siti memulakan balik perbincangan mereka tadi.
       
        揝aya tak tahu apa masalah kamu. Tetapi saya tak boleh benarkan.�

        揟olong Prof!� rayu Akma.

        揝orry Akma. I have to be professional�

        揟api...�

        揗y advise is .. You must work hard in your semester exam.�

        揚rof Siti, Saya janji akan siapkan sebelum Jumaat ni. Tolong berikan saya peluang..� rayu Akma lagi.

        揂kma...saya kena attend lecture. Please excuse me..�

        Akma terbungkam. Mukanya pucat tak berdarah. Tiada gunanya dia merayu lagi. Prof Siti memang tidak berganjak daripada pendiriannya. Akma hanya mampu melihat Prof Siti melangkah keluar dari bilik. Air mata mula bergenang. Tetapi ditahannya juga. Aku kena tabah. Tentu ada jalan keluar daripada semua permasalahan ini.

        Akma sudah tidak tertahan lagi. Lantas, dia keluar dari bilik Professor dan berlari sekuat hatinya entah ke mana. Dia perlu bersendirian sekarang. Hani yang diarah tunggu diluar turut ditinggalkannya. Hani yang terperanjat dengan kelakuan Akma itu, mengejarnya dari belakang. Dia menjerit memanggil Akma. 揂kma! Ko nak ke mana tu? Eh..takkan ko nak jalan kaki balik kot?�

        Akma berpusing ke belakang, berjalan dengan lajunya ke arah Hani pula. Berderau rasanya mendengar suara tersebut. Jikalau dia seekor harimau, sudah lama dibahamnya perempuan didepannya itu.

        揅ukup Hani! Diam!�

        揂pa? Kenapa asyik nak marah orang aje? Tak reti nak cakap elok-elok dengan aku ke?� marah Hani sambil menarik tangan Akma.

        揘ak cakap macam mana lagi dengan orang macam ko ni?� pegangan tangan Hani dilepaskan. Seperti drama pula lagaknya.

        Hani mula mencekak pinggang. 揂pa ko cakap?�

        揔o ingat aku tak tahu muslihat kau?� Besar mata Akma, marah.

        揗uslihat apa?!�

        揃ukan ko yang delete file aku dalam komputer?� jerit Akma lagi. Tidak tertahan rasanya lagi kepedihan di hati.

        揔o tuduh aku? Ko tu yang cuai?�
       
        揟olonglah Hani. Aku ingat ko kawan baik aku. Tapi musuh dalam selimut,� Matanya tepat memandang ke mata Hani. Tidak lepas. Hani mengalihkan pandangannya kerana tidak selesa. Umpama singa betina lapar sahaja rupanya.

        揂ku dah nampak assignment yang ko hantar pada Prof Siti. Bukan assignment aku ke yang ko copy?? Senang-senang aja ko ubah nama ko??�

        揝o what?? Nasib ko lah..� Hani tersenyum sinis, sambil memintal-mintalkan rambutnya, lagak seperti orang tidak bersalah.

        揂pa ko kata?�

        揧e lah. Aku dah bosan dengan ko Akma. Asyik kena puji dengan pensyarah. Result power. Tugasan pun bagus. What is sooooo great about you?�

        Hani mendekati dirinya dengan Akma dan mebisikkan sesuatu ke telinganya. 揗emang aku yang delete assignment ko. Komputer aku kan, so aku boleh buat apa yang aku suka. Lagi satu, assignment yang ko save dalam disket ko tu pun aku delete jugak masa ko tengah mandi. So, memang tak boleh dapat baliklah.�

        揝ampai hati ko buat aku macam ni.� muka Akma berubah bila diketahuinya disket yang dihilangkannya itu sebenarnya tidak berisi.

        Hani tersenyum sinis, 揌mm..memang sampai hati aku. Ko masih boleh buat dengan baik exam ko kan? So kira bagi bonus kat aku lah untuk assignment ni.�

        揂ku sungguh tak sangka ko begini orangnya, Hani..�

        揥ell..Ko yang buat aku jadi begini, tau tak? Lagi satu aku nak beritahu. Aku nak pindah ke rumah sewa minggu ni. Ko tak payah risau aku curi assignment ko lagi. Best kan duduk sorang..tak ada orang nak kacau ko study lagi kan?� jari telunjuknya ditekan ke dada Akma. Kemudian, Hani terus berlalu dari situ meninggalkan Akma yang masih berdiri mengenangkan nasibnya.

         Akma tidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia sudah habis daya. Kini, tiada siapa lagi yang dapat mendengar rintihan hatinya, berkongsi suka dan duka hidupnya. Dia sudah kehilangan seorang yang disangkanya sahabat.

        Apabila dia mengangkat mukanya, dia dapat melihat ramai mata yang memandang ke arahnya. Matanya dapat menangkap wajah Anuar antara ramai yang memandang. Anuar memandangnya dengan wajah yang penuh tanda tanya.

        Akma rasa dia perlu bersendirian ketika ini. Dengan longlai dia mencari tempat yang jauh dari orang ramai. Dia tidak mahu orang melihat kesedihannya ketika itu. Setibanya dia di suatu tempat, dia dapat melihat liputan gunung-ganang terbentang luas dihadapannya. Sejuk mata memandang. Perasaan marah dan sedih terus lupus dari benaknya. Cantiknya pemandangan dihadapannya itu. Walaupun sudah bertahun-tahun, gunung itu tetap gagah berdiri. Dengan sekelip mata, Akma dapat rasakan kekuatan melingkari seluruh tubuhnya.

        揂ku tak akan mengalah!� jerit Akma sekuat-kuat hatinya. 揂ku akan jadi sepertimu gunung. Aku akan tetap teguh berdiri!�

*        *        *        *        *

        Anuar memakir motosikal Aprilianya di tempat biasa. Dia sengaja datang awal ke kuliah pagi itu. Apabila ingin menenangkan fikiran, dia sering ke satu tempat yang paling disukainya. Di situ terdampar pemandangan gunung ganang yang sungguh mengasyikkan. Dia akan melupakan segala kekusutan fikiran apabila melihat pemandangan yang cukup cantik disitu.

        Baru sahaja turun dari motorsikalnya, didapati ramai orang berkerumun di koridor sepanjang laluan ke fakulti. Dengan rasa yang pelik, dia pergi dan melihat apa yang sedang berlaku disitu. Kelihatan dua orang gadis seperti sedang bergaduh. Nasib baiklah tiada adegan menarik rambut atau menarik tudung. Kemudian, salah seorang daripada mereka beredar dan meninggalkan seorang lagi. Dia dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas. Bukankah itu gadis yang menjumpai topi keledarnya tempoh hari?

        Tanpa mahu memikir lebih, Anuar ke tempat yang ingin ditujui. Tempatnya betul-betul di bahagian belakang dewan kuliah Sri Cempaka. Di situlah tempat kesukaannya untuk melepaskan segala kekusutan di hati. Di situlah juga tempat dia menenangkan fikiran dan mencari ilham.               

        Tetapi kali ini hasratnya terganggu. Kelihatan seorang gadis sedang duduk di tempat biasanya. Isshh..gangguan betullah, katanya di dalam hati. Dia baru sahaja ingin beredar apabila terdengar jeritan bergema datangnya dari gadis itu.

        揂ku tak akan mengalah! Aku akan jadi sepertimu gunung. Aku akan tetap teguh berdiri!� jerit gadis itu sekuat-kuat hatinya sehingga terperanjat Anuar dibuatnya.

        揋ila ke apa?� desis Anuar. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah gadis itu.

        揂pa awak buat di sini?� tegur Anuar. Hampir terlompat Akma disergah begitu. Perkiraannya tentu tiada orang di tempat sebegitu.

        揈h..Tak ada apa. Saja je hirup udara segar kat sini,� jawab Akma. Dia menoleh ke arah tuan punya suara.

        揂nuar?!�

        揈h awak..� Anuar turut terkejut melihat Akma disitu. Baru sahaja tadi dia melihat Akma bergaduh di hadapan fakulti. Entah bila masa pula dia sampai ke sini.

        揈h..Oklah saya nak masuk kuliah. Sorry ye ambil port awak,� jelas Akma lantas bangun meninggalkan Anuar yang masih kebingungan itu.

    Akma berasa lega kerana telah dengan selamatnya menghantar assignment di tangan Profesor Siti. Dia bersyukur Prof Siti tidak menolak walaupun nampak seperti berbolak balik. Akma berasa yakin tugasannya akan diterima. Malahan dia merasakan dia telah melakukan tugasan keduanya ini dengan lebih baik daripada yang pertama dahulu.

        Akma merenung jam pada telefon bimbitnya. Telah hampir pukul 11.00 pagi. Mengikut perjanjian dengan Anuar semalam, dia perlu berada di perkarangan perpustakaan tepat jam 11.00 pagi. Akma segera memandu motorsikal modenasnya laju menuju ke perpustakaan. Setibanya dia disana, jam sudahpun menujukkan 11.02 pagi. Dia terlewat sedikit. Dia berdoa agar Anuar belum tiba lagi.

        Setelah sampai ke tempat yang dijanjikan, Anuar telahpun menunggunya. Akma mula terasa sejuk, takut-takut Anuar akan memarahi kerana kelewatannya.

        揂ssalamualaikum..dah lama .. erm lama tunggu?� tanya Akma tersekat-sekat. Anuar tidak tersenyum cuma memandang tajam ke arah Akma.

        Akma tersenyum pahit. 揝o, boleh kita mula perbincangan?� tanya Akma lagi.

        Anuar lantas masuk ke dalam perpustakaan sambil diekori Akma. Mereka duduk di meja hujung sekali di tingkat dua kerana tempat itu berdekatan dengan buku-buku yang bakal mereka cari sebagai rujukan.

        揙k. Kita mula mencari buku?� Akma memberi cadangan. Anuar mengangguk. Dia bangun dari tempat duduk dan mula mencari buku di sebelah kanan. Akma pula mencari buku di rak sebelah kiri. Satu persatu biji buku diselaknya. Setelah berpuas hati, Akma duduk semula dengan tiga buah buku ditangannya.

        Anuar pula telah dapat sebuah buku yang tebal, dua kali lebih tebal daripada buku yang di bawa oleh Akma.

        揑ni dia buku yang paling lengkap yang saya jumpa,� terang Anuar sambil menyerahkannya kepada Akma. Akma menyelak helaian buku tersebut dan mengangguk.

        揌aah.. terperinci penerangannya..� katanya sambil matanya meliar membaca kandungan buku tersebut.

        揝aya rasa, potongan akhbar pun perlu untuk mengukuhkan huraian kita nanti,� jelas Anuar lagi. Akma mengangguk lagi. Bersetuju sahaja dengan cadangan Anuar.

        揙k..saya pergi cari maklumat lain melalui akhbar, so awak susun maklumat daripada buku ini?� arah Anuar pula. Akma menunjukkan isyarat tangan bagus sambil tersenyum. Dia mula mencari maklumat-maklumat penting sementara Anuar ke tingkat satu untuk mencari akhbar dalam komputer.

        Sedang sibuk menyusun maklumat, Akma mendapat satu idea untuk memperkukuhkan presentation mereka nanti. Dia menulis ideanya itu di buku notanya supaya tidak terlupa untuk memaklumkan kepada Anuar.

        Setelah dapat apa yang dicari-cari, Akma membawa buku-buku tersebut ke mesin fotostat perpustakaan. Dia memasukkan kad sebagai pengenalan dan memfotostat kandungan yang telah dipilih.

        Sedang dia leka dengan kerjanya itu, tiba-tiba ada orang menggoncang bahunya. 揅ik Akma?� Seseorang menegurnya. Akma menoleh untuk melihat siapakah tuan punya suara. Kelihatan seorang gadis comel sedang berdiri di tepinya.

        揧a? Ada apa?� Akma bertanya. Pelik.

        揔akak ni girlfriend Anuar ke?� tanya gadis itu. Dia tersenyum-senyum seolah-olah mengejek Akma. Akma melihat sahaja muka gadis itu tanpa bergerak. Dia terkaku seketika dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. 揔enapa tanya macam tu?� soal Akma pula.

        Gadis itu tersenyum lagi. 揌arap-harap bukanlah. Tak sesuai!� katanya sambil berlari meninggalkan Akma. Pada masa yang sama Anuar datang dan berdiri di hadapan Akma. Dia nampak kelibat gadis tadi.

        揝iapa tadi?� ekor mata Anuar masih mengekori gadis comel itu.

        揈ntah.�

        揂pa yang dia nak?�

        Akma mula hendak tergelak bila teringatkan soalan budak perempuan tadi. Dia meraup mukanya menahan gelak yang semakin kuat itu. Dia cuba menahan agar tidak ketawa terlalu kuat kerana tidak mahu menganggu orang disekitar mereka. Lagipun, inikan perpustakaan.

        揔enapa ketawa pulak?� soal Anuar lagi serius.

        揂da ke dia kata saya girlfriend awak,� lantas sahaja Akma menjawab pertanyaan Anuar. Dia masih lagi menahan ketawanya yang belum habis.

        揂pa awak jawab?� Serius sahaja mukanya itu. Susah benar hendak melihat jejaka dihadapannya ini ketawa ataupun tersenyum.

        揝aya tak jawab apa-apa, cuma dia kata tak sesuai!� kata Akma. Kali ini dia telah dapat mengawal ketawanya. Tidak semena-mena, Anuar terus menuju ke tempat duduk gadis comel tadi. Terperanjat Akma dengan perlakuan Anuar itu. Dia lantas mengekori Anuar, takut-takut kalau Anuar akan memarahi budak perempuan itu pula.

        Perempuan tadi mula rasa serba salah bila melihatkan Anuar datang kepadanya.   Cepat sahaja dia dan rakannya menyusun bukunya dan ingin berlari keluar dari situ. Tetapi Anuar sudahpun terlebih dahulu sampai ke situ.

        揔amu tanya apa tadi?� dia menyoalnya. Budak tersebut termangu, diam tidak bersuara. Akma menarik lengan baju Anuar, mengarahkan agar Anuar balik menyambung diskusi. Tetapi Anuar masih tidak berganjak.

        揗emang dia girfriend saya. Ada apa-apa masalah?� tersembur kata-kata itu dari mulutnya. Merah muka Akma bila mendengarnya. Telinganya panas. Hendak sahaja Akma berlari dari situ sambil menutup mukanya. Malu dengan pengakuan yang entah benar atau tidak dari mulut Anuar.
       
        Gadis comel menggelengkan kepala. 揟ak adalah. Saja nak tahu,� ujarnya lagi. Mereka lantas keluar dari perpustakaan dengan tergesa-gesa , masih terperanjat dengan kata-kata Anuar tadi.

        Pulang semula ke tempat duduk, masing-masing tidak bersuara. Sesekali Akma terfikir, betulkah dengan apa yang dikatakan oleh Anuar itu? Kalau betul apa sebabnya? Iskk..tolonglah jangan. Eh...takkan kot. Akma hanya termenung memikirkan perkara itu. Lama juga. Matanya hanya tertumpu pada buku, tanpa berbuat apa-apa. Seperti patung lagaknya.

        揌ello! Tak salin maklumat ke?� tanya Anuar apabila sedari tadi dia melihat Akma hanya termenung tanpa lepas memandang buku rujukan. Dia memetik-metik jarinya di hadapan Akma yang masih lagi tidak sedar akan panggilannya.

        揌ai.......menung nampak? Tak nak sambung keje ke?� kata Anuar kuat. Tersentak Akma tika itu juga. Dia mengambil pen yang terjatuh dan terus menyalin maklumat semula. Anuar tersenyum mengejek. 揂wak tengah fikir apa yang saya cakap tadi ke?� usiknya lagi. Suka juga Anuar menyakat orang.

        Akma tunduk. Macam mana Anuar boleh tahu apa yang bermain difikirannya?

        揈h tak adalah. Saya tengah fikir idea lain ni,� Akma menyelak kembali apa yang ditulisnya tadi cuba mengelak daripada hal itu terus diperkatakan.

        揈h sudahlah. Tak macam berfikir pun. Kalau saya tak cakap macam tu tadi tentu banyak spekulasi lagi kan? Dah cakap macam tu habis cerita, tak adalah diorang nak bising-bising lagi,� jelas Anuar. Ada benarnya kata-kata dia tu.

        揝o..saya dah ambil maklumat dalam paper walaupun tak banyak,� Anuar menyerahkan disket pada Akma. Akma mengambilnya dan meletakkan dalam poketnya.

        Kemudian Akma terikir berkenaan dengan ideanya tadi. Dia terus mengemukakan kepada Anuar.

        揂pa kata kalau kita menemuramah orang awam berkenaan perkara ini? Kita temuramah mengikut peringkat usia dan taraf ekonomi masing-masing dan lihat apa perbezaan pendapat mereka?� cadang Akma.Berkerut seketika muka Anuar, cuba menganalisis cadangan Akma tadi. Nampaknya seperti bersetuju.Bagus cadangan awak tu..tapi ini dah kira banyak kerja ni, kata Anuar. Dia mengetuk-ngetuk meja. oklah..esok kita keluar interview, tambahnya lagi.

        Mereka menghabiskan masa selama 3 jam di library. Anuar berasa sungguh senang bekerja dengan Akma. Akma fokus kepada kerjanya. Tidak terlintas di kepala gadis ini untuk melewati batasan itu. Anuar dapat menafsirkan yang Akma sentiasa mahu lakukan yang terbaik dalam apa juga perkara yang dilaksanakan. Malahan dia yang selama ini mengelak daripada perempuan, menjadi lebih terbuka bila bersama dengan Akma. Malahan dia jadi seronok apabila dapat mengusik Akma kerana Akma selalu akan mengelak daripada menyampaikan apa yang dirasainya secara terbuka apabila diusik begitu.

        Sesekali Akma merenung Anuar. Akma juga dapat menangkis pendapat buruknya terhadap Anuar apabila sudah mula mengenalinya dengan lebih dekat. Dia tidaklah sombong dan dingin seperti yang biasa dilihat. Walaupun wajahnya kelihatan serius, tetapi sifat sebenarnya tersembunyi disebalik wajah itu.

        Akma mengeluarkan telefon bimbit Nokianya. Dia terfikir untuk mengambil contact number Anuar supaya senang mereka berhubung. Apa nombor handphone awak? Senang sikit nak berhubung esok, Jari jemari Akma sudah mula bermain-main di keypad handphone.

        Anuar tersenyum 'evil' lagi. Bertambah tampan rupanya apabila tersenyum begitu, kata Akma didalam hati. Telefon dalam genggaman Akma diambilnya, lalu dia menekan nombor telefon bimbitnya dan membuat panggilan. Serentak dengan itu telefon bimbitnya bergetar. Terpampang nombor Akma pada handset.

        Anuar menyimpan nombor tersebut. heo..macam mana dengan aktiviti kita esok?�
 Puas sudah Akma menunggu Anuar. Hampir sejam rasanya dia mundar mandir di pondok berehat di tol Sungai Besi. Kehangatan pagi sudah mula terasa. Sesekali dia mengibas mukanya dengan kain tudungnya.

        Dia meneliti handset. Sudah pukul 9.45 pagi. Batang hidung Anuar masih belum nampak lagi. Janji pukul 9, tapi tak sampai-sampai lagi, sungut Akma. Akma mula resah. Dia bimbang program hari ini akan tergendala kerana kelewatan ini. Setelah lama berfikir, Akma membuat keputusan untuk membuat panggilan. Lama juga telefon itu berdering sebelum diangkat.

        揌eloo..� Kedengaran suara Anuar dihujung talian. Dengar sahaja Akma sudah tahu dia baru sahaja bangun dari tidur. Anuar menguap sambil menggeliatkan badannya.

        揈ncik Anuar...Akma ni. Dah pukul berapa skang?� tanya Akma dengan suara yang agak tinggi. Siapa tidak berderau. Mati-matian semalam memberi amaran supaya  jangan terlewat. Alih-alih dia sendiri yang bangun lambat.

        揝iapa tepon pagi-pagi buta ni?�

        揈h...pagi buta apa ni? Dah dekat pukul 10 dah ni. Awak ingat tak plan kita semalam?� marah Akma, tidak dapat ditahan lagi.

        揌uh..sapa ini?� tanya Anuar, macam orang bodoh sahaja bagi Akma, atau sengaja buat-buat tak kenal?

        揟an Sri Anuar!!! Bangun!! Kita ada kerja nak buat ni!� jerit Akma lagi. Lantaklah orang sekeliling hendak kata apa. Biar tersedar sikit bila dipekik sebegitu.

        Anuar yang masih mamai tadi, terus tersedar. Matanya yang layu mula terbuka luas. Dia segera melihat jam di atas meja. Sudah pukul 9.50 pagi. Dia sudah terlambat. Patutlah Akma naik darah.

        揙k ok...sekejap lagi saya sampai,� kata Anuar terus meletakkan telefon.

        Akma mengeluh. Berapa lama lagi aku perlu tunggu ni? Dia mencampakkan telefon bimbitnya di dalam bakul motornya. Marahnya masih bersisa. Terus tekaknya terasa perit. Akma mengeluarkan duit syiling daripada dompetnya dan membeli air di vending machine berdekatan untuk menghilangkan dahaga. Lama kelamaan sejuk juga hatinya itu.

        Anuar bergegas mandi. Matanya sudah celik akibat disergah Akma. Dia mengenakan t-shirt tidak berkolar dan menyarung jaket kulit yang biasa dipakainya. Rambutnya yang agak panjang dan lurus itu disikat rapi. Dia menyelongkar almari untuk mendapatkan camcoder.

        Apabila keluar dari bilik dia dapat melihat Mike yang masih lagi terbongkang di atas karpet dengan tv yang masih dibuka. Itu memang dah jadi lumrah buat Mike. Selalu tertidur didepan televisyen kerana pengaruh kuat Astro. Anuar menggelengkan kepala lantas menutupnya. Dia menyarungkan kasut camel, menghidupkan enjin motor Aprilianya dan memandu dengan lajunya ke tempat yang dijanjikan. Tidak mahu Akma menunggu lebih lama.

        Tepat jam 10.15 pagi, dia pun tiba. Anuar dapat melihat Akma yang berwajah masam itu merenungnya.

        揝aya lambat,� kata Anuar.

        Akma menjeling tajam. Bukan nak meminta maaf pun. 揗asa saya call awak tidur lagi ya?�

        揇ah bangun dah la,� cebik Nuar.

        揇engar suara pun dah tau...� perli Akma sambil menghabiskan minumannya.

        Anuar buat tak tahu sahaja. Dia memandang ke atas, kiri dan kanan seolah-olah tidak mendengar kata-kata Akma. Geram sahaja Akma melihat kelakuannya itu. Nak mengejek aku lah tu, desis hatinya.

        揓om bergerak. Dah lambat ni,� Akma mengenakan topi keledar dan menghidupkan enjin. Anuar bergerak dahulu lalu diikuti Akma kerana Akma masih tidak biasa berjalan di sekitar KL. Seperti yang dijangka, Anuar meninggalkan Akma jauh ke belakang sehinggakan Akma terpaksa melajukan motosikalnya mengikut rentak Anuar.

        Destinasi pertama yang mereka tuju ialah disekolah-sekolah. Walaupun hari bercuti, masih ada guru-guru ada datang untuk tujuan ko-q. Sempat jugalah Akma dan Anuar menemuramah mereka. Tidak terkecuali anak-anak murid yang turut menjadi mangsa mereka. Terkadang Anuar akan merakamkan temuramah mereka itu di dalam camcordernya. Akma yang memang tidak pernah menggunakan kamera video, turut diajar cara penggunaannya.

        揌a..kalau nak rakam picit button ni..yg ni kalau nak fokus,� Anuar mengajar Akma. Terkial-kial juga Akma hendak menggunakan kamera video tersebut. Bila sudah mula pandai, giliran Akma pula merakam.

        Setelah ke sekolah, mereka ke taman rekreasi pula kerana target mereka ingin menemuramah  muda-mudi yang ramai duduk berdating disitu.

        揃oleh saya dapatkan pandangan kamu..boleh tahu nama?� tanya Akma pada sepasang muda-mudi yang sedang berehat tidak jauh dari mereka. Si perempuan seperti tidak senang ditemuramah, sesekali memalingkan mukanya daripada dirakam sedangkan yang lelaki memberi respon yang amat positif.

        揔amil nama saya. Nak tanya apa tadi?�

        揂pa pendapat saudara Kamil ttg pengaruh televisyen sekarang terutama sekali pada remaja?� Tanya Akma. Anuar sibuk memfokus perbualan mereka.

        揟u la pasal. Tengok je kami berdua ni. Pengaruh tv jugaklah ni. Tiap-tiap hari dating, kengkadang tu ada gak la...toot....dipotong lembaga penapis filem..hahahahah� gelak Kamil. Dia membuat lawak. Semua jawapan yang diberikan memang menggelikan hati. Akma yang tidak tertahan dengan lawaknya itu, tertawa sampai mengeluarkan air mata. Dia lantas membuka cermin matanya menyapu air mata yang mengalir sambil terus menahan ketawa.

        Anuar yang merakam perbualan mereka, turut ketawa. Tetapi sekejap sahaja. Lensa video kameranya tidak lagi merakam pasangan tadi, sebaliknya tertumpu kepada Akma yang masih lagi bertanya dan tertawa. Manisnya senyuman itu, bisik hatinya. The sweetest smile I ever seen. Dia terus merakam Akma tanpa disedari.

        揙k terima kasih!� Akma menjabat tangan pasangan Kamil, Hasnah. Hasnah cepat berlalu sambil mengheret Kamil untuk beredar dari situ. Akma menuju ke arah Anuar.

        揗acam mana. Ok?� tanya Akma sambil memakai semula cermin matanya. Anuar terus mematikan camcoder sedangkan tadi dia leka menangkap senyuman dan ketawa Akma.

        Akma dapat melihat peluh yang mengalir dari dahi Anuar. Sesekali Anuar mengelap peluh dengan tangannya. Lantas Akma mengeluarkan beberapa keping tisu daripada begnya. 揘ah..lap peluh awak,� katanya sambil menyerahkan tisu tersebut pada Anuar. Memang panas cuaca hari ini.

Mereka kembali semua ke motsikal masing-masing. Anuar menghidupkan enjin motornya. 揅ukuplah kat sini. Kita gi KLCC, last venue,� terangnya.

        Mereka pun terus menuju ke KLCC. Setelah tiba di KLCC, perut masing-masing sudahpun merasa lapar. Anuar mengajak Akma untuk menjamu selera di salah sebuah restoran Thai yang terdapat di tingkat atas KLCC. Anuar memilih kedudukan meja berdekatan dengan tingkap supaya mereka dapat melihat suasana diluar restoran.

        揗ahalnya makanan kat sini!� kata Akma apabila melihat senarai harga makanan pada menu yang disediakan. Dia berasa serba salah hendak makan disitu.

        揗ana mahal sangat. Restoran Jepun kat sebelah lagi mahal,� kata Anuar dan terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.

        揃iasanya harga nasi paling mahal pun seringgit,� komen Akma lagi. 揑ni dah hampir lima ringgit. Mana nak cekau duit?� Banyak lagi yang boleh dibelinya dengan harga yang sebegitu.

        揘o complain, bukan awak bayar pun,� kata Anuar pula. Tambahnya lagi, 揝o order apa yang nak makan.�

        揂wak nak belanja ke? Isk hari tu dah belanja saya nasi goreng,攖ambahnya lagi.

        揔an saya dah kata no complain. Mengomel tak habis-habis. Pesan aje. Saya ada duit nak bayar,� tegas Anuar. Dia tidak suka orang mempertikai apa yang dilakukannya dan apa yang diputuskannya.

        Akma meneliti senarai makanan yang ada. Semua harga untuk seorang makan pun dah lebih sepuluh ringgit. Cekik darah sungguh.

        揂nuar, awak orderlah apa yang patut. Saya makan aje,� kata Akma.

        揙k. Kalau macam tu saya order. Jangan tak makan pulak,� jelas Anuar.

        Anuar memesan dua pinggan nasi, sayur kailan ikan masin, udang tempura, ikan tiga rasa dan ayam kari ala thai. Terbeliak juga Akma bila Anuar memesan begitu banyak makanan. Dia tidak pasti sama ada dia boleh menghabiskan makanan tersebut. Minuman pula dia memesan fresh longan sementara Akma memilih fresh carrot bercampur epal yang merupakan kegemarannya.

        揝o, lepas ni apa aktiviti kita?� tanya Anuar sambil memeluk tubuhnya. Suasana di restoran itu agak sejuk. Nasib baiklah mereka berdua memakai pakaian yang tebal.

        揝aya nak rakam pemandangan di dalam KLCC. Kemudian cari sesiapa lagi yang kita ingin temuramah, kali ini golongan berada sikit,� terang Akma. 揔e takyah interview dah. Awak kan ada depan mata,� kata Akma mengajuk lagi sambil tersenyum.

        Anuar membalas senyuman. 揑nterviewlah.. apa nak tanya?�

        揙k.� Akma memasang camcorder dan difokuskan kepada muka Anuar yang masih tersenyum sumbing. Sejak akhir-akhir dia mudah tersenyum pulak.

        揂pa perasaan saudara Anuar tentang pengaruh fesyen dari Jepun dan Barat?�

        Ehm... Anuar buat-buat batuk kecil. Apa punya soalan, bisiknya.

        揊esyen ye..? Kalau muda mudi..itu bermakna penerimaan..erm�

        Belum sempat Anuar menghabiskan jawapannya, makanan yang mereka pesan pun tiba. Nampaknya sedap, lagipun masih panas.

        揘ampak sedap,� kata Anuar tidak sabar-sabar mengambil sudu dan garfu disebelahnya. Akma menutup kamera video tadi dan meletakkannya di tepi meja.

        Mereka mula makan. Anuar makan dengan begitu cepat sekali. Dia kelihatan begitu lapar. Entah-entah tak makan pagi tadi. Yelah, aku telefon dia baru bangun daripada tidur.

        Akma makan sedikit sahaja. Lagipun lauk yang dihidangkan banyak sehinggakan sebu perut Akma rasakan untuk menghabiskan makanan. Tetapi dia bersyukur juga kerana makanan itu dapat dihabiskan juga dan sedap. Walaupun mahal, tetapi berbaloi.

        揂nuar. Jom gi solat,� kata Akma setelah Anuar membayar harga makanan. Agak lewat juga untuk menunaikan kewajipan. Anuar tegamam seketika tetapi kemudian mengangguk.

Setelah tiba di surau Akma meyerahkan kamera video kepunyaan Anuar kepadanya. 揝aya solat dulu. Nanti giliran awak pula, camcorder ni kena jaga takut hilang. Mahal pulak tu,� kata Akma bersoloroh. Anuar diam sahaja. Dia bersandar di tepi dinding, menunggu Akma selesai solat.

15 minit kemudian Akma keluar. Anuar sudah resah menunggu. Dia mundar mandir dihadapan surau beberapa kali. Kelihatan beberapa orang gadis tersenyum-senyum melihat Anuar. Macam nak mengorat sahaja. Akma menggelengkan kepala. Maklumlah orang handsome, sesiapa yang pandang pun akan terpikat.

揇ah..giliran awak.� Kata Akma sambil tangannya mengambil kamera dari tangan Anuar.

揂psal lama sangat?�

揂ik..15 minit bukannya lama. Saya tunggu awak tadi lebih sejam tau?� sound Akma.

揂pa-apalah.� Dia pun masuk ke dalam surau. Gadis yang duduk berdekatan Anuar tadi mula buat muka tidak puas hati bila melihat Anuar dan Akma saling mengenali dan berbual. Melepaslah mereka nak tackle jejaka handsome.

Akma dapat mendengar bisikan mereka.

揑sk..awek dia ke? Tak sesuai langsung, tak padan,� kata salah seorang daripada mereka. Dua orang lagi rakan mereka mengangguk tanda setuju.

Geram juga Akma mendengar komen tersebut. Sengaja dia datang ke arah mereka dan duduk bersebelahan.

揟engah bisik apa tu?� tanyanya sambil mengangkat kepala. Ketiga-tiga gadis itu menjeling tajam pada Akma dan terus berlalu dari situ.

Akma mengeluh. Teruk sangat ke rupa aku ni. Selalu sahaja jadi bahan ejekan orang bila sahaja mereka lihat aku bersama dengan Anuar. Anuar memang tampan, memang jadi pujaan sesiapa sahaja yang memandangnya. Itu memang aku tak nafikan. Bagaimana dengan aku? Aku akui kebenarannya. Pertama kali memandangnya pun aku terpegun. Jatuh cinta? Siapalah aku nak jatuh cinta dengan orang sebegini. Jadi bahan ketawa adalah. Jadi, biar aku buat tak tahu sahaja.

5 minit kemudian Anuar keluar. Kesan air sembahyang masih berbaki di rambutnya.

揓om..� ajaknya berlalu.

Mereka pun memulakan tugas merakam suasana KLCC dan ragam orang di dalamnya. Ramai juga yang mereka interview, sehingga lenguh kaki mereka kerana mengejar dan memilih orang untuk diwawancara. Kelakar pun ada bila ada yang lari dari mereka kerana mengelak daripada ditemuramah. Seronok dapat melihat pelbagai ragam manusia. Dia yang sentiasa sibuk study dan jarang keluar, merasakan satu kepuasan apabila sesekali dapat merasa suasana KL dan ragam manusianya.

揙k..kali ini last person to catch,� kata Anuar pada Akma sambil meneguk air mineral yang baru dibeli. 揕etih juga ya?� katanya lagi. Akma mengangguk.

揝o..saya cari mangsa kita yang terakhir!� kata Akma sambil berjalan di celahan orang ramai. Anuar mengekori.

Akma terpandang sorang wanita muda didepannya. Dari segi pemakaian, nampak seperti orang berada. Dia menegur wanita tersebut.

揌ai..saya Akma. Sudi tak kalau nak diinterview? Untuk projek U saya,� kata Akma. Wanita itu mula-mula seperti teragak-agak, akhirnya bersetuju apabila diyakinkan oleh Akma.

揂wak卹oll on the camera,� Akma melaung kepada Anuar.

Anuar mula memfokus kepada gadis muda tadi. Akma mula bertanya soalan.

揌mm協esyen ya?� tanya gadis itu. Anuar terus merakam.

揘atasya..there you are!� tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang pekat accent Australianya. Lelaki tersebut memegang tangan gadis tadi sambil mengucupnya.
Anuar terhenti seketika apabila terdengar nama Natasya disebutkan. Dia meneliti gadis tersebut semula. Tadi dia cuma melihat sepintas lalu sahaja.

揌i, I am in the middle of interview,� kata Natasya gembira.

Mereka berpegangan tangan. Anuar memandang gadis itu tanpa berkedip. Luka yang baru sahaja sembuh berdarah kembali. Hatinya bagaikan disiat-siat apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Natasya terhadap lelaki Australia itu. Akma dapat melihat riak perubahan pada wajah Anuar yang tadi kelihatan ceria, tetapi kini serius. Terus menjadi tanda tanya pada Akma.

揂nuar? Is that you?� tanya Natasya.

Anuar diam sahaja tidak bersuara. Mukanya yang serius itu menakutkan Akma. Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah mereka berdua saling mengenali?

Natasya lantas bergerak ke arah Anuar sambil memimpin lelaki Australia tersebut. Berderau darah Anuar melihatnya.

揂nuar, this is my fiancee, Norman. Norman, this is my friend, Anuar,� Natasya memperkenalkan mereka berdua. Norman menghulurkan tangan untuk bersalaman. Anuar hanya melihat tangan itu tanpa menyambutnya. Nampak wajah bengisnya itu keluar. Tiba-tiba dia mengangkat mukanya.

Anuar bergerak ke arah Akma dan mengheretnya ke depan mereka berdua. Akma terpaksa mengikut.

揕upa pulak Natasya. This is my fiancee too, Akma,� kata Anuar pula.

Terjegil biji mata Akma bila Anuar berkata begitu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang Anuar lakukan. Berdegup laju jantungnya. Apa semua ini? Kenapa aku pula menjadi mangsa keadaan? Akma segera meleraikan pegangan tangan Anuar agak kasar. Dia berasa sungguh marah dipermainkan sebegitu rupa.

揂pa kena ni?� tanyanya.

Anuar memegang erat bahu Akma pula. Seolah-olah mereka pasangan yang sedang bercinta. Dia berbisik sesuatu ke telinga Akma, 揃uat ajelah apa yang saya suruh,� arahnya.

Akma tersentak. Apa pula yang ingin dilakukannya pula? Jantung Akma berdegup lebih laju sehingga dia dapat mendengar bunyi itu dengan jelas. Akma sudah tidak senang hati. Dia takut Anuar melakukan sesuatu diluar jangkaan. Dia betul-betul takut. Akma terus terkaku tidak bergerak.

Natasya perasan akan perubahan pada wajah dan perlakuan Akma. Dia sesungguhnya tidak percaya Akma tunang kepada Anuar kerana Akma bukanlah ciri-ciri gadis yang disukai oleh Anuar.

揥hy not kita pergi makan?� Tanya Natasya memecah kebuntuan antara mereka. Akma melihat jam. Sudah pukul 7.00 malam.

揈h tak payahla,攌ata Akma. 揝aya dah kena balik ni. Enjoy your dinner, ok?�

揗ana boleh kita tolak ajakan orang kan? Nak makan kat mana?� potong Anuar. Dia masih lagi memegang erat bahu Akma.

Seperti tidak percaya Akma. Apa yang Anuar ingin lakukan sebenarnya? Hari sudahpun menginjak malam. Aku perlu pulang segera. Dia cuba memprotes.

揟unang I ada share dengan tokey restoran Jepun. Dia akan belanja,� kata Natasya sambil menujukkan arah restoran tersebut. Norman tersenyum sambil mengangguk. Nampaknya dia faham dengan bahasa Melayu.

Mereka pun berjalan beriringan ke restoran Jepun. Sesekali Natasya memandang ke belakangnya untuk melihat Anuar dan Akma. Dia dapat melihat Anuar memegang kejap jari jemari Akma. Benarkah mereka bercinta? Fikirnya lagi, masih tidak percaya.

Akma masih lagi cuba meleraikan pegangan tangan Anuar. Lagi cuba dilepaskannya, lagi kuat pegangan tangan itu. Terkadang dia rasa sakit sebab Anuar memegang dengan kuat seperti orang yang berada dalam keadaan geram yang amat sangat.

Anuar memandang Natasya yang berada dihadapannya. Hatinya masih lagi sakit dan menjadi lebih sakit apabila melihat jejaka Australia, si Norman itu memegang pinggang pujaan hatinya itu. Perasaan sakit hatinya itu dilepaskan terus pada tangannya yang memegang Akma. Cuma, dia tidak sedar itu semua.

Akma berhenti berjalan. Anuar memandang sepi wajah Akma.

揂nuar. Saya nak gi surau,� kata Akma. 揅ik Natasya, saya pergi surau dulu.�

Natasya dan Norman berpusing memandang mereka.

揝aya dan Akma hendak ke surau dulu. Awak tolong order untuk kami. Apa-apa pun boleh,� kata Anuar. Mereka lantas meninggalkan Natasya.

Akma bergerak laju ke arah surau. Terasa seperti hendak menangis dipermainkan begitu. Dia tidak langsung memandang Anuar.

Anuar merasa serba salah. Tetapi dia tidak akan membiarkan Natasya melihatnya berduka. Dia tidak boleh memberi peluang kepada Natasya mengetahui kesengsaraan yang dialami. Ya, sebenarnya dia berasa amat marah dengan Natasya.

Mereka menjamu selera hampir dua jam di restoran. Akma rasakan bagaikan 10 jam mereka berada disitu. Dia mahu cepat-cepat berlalu dari situ. Sudahlah makanan tidak sedap dan mentah. Walaupun tidak berselera, ditelannya juga kerana tidak mahu pasangan didepannya terasa.

Anuar dan Akma masing-masing tidak berbicara di antara satu sama lain. Natasya dan Norman yang banyak bercerita. Mereka hanya mendengar sahaja.

揗acam mana u all boleh cinta ni?� Tanya Natasya.

Anuar segera memintas. Dia mengambil seketul sushi dan meletakkan ke atas pinggan tunang palsunya itu.

揟ak payah cerita. Kami dah putuskan untuk merahsiakan sehingga tiba waktunya,� kata Anuar. Akma memandang Anuar. Pandai betul membuat cerita, keluhnya.

Natasya mengangguk tanda setuju walaupun Akma dapat melihat wajah tidak puas hatinya.

Setelah hampir pukul 10 baru Natasya mengucapkan selamat tinggal kerana mereka ada hal lain. Apa hal lain pukul 10 ni? Fikir Anuar. Clubbing??

Akma pula tidak sabar hendak balik. Dia segera turun escalator dari tingkat 4 dan pergi ke arah motosikal yang dipakir di kawasan luar KLCC. Dia tidak peduli lagi. Sudah pukul 10 malam. Dia tidak pernah berada di KL selewat itu. Dia menghidupkan enjin motosikalnya pergi walaupun dia tahu yang dia tidak cekap dengan laluan di KL.

揂kma!� Nuar menjerit dari kejauhan. Dia dapat melihat Akma pergi dengan motosikal modenasnya laju meninggalkan perkarangan KLCC. Anuar lantas berlari ke arah motosikal dan mengekorinya dari belakang.
Mana aku nak pergi ni? Tanya Akma didalam hati. Terlalu banyak simpang dihadapannya. Akma berkira-kira hendak mengambil yang mana satu. Dia menyumpah-nyumpah dirinya kerana mengikut apa sahaja yang diarahkan Anuar tadi. Kalau tidak tentunya dia sedang berehat didalam biliknya sekarang.

Anuar masih mengekori Akma. Laju juga Akma membawa motor. Tidak pernah dia melihat Akma membawa motor sebegini laju.

        Akma mengambil simpang disebelah kiri. Dia telah silap jalan ni. Lengang  sahaja jalan itu. Dari tadi, tiada kenderaan lalu disitu. Akma mula terasa tidak sedap hati. Dia sudah sesat ni. Dia memperlahankan motorsikalnya, apabila tiba-tiba tayar belakang motornya pancit akibat ditusuk sesuatu.

揂lamak! Apa dah jadi ni?� Dia segera turun daripada motosikalnya dan memeriksa tayar. Kelihatan tayar yang sudah kempis tidak berangin.

Akma memeriksa disekelilingnya. Dia mula rasa seram sejuk bila melihat tiada orang disekelilingnya. Dia tabahkan juga hatinya walaupun terasa seperti hendak menjerit dan menangis disitu juga. Akma duduk di kaki jalan yang disuluhi lampu. Dia mengangkat kedua-dua kakinya dan memeluknya. Mukanya diletakkan pada kedua-dua belah kaki.

Anuar memberhentikan motosikalnya tidak jauh dari situ. Akma tidak sedar akan kehadirannya. Dia dapat melihat Akma duduk berseorangan. Entah apa yang dibuatnya disitu.

揂kma!� teriak Anuar.

Akma tersentak dengan panggilan itu. Siapakah gerangan yang memanggil namanya?

Anuar berlari kecil ke arah Akma. 揂pa yang awak buat duduk di sini?�

Oh, Anuar rupanya. Akma menarik nafas lega. Tangannya menunjuk ke arah tayar yang pancit itu. Anuar meneliti dan membelek tayar tersebut.

揟ak boleh buat apa ni. Kena tukar tayar,� kata Anuar.

揗acam mana? Kat sini bukannya ada kedai pun,� keluh Akma. Dia menguis-guis kukunya, betul-betul mati akal.

揝aya hantar awak balik?� tanya Anuar.

揘aik apa?�

揗otor sayalah apa lagi?�

Tersirap darah Akma. Naik motor dengan Anuar? No way.

揟ak mahu. Saya tak suka naik motor besar,� kata Akma mengelak.

Ligat tangan Anuar menekan telefon bimbitnya. 揔alau macam tu tunggu. Nanti saya call Yan.� Dia bangun sambil bercakap dengan Yan dihujung talian.

3 minit kemudian, Anuar kembali duduk disebelah Akma. 揇iorang akan datang nanti,� terang Anuar. 揓angan risau, saya temankan awak disini,攌ata Anuar lagi.

Akma sudah serba salah. Sudah berapa kali dia menyusahkan Anuar. Dia masih teringat kisah dia menyorokkan helmet Anuar tempoh hari. Dia tidak pernah menyenangkan Anuar. Malah menyusahkannya adalah.

揂nuar, minta maaf. Saya dah banyak menyusahkan awak,攌ata Akma sayu.

揌ey, takkan saya nak biar awak sorang-sorang kat sini?� kata Anuar, menghiburkan hati Akma. Akma tersenyum mengangguk.

Akma memeriksa tangan kanannya. Masih sakit lagi.

揔enapa awak buat macam tu tadi?� Tiba-tiba sahaja soalan itu terkeluar daripada mulut Akma. Dia benar-benar ingin tahu.

揃uat apa?� tanya Anuar acuh tak acuh.

揂wak kata saya tunang awak....� terkedu Akma. Tidak sanggup meneruskan kata-kata itu.

Anuar bangun semula. Dia menarik nafas. Haruskah aku menceritakan segalanya kepada Akma? Dia berhak tahu atas perbuatan yang tidak logik tadi.

揕agipun awak buat perkara yang tak sepatutnya.....� sambung Akma lagi. Tetapi terputus.

揙kay, saya minta maaf. Saya tak patut pegang awak. Saya tak akan buat begitu lagi,� kata Anuar tanpa memandang Akma.

Anuar tidak memandangku. Adakah kemaafan itu ikhlas?

Akma lantas bangun dan berdiri di sebelah Anuar. Dia melunjurkan tangan kanannya pada Anuar. Masih berbekas merah akibat genggaman Anuar tadi.

揕ihat, apa awak dah buat pada tangan saya. Sakit tau.�

Anuar memandang tangan tersebut dan memeriksa. Memang benar. Terdapat kesan merah yang ketara pada sebelah telapak tangannya.

揝orry. Saya tak sengaja,� katanya lagi. Dia menarik nafas. 揘atasya bekas girlfriend saya. Kami dah berpisah atas keputusannya untuk tidak meneruskan perhubungan. Sebabnya saya dah tahu kini,� jelas Anuar tanpa memandang Akma. Akma tidak dapat melihat reaksi mukanya. Adakah dia sedih?

揝udahlah. Tak payah cerita kisah sedih ni. Tak ada maknanya,� sambungnya lagi. Pura-pura tersenyum.

揃ukan masih bermakna bagi awak lagi ke Anuar? Saya masih dapat melihat reaksi awak terhadapnya tadi. Awak masih sayangkan dia?� tanya Akma bertubi-tubi.

Anuar mengeluh. Dia tertunduk. 揂palah gunanya kalau bertepuk sebelah tangan. Bukannya berbunyi,� kata Anuar. Ada getar pada suaranya. Sedih bunyinya.

Akma terdiam. Dia tidak mahu bertanya banyak lagi. Takut terus menerus mengguriskan hati Anuar.

揘uar, tengok bintang di atas itu,� kata Akma sambil menunjukkan gugusan bintang yang bertaburan di atas langit. Dia ingin memujuk jejaka itu. Anuar mendongak melihat bintang-bintang yang sama.

揓angan bersedih lagi, ya. Walaupun dia tidak lagi bersama awak, tetapi awak tahu kan, bintang-bintang di atas tidak akan berubah. Sentiasa menemani kita,� kata Akma lagi. Dia mahu menenteramkan hati Anuar yang kelam itu supaya bercahaya semula.

Anuar tersenyum. Ada benarnya kata Akma itu. Mereka melihat bintang itu bersama. Masing-masing terpesona melihat cahayanya yang terang.

揚andai pulak awak bersastera ya,� usik Anuar. Akma tersenyum simpul. Kadang-kadang tanpa disedari kata-kata seperti itu keluar dari mulutnya.

揘uar!� tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh Suffian. Mike turut berada disitu. Anuar menuju ke arah mereka dan menunujukkan tayar yang bocor. Mereka membantu Anuar untuk menukar tayar motorsikal Akma.

Akma melihat sahaja apa yang mereka lakukan. Alangkah bahagianya melihat persahabatan mereka yang nampak teguh. Bersama-sama berkongsi susah dan senang. Saling tolong-menolong. Dia terfikirkan Hani. Apakah yang kau sedang lakukan sekarang, Hani?

  揝udahlah..Yang..marah kat abang lagi?� pujuk Suffian. Sudah berjam-jam dia memujuk buah hatinya itu, sehingga panas kedua-dua belah telinganya kerana terlalu lama dihempap telefon bimbit.

        Hani mendengus. Marah pada Suffian masih belum reda. Sanggup Suffian buat begitu padanya. Tak pedulikah dia langsung terhadap perasaanya. Dia teringat kembali bila telefon Suffian berdering pada ketika itu. Tanpa berkata banyak Suffian terus menghantarnya pulang, sedangkan mereka baru sahaja mula menonton wayang lewat malam. Bertambah geram apabila didapati bahawa yang akan dibantu oleh Suffian itu merupakan Akma!

        揂ni...dengar tak abang cakap apa ni?� tanya Suffian lagi. Matanya sudah mengantuk.

        揝anggup Abang buat Hani macam tu,� rajuknya belum habis.

        Suffian menarik nafas. 揧ang...takkan abang nak buat tak tahu saja? Dia kan kawan abang,� jelas Suffian sungguh-sungguh. Suffian memang pandai memujuk perempuan. Dia memang pakar dalam bidang itu, Anuar dan Mike pun tak terlawan dengan kepakarannya yang satu ini.

        揇ia ada masalah tadi..�

        揇ia ke orang lain? Lagipun, Mike kan ada?�

        揗ike pun ikut abang sekali tadi. Ok sorry. Abang tak buat macam tu lagi. Janji ok? Kalau diorang ada problem ke, nanti abang angkut Ani sekali, ok tak?� tanyanya lagi.

        揓anji?�

        揙f course! Tidur enak-enak ye, esok kita nak keluarkan?� pujuk Suffian lagi. Matanya tidak tertahan lagi.

        Hani mula menguntum senyum. Tidak sabar rasanya menanti esok hari. Tak sabar hendak melihat lagi wajah Suffian. Dia mahu satu dunia tahu yang dia berjaya menawan hati pemuda kacak itu. Mahu semua orang tahu Suffian kepunyaanya. Biar gadis-gadis lain cemburu melihatnya.

        揙klah. Good Nite,� kata Hani. Senyuman yang terbit tadi masih lekat pada wajahnya.

        揝ee you tomorrow, sweet dream,� balas Suffian lantas meletakkan telefon bimbit. Tidak sampai beberapa saat, dia sudahpun terlena.

        Hani berasa terlalu gembira menantikan hari esok. Dia mengira-ngira kemana arah tujuan perjalanan mereka keesokan harinya.

*        *        *

        Anuar tidak dapat melelapkan matanya. Puas dia berpusing ke kiri dan ke kanan, tetapi masih belum dapat melelapkan mata. Fikirannya berkecamuk. Wajah Natasya datang silih berganti, wajah yang pernah dirindui dan pernah dipadamkan dalam ingatannya. Kini dia muncul semula membawa semula kedukaan. Mengapakah aku harus bertemu dengannya? Mengapa kini? Mengapa setelah aku buang jauh-jauh kenangan itu?

        Anuar bangun daripada katilnya. Dia memasang semula kamera videonya. Biarlah dia menyunting sedikit temuramah siang tadi ketika matanya ini masih segar. Sekurang-kurangnya dapat juga dia menunjukkan hasilnya kepada Akma esok hari. Boleh juga melupakan gambaran Natasya yang banyak bermain dikepalanya saat ini.

        Dia menyambung kamera dengan kabel terus ke laptop. Lalu, melalui perisian yang ada, dia memuat turun fail tersebut. Agak besar saiznya, jadi dia terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum proses itu selesai. Dia melayari internet sementara menunggu. Sempat juga matanya menatap masa yang terdapat pada laptopnya. Hampir pukul 2.30 pagi.

        Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Siapa pula yang telefon pagi-pagi ini? Akma kah? Secara tiba-tiba sahaja nama itu terpacul keluar daripada kotak fikirannya. Nama itu sering meniti difikirannya akhir-akhir ini. Apakah maknanya? Kadang-kadang bila teringatkan Akma dia berasa senang hati. Bila bersama Akma dia merasa gembira. Entahlah. Mungkin juga ini kali pertama dia mempunyai sahabat wanita yang rapat.

        Telefon berhenti berdering. Anuar mengambil telefonnya dan meneliti 憁issed call� tersebut. Belum sempat lagi dia melihat nombor pemanggil, telefon berdering semula.        

Anuar lantas menjawab panggilan. 揌ello.�

        揂nuar ..?� tanya suara di talian sebelah.

        揧a, Anuar bercakap ni.� katanya. Dia cuba mengamati suara itu. Dia pasti itu bukannya suara Akma. Lagipun Akma tidak akan menelefonnya dalam waktu begini.

        揧ou tak tidur lagi?�

        揝iapa yang bercakap?� Nuar masih meneka-neka. Dia seakan mengenali suara tersebut.

        揟akkan dah lupa kat I kut, baru je jumpa tadi, dah lupakan Tasya ye!� Ngomel Tasya.

        Anuar tergamam. Natasya? Kenapa dia tiba-tiba menghubunginya? Apa pula yang dimahukannya dikala ini?

        揌a..Tasya,� jawab Anuar pendek. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyambung kata. Suaranya terkunci. Terbayang wajah Natasya tadi bersama tunangnya, Norman. Sakit hati bertandang lagi.

        揟ak sangka ye kita berjumpa lagi.� kata Tasya.

        揌mm..�

        揘uar, you macam taknak cakap dengan I aje,� ujar Tasya seakan-akan merajuk.

        Anuar mengeluh. Dia memang tiada mood langsung untuk berbicara. Bayangan Natasya hanya mengundang kekecewaan dihatinya. Apa lagi yang boleh diperkatakan pada Natasya? Dia mahu membuang jauh Natasya dalam hidupnya. Kalau boleh dia tidak mahu menemuinya lagi.

        揟ak ada apa yang boleh diceritakan. Kenapa you telefon?�

        揝aja..� kata Tasya.

        揔alu tak ada apa-apa hal, kita stop kat sini.� arah Anuar dengan tegas.

        揌ey, nanti. Kenapa you ni? Still marah pada I ke? Masih rindukan I?� pancing Tasya sambil ketawa yang dibuat-buat.
       
        Anuar tidak dapat bersabar lagi. Suaranya terus meninggi.

揂ku tak faham apa yang ko cakap.�

        揔enapa macam ni you layan I. Tak sama.� rajuk Tasya.

        揌ubungan kita sekarang pun tak sama dengan yang dulu. Jadi jangan harap I layan you macam dulu..� sambung Anuar.

        Tasya diam seketika. Memang ada benarnya kata-kata itu. Dia menarik nafas cuba mengumpulkan kekuatan untuk terus berhadapan dengan Anuar. Setelah 2 tahun berpacaran bersama Anuar dia amat memahami sikapnya yang tegas dan sedikit baran itu.

        揑 nak tanya U ni, U dan Akma tu betul ke tunang?� terpacul pertanyaan itu daripada mulut Tasya. Dia masih tidak berpuas hati dengan perkara tersebut. Walaupun mereka tiada apa-apa hubungan lagi, Natasya dapat rasakan perasaan cemburu hadir sedikit di dalam hatinya.

        揑 tak percaya!� Tasya menyambung lagi.

        揔enapa?� tanya Anuar ingin tahu.

        揑 tak nampak kemesraan itu. Ke U all kena tunang paksa?� tanyanya lagi.

        Sambil lewa sahaja Anuar menjawab, 揧ou buatlah tanggapan apa pun.�

        揂nd really, dia tak sesuai buat U!�

        Kata-kata Tasya itu menambahkan sakit dihati. Tasya tidak berhak menentukan jalan hidupnya. Dengan siapa dia berkawan. Siapa kau untuk menentukan semua ini?       

        揥hat do you mean? You bukan yang tentukan hidup I. Suka hati I la nak pilih sapa!� bentak Anuar. Digenggamnya tangan kanannya dan memukul meja.

        Tetapi perasaan tidak puas hati masih bersarang di dalam hati Natasya.

        揢 sendiri pernah cakap dengan I. U ingat tak? U tak suka perempuan bertudung? Lagi, macam enggang dengan pipit, tak padan. She is not beautiful. She is not tall, she is so na飗e. Lagi satu apa yang dia pakai. Tak up to date langsung,� ulas Tasya dengan panjang lebar. Daripada nada suaranya, jelas menunjukkan kebencian Natasya terhadap Akma.

        揅ukup Tasya. Jangan mengata dia. Dia tak seperti you sangkakan,� Telinga Nuar mula memerah. Marah sungguh dia rasakan bila ada orang mengutuk Akma begitu. Perasaan itu bukannya sengaja dibentuk.

        揥hat? Betul apa?� Giliran Tasya pula rasa berapi. Oh. Bermati-matian pula mempertahankan gadis itu! Entah betul mereka ni tunang? Marah semacam aje Anuar ni?

        揊or me, she is beautiful. That's it. No more comments..� kata Anuar lantang. Lancar sahaja perkataan itu lalu keluar daripada mulutnya. Dia tidak merancang langsung mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ianya keluar dari hati yang tulus ikhlas.

        Tasya mendengus. Dia terpaksa mengalah. Baru dia teringat tujuan kedua dia menelefon Anuar. Walaupun esok masih ada, tetapi dia tidak sabar hendak memberitahu perkara yang satu ini.

        揙klah Nuar. Tujuan I call ni sebenarnya nak jemput you datang ke birthday I di rumah I Sabtu depan,� kata Tasya.

        揔enapa nak jemput I pulak? I am not coming,� serius nadanya.

        揧ou must come. Banyak perkara yang Tasya nak cerita dengan U..Boleh kan..?� Tasya melembutkan suaranya walaupun hati masih lagi berapi. Dia betul-betul mahu Anuar hadir di majlis harijadinya.

        揑 am not coming. Tak ada perkara yang nak dibincangkan pun. I dah mengantuk. Bye!�

        Anuar segera mematikan panggilan tersebut. Dia menghela nafas. Sudah aku cuba buang gambarannya jauh-jauh, kenapa kau sengaja makin mendekati? Perasaanya berbaur.

        Ada lampu menyala pada telefonnya. Rupanya ada message masuk.

        揓angan lupa Sabtu depan, rumah I�

        Anuar mengeluh. Sayangnya pada Natasya masih ada. Dia masih tidak dapat melupakannya. Mana mungkin dia dapat hadir ke majlis itu untuk menambahkan luka di hati? Dia tidak dapat membayangkan kemesraan Natasya bersama Norman di majlis itu nanti.
    Akma meletakkan minyak urut dan mengurut perlahan tangannya itu. Lega sedikit rasanya setelah diurut begitu. Sudah lama juga dia membeli minyak urut itu. Lebih kurang setahun lamanya tetapi baru kali ini dia menggunakannya. Entah bila pula dia akan menggunakan sekali lagi.

        Matanya masih lagi belum mengantuk. Jam di telefon bimbitnya sudahpun menunjukkan pukul 2.30 pagi. Esok dia akan bertemu lagi dengan Anuar untuk meyambung kerja. Mereka perlu mengumpul kata sepakat bagaimana bentuk presentation mereka hari Rabu nanti.

        Kertas-kertas yang difotostat kelmarin dilihat satu persatu. Tetapi tiada makna bagi Akma. Dia tidak dapat berfikir banyak. Keletihan seminggu ini masih terasa. Dia perlu berehat dengan sepuasnya malam ini, takut-takut esok dia masih tidak bermaya dan tidak dapat berfikir dengan tajam.

        Akma berlalu menuju ke katil. Dia melabuhkan kepala pada bantal. Melihat tangannya yang memerah tadi, hatinya terusik. Kenangan seminggu bersama Anuar menggamit kembali. Dari mula berselisihan dengannya di atas jalan raya kemudian melepaskan amarahnya dengan menyorokkan topi keledar membuatkan Akma tertawa kecil. Entah bagaimana dia boleh mendapat idea bodoh begitu?

Selang  sehari, mereka sekumpulan dalam presentation pula. Akma betul-betul tidak senang hati ketika itu. Dalam hatinya yang berbelah bahagi, Anuar datang lagi membantunya ketika dia memerlukan pertolongan. Terlalu banyak perkara yang melanda mereka berdua dalam masa seminggu. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini, fikirnya.

        Genggaman tangan Anuar tadi membawa seribu erti walaupun pada mulanya Akma merasa tidak senang atas perbuatannya. Bagaimana rasanya kalau aku betul-betul tunangannya? bisik Akma didalam hati. Tidak mungkin aku akan jatuh hati pada Anuar.Tidak mungkin aku akan jadi tunangnya. 99% tidak mungkin, Akma ketawa. Tetapi kalau betul bagaimana?  Muka Akma berubah. Tidak tidak sama sekali! Jeritnya didalam hati. Tidak mungkin.

        Pengakuan Anuar pada Natasya tadi. Bagaimana Anuar boleh dapat idea bodoh itu juga? Nampaknya mereka masing-masing serupa. Ada kalanya tidak dapat berfikir dengan betul apabila berada dalam keadaan marah dan tertekan.

        Tidak berapa lama kemudian Akma terlena dibuai mimpi indah.
 揝o...kita akan edarkan nota kecil pada setiap pelajar. Saya akan present dulu, kemudian separuh lagi awak pula. Bila sampai ke pembentangan dengan isi kita yang terakhir, sebelum kesimpulan, kita paparkan klip video..ok tak?� ulas Akma panjang lebar kepada Anuar. Anuar mendengarnya dengan penuh khusyuk.

        揌mm...bagus. Saya setuju. By the way, awak dah siapkan slaid presentation dan nota kecil tu?�

        Akma menggelengkan kepalanya. 揃elum lagi. Probably today. Saya bukannya ada komputer, kena gi lab nampaknya. Awak dah siap sunting video?�

        揃elum lagi. Tak sempat. Lepas ni saya buatlah. Awak nak pinjam laptop saya? Boleh buat kat dalam bilik, tak payah gi lab. Lab tu tak tentu lagi buka Ahad ni.�

        Kata-kata Anuar membuatkan Akma terfikir semula. Betullah, hari ini hari Ahad. Mana ada lab yang buka?

        揃etullah, Nuar. Terlupa pulak hari ini hari Ahad. Habis awak nak guna macam mana?� tanya Akma pula.

        揟ak apa. Saya ada komputer peribadi dirumah. Awak ambillah laptop ni..�

        Cuaca pagi itu semakin panas. Akma mengambil buku notanya dan mengibas-ngibas mukanya. Tetapi angin daripada kibasan itu tidak dapat melegakan kepanasan yang melanda.

        Anuar yang menyedari keadaan Akma terus mengajak Akma ke tempat lain. 揂kma. Panas juga disini. Y not kita gi kat belakang Dewan Kuliah Cempaka. Kat situ berangin sikit,� kata Anuar sambil mengangkat topi keledarnya.

        Akma menutup kembali laptop kepunyaan Anuar dan mengangguk.

        揈lok juga tu. Dekat situ teduh sikit, pemandangan pun cantik.�

        Muka Anuar yang sedikit serius tadi mula berubah. Dia seakan-akan tersenyum mengejek. Akma melihat kelakuan Anuar itu dengan rasa pelik. Apa kena pula mamat seorang ini? Tiba-tiba buat muka macam tu?

        揔enapa gelak?�

        揂ku kan jadi sepertimu gunung!� Anuar berteriak. Merah padam muka Akma bila teringatkan kembali insiden tersebut. Terasa malu pada Anuar tiba-tiba. Akma lantas mengambil buku notanya dan memukul lengan Anuar.

        揑sk..jangan sebut lagilah. Malulah saya!�

        Tetapi Anuar masih lagi meneruskan tawanya. Sesekali dia melaungkan kata-kata Akma itu sekuat hatinya. Lagilah geram Akma dibuatnya. Akma memukul lengan Anuar beberapa kali dengan buku nota sambil mengejar Anuar yang mula berlari kearah motosikal.

        Setelah tiba di belakang dewan kuliah, Akma terus duduk di kawasan kaki lima  tempat dimana dia menahan perasaan sedih atas perbuatan Hani dahulu. Anuar pula singgah sebentar ke cafe berdekatan untuk membeli minuman. Sementara menunggu, Akma menyunting isi kandungan yang akan dibentangkan nanti. Dia kini cuma perlu memasukkan bahan yang sedia ada ke dalam powerpoint.

        Isk..gatal pula mata sebelah ni, kata Akma perlahan. Dia terasa seperti ada sesuatu menari-nari di dalam mata sebelah kirinya. Akma lantas membuka cermin mata dan diletakkan di atas simen sambil meraba bahagian matanya yang sedikit gatal. Dekat sini tiada pula cermin, keluhnya.

        Seketika kemudian Anuar tiba dengan membawa dua botol minuman. Oleh kerana cermin mata Akma senada warnanya dengan warna simen, Anuar tidak perasan lalu terduduk di atas cermin mata Akma.

        揂pa benda ni?� Tanya Anuar sambil bangun semula dari tempat yang didudukinya tadi. 揘i spek sapa ni?�

        揘ape?� Tanya Akma antara dengar tidak dengar. Dia masih leka menguis-nguis tepi matanya yang gatal itu.

        Sedar Akma tidak menyarungkan spek matanya, tahulah Anuar ia kepunyaan siapa.

        揝pek ni awak punya ke Akma? Dah patah ni.�

        揂pa? Kenapa boleh jadi macam ni?� kata Akma sambil merampas cermin mata itu daripada genggaman Anuar. Dia mula membelek-belek dan menyarungkan semula cermin mata tersebut. Tetapi sudah rosak teruk, tidak boleh digunakan lagi.

        揂lamak! Macam mana ni????� jerit Akma sambil membelek spek itu lagi. Dia bingung. Tanpa cermin mata, dunianya kelabu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas keadaan disekeliling. Kalau orang buta memerlukan tongkat untuk berjalan, samalah sepertinya. Cermin mata itu seolah-olah tongkat buat dirinya.

        Akma mengecilkan mata untuk memfokus. 揂lah, Tak boleh nampaklah!� komennya lagi. Tangannya terkial-kial menyentuh dinding dibelakangnya.

        Sedang tangannya merayap memegang dinding, entah bagaimana dia tersentuh muka Anuar. Anuar pula seperti batu tidak bergerak. Seolah-olah mengizinkan perbuatan Akma itu.

        Macam pernah aku rasa perasaan seperti ini, desis hati Akma. Tetapi apa ya? Di mana? Akma mendekatkan mukanya ke tempat yang dipegangnya tadi. Semakin kuat perasaan yang dirasainya itu. Seperti ada sesuatu.

        Tiba-tiba jantung Akma berdegup kencang. Dia dapat melihat mata itu membalas renungannya. Secara pantas, dia teringatkan mimpinya tempoh hari. Adakah dia? Dia yang berada dalam mimpiku itu? Memang tidak sah lagi. Serupa! Tetapi, tidak mungkin. Tidak mungkin! Akma cuba menafikan.

        Dengan pantas, Akma menarik tangannya daripada wajah Anuar. Degupan jantungnya tidak terkawal lagi. Mimpi itu seperti memberitahunya sesuatu. Dia cuba bertenang.

        Anuar yang tadi mendiamkan diri, mula bersuara.

        揅ermin mata awak ni dah rosak teruk. Kena ganti yang baru.�

        揈h..Tak apalah. Saya pergi beli nanti,� kata Akma lantas bangun daripada tempat duduknya. Perasaanya jadi berbelah bahagi. Sama ada ingin terus duduk disitu atau berlalu pergi. Dia takut akan melakukan perbuatan bodoh lagi. Tetapi kalau dia pergi, entah mana pula arah tujuannya nanti. Takut masuk ke longkang pula!

        揝aya yang rosakkan spek awak tu. Saya ganti balik.� kata Anuar.

        揈h takpelah..tak payah susah-susah..�

        揘o. Saya kena ganti. Jom pergi sekarang!� arah Anuar.

        Akma segera menepis. 揗acam mana saya nak bawa motor. Saya tak nampak!� sambungnya cuba mengelak. Kalau boleh, dia ingin mencari seribu alasan lagi supaya tidak perlu mengikut Anuar.

        Anuar berfikir semula. Betul juga. Hendak bergerak pun susah. Akma bukannya mahu kalau naik motor bersamanya. Dia pun tak sanggup nak membawa anak dara orang ini naik motor dengannya. Tak pasal-pasal jadi buah mulut orang nanti.

        揔ita naik bas,� putus Anuar.

        揌uh�

        揔ita naik bas turun kat komuter. Y not kita gi Mines? Dekat situ ada kedai spek. Confirm buka hari Ahad.�

        揟akperla, tak payahla...�

        揂kma! Jangan nak cari alasan. Suka sangat buat alasan itu ini.. Kan saya yang pecahkan spek awak? Jadi saya akan ganti. Jom! Cepat...!� Anuar bertegas. Dia sudah mula hendak bergerak.

        Akma masih membatu. Kerana geram dengan sikap Akma itu, Anuar lantas menarik lengan baju Akma menuju ke perhentian bas.

        Akma hanya mengikut sahaja. Jantungnya masih lagi berdegup laju. Dia tidak dapat berfikir dengan betul ketika itu. Fikirannya hanya tertumpu pada mimpinya tempoh hari.

        Lengan baju Akma dilepaskan sebaik sahaja mereka tiba diperhentian bas. Mujur pagi itu tidak ramai orang. Senang sahaja mendapat tempat duduk. Anuar duduk disebelah Akma. Perasaan bersalah menjalar dengan hebatnya ketika itu.

        Di dalam komuter juga mereka duduk berdua. Akma hanya membisu. Anuar juga begitu. Mereka diam seribu bahasa. Akma hanya memandang keluar tingkap yang kelabu asap itu. Anuar pula berkira-kira bila mereka akan tiba di Mines kerana dia tidak sanggup melihat dua orang gadis dihadapannya yang berbisik sesama sendiri dan sesekali tersenyum malu-malu padanya.
揘ak ke England Optical ke nak ke Focus Point?� tanya Anuar apabila mereka tiba di Mines.

        Akma mengangkat bahu. 揈ntah mana-mana pun boleh. Saya selalu beli spek kat kedai spek biasa sahaja.� Perasaan berdebar Akma sudah mula reda. Dia cuba tidak mengendahkan bayangan mimpi itu lagi. Dia tolak jauh-jauh dan menafikan sekeras-kerasnya perasaan yang wujud tadi. 揗ahal tak spek kat situ?� tanya Akma lagi.

        揃iasa saja...�

        Anuar masuk ke dalam kedai Focus Point yang tidak berapa jauh dari situ. Dia meneliti cermin mata yang tersusun dalam meja bercermin, lalu duduk di salah sebuah meja yang berada disitu. Akma menuruti dan duduk di sebelahnya.

        揚ilih mana satu yang berkenan di hati,� kata Anuar lagi sambil menunjuk ke arah cermin mata yang banyak itu.

        Pembantu kedai duduk dihadapan mereka. 揧ang ini semua keluaran terbaru.� terangnya.

        Akma memfokus ke dalam meja bercermin dan mencari cermin mata yang diminatinya. 揥ah! Mahalnya!� secara spontan dia bersuara bila dilihatnya harga cermin mata itu semuanya bernilai lebih lima ratus ringgit. Akma mula berasa berbelah bagi.

        揗ana mahal sangat!� balas Anuar sambil melihat disekeliling kedai tersebut.

        Pembantu jurujual manyampuk, 擜pa salahnya mahal sedikit. Kualiti dan lebih tahan. Lagipun ada pakwe sanggup belikan..oklah tu.�

        Akma menelan air liur. Dia menggelengkan kepala. 揇ia kawan saya saja.�

        揧e ke dik? Takkan kawan sanggup berbelanja banyak untuk adik ni?� Katanya sambil tersenyum lagi. Akma mula merasa tidak selesa dengan kata-kata itu. Kenapa semua orang menganggap mereka ber 'couple'?

        揔ak! Contact lense tu berapa harga?� tanya Anuar sambil menunjukkan ke arah contact lense Acuvue yang berada tidak jauh daripadanya.

        揗urah dik. Kita ada sale bulan ni. Yang ni memang tahan. Dalam seratus lebih aja harganya,� terangnya lagi. Mata Anuar masih tidak lepas memandang Akma yang masih lagi leka memilih cermin mata dari satu meja ke satu meja yang lain.

        Anuar tersenyum sendiri melihat Akma. Terhibur sungguh dia dengan gelagat Akma yang mencuit hati dan menghiburkan. Tiba-tiba senyuman itu melebar lagi bila dia teringatkan kembali senyuman Akma yang manis semasa dia merakam wawancara semalam. Wajahnya kelihatan bercahaya bila tersenyum. Pandangannya pada Akma ketika mereka saling merenung tadi juga bisa membuat hati lelakinya runtuh seketika. Selain daripada mempunyai senyuman yang menawan, Akma juga mempunyai sepasang mata coklat yang sungguh cantik. Gabungan keduanya memang bisa mencairkan. Tetapi kedua-duanya tersembunyi disebalik wajahnya yang bercermin mata.

        揘uar! Beli spek murah je ni cukup lah,� kata Akma sambil menunjukkan cermin mata yang dipilihnya. Anuar membelek cermin mata itu dan menggelengkan kepalanya.

        揘ope. Saya nak belikan awak contact lense.� katanya tanpa berselindung lagi.

        Akma menggelengkan kepalanya pula. 揌eh. Tak reti pakailah. Leceh!�

        Bahu Akma dipegangnya dan memaksanya duduk. Dia merenung Akma dalam-dalam. Akma membalas renungan itu seketika, dan kemudian mengalihkan pandangan daripada mata yang kuyu itu kerana jantungnya mula bergetar semula.

        揧ou have beautiful eyes. You should wear contact lense.�

        揂pa yang Nuar cakap ni. Apa cantiknya. Hani selalu kata Akma lagi elok memakai spek. Lagi nampak genius.� sambung Akma lagi. Dia teringat kata-kata Hani tidak lama dulu.

        Anuar mula ketawa. Geli hati dia mendengar kenyataan Akma. 揗acam budak kecikla awak ni Akma. Kalau dah pandai tu tak payah nak nampak genius. Orang dah tahu bila mengenali kita.�
       
        Terdiam Akma dengan kata-kata Anuar. Suka hatilah kau Anuar, malas nak bertekak lagi. Lagipun, contact lense itu tak semahal cermin mata yang berderet tadi. Kira oklah tu, beli sajalah.

        Setelah bersetuju, Akma menjalani pemeriksaan mata bersama optometrist untuk memeriksa power contact lense yang perlu dibeli. Kemudian, pembantu jurujual membantu Akma memakai contact lense. Menggigil tangan Akma mencuba. Takut sakit matanya kalau tidak memakai dengan betul.

        揕ambat lagi ke cik puan. Dah berjam tunggu ni!� ejek Anuar bila dilihatnya Akma terkial-kial mencuba contact lense yang dibeli tadi.

        揝apa yang suruh beli contact lense lagi. Rasakan!� jawab Akma membalas, sedangkan dia yang merasa sungguh terseksa sekarang ini. Setelah berjaya mengenakan kedua-dua belah contact lense, Akma melompat kegembiraan. Tetapi senyuman itu pudar semula bila mengenangkan yang dia terpaksa membuka dan memakainya semula setiap hari! Lecehnya..

        Anuar mengajak Akma berjalan sebentar di sekitar Mines. Pemandangan disitu cantik, terutama sekali dengan tasik buatan manusia disepanjang kompleks membeli belah itu. Sedang mereka berjalan, Anuar terhenti seketika bila tiba di hadapan sebuah kedai emas putih. Dia memerhatikan sesuatu disebalik cermin. Akma dapat melihat seutas rantai putih bertakhtakan berlian yang sungguh cantik didalamnya. Lihat sahaja harganya, boleh terduduk Akma.

        Lama juga Anuar merenung rantai itu sehingga Akma pelik melihatnya. Hendak beli untuk diri sendiri ke? Gila apa? Mana ada lelaki pakai rantai emas? Nak beli untuk mak dia kot. Bermacam-macam andaian yang keluar daripada fikiran Akma, masih meneka apa sebenarnya yang menarik minat Anuar terhadap rantai itu.

揝abtu depan birthday Tasya,� Secara spontan Anuar bersuara seolah-olah dapat membaca fikiran Akma. Renungannya masih tertumpu pada rantai itu. Kini fahamlah Akma kenapa Anuar melihat rantai tadi tanpa putus-putus.

        揈rmm..nak belikan dia rantai ke?�

        揟asya memang suka rantai terutama emas putih,� sambung Anuar lagi.

        揝o, belikanlah sebagai hadiah birthday,� kata Akma teragak-agak bila teringatkan harga rantai yang mahal itu.

        揈ntahla..Tak tahu. Dia ada ajak pergi birthday dia.�

        揌a..pergila. Orang dah mengajak tu!�

        Anuar memandang Akma. Dia seolah-olah terfikirkan sesuatu. Elok juga kalau dapat membawa Akma sekali. Sekurang-kurangnya, tidak terasa sakit hati sangat. Lagipun Tasya tidak sukakan Akma. Inilah peluang untuk menyakiti Tasya pula.

        揔ita pergi sama,� Anuar memberi cadangan.

Mulut Akma terkunci. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Natasya lagi. Akma dapat rasakan sikap dingin Natasya terhadapnya. Dia seolah-olah tidak suka Akma berdampingan dengan Anuar. Lagipun, kalau dia pergi tentunya sebagai tunang Anuar lagi. Dia tidak mahu lagi dipegang-pegang sesuka hati seperti hari itu!

        揓om masuk!� ajak Anuar.

        Mereka masuk ke dalam kedai bersama. Kaya betul Anuar ni. Wang beribu itu tidak bernilai baginya. Iskk..kalau dapat kat aku tentu pergi melabur kat ASB ke, Unit trust ke lagi elok desis Akma.

        Anuar berjalan melepasi rantai berlian tadi. Dia melihat satu persatu barang kemas yang ada didalam kedai itu. Akma menuruti sahaja ke mana Anuar pergi. Dia turut terpegun dengan rekaan barang kemas yang nampak sofistikated dan simple. Kalau berduit, tentu dia akan membeli juga, tetapi untuk diri sendirilah.

        Setelah berpusing dua kali melihat koleksi yang ada, Anuar berhenti di meja yang mengandungi berbagai bentuk cincin. Dia memandang Akma.

       揂kma rasa yang mana cantik untuk hadiah?� tanya Anuar sambil menunjukkan cincin-cincin tersebut. 揓angan fikir mahal ke murah. Just pilih mana yang nampak elok pada pandangan Akma.� ulasnya kerana dia tahu sikap Akma yang amat 憄articular� dengan harga barang-barang yang mahal. Tentu mulutnya tidak habis mengomel nanti.

        Akma meneliti satu demi satu cincin tersebut. Matanya melekat pada satu cincin yang sungguh simple tanpa permata. Ianya tidaklah terlalu besar atau terlalu halus.

        揧ang ni,� tunjuk Akma pada Anuar. Pembantu jurujual mengeluarkan cincin tersebut daripada ruang pameran dan menyerahkan pada Akma. Akma mengambil cincin itu dan memberikannya pada Anuar pula.

Anuar menolak. 揚akai.�

        揌a? Buat apa?� tanya Akma. Terkejut pun ada.

        揝aja nak tengok elok tak pada jari Akma. Jari saya besar mana muat nak cuba!�

        Hendak tak hendak Akma terpaksa menyarungkan cicin itu ke jari manisnya. Perasaan bersalah mula menyelubungi Akma. Ada ke patut aku yang pakai cincin untuk Natasya ni sebelum tuannya?

        揓ust nice!� kata Anuar. 揃erapa tokey?�

        揑ni lebih kurang lima ratus�

        Terbeliak biji mata Akma dengan harga itu. Membazir betullah dia ni. Habis duit mak bapak dapat anak macam ni.

        Anuar mengeluarkan nota lima ratus ringgit dan menyerahkan pada pembantu kedai. Pembantu kedai mengeluarkan kotak cincin dan memasukkan ke dalam kertas plastik berwarna biru muda.

        揗asukkan balik dalam kotak,� kata Akma sambil mengeluarkan semula bekas cincin tersebut daripada beg plastik.

        揅incin ni untuk awak, pakai ajela,� Anuar mula bersuara. Beg plastik tadi diambil daripada tangan Akma, lalu keluar daripada kedai.

        Akma mengejarnya dari belakang. Apa semua ini?

        揂nuar! Apa semua ni. Bukan untuk Tasya ke cincin ni?� marah Akma.

        Anuar yang berjalan dihadapan berpusing melihat Akma. 揔an dah saya kata saya beli untuk awak?�

        揔enapa beli untuk saya? Untuk apa?�

        揔alau lelaki bagi cincin tu maksud dia apa?� Keluar sudah senyuman nakalnya itu.

        揂nuar, Akma tak fahamlah. Cincin ni mahal. Jangan nak membazir!�

        揌a..nak start membebel pasal harga lagi!�

        揂nuar! Ambik balik!� bentak Akma sambil menyerahkan cincin itu semula pada Anuar. Perasaan marah wujud secara tiba-tiba. Seperti orang bodoh dia rasakan sekarang ini. Seperti sedang dipermainkan oleh Anuar pula.

        揔alau nak main-main ngan Akma pun janganlah sampai beli cincin mahal ni!�

        揝apa kata main-main?� tanya Anuar sambil mendekatkan dirinya pada Akma.

        揘uar! Tolonglah!� teriak Akma tidak tertahan lagi. Dia tidak sanggup menerima hadiah yang mahal itu.

        揌ahahahahahhah� gelak Anuar dengan kuat, lantas mencapai cincin itu daripada tangan Akma.

        揔an Akma ni 慺ake� tunang Anuar. Jadi kenalah ada cincin. Akma nak Tasya tanya lebih-lebih ke kalau dia tak nampak sebarang cincin pada jari Akma nanti?� soal Anuar pula.

        Akma menarik nafas lega kerana pemberian itu tidak memberi apa-apa makna. Tetapi kalau ya pun kenapa tak cari cincin yang lebih murah?

        揔alau ya pun kenapa tak cari cincin yang lebih murah? Bawah sepuluh ringgit pun ada pe.� kata Akma lagi.

        揟akkan nak beli cincin silver kot. Tasya particular benda-benda macam ni. Dia tahu mana yang tulin dan mana yang palsu.�

        揚enting sangatkah?�

揧a. Nuar takkan biarkan dia hidu perkara sebenar,� jelas Anuar.

        Sambungnya lagi,� So pakai cincin tu. Buat masa ni ia kepunyaan Akma.� Anuar menyerahkan kembali cincin tersebut pada Akma untuk dipakai. Sudah habis daya Akma bertegas untuk tidak memakainya, tetapi tidak berjaya. Dia terpaksa menyarungkan semula untuk memuaskan hati Anuar.

        Mereka bedua berjalan beriringan naik ke tingkat atas. Akma sedikit teruja apabila melihat gelanggang ice skating tersergam dihadapannya. Dia berlari kecil ke tepi gelanggang dan melihat orang ramai yang leka bermain ice skating. Senyumannya melebar. Sudah lama dia tidak skating. Kalau main kali ini, tentu dia akan menjadi calon beginners semula.

        揂wak suka main permainan ni ke?� tanya Anuar apabila dia tiba disebelah Akma.
       
        揧a. Suka .. kenapa?�

        揃udak-budak je yang main permainan macam ni..� Anuar menjawab dengan selamba pertanyaan Akma. Merah padam muka Akma mendengar jawapan itu.

        Anuar ketawa lagi bila melihat muka Akma yang menahan geram. Suka betul hatinya dapat menyakat Akma sekali lagi.

        Tidak berapa lama kemudian, seseorang datang ke arah mereka.

        揃ang, kita ada promotion for couples today. RM10 for both .. main sampai 3 jam. Then ada contest lagi..�

        揜eally?�

        Anuar mengambil tiket tersebut daripada tangan gadis itu tadi. Dia meneliti kertas promotion tersebut.

        揘ak bayar kat mana?�

        揙K. Abang ambil kupon ni dan bayar kat kaunter sana. Bawa teman abang sekali. Thanks bang,� katanya lagi sambil berlalu mencari pasangan lain.

        揓om...� ajak Anuar. Akma memandang Anuar seakan tidak percaya dengan tindak tanduknya. Apa sebenarnya yang tidak kena dengan Anuar hari ini? Dia banyak melakukan perkara yang tidak masuk akal. Beli contact lense, cincin dan sekarang mengajak dia bermain ice skating pula? Sengaja nak ambil hati aku ke?

        Mereka diberi handband berwarna maroon yang boleh ditulis perkataan bagi membezakan mereka dengan pasangan lain. Anuar berkira-kira hendak menulis perkataan apa di atas band itu. Tiba-tiba idea menarik keluar daripada kepalanya. Dia menulis perkataan gunung pada band tersebut.

        揕er...takde perkataan yang menarik lagi ke nak ditulis?� komen Akma. Dia tahu Anuar sengaja menulis perkataan itu untuk mengenakannya.

        揚erkataan ni kan simbolik pada awak..� kata Anuar sambil mengenyitkan matanya. Akma menarik muka masam, tidak larat hendak melayan usikan Anuar lagi.

        Setelah meletakkan barang ke dalam almari berkunci dan memakai sarung tangan dengan kasut skating, mereka mula masuk ke gelanggang. Belum sempat Akma berjalan lebih jauh, dia sudah jatuh tergolek di atas lantai yang berais itu. Anuar ketawa.

        揔ata pandai skating..� ajuknya.

Akma menjeling tajam ke arah Anuar. Mahu sahaja dia menjahit mulut Anuar supaya dia tidak dapat membuka mulutnya lagi.

        Renungan tajam Akma itu membuatkan Anuar berlalu meninggalkan Akma. Dia berpusing-pusing mengelilingi gelanggang dengan cekap. Akma memandangnya tidak puas hati. Kata permainan budak kecil. Dia pula yang melebih-lebih.

        Akma meniti perlahan-lahan. Dia perlu cepat belajar kerana masa yang diperuntukkan tidak lama. Dulu semasa ke sini pun dia bermain hampir lima jam.

Dia memegang tempat berpaut yang disediakan dan mula berjalan sedikit demi sedikit. Kadang-kadang bila terasa hendak jatuh, dia akan berhenti bergerak dan cuba menstabilkan diri. Malu juga bila dilihatnya ramai orang yang memerhatikan dan ada yang mentertawakannya.

        揋ive me your hand,� Tersentak Akma apabila Anuar berdiri di depannya sambil menghulurkan tangannya yang bersarung itu.

        揘o need,� kata Akma berlagak sombong. Tangannya masih memegang tempat berpaut.

        揝ombong ye cik adik. Apa nak dimalukan. Saya tension betul tengok awak main. Lembab betullah.�

        擨ngat, kita ada masa 3 jam je tau. Karang tak puas pulak! Baru nak pandai main dah kena berhenti. Orang nak tolong tak mahu!� sambung Anuar lagi dengan sinis sehingga perit telinga Akma mendengarnya.

        揟ak nak!� jerit Akma. 揟ak faham-faham lagi ke?�

        Anuar mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Dia kemudian meninggalkan Akma berseorangan kembali.

        Setelah setengah jam, Akma sudah mula dapat rentak dan dapat bermain tanpa memegang apa-apa. Gerakannya masih perlahan, tetapi sekurang-kurangnya dia berjaya atas usaha sendiri. Sesekali Anuar datang dekat padanya dan mengajak berlumba. Akma hanya menggeleng-gelengkan kepala kerana dia masih belum dapat meluncur dengan baik.

        Tiba-tiba entah dari mana datangnya seorang lelaki berbadan besar menuju ke arahnya dengan laju. Rupa-rupanya ada seseorang telah menolak lelaki tadi yang masih tidak pandai bermain. Akma cuba melarikan diri daripada dilanggar tetapi tidak berjaya. Badan lelaki itu terkena tepat pada belakangnya. Dia sudah hampir terjatuh apabila ada tangan menariknya ke hadapan. Akma mendongakkan kepala untuk melihat siapakah gerangan yang berjaya menariknya daripada terjatuh. Anuar rupanya. Walaupun dia berjaya diselamatkan daripada dihempap lelaki besar tadi, tetapi lain pula jadinya. Anuar pula terlanggar sesuatu lantas mereka berdua terjatuh juga di atas laluan berais itu. Akma ketawa tanpa henti melihat Anuar terduduk bagaikan nangka busuk.

        揙ooo..ketawakan orang ye!� kata Anuar sambil menarik Akma bangun semula. Dia turut ketawa bersama-sama Akma.

        揈h..tak boleh ke? Sekali sekala bagilah orang lain chance pulak nak ketawakan awak,� balas Akma sambil menjelirkan lidah mengejek.

        Dengan secepat kilat, Anuar lantas memegang tangan Akma dan membawanya berlegar-legar di gelanggang ais yang besar itu. Akma menjerit seketika kerana Anuar bergerak dengan lajunya sehinggakan perutnya terasa geli dan ngilu. Walaupun begitu, Akma terus menikmati masa itu dengan gembira. Dia mahu menggunakan masa itu sepenuhnya bersama Anuar. Hatinya yang sedikit keras tadi menjadi lembut secara tiba-tiba.

        Akma memandang Anuar sekilas. Wajah tampan itu telah mencuri perhatian Akma kini. Entah mengapa dia berasa selamat bila berada disamping Anuar. Walaupun mereka saling bertikam lidah, tetapi ia menjanjikan satu pengalaman yang manis buat Akma kemudiannya. Adakah aku sudah jatuh cinta kepadanya? Benarkah apa yang kurasa ini?

        Akma menggelengkan kepalanya. Tidak. Aku tidak mungkin jatuh cinta kepadanya. Mungkin ini semua hanyalah perasaan sayang sebagai sahabat. Ya. Tidak mungkin ia pergi lebih jauh merentasi garisan sempadan itu. Mungkin Anuarlah pengganti Hani, yang dapat berkongsi segala suka dan duka bersama.

        揂kma? Tengah fikir apa tu?� sergah Anuar sedang mereka mengemas semula barang yang dipinjam untuk skating tadi. Akma hanya tersenyum sahaja.

        Anuar dapat melihat wajah bercahaya Akma itu sekali lagi. Itulah yang dinanti-nantikan oleh Nuar sepanjang hari. Akhirnya, terpancar jua.

Bab 7

        Presentation tengahari itu berjalan dengan lancarnya. Anuar dan Akma cuba untuk menyampaikan hujah-hujah dengan bersahaja. Mereka mahu profesor dan rakan sekuliah tidak bosan dan mengantuk mendengar presentation mereka. Klip-klip video wawancara yang ditangkap turut menjadi kekuatan pembentangan.

        Selesai sahaja presentation, tepukan gemuruh bergema. Akma dan Anuar mengucapkan terima kasih sebagai mengakhiri pembentangan. Mereka kemudian berpisah, masing-masing duduk semula di tempat mereka.

        揃agus Akma Nuar. Inilah hasil yang saya mahu lihat. So kamu yang lain bagaimana? Boleh buat presentation yang lebih menarik?� tanya Prof Hassan kepada mereka yang lain sementara menunggu pembentang ketiga membuat persediaan.

        Suffian menepuk-nepuk bahu Anuar.

        揃agus presentation ko. Macam mana boleh dapat idea macam tu?� tanya Suffian.

        Belum sempat Anuar menjawab pertanyaan Suffian, Mike menyampuk seperti biasa. 揚owerlah presentation ko Nuar. Lain kali korang ajelah yang present..ganti lecturer. Taklah aku ngantuk sangat nanti.�

        Anuar ketawa kecil. Dia memang rasa bersemangat beberapa hari ini. Terutama sekali kerana dapat meluangkan masa bersama Akma dalam tugas mereka. 揃oleh. Tapi dengan syarat, rakan setugas aku ialah Akma.�

        Mike dan Suffian seakan tidak percaya dengan pengakuan Anuar. Mereka berpandangan sesama sendiri.

        揌a? Y? Sudah jatuh cinta?� tanya Suffian ingin tahu. Dia cuba melihat reaksi Anuar bila diajukan dengan pertanyaan itu.

        揃etul ke Nuar? Wah..baru putus sudah jumpa yang baru. Advance la ko!� sampuk Mike lagi. Mike melompat ke tempat duduk dihadapan Anuar yang kosong untuk mendengar cerita yang seterusnya.

        揌eh. Apsal korang ni? Bila pulak aku kata aku jatuh cinta?� tanya Anuar, jengkel melihat perlakuan rakan-rakannya.

        揈h. Yelah ko jugak yang kata kan, ko nak Akma? Hehehehe..� ketawa Mike agak kuat sehingga didengari oleh Profesor dihadapan.
       
        揗r Mike? Apa yang menarik sangat tu..? Presentation seterusnya nak bermula.� Teriak Prof Hassan sambil merenung serius ke arahnya.
       
        Mike beralih semula ke tempat duduknya sambil mengangkat tangan pada Prof Hassan tanda faham. Anuar dan Suffian tertawa melihat perlakuannya itu. Antara mereka bertiga, Mike memang dikenali sebagai pak lawak kerana dia suka membuat perkara yang menggelikan hati orang lain. Dia juga suka mengusik.

        Setelah selesai pembentangan hari itu, Anuar, Suffian dan Mike bercadang untuk makan tengahari di Restoran Seri Mawar yang terkenal dengan masakan kampungnya yang enak. Restoran itu terletak di kawasan pekan tidak jauh daripada universiti. Seperti biasa, Suffian menjemput Hani terlebih dahulu. Mereka memang biasa makan berempat.

        Sementara menunggu Suffian kembali, Anuar mencari-cari Akma di tempat duduknya. Dia ingin mengajak Akma makan tengahari bersama untuk meraikan kejayaan pembentangan mereka tadi. Tetapi kelibat Akma sudah hilang daripada pandangannya. Dia segera mencapai telefon bimbit dan menghantar sms.

        'Akma di mana?'

        'Akma dalam perjalanan balik asrama'

        'Nak join lunch dengan kami tak?'

        Lama juga Anuar menunggu balasan daripada Akma. Setelah 3 minit sms daripada Akma tiba.

        'Tak payah la. Akma dah beli makanan'

        'Ok kalau macam tu'

        'Alamak..Laptop lupa nak pulangkan. Nanti Akma pulangkan esok'

        'Takpe. Guna dulu. Akma boleh pulangkan Sabtu ni'

        'Ok.Bye'
       
        Mike mengambil kesempatan menjenguk telefon bimbit yang dipegang Anuar. Setahunya, Anuar jarang menggunakan khidmat sms. Dia lebih suka menelefon terus pemanggil kalau ada-ada perkara penting yang ingin disampaikannya.

        揔o sms sape tu? Buah hati baru eh?� tanya Mike dengan nada melawak. Anuar menggelengkan kepalanya sambil melarikan hanphone daripada pandangan Mike.

        揂penye buah hati. Aku cuma ajak Akma join kita lunch aje,� tanya Anuar acuh tak acuh.

        Mike mula menyeringai. Dia mula mencari idea untuk menyakat Anuar lagi. Tetapi belum sempat mengusik, Anuar sudah terlebih dahulu memberi amaran.

        揌a..Mike. Ko jangan nak mula. Nak kena penumbuk aku?�  Terus terbantut niat Mike ketika itu juga.

        Mereka diam seribu bahasa seketika.

        揅omel gak budak tu eh bila tak pakai spek. Apsal dengan mata dia? Buat laser treatment ke?� tanya Mike secara tiba-tiba.

        Pertanyaan Mike itu membuatkan Anuar teringat kembali peristiwa Ahad lalu dimana dia dengan tidak sengaja merosakkan cermin mata Akma dan bagaimana akhirnya Akma memakai kanta lekap atas desakannya. Nuar tidak dapat menahan diri daripada tersenyum apabila mengenangkan gaya dan wajah Akma yang terkulat-kulat memakai contact lense yang dibeli.

        揌ai..fikir apa tu?� tanya Mike lagi. Anuar tidak mengendahkan pertanyaan Mike kerana dia sudah masak dengan sikap Mike yang kuat bertanya. Nanti ada sahaja perkara yang menjadi bahan gurauan buatnya selepas itu. Tak pasal-pasal ada yang benjol kepala nanti. Anuar menarik nafas lega apabila Suffian tiba membawa Hani bersamanya.

        揓om lunch..Yan dah sampai..� kata Anuar, sambil membonceng Aprilia kepunyaannya. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka. Mike membontoti dan mereka berlalu dari situ.

*        *        *
       
        Akma membuka pintu biliknya. Bila dipulasnya pintu, dia dapati pintu biliknya tidak berkunci. Pelik rasanya kerana dia yakin menguncinya sewaktu keluar dari bilik pagi tadi. Dengan perlahan-lahan, Akma membuka pintu sambil mengintai dari luar. Banyak kes yang didengarinya daripada asrama-asrama lain tentang tetamu yang tidak diundang masuk ke bilik atas niat tidak baik. Lebih baik dia berhati-hati sebelum terjadi apa-apa.

Dia meneliti sekeliling bilik. Katilnya masih kelihatan kemas, tidak berusik. Begitu juga dengan meja belajarnya. Masih tersusun rapi seperti sebelum dia keluar dari bilik pagi tadi. Kalau pencuri, tentu biliknya sudah bersepah sekarang ini. Akma meneliti pula katil disebelahnya. Kelihatan beberapa biji beg terletak di atas katil tersebut. Tilam yang selama ini kosong telah bersarung. Akma terfikir. Ada seseorang berpindah masuk ke sini ke?

        Tanpa Akma sedari, seseorang mengekorinya secara senyap-senyap dari arah belakang. Dia sengaja ingin membuat kejutan untuk Akma.  揂ssalamualaikum!� katanya agak kuat membuatkan Akma tersentak lantas berlari masuk ke dalam bilik.

        Terperanjat Akma apabila ditegur begitu. Dia sudahpun terlompat ke atas katil. Dadanya berombak laju. Kelihatan seorang wanita yang mungkin 3 tahun lebih tua daripadanya sedang mengelap rambutnya yang basah. Dia baru sahaja selesai mandi.

        揥aakalaikumussalam..� jawab Akma, masih memandang tepat ke wajah wanita tadi. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.

        揝aya Kak Sarah. Penginap baru bilik ni. Adik Akma kan?� katanya sambil tertawa kecil melihat respon Akma yang kelam kabut tadi.

        揈rr.. ya. Akak ganti roomate saya ya?� tanya Akma lagi sambil turun dari katil. Perasaannya yang kalut tadi, beransur tenang. Senyuman mula terukir pada wajahnya. Kegembiraan itu jelas terpancar. Mana tidaknya, dia sudah ada teman sebilik.

        揧es. Akak dapat maklumat ada bilik kosong, so akak masuklah. Elok duduk berdua ni kan. Ada gak teman berbual,� sambung Kak Sarah lagi.

        Akma mengangguk tanda bersetuju dengan kata Kak Sarah. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Kak Sarah. Kak Sarah menyambutnya, mesra.

        揂kak sebenarnya duduk menyewa kat luar, tapi jauhla. Kalau duduk sini dekat sikit dengan fakulti. Minyak pun save.� jelasnya lagi sambil menyikat rambut pula.

        揝eronoknya saya kak. Sunyilah tak ada roomate ni.� kata Akma sambil meletakkan makanan yang dibeli diatas lantai biliknya yang bertikar itu. Dia mengambil cawan di atas meja lalu menuangkan  air limau kedalamnya.

        揂kak dah makan? Jom makan,� pelawa Akma.

        揃eli apa tu? Cukup ke untuk kita berdua?� tanya Kak Sarah mengusik. 揧 not akak turun cafe beli makanan, then kita makan sesama?�

        Akma mengangguk. 揈lok juga tu kak. Boleh kita sembang panjang-panjang.�
       
        揙k. Wait for akak ye!�

        Hati Akma gembira tidak terkira. Tidak sabar rasanya ingin mengenali Kak Sarah dengan lebih dekat lagi. Walaupun baru bertegur sapa, Akma sudah mula menyukainya kerana sifatnya yang mudah mesra itu.


  Orang masih ramai berpusu-pusu membeli makanan di restoran, sehinggakan tiada tempat duduk kosong yang tinggal. Ada yang terpaksa menunggu sementara mendapat meja. Ada juga yang membawa balik makanan. Mujur ketika Anuar, Mike, Suffian dan Hani tiba tadi, masih belum ramai orang membanjiri restoran. Jadi senang sahaja mereka memilih tempat duduk.       

        Mereka berbual sambil makan. Berbual membincangkan tentang perlawanan bola sepak yang disaksikan semalam di kaca televisyen. Kemudian bertukar pula ke cerita tentang perihal masing-masing. Hani hanya mendengar sahaja.

        揃erapa lama ko tak gi ofis, Nuar?� tanya Suffian sambil menghirup air nescafe tarik yang baru tiba.

        揔ira dua minggu dah. Tak sempat..ko kan tahu kita banyak projek kena settlekan.� jelas Anuar lagi sambil mengambil lauk yang terhidang dihadapannya.

        揂yah ko tak bising?� tanya Mike pula.

        揟entulah aku dah explain. Dia fahamlah. Lagipun kita kan study full time. Bukannya part time boleh cilok selalu.� tegas Anuar.

        Hani yang tadi cuba memahami butir perbincangan mula mencelah. 揂pa korang cakap ni. Hani tak fahamlah.�

        Suffian tersenyum melihat reaksi Hani yang kebingungan. Dia memang jenis yang lambat pick-up.

       揘uar ni. Setiap Sabtu dia mesti gi tolong bapa dia kat ofis.� terang Suffian. 揇ah faham?�

       Hani mengerut dahi. 揊aham tu faham. Tapi, bukan korang dah ambil course ke?� tanyanya lagi tidak puas hati.

       揧up memanglah. Teory needs practical. Yan pun selalu gi ofis tolong ayah. Tapi tak sekerap Nuar lah.� sambung Suffian lagi.

       揟ak letih ke? Weekdays study..lepas tu weekends keje.� ngomel Hani. Dia tidak sanggup bekerja waktu cuti seperti itu. Waktu cuti adalah masanya untuk berehat.

        Mereka menyambung makan lagi.

        揔o gi tak birthday Tasya, Sabtu ni?� secara tiba-tiba sahaja soalan itu keluar daripada mulut Mike. Dia lantas menutup mulutnya kerana tahu telah tersalah soalan.

        Anuar berhenti mengunyah makanan. Lama dia merenung makanan dihadapannya. Seleranya terbantut seketika. Kalau boleh dia tidak mahu berbicara tentang perkara ini. Buat sakit kepala sahaja. Tetapi dia menyahut juga pertanyaan Mike.

        揔enapa tanya?�

        揇ia call aku semalam. Terperanjat giler aku. Tak pernah dibuatnya selama ini. Beria-ia dia mengajak,� sambung Mike lagi. 揇ia ada bagi hint suruh bawak ko, walaupun samar-samar. Hehe..Dia ada ajak ko tak?�

        Anuar menghela nafas memikirkan apa yang perlu dijawabnya. Suffian dan Mike memandang Anuar tidak lepas menantikan jawapan.

        揂da. Dia call aku Ahad lepas.� pendek sahaja jawapan Anuar.

        揝o, ko pergi tak? Dia mengajak aku jugak.� sambung Suffian pula.

        Anuar membisu. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu pergi atau tidak. Tetapi apabila mengingatkan kembali rancangannya, dia mengangguk.

        揚ergi.�

        Hani mendengar perbualan itu dengan penuh minat. Dia tidak sabar hendak berkenalan dengan Natasya. Dia sudahpun mengenali buah hati Mike, namanya Hana. Orangnya memang secantik namanya. Memang sesuai sangat dengan Mike, bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan.

        Matanya beralih ke arah Suffian yang duduk disebelahnya. Aku dan Suffian pun apa kurangnya, desis Hani. Kalau tak cantik tentu dia tak pandang aku. Siap propose jadi girlfriend lagi, bisiknya lagi dengan bangganya.

        揟ak sabar rasanya Hani nak jumpa Tasya. Macam mana orangnya?�

        Mike mengenyitkan mata. 揥hat do you expect, Hani? Tengok Anuar je ko dah tahu girlfriend dia macam mana,� Mike membalas dengan bersoloroh. Jawapan itu tidak perlu diperjelaskan lagi. Hani faham maksudnya.

        揗esti cantik!� jawabnya sambil memegang kedua-dua belah tangannya, cuba membayangkan.

        揝adly..dah break up,� sambung Mike lagi. Suffian menolak tangan Mike memberi isyarat supaya diam. Kesal dengan mulut lancangnya itu, Mike terus mengunci mulut. Wajah Anuar pula terus berubah kelat. Terus termati selera makannya. Seperti mahu dicincangnya mulut Mike ketika itu.

        Suasana hening seketika. Masing-masing membisu.

        Walaupun begitu, Hani yang tertarik dengan cerita tadi ingin tahu kisah seterusnya. Dia bertanya lagi lantas memecahkan kesunyian antara mereka.

        揔enapa break up?�

        Cepat sahaja Suffian memotong pertanyaan Hani. 揌ani. Cerita dah lepas. Jangan diungkit!� tegur Suffian, tajam membuatkan Hani terdiam.

        Suasana hening lagi.

        Tidak berapa lama kemudian, Anuar bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke kaunter bayaran untuk menjelaskan harga makanan. 揂ku blah dulu. Aku dah bayar untuk semua.� katanya apabila lalu semula di hadapan kawan-kawanya dan menuju ke motosikal. Serius sahaja wajahnya ketika itu sehingga menggerunkan Hani.

        揇on't forget, petang ni ada game. Especially ko Yan, dah lama tak nampak batang hidung.� katanya lagi mengingatkan lalu terus berlalu.

        Hani memandangnya penuh tanda tanya. Dia mesti mencari jawapan kepada persoalan itu. Mengapa mereka break up??


   Sudah dua hari Akma duduk bersama Kak Sarah sebagai roomate. Memang tepat telahan Akma, Kak Sarah memang baik dan mesra. Dia rasa terhibur sepanjang masa. Ada sahaja cerita yang dibualkan. Kak Sarah merupakan lulusan degree dalam bidang psikologi kini menyambung Master dalam bidang yang sama juga. Jadi, dengan ilmu dan kepakaran yang ada, dia mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Akma rasa tidak kekok bersamanya, malahan dianggap sebagai kakak angkat yang sangat memahami.

        Akma membuka laci mejanya yang berkunci dan mengeluarkan cincin emas putih yang dibeli Anuar Ahad lepas. Dia membelek-belek cincin itu lama. Sejak dia pulang Ahad lalu, dia tidak pernah memakai cincin tersebut. Dia rasakan seperti tidak layak memakainya. Tambahan pula, cincin itu dibeli bukan atas niat yang baik, tetapi atas agenda yang Akma rasakan tidak masuk akal langsung. Alangkah gembiranya hati jikalau pemberian cincin itu datangnya dari hati yang ikhlas, tentunya dia akan memakainya dengan senang hati.

        Akma membilang waktu. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Hari ini dia akan memakai cincin ini semula. Dia akan menjadi tunang palsu Anuar lagi. Walaupun hatinya meronta tidak mahu, tetapi apabila mengingatkan jasa dan pertolongan Anuar sebelum ini, dia rasa bersalah pula kalau tidak membantunya.

        Dia membaringkan kepalanya diatas bantal. Bayangan itu muncul semula. Bagaimana aku ingin melarikan diri daripada bayangan ini? Kepalanya masih ligat berfikir tentang mimpinya dan Anuar. Sudah berapa kali dia menafikan mimpi tersebut, tetapi dia yakin Anuarlah putera raja yang muncul di dalam mimpinya. Sebelum ini, dia cuma menganggap ianya sebagai mainan tidur, tetapi sekarang hatinya tidak pasti.

        Akma bangun semula dan membuka almarinya. Dia menelek bajunya yang berlipat dan bergantungan itu. Apa yang perlu dipakainya ke sana? Baju kurung? Atau kemeja yang selalu dipakainya ke dewan kuliah? Dia jadi buntu. Dia tidak pernah ke majlis harijadi selama ini terutama sekali yang dianjurkan oleh golongan berada seperti Natasya. Lagipun, dia tidak ada baju yang sesuai untuk ke majlis tersebut. Apa pandangan Anuar agaknya kalau dia memakai baju kemeja berpetaknya seperti selalu?

        Serentak dengan itu pintu biliknya terbuka. Kak Sarah tersenyum bila melihat Akma. 揌ai, kenapa muka toya je ni?� tanyanya.

        Tersentak Akma apabila Kak Sarah menegurnya. Dia tidak sedar langsung Kak Sarah masuk ke dalam bilik. 揈rr..Kak Sarah. Dah habis kuliah?�

        揔uliah apanya Akma. Kak Sarah gi library tadi. Cari maklumat untuk tesis,� katanya sambil meletakkan buku di atas meja. Dia mengelap peluh yang melekat pada wajahnya.

        Akma duduk di atas katilnya semula. Perlukah aku memberitahu Kak Sarah tentang perkara ini? Mungkin dia dapat membantu aku. Maklumlah dia kan berijazah dalam bidang psikologi.

        Akma cuba menimbang tara sama ada ingin memberitahu atau tidak. Bukan dia tidak percaya pada Kak Sarah, tetapi dia rasa belum masanya untuk menjelaskan perkara ini.

        揈h eh Akma. Cincin apa ni? Cantiknya!� teriak Kak Sarah sambil membelek cincin emas putih yang terletak diatas meja Akma.

        Darah mula naik ke muka. Dia terlupa hendak menyimpan semula cincin tersebut ke dalam laci. Macam mana dia boleh terlupa? Tentunya akan menjadi persoalan pada Kak Sarah. Apa yang perlu dijawabnya nanti?

        揈rmm... Akma punyalah,� jawab Akma acuh tak acuh.

        Kak Sarah menyarungkan cincin tersebut di jarinya. Dia menggayakan tangannya seperti model iklan. Akma tertawa.

        揘i emas putih ni. Mahal ni. Takkan beli sendiri kot? Boyfriend bagi eh?�

        Akma terus memintas. 揈h tak tak卋ukan bukan.� Kata Akma tergagap-gagap. Kak Sarah tersenyum tidak percaya.

        揂pa Akma rahsiakan pada Kak Sarah ni. Memang boyfriend bagi, kan?�

        揢h..� Akma terdiam, tidak dapat meneruskan kata-kata.

        Kak Sarah duduk disebelah Akma. 揙r.. ada orang beri dan masih menunggu jawapan Akma?�

        揃ukan. Akak anggap sajalah Akma dah terjebak dengan komplot.� pantas sahaja Akma menidakkan.

        Kak Sarah mengerutkan dahi. Dia cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Akma. 揔ak Sarah tak fahamlah Akma. Cerita pada akak.� Pujuknya.

        Akma menahan nafas. Kepalanya ligat memikirkan jawapan yang perlu diberikan. 揅incin ni bukan cincin Akma lah kak. Akma tolong pegang aje. Kawan minta Akma simpankan sebelum diberi pada gadis idamannya.� Jelas Akma. Harap-harap Kak Sarah tidak bertanya banyak lagi.

        揙hh...� angguk Kak Sarah.

        揇ia nak bagi malam ni sempena birthday girl tu.�

        揂kma pergi?�

        揧up. Akma kan jadi pemegang amanah?� kata Akma dengan rasa bersalah kerana dia terpaksa berbohong kepada Kak Sarah. Maafkan Akma ya kak.

        Kak Sarah meneliti dalam-dalam wajah Akma. Dia dapat membaca riak muka Akma yang sedang menyembunyikan sesuatu. Tetapi dia simpan sahaja rasa itu didalam hatinya. Dia tidak akan memaksa Akma bercerita sekiranya tidak bersedia. Seketika Akma mula tersenyum.

        揂kma tak tahulah nak pakai apa kat majlis tu. Perempuan tu anak orang kaya, jadi majlis tu mesti dihadiri orang kaya-kaya. Baju apa nak pakai ni?� Akma menukar topik perbualan. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

        Kak Sarah memegang bahu Akma sambil mengenyitkan mata. 揕eave it to me. I know what to do. See the leg, Akma. Akak memang terer benda-benda macam ni. So, bila nak bersiap?�

        Belum sempat Akma membalas, tiba-tiba handphone Akma berbunyi. Lekas Akma mengambil telefon bimbit dan menjawabnya.

        揌ello..�

        揂kma. Nuar ni. Saya jemput pukul 8.00 malam nanti.� Entah mengapa dadanya berdebar-debar mendengar suara itu.

        揙k..Nuar..Macam..?�

        Anuar mematikan telefon sebelum sempat Akma bertanya lebih. Terguris hati Akma, tetapi dia pendamkan sahaja.

        Jam di atas meja Kak Sarah direnungnya. Sudah hampir pukul 5.00 petang. Tinggal 3 jam sahaja lagi sebelum dia bertemu dengan Anuar. Entah mengapa nama itu bisa menjadikan dia tidak menentu.

        揝o Akma, bila nak makeover nih?� tanya Kak Sarah apabila Akma tidak berganjak daripada katilnya sejak panggilan tadi. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

        揈h..apa kebendanya nak makeover ni kak?�

        揌aha. Sesekali nak cantik apa salahnya. Dia jemput nanti erk?�

        揝apa dia tu?� Sengaja Akma bertanya begitu untuk menguji pemikiran Kak Sarah.

        揟uan pembeli cincin tu lah.� Betul pula tekaan dia.

        揈rm..agaknya..�

        Kak Sarah meraba dagunya. Matanya mengesyaki sesuatu. 揝omething fishy here.�

        揂panya fishy? Kak Sarah ni saja aje tau!�

        揇on抰 lie to me Akma. Akma sukakan dia kan?�

        Marah padam muka Akma apabila Kak Sarah berkata begitu. Dia masih belum begitu pasti dengan perasaan itu. Dia tidak pernah jatuh cinta. Bagaimana dia dapat memastikan?

        揔ak Sarah..apa akak cakap ni. Mana ada apa-apa. Kami kawan sajalah.�

        揙klah. Akak gurau aje. Tapi kalau betul apa salahnya, kan?�

        Akma mengangkat bahu. Dia tidak mahu bertelagah lagi dengan Kak Sarah. Tak pasal-pasal terbongkar rahsia ini.

        揙k, apa kata kita cari baju dulu? Saiz kita lebih kurang aje. Akma tentu muat. Jom!� ajak Kak Sarah, mula membuka pintu almarinya dan mengeluarkan satu persatu baju didalamnya. Akma melihat sahaja. Dia tidak sangka Kak Sarah begitu banyak koleksi baju yang cantik-cantik. Tetapi betul juga kerana Kak Sarah memang suka bergaya.

        Kak Sarah memintanya memilih baju yang berkenan dihati. Akma memilih warna hitam. Itu warna kegemarannya, pasti senada dengan kasutnya yang sedia berwarna sama.

        揘ope. Pilih kaler lain.� Kak Sarah tidak bersetuju.

        Setelah Akma mencuba baju-baju itu, Kak Sarah memilih baju warna krim dipadankan dengan skirt coklat gelap berkedut khas untuknya.

        揧ang ni paling sesuai, Akma. Cantik dengan Akma. Tudung kita ada dua pilihan warna. Sama ada nak plain atau bercorak.�

        Akma menggelengkan kepala. 揔ak? Seluar tak ada ke?�

        揌ey..Cukuplah seluar yang dah pakai hari-hari tu. Sesekali cuba pulak pakai skirt. Kan lebih feminin.�

        揟api...�

        揟api apa Akma?�

        揂kma mungkin bawak motor. Tak terangkat ke kain ni nanti?�

        Kak Sarah ketawa terkekeh-kekeh apabila mendengar kata-kata Akma itu. Pipi Akma merona merah kerana malu. Ada apa yang tidak kena ke dengan kenyataan yang dikeluarkan tadi?       

        揂kma. Akak tak peduli. Kalau kena naik motor jugak, Kak Sarah boleh bagi pinjam kereta.� Kata Kak Sarah sambil menarik tangan Akma dan menyerahkan tuala mandi kepadanya.

        揇ah pergi mandi. Dah 6.30 petang ni. Sembahyang tak lagi.� Kak Sarah mengingatkan. Akma menurut sahaja. Bahagia rasanya dapat seorang sahabat yang amat memahami. Dia sudah dapat semula rasa kasih dan sayang yang sudah hilang itu.

  Anuar telahpun siap berpakaian. Dia memilih baju t-shirt putih berjaket hitam dan dipadankan dengan seluar khakis berwarna coklat muda untuk ke majlis tersebut. Rambutnya yang sedia lurus itu disikat ke belakang sementara yang dihadapan dibiarkan berjuntai ke dahi. Pewangi dunhill disemburkan ke bahagian leher. Bauan itu sungguh menenangkan.

        Dia melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 8.00 malam. Dia keluar daripada bilik dan dilihatnya Suffian telah bersiap sedia di atas motor. Mike pula telah pergi terlebih dahulu untuk menjemput Hana yang tinggal agak jauh daripada kediaman mereka.

        揂ku nak bertolak dah ni. Janji untuk jemput Hani pukul 8.00 malam ni. Jumpa ko kat sana.� Beritahu Suffian sambil memakai topi keledar. Dia masih lagi tertanya-tanya apabila melihat kenderaan dihadapannya.

        揂psal ko tak bawak motor?� tanyanya. Setahunya, Anuar lebih suka membawa motor ke mana-mana kerana dia tidak perlu bersesak dalam traffic jam.

        Anuar tersenyum penuh rahsia. Dia mengunci pintu rumah dan lantas masuk ke dalam kereta Honda Coupe kepunyaannya.

        揝aja nak tukar selera. Apa salahnya, kan?�

        Dia terus menghidupkan enjin dan membawa kereta keluar daripada kediaman. Suffian tersenyum sendiri. Tentu ada sesuatu yang sedang disembunyikannya. Kalau tidak masakan dia membawa kereta pula.

  揙k..matanya ni letak celak sikit.�

        揔ak jangan tebal sangat.�

        揂kma..akak tahulah. Mekap nipis jer. Nak naik seri muka tu ajer.�

        揕ipstik yang berkilau ni. Cantik, bibir tu nampak basah.� Ngomel Kak Sarah lagi. Macam mak andam berpengalaman sahaja lagaknya.

        Kemudian, dia memakai tudung untuk Akma. Simple dan ringkas. Tudung dipusing kebelakang dan dipin. Sementara yang dihadapan dipin berbentuk segitiga. Memang manis gadis bertudung kalau memakai tudung sebegitu.

        揟adaaaa..dah siap.� Kata Kak Sarah.

        揔ak Sarah tahu tak? Akma rasa macam pengantin jer hari nih..hehe.�

        Wajah dalam cermin direnungnya tidak lepas. Dia seolah-olah tidak percaya dengan hasil kerja Kak Sarah. Memang ada bakat menjadi mekap artist, bisiknya. Akma merasa sedikit teruja melihat dirinya didalam cermin. Sungguh tak disangka yang dia boleh kelihatan cantik seperti orang lain. Dia tidak pernah melihat dirinya berkeadaan begitu.

        揌a..cantik kan? Siapa kata Akma tak cantik.� Bebel Kak Sarah tidak henti-henti. Suaranya sudah menjadi muzik di telinga Akma dari tadi. Muka Akma di touch up buat kali terakhir. 揗esti yang ada nak ikut balik nanti ni.�

        揑ssk..Kak Sarah. Janganlah cakap camtu. Gerun Akma.�

        Kak Sarah ketawa kecil melihat reaksi Akma apabila diusik sebegitu. Dia mengeluarkan pula kasut boot yang masih kelihatan baru dari bawah katil. Dia mahu Akma kelihatan sofistikated hari ini.

        揘ah pakai ni.�

        Tanpa berkata banyak, Akma menyarungkan kasut boot tersebut pada kakinya. Tidak menjadi masalah baginya memakai kasut itu. Saiz kakinya sama dengan saiz kaki Kak Sarah. Kedua-dua mereka memakai saiz 7. Tetapi dia berasa tidak begitu selesa kerana tapaknya yang agak tinggi.

        揟ak selesalah pakai kasut ni.�

        揝ebab Akma biasa pakai kasut flat. Pakai ajelah untuk malam ni. Bukan nak bergerak banyak pun.� arah Kak Sarah.

        Telefon Akma berlagu untuk kali kedua kali ini. Ada sms masuk. Dia segera melihatnya.

        慛uar dah sampai kat bawah. Turun cepat�

        Hati Akma mula berdebar-debar lagi. Dia segera mencapai kotak cincin dan dimasukkan ke dalam beg sandang kepunyaan Kak Sarah yang dipinjamnya. Laptop Nuar juga dibawanya turun. 揘uar dah sampai. Wish me luck.�

        揙hh.. Nuar ye namanya. Good luck, Akma.� Kata Kak Sarah sambil mengekori dari belakang. Dia ingin mengetahui siapakah gerangannya pemuda yang berjaya menangkap hati gadis ini. Walaupun Akma tidak memberitahu secara jelas, tetapi dia dapat membaca hati Akma menerusi perbuatan dan respon yang ditunjukkan.

        Akma turun ke bahagian lobby dengan pantas. Dia tidak mahu Anuar menunggu dengan lebih lama. Apakah pandangan Anuar padanya nanti? Bolehkah dia menerima perubahan ini? Ataupun kena kutuk pula nanti?

Kaki Akma bergerak dengan lajunya menuruni tangga yang memisahkan bahagian asrama dengan tempat parkir. Sudah dua hari wajah Anuar tidak dilihat. Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah itu lagi. Adakah dia kelihatan seperti kebiasannya, ataupun lebih tampan lagi malam ini?

        Sementara itu, Anuar menanti ketibaan Akma di dalam kereta. Waktu itu masih ramai lagi orang yang beredar di sekitar asrama. Jadi lebih elok dia duduk sahaja di dalam kereta daripada dilihat orang nanti. Tidak pasal-pasal menjadi buah mulut orang jika dilihat mereka bersama. Matanya tidak lepas memerhati luar tingkap untuk menangkap bayang Akma.

        Tiba-tiba dia menerima sms.

慉nuar di mana? Akma tak nampak�

        Baru dia teringat yang dia tidak memaklumkan kepada Akma dia membawa kereta.

        慍ari kereta Honda Coupe�

        慉lamak. Macam mana bentuknya? Tak kenallah�

        Anuar mengelipkan lampu hadapan keretanya berkali-kali. Dia sendiri pun tidak tahu dimana Akma berada. Sekurang-kurangnya dengan berbuat demikian, Akma akan tahu kedudukannya.

        慪ang lampu tengah berkelip-kelip. Nampak tak?� SMS Akma dibalasnya.

        慪a. Dah nampak�

        Dia melangkah ke arah kereta yang dimaksudkan. Suasana bising diluar seolah-olah sepi ketika itu, apa yang dapat didengarnya cuma derap kasut boot sepanjang dia melangkah. Rupa-rupanya orang disekeliling sedang memerhatikan dirinya ketika itu. Ada yang tidak kena dengan penampilan aku ke? Tudung aku herot ke? Baju aku glamor sangat ke? Bertubi-tubi persoalan bermain difikirannya. Tetapi diteruskan juga melangkah.

Dia berselisih dengan beberapa orang gadis yang sedang berbisik sesama sendiri. Walaupun berbisik, dia dapat mendengar dengan jelas butir percakapan mereka.
       
揗ak ai..kete sape tuh? Bapak dia ke?�

        揟akkan bapak pakai kete macam tu. Orang muda-muda je pakai kete dua pintu.�

        揚akwe dia kot. Fullamak..kalaulah aku dapat pakwe kaya macam ni..syoknya!�

        揈ntah-entah sugar daddy. Mana ko tau?�

        Pada mulanya, Akma pekakkan telinga sahaja mendengar kata-kata mereka. Tetapi dia tidak dapat menahan perasaan apabila mendengar barisan terakhir perbualan mereka. Dia berhenti dan memandang gadis-gadis itu.

        揂pa yang bisik-bisik tu?� Sengaja dia kuatkan nada suaranya. Tercengang mereka. Mereka ingat aku tak dengar ke?

Dadanya masih terasa bahangnya. Akma melangkah dengan marahnya ke arah kereta Anuar. Dia mengetuk tingkap sebelah penumpang dengan kuat. Tersentak Anuar yang berada di dalam kereta. Anuar melabuhkan cermin tingkap untuk melihatkan siapa orang itu.

Pandangan mereka bertaup seketika. Anuar cuba mengamati wajah itu, siapakah gerangan gadis ayu dihadapannya ini? Wajah dan senyumannya kelihatan memancar seperti bulan purnama. Seperti pernah kulihat.

Akma membalas pandangan itu penuh bermakna. Rasa marahnya tadi terus surut. Adakah Nuar rasa seperti yang kurasa? Adakah dia tahu isi hatiku?

        揂kma ke ni?� masih mengamati wajah gadis itu.

        揧e la. Sapa lagi,� balas Akma, tersedar dari lamunannya. Dia masih lagi berdiri di tepi pintu.       

揔enapa tercegat lagi. Masuklah.� Arah Anuar.

Akma lantas membuka pintu dan duduk. Kedinginan penghawa dingin kereta dapat dirasai sehingga ke tulang.

揔enapa ketuk cermin tingkap kuat sangat? Saya ni bukannya pekak.�

        揝orrylah ye. Tak sengaja.� Balas Akma dengan semanis-manis senyuman. Harap-haraplah janganlah Nuar naik darah.

        Tiba-tiba ada orang mengetuk cermin tingkap disebelah Anuar pula. Tersentak mereka berdua. Akma lantas menutup mukanya dengan beg sandang Kak Sarah. Anuar  menahan perasaan marah yang mula hendak muncul. Siapa lagi ni? Hendak kena lekuk agaknya. Dia membuka tingkap separuh sahaja. Kelihatan seorang perempuan yang sangat dikenali Akma sedang membongkok sambil tersenyum lebar. Kak Sarah rupanya.

        揓aga adik kakak baik-baik ye, Nuar.� Pesannya. Bila masa pula Kak Sarah turun mengekori aku ni? Aduh, malunya. Macam budak kecil pulak rasanya.

        Anuar mengangguk. 揟ahulah saya.�

        Kak Sarah mengenyitkan matanya pada Akma. 揔awai!�

        Akma memberi isyarat pada Kak Sarah supaya segera berlalu dari situ. Senyuman mengusik Kak Sarah keluar lagi.

        揔ak Sarah. Kami nak pergi ni. Jumpa akak balik nanti.� Kata Akma sambil melambai tangannya. Anuar membawa kereta keluar meninggalkan perkarangan asrama. Kak Sarah membalas lambaiannya dari kejauhan.

        揝iapa pula tu?� tanya Anuar bila kelibat Kak Sarah hilang daripada pandangannya.

        揜oomate baru Akma. Namanya Kak Sarah. Happy go lucky. Seronok kawan dengan dia.�

        揟ak berhubung dengan Hani lagi?�

        揈rr..ada tapi jarang dah. Dia bz. � bohong Akma.

        揃z dating dengan Yan lah tu.� Kata Anuar. Memang dah jadi kebiasaan, Yan sendiri pun jarang lekat di rumah.

        Akma tersenyum pahit mendengar kenyataan Anuar itu. Kalaulah Anuar tahu apa yang sebenarnya berlaku.  Tetapi bagi Akma, biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Hani.

        Anuar menjeling sekilas ke jari Akma beberapa kali. Dia ingin memastikan cincin itu dipakai. Tetapi jari jemarinya kosong sahaja. Tiada kilauan yang menyinari.

        揗ana cincin? Tak pakai?� soal Anuar cuba mengingatkan.

        Baru Akma teringat yang dia masih belum menyarungkan cincin itu ke jarinya. Kotak kecil cincin yang berada didalam beg dicapai keluar. Dia mengeluarkan cincin tersebut dan memakai di jari manis sebelah kiri.

        揝udah dipakai boss.� Kata Akma dengan nada bergurau.

        Anuar tersenyum. 揑ngat tertinggal dah. Ok..Here we go..�

        Pedal minyak ditekannya kuat. Kereta Honda Coupe membelah lebuhraya dengan lajunya sehingga Akma jadi kecut perut.

        揚erlahan sikit boleh tak? Nak mati ke?�

        Anuar menyindir. 揌ai..Baru 150km/j. Tu pun dah takut?�

        Anuar tidak mengendahkan kata-kata Akma itu terus memecut dengan lajunya sambil memotong kenderaan lain dihadapannya. Akma hanya dapat memejamkan mata berdoa agar mereka selamat sampai ke tempat yang dituju.

  Kediaman Natasya yang tersergam indah bertambah cantik lagi dengan sinaran lampu berbagai warna disekeliling. Majlis harijadinya diadakan betul-betul di kawasan kolam mandi. Tetamu khas yang dijemput sudah mula menghiburkan tetamu. Dia sengaja menjemput kumpulan Ruffedge dan VE untuk memeriahkan majlis kerana majoriti rakan-rakannya amat meminati kumpulan tersebut.

        Sesekali Natasya merenung jam tangannya dan pintu pagar rumah. Hatinya dilanda resah. Sejak pertemuan hari itu, rindunya terhadap Anuar semakin menjadi-jadi. Dia kerap memarahi diri sendiri kerana meninggalkan Anuar dahulu. Layanan Norman padanya memang baik dan begitu gentleman, sehingga dia dibuai keasyikan cinta baru. Lagipun, memang menjadi cita-citanya dulu untuk berdampingan dengan mat salleh. Tetapi kini dia sedar betapa bodohnya dia!

        Natasya akui tiada siapa yang dapat menggantikan Anuar dihatinya ketika ini. Bukan sehari dua dia mengenali Anuar. Sudah lama. Daripada kawan yang rapat, akhirnya mereka bercinta. Itupun setelah berhempas pulas Tasya mencuri hatinya yang sekeras batu itu. Mungkin sekeras batu jugalah cinta Nuar terhadapnya, payah untuk diretakkan.

Tasya yakin Anuar masih lagi menyayanginya. Dia tekad untuk memiliki Anuar semula, tidak kira sama ada dia sudah berpunya ataupun tidak. Itu azamnya malam ini.

        Dari kejauhan dia ternampak Suffian bersama pasangannya. Lamunannya terhenti seketika. Sudah entah berapa kali Suffian bertukar teman wanita, kali ini yang lain pula. Setiap kali sambutan majlis harijadinya, tentunya dia membawa wanita yang berlainan. Entah apa yang dicari oleh Suffian hinggakan tidak boleh setia pada seorang.

        Suffian memimpin Hani pergi menemui Natasya. Natasya masih lagi cantik, seperti kali terakhir dia menemuinya. Cuma dia kelihatan lebih matang kali ini.       

        揌ai, Tasya. Meet Hani.� Suffian memperkenalkan Hani kepada Tasya. Hani senyum dengan manisnya pada Tasya.

        揌ai, nice to meet you. Hope you like my present.� Mereka berlaga pipi. Hani menyerahkan hadiah yang dipilihnya kepada Tasya. Tasya mengucapkan terima kasih kepada Hani atas pemberian itu.

        揑抳e heard a lot about you.� Kata Hani lagi. Dia mahu terus berdampingan dengan wanita ini. Tidak kira apa rintangan yang mendatang. Sungguh teruja kerana dapat berada di dalam golongan elit seperti ini.

        Hani merenung setiap inci wajah Natasya. Tasya memang cantik dan wanita yang sempurna. Wajahnya klasik. Dia sebagai sorang perempuan pun sudah mengagumi. Apatah lagi bagi seorang lelaki. Pasti terpikat pada pandangan pertama. Mungkinkah Suffian juga pernah suka kepadanya?

        揓emput makan. Nanti kita jumpa lagi.� kata Tasya sambil menunjukkan tempat duduk. Suffian dapat melihat wajah resah Tasya. Dia dapat meneka apa yang bermain difikirannya ketika itu.

        揥aiting for Anuar? Dia datang .. don抰 worry too much.�

        Wajah Tasya yang sedikit muram tadi kembali ceria. 揃etul ke Yan? I tak sabar nak jumpa dia. Miss him a lot.� Sambungnya.

        揈xcuse me.� Tasya kemudian dibawa pergi oleh kawan-kawannya yang lain.

        Hani mengambil tempat. Perasaannya melonjak ingin tahu mengapa Anuar dan Tasya berpisah.  Kalau aku jadi lelaki, tentu aku takkan biarkan Natasya terlepas dari genggaman, bisiknya.

        揔enapa diorang break up Yan? Sepadan betullah diorang tu.� tanya Hani buat kali kedua.

        Suffian terpana. Hani masih belum berpuas hati dengan jawapannya kali itu. 揗ungkin bukan jodoh diorang. Tapi who knows mungkin mereka bercinta lagi.�

        揝ayang rasanya.� keluh Hani.

        揇ahla. Jom makan.� ajak Suffian sambil memimpin tangan Hani ke tempat makan. Pada masa yang sama Mike dan Hana tiba. Setelah mengambil makanan, mereka duduk makan bersama.

        揗ana Nuar ni? Lambatnya..� rungut Mike. 揝elalunya dia yang sampai dulu.�

 Kereta Honda Coupe menyusur di kawasan Bukit Tunku, kawasan yang didiami ramai orang yang berada dan berharta. Di kiri dan kanan Akma dapat melihat rumah yang begitu besar dengan halaman yang luas. Setiap rumah pasti mempunyai tidak kurang daripada 3 jenis kereta yang bukannya murah. Akma mengeluh, bilalah agaknya dia dapat mendiami rumah yang besar begini? Dia terpaksa bekerja keras untuk mencapai impiannya ini.

        Tidak berapa lama kemudian, kereta Anuar berhenti berhampiran sebuah rumah yang tersergam indah. Banyak kereta yang besar dan mahal-mahal parkir di kiri dan kanan jalan. Inilah agaknya rumah Natasya. Terpaku Akma seketika melihat rumah yang seakan-akan istana. Dia kagum dengan keindahan rumah tersebut.

        揔ita dah sampai.� terang Nuar sambil mematikan enjin keretanya.

        揘uar. Macam ni ke rumah awak?� soal Akma.

        揔enapa?�

        揃esarnya. Saya pun tak tahu nak buat apa rumah besar-besar macam ni.� jelas Akma. Pandangan matanya masih tidak lepas daripada rumah itu.

        揥ell..lebih kurang macam ni lah rumah keluarga saya. Nak maintain kenalah ada banyak pembantu rumah. Tak terkemas kalau sorang-sorang.� Anuar menjelaskan lagi. Dia sudah membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta.

        Akma masih tidak berganjak daripada tempat duduknya. Dia memejamkan mata dan menarik nafas.

        揟aknak keluar lagi ke?� tanya Anuar.

        揘uar..Akma ada satu permintaan.�

        揂pa dia?�

        揈rm..Kalau boleh jangan pegang-pegang ye.� kata Akma dengan mukanya tertunduk mengadap lantai kereta, malu menuturkan kata-kata itu.

        Anuar ketawa sekuat hatinya mendengar ayat yang keluar dari mulut Akma itu. Lucu rasanya dengan permintaan yang satu ini.

        揔enapa gelak? Serius ni. Kalau tidak saya duduk dalam kereta ajelah.�

        揙k Ok..Boleh keluar sekarang?�

        Akma keluar daripada kereta. Jantungnya berdegup pantas bila mengingatkan apa yang bakal dihadapi di dalam rumah agam itu nanti. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar, bisiknya.

        Mereka masuk ke perkarangan rumah Tasya bergandingan. Akma mengekalkan jarak yang agak jauh daripada Anuar. Dia takut Anuar akan mencapai tangannya lagi nanti. Tetapi semakin dia menjauhi, semakin dekat Anuar dengannya. Anuar memberi isyarat supaya Akma berjalan disebelahnya. Dengan hati yang berat, Akma mengikut juga.

        Mata-mata disekeliling mereka memerhati. Bukankah itu Anuar, teman lelaki pada gadis yang menyambut hari jadi? Siapakah pula gadis yang berjalan seiringan dengannya? Adiknya? Tapi tak serupa langsung. Mungkinkah kekasihnya yang baru?

        Suffian dan Mike serta pasangan masing-masing yang sedang enak menjamu selera turut terpaku memandang mereka. Seolah-olah tidak percaya melihat Anuar membawa seseorang yang mereka tidak kenali ke majlis harijadi Tasya. Sudahkah Anuar menemui pengganti?

        Mike jadi keliru. Sepanjang masa ini, Anuar tidak pernah bercerita tentang gadis lain dalam hidupnya.

        Sementara itu, Suffian sudah jelas mengapa Anuar keluar membawa kereta tadi. Seperti yang dijangka.

        揗ana Tasya? Kita sepatutnya jumpa dia dulu.� tanya Akma apabila Anuar membawanya ke tempat makan. Akma rasa bersalah juga kerana dia tidak membeli sebarang hadiah untuk diberikan pada Natasya. Kenapa dia tidak terfikir perkara yang mudah itu?

        揘uar! Here!� panggil Mike dari tempat duduknya.

        Anuar lantas bergerak ke meja makan rakan-rakannya. Akma mengekori. Dia dapat melihat riak wajah Hani dan seorang gadis lagi yang penuh dengan tanda tanya.

        揥ho is this girl of yours?� tanya gadis itu, seakan-akan tidak puas hati. Matanya memeriksa Akma dari atas hinggalah ke bawah.

        揟his is Akma.� Nuar memperkenalkan. 揂 friend of Hani, betul kan Hani?�

        Hampir terkeluar makanan daripada mulut Hani apabila mendengar nama itu. Dia cuba mengamati wajah gadis disebelah Anuar. Berbeza sungguh dengan apa yang biasa dilihatnya sehingga hampir tidak mengenali. Tetapi bila diamati matanya, memang tidak syak lagi. Akma Najwa.       

        揥ow..� Mike bersiul kecil. 揤ery impressed.� Hana merenungnya tajam.

        揧ang ni Hana. Teman Mike.�

        Akma menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia sudah tahu perkara sebegini pasti akan terjadi. Biarpun dia tidak selesa dengan keadaan itu, Akma tetap memaksa dirinya untuk bersabar. Dia dapat merasakan bahawa ada rintangan yang lebih besar bakal mengujinya selepas ini.

        Dari kejauhan, Tasya dapat melihat Anuar. Sungguh tampan jejaka itu, seperti yang biasa dilihatnya beberapa bulan dahulu. Perasaan gembira tidak dapat dibendung lagi. Tidak sangka pujukannya dan sms yang berulang kali dihantar membawa hasil. Dia pasti masih berpeluang merebut hati jejaka itu kembali.

        Dia berjalan dengan pantas menuju ke arah Anuar. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya sehinggakan panggilan rakan-rakan lain tidak diendahkannya.

Tetapi langkahnya tiba-tiba mati apabila melihat seseorang disisi Anuar. Mengapa dia ada disini? Kenapa Anuar perlu membawanya? Perasaan yang berbunga tadi terus hilang digantikan dengan perasaan berapi yang meluap-luap. Sungguh benci dia melihat Akma. Dia tidak peduli apa lagi. Dia akan membuat apa sahaja untuk menyakiti gadis ini.

揌ai Nuar. Thanks for coming.� Kata Tasya dengan menggoda lantas melagakan pipi kiri dan kanannya dengan Anuar sambil memegang kedua tangan Nuar yang tegap itu.

Tersentak Nuar dengan tindakan mengejut daripada Tasya. Akma pula tergamam melihat tindak tanduk Tasya sehingga matanya tidak lekang memandang aksi mereka. Perit dada Akma rasakan. Tersentap hatinya melihat drama didepannya.

        Anuar masih mendiamkan diri seolah-olah merelakan sahaja perbuatan Tasya terhadapnya. Sempat dia memandang Akma sekilas. Dia tahu Akma pasti tidak selesa dengan keadaan itu.

        揑 told you, I have a fiancee. Tolong jangan buat perkara macam ni.� Kata Nuar dengan tegasnya sambil meleraikan pegangan tangan Natasya.

        Air mata Tasya mula bergenang mendengar kata-kata Anuar. Dia rasakan dunianya seakan berputar. Benarkah aku tiada makna lagi dihatinya? Aku tak percaya! Jeritnya didalam hati. Air matanya cuba ditahan supaya tidak jatuh, tetapi tidak berjaya. Dia terus berlari meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa.

        Hana menjeling tajam pada Anuar.

        揕ook what you have done!� katanya terus mengikut Tasya. Hani mengekorinya. Akma termangu, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Suffian dan Mike mengeluh tidak percaya.

        揂pa ko buat ni Nuar? Bila masa pulak ko bertunang dengan Akma?� tanya Suffian, suaranya meninggi. 揟akkan seminggu dah bertunang. Ridiculous!�

        Mike pula tidak bersuara. Perang dingin nak bermula dah ni. Dia menelan air liur.

        揂kma. Betul ke?!� tanya Suffian lagi. Dia menarik lengan Akma ke arahnya dan merenung mata Akma mencari kepastian.

        Akma mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu. Renungan Suffian sungguh menakutkannya.

        揧an..Apa ko buat ni?!� balas Nuar sambil menarik Akma ke sisinya semula. 揇on抰 you ever dare touch my girl!�

        Benarkan apa yang kudengari ini?

        揌uh!� Suffian terus berlalu dari situ.

        Anuar turut pergi membawa Akma meninggalkan Mike yang masih termangu melihat pertengkaran kedua teman baiknya. Inilah kali pertama Mike dapat melihat Nuar marah sebegitu. Sehingga kecut juga perutnya. Mereka memang jarang bergaduh selama ini.

       Akma mengekori Anuar  sambil memerhatikannya tidak lepas.

        揟asya!� jerit Hana dari kejauhan. Tasya melangkah ke dalam bilik tanpa mempedulikan tetamu yang berada disekelilingnya. Dia sudah tiada mood untuk menyambut harijadi walaupun dalam masa setengah jam lagi mereka akan memulakan acara memotong kek.

        Hana dan Hani membontoti Tasya dari belakang masuk ke dalam biliknya. Inilah peluang yang dinantikan oleh Hani. Dia memang tidak sabar hendak melihat bilik Natasya. Masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, hatinya jadi teruja. Sungguh luas kalau hendak dibandingkan dengan biliknya di rumah. Alangkah bagusnya kalau aku dapat bilik besar macam ni! Bisik Hani di dalam hati.

        Sementara itu, Hana mengambil tempat duduk di sisi Tasya, cuba menenangkan perasaannya.

        揑 still love him!� teriak Tasya sekuat hatinya. Nasib baik suasana di luar hingar bingar. Kalau tidak semua orang tentu akan mendengar jeritannya yang kuat itu. Air mata terus-menerus membanjiri pipi. Dia meraup mukanya.

        Hana memegang bahu Tasya. Dia memahami gelodak perasaan Tasya ketika ini. Tasya telah menceritakan semuanya kepadanya semalam. Dia sanggup menolak Norman daripada hidupnya untuk bersama Anuar semula.

        揌ana..I kesal Hana. Kesal kerana clash dengan dia dulu!� tangisnya lagi.

        Luahan hati Tasya itu berdesup masuk ke dalam telinga Hani dengan jelasnya. Rupa-rupanya bukan Anuar yang meninggalkannya. Apa yang menyebabkan berlakunya perpisahan itu? Hani memasang telinga.

        揓angan menangis lagi, Tasya. U ingat kan apa yang U kata pada I semalam kan?� Hana memujuk.

        Dia menyambung. 揢 kata U takkan putus asa walaupun apa yang terjadi. Kalau U terus menangis macam ni, bila masa U nak tackle dia balik? U need to get him now! Say you love him! Kata yang U perlukan dia! Lagipun siapa Akma tu? Tak terbanding dengan U!� katanya memberi perangsang buat Tasya.

        揑 tak tahu nak buat apa Hana. Tiba-tiba I hilang semangat.� Balas Tasya tersedu sedan.

        揌uh..� keluh Hani perlahan. Letih betul dia rasakan bila melihat adegan menangis tak henti-henti ini. Macam cerita hindustan. Dia mengambil kesempatan untuk mencelah supaya ia dapat ditamatkan dengan segera.

揃etul kata Hana tu Tasya. Kalau U tak cuba mana U tahu? Mungkin dia juga masih sayangkan U.�

        Kata-kata Hani itu membuatkan Tasya terdiam seketika. Ada benarnya. Entah mengapa dia dapat rasakan begitu juga. Tetapi, sikap Nuar terhadapnya tadi membuatkan dia berpaling tadah semula.

        Hani memandang ke arah Tasya yang masih lagi cuba untuk menenangkan diri. Pada masa yang sama, fikirannya ligat memikirkan peristiwa tadi. Dia yakin Anuar sedang mempermainkan Tasya pada ketika ini. Anuar dan Akma tidak pernah bertegur sapa sehinggalah ke hari mereka ditugaskan menyiapkan projek bersama. Takkan dalam masa seminggu itu, mereka bersepakat untuk bertunang pula. Memang tidak masuk akal. Apa sebenarnya yang mendorong terjadinya pertunangan? Dimana logiknya?

        Bila teringatkan semula Akma, perasaan bencinya membara lagi. Dia tidak sepatutnya mendapat jejaka gilaan ramai ini. Takkan aku perlu bersaing dengan dia lagi? Aku sudah kalah dengannya dalam persaingan mengejar ilmu. Takkan aku ingin biarkan dia mendapat jejaka idaman wanita pula? Aku tidak boleh biarkan. Aku perlu mengakhiri semua ini. Aku perlu memisahkan Akma daripada Anuar.

        Hani mengetap bibir. Kalau aku dapat menyelamatkan percintaan Tasya kali ini, ia mungkin akan memberi peluang yang besar kepadaku untuk bersahabat dengan Tasya, fikiran jahatnya menguasai. Dia telah dapat memikirkan sesuatu.

        揟asya. Kenapa break up dengan Nuar?� tanyanya. Sudah beberapa kali soalan itu ditujukan pada Suffian tanpa sebarang jawapan. Mungkin kali ini dia boleh ketahui sebabnya daripada mulut Tasya sendiri.

        Tasya tertunduk. Kalau boleh, dia tidak mahu mengungkit perkara itu kerana ia amat menyakitkan untuk diingati. Tetapi, digagahinya juga menjawab persoalan tersebut. 揟asya jumpa orang lain yang Tasya ingat lebih membahagiakan.�

        Setelah Tasya selesai memberi jawapan, bertubi tubi pula soalan yang keluar daripada mulut Hani.

        揟asya silap memilih?�

        揝iapa lelaki itu?�

        揘uar kenal dia?�

        揇ia datang malam ni?�

        Tasya mengeluh. 揃ukan salah pilihan. Tasya tak mencintainya seperti Tasya cintakan Nuar. Namanya Norman, Australian. Mereka pernah jumpa. Baru-baru ni. He's back to Australia for couple of months. Kerja.� Tasya menjawab soalan daripada Hani tu seringkas yang boleh.       

        揗acam mana dengan hubungan korang. U dengan dia on lagi ke?� tanya Hani lagi.

        Terpempan Natasya dengan soalan yang terakhir itu. Dia diam membisu. Semakin sukar ingin menjelaskan.

        Hani tersenyum nipis. 揑tu last question.�
       
        Tasya menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengangguk lemah mengiyakan pertanyaan Hani tadi. Dia masih lagi belum mengucapkan kata-kata perpisahan buat Norman. Status Norman masih lagi kekal sebagai tunangnya. "I want to focus on Anuar tonight. The rest put aside." ujarnya lemah sahaja.

        Hani memegang tangan Tasya sambil tersenyum.

        揑 know what to do. Don't worry semuanya akan ok.� Hani memberi harapan.

        Tasya melihat ke dalam wajah Hani. Dia dapat membaca kesungguhan dan keazaman yang ditunjukkan oleh Hani.

        揢 nak buat apa Hani?�

        揟entulah nak bantu, U Tasya. Diorang tu bukannya bertunang pun.� cerita Hani cuba meyakinkan Tasya dan Hana.

        揥hat? Betul ke Hani? Diorang tak bertunang?� tanya Tasya seakan tidak percaya.

        揃etul Tasya. Akma tu sebenarnya suka pada Anuar. Dia admit pada Hani beberapa hari lepas. Tapi Nuar tak suka kat dia. Nuar masih sayangkan Tasya. Jadi Akma minta nasihat Hani. Dia kata dia akan buat apa sahaja untuk buat Nuar suka pada dia.�

        揓adi? Apa kena mengena cerita U dengan apa yang berlaku tadi?� tanya Hana pula, masih tidak faham.

        揇ia ajak Nuar untuk attend majlis ni. Dia kata orang macam U perlu diajar. So, dia buat semua rancangan ni untuk menyakiti hati U Tasya. Dia kata ini akan memberi peluang untuk dia lebih rapat dengan Nuar dan cuba untuk memikat dia. I minta maaf tak beritahu U dari awal. Mulanya I ingat dia cakap aje. Tak sangka dia maksudkan kata-kata dia tu. I tak sanggup nak tengok dia buat perkara macam ni pada U Tasya. U kawan Hana dan kawan I.�

        揑f I need to sacrifice our friendship, pun takpe Tasya. As long I did the right thing.� sambungnya lagi sambil menunjukkan mimik muka yang penuh kesedihan.

        Tasya dan Hana mendengar dengan tekun setiap butir percakapan Hani, malah mempercayainya sepenuh hati. Lakonan Hani memang memberi kesan pada mereka. Mereka kemudian memeluk Hani dengan eratnya.

        揧ou do the right thing,� bisik Hana kepadanya. Tasya mengangguk. Kepercayaan yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan Hani tersenyum puas.

        揌ani minta satu je dengan U all. Jangan inform sesiapa perkara ini. Even Anuar dan Mike. Ini rahsia kita bertiga. I tak tahu apa yang mungkin terjadi kalau dia tahu. Zipped.� Ujar Hani bersungguh-sungguh.

        Tasya dan Hana mengangguk faham. 揝o Tasya. Ok dah? Chances are big.� Kata Hana sambil membuat gerakan membulat dengan tangannya. Senyuman mula terukir pada bibir Tasya. Dia menyeka air mata yang tertinggal.

        Hani tersenyum puas. Tasya dan Hana ditariknya keluar dari bilik. 揝o, jom turun. Sekejap lagi U nak potong kek kan Tasya. Let me do the rest.�

 Rasa bersalah masih bersarang dihati Akma. Dialah menjadi punca perbalahan antara dua sahabat karib ini. Kalau dia tidak terlibat daripada awal, tentunya persahabatan mereka akan berjalan dengan baik. Apa aku nak buat ni? Fikirnya. Macam mana nak memulihkan keadaan ini?

        Anuar masih lagi berjalan dihadapannya tanpa memperlahankan gerakannya. Akma cuba mengikut gerak langkah Nuar sehingga Akma terpaksa berlari-lari anak. Dia cuba memintas, tetapi tidak berjaya. Kakinya sudah mula terasa sakit. Rasa menyesal pula pakai kasut boot ni, keluhnya.

        Daripada gagah berlari-lari anak tadi, jalannya mula terhencot-hencot. Dia rasa seolah-olah tidak dapat terus berjalan lagi. Nasib baik matanya dapat menangkap kerusi berdekatan. Dia menarik nafas lega dan segera duduk di kerusi tersebut.

        揌uh. Lega sikit.� bisiknya. Tetapi, lain pula dengan Nuar. Dia pula masih lagi gagah berjalan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Akma terpaksa memanggilnya dengan kuat supaya dia berhenti seketika.

        揘uar, stoplah kejap. Nak ke mana ni?� teriak Akma sambil membuka kasut boot yang dipakainya.

        Pertanyaan Akma itu menyebabkan langkah Anuar terhenti. Lama juga dia berdiri disitu sehingga Akma menjadi pelik dengan kelakuan Nuar.

        揝aya rasa mission kita dah accomplished. Baik kita balik sekarang.� tiba-tiba sahaja dia bersuara.

        揘ak balik sekarang?� tanya Akma seakan tidak percaya. Mereka baru sahaja berada disitu tidak sampai satu jam.

        揘ak buat apa lagi duduk kat sini?� suara Anuar sikit meninggi. Rasa marahnya belum lagi hilang sepenuhnya.

        Akma terdiam. Walaupun kata-kata Anuar itu ada benarnya, tetapi meninggalkan majlis dengan cara sebegitu menunjukkan mereka tidak menghormati tuan rumah. Sekurang-kurangnya maklumkan kepada Natasya terlebih dahulu. Ini tidak, balik macam tu aje. Kalau aku jadi tuan rumah pun aku pun terasa, bisik Akma.

        揔alau ya pun, kita jumpa Tasya dulu. Inform dia kita nak balik.�

        揟ak payah.� Pintas Anuar. Dia benar-benar tidak mahu melihat Tasya lagi. Anuar sudah nekad. Ini adalah kali terakhir dia akan bertemu Natasya.
       
        Akma mengeluh. Nuar memang degil. Hendak rasanya Akma meleku kepala jejaka itu saat ini. 揘uar. Akma rasa bersalah dalam perkara ni. At least Akma boleh jumpa Tasya dan minta maaf.� tutur Akma cuba memberi dorongan pada Anuar untuk bertemu Natasya.

        揃ukannya salah Akma. Ini semua rancangan Nuar kan? Jadi tak perlu Akma minta maaf.� ujar Anuar dengan tegasnya. Masih tidak berganjak daripada keputusannya.

        Walaupun Anuar memberi jaminan itu bukan salahnya, tetapi Akma masih tidak tenang. Dia memang terlibat secara langsung dalam perkara ini. Melukakan hati orang lain merupakan perkara terakhir yang ingin dilakukannya terhadap seseorang. Satu lagi, merosakkan hubungan antara dua pihak. Contohnya, apa yang berlaku antara Nuar dan Yan.

揟ak Nuar. Akma tetap salah. Akma kena minta maaf. Ok ok. Kalau tak pun Akma kena minta maaf dengan Yan at least. Akma tak sanggup tengok korang kawan baik bergaduh. Lagipun..�

        Anuar memintas lagi. 揟ak apa. Itu hal Nuar dengan dia. Tak ada kena mengena dengan Akma.� jelas Anuar, masih tidak berganjak daripada pendiriannya. 揔alau minta maaf pun, apa Akma nak cakap? Minta maaf sebab saya tunang palsu Anuar?! Begitu?�

        Kata-kata Anuar itu membuatkan Akma membisu. Memang benar apa yang dikatakan oleh Nuar. Dia sebenarnya tidak tahu alasan yang paling baik patut diberi kalau dia meminta maaf.

        Apabila tiada respon daripada Akma, Anuar menoleh. Dia dapat melihat Akma sedang tekun mengelus tumit kakinya. Dia berjalan ke arah Akma sambil meneliti apa yang dilakukan oleh Akma. 揔enapa pula ni?� tanyanya.

        揂a?� Terkesima Akma seketika apabila melihat Anuar menuju ke arahnya.  揟akde. Kaki Akma lenguh sikit. Tu la Nuar jalan cepat sangat. Macam lipas  kudung. Kaki Akma ni bukannya panjang macam kaki Nuar tu.�

        Nuar berhenti dihadapan Akma sambil memeluk tubuh. 揈h. Apsal salahkan Nuar pulak. Awak tulah pakai lagi kasut tu. Kenapa pakai kasut tinggi kalau tak pandai?� Dia menjuihkan bibirnya pada kasut boot yang dipakai Akma.

        Akma menjeling tajam pada Nuar. 揝esekali nak try tak boleh ke?� marahnya.

        Anuar tersenyum melihat Akma yang mula menahan marah. Dia lantas mencangkung di hadapan Akma dan melihat kaki Akma yang sedia merah itu. 揗eh. Nuar tengok.�

        揈h..tak pe. Akma ok aje.� kata Akma sambil melarikan kakinya daripada pandangan Anuar. 揃iar Nuar tengok.� ujar Nuar sekali lagi.

        揟ak ada apa. Lenguh aje. Biar Akma duduk kat sini sekejap. Nanti ok lah ni.� tegas Akma sambil menepis tangan Nuar yang sudah menghampiri. Dia tidak akan memberi peluang Nuar untuk memegang kakinya. Berani betul mamat ni.
       
        Anuar mengangkat kedua belah tangannya mengalah.揙k..saya tak sentuh.� katanya lantas memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket dan duduk disebelah Akma. Masing-masing kemudiannya membisu, tidak bersuara. Cuma kedengaran suara nyanyian daripada kumpulan VE. Ayu tajuk lagunya.

        Sedap juga lagu ni. Romantiknya! Kata Akma di dalam hati. Dia terkenang semula mimpi tempoh hari dimana dia dan sang putera menari di dewan tari menari. Dia tersenyum sendiri. Bayangan itu seolah-olah nyata, bukannya mimpi. Secara sepintas wajah Nuar muncul menari dengannya. Aii..gembiranya hati ini.

        Mereka kemudian berhenti menari. Nuar mengeluarkan sesuatu daripada poketnya dan membuka bekasnya. Terpampang jelas sebutir cincin emas putih yang berkilauan. Nuar lantas mengeluarkan cincin tersebut daripada kotaknya dan menyarungkan ke jari manis Akma.

        揝udikah Akma menjadi teman Nuar, buat selamanya?� tanya Nuar sambil tersenyum dengan manisnya.
       
        Senyuman Akma kian melebar. 揧es. Akma sudi.� jawabnya tanpa berlengah lantas memeluk Nuar. Biarlah mereka begini buat selamanya....
       
        揂kma! Akma?� Terasa bahunya digoncang kuat. Goncangan itu membuatkan Akma tersedar daripada lamunannya. Mukanya memerah bila dilihatnya Nuar merenung. Alamak kantoi!

        揔enapa ni? Apa yang sudinya?� soal Nuar, penuh tanda tanya.

        揟akde apa-apalah. Err...nak tanya boleh tak?� Akma menukar topik perbualan. Fikirannya ligat memikirkan apakah yang hendak ditanya.

        揌mm..apa dia?�

        揗acam tu ke Tasya layan Nuar?� Secara automatik fikirannya teringat peristiwa tadi.

        揗aksud Akma?� Anuar memandang Akma inginkan penjelasan selanjutnya.

        揟u yang laga-laga tu..�

        揕aga-laga apa?� tanya Nuar dengan muka berkerut. Dia masih tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Akma.

        揚ipi ler..Tanya lah pulak.� Akma mendengus kecil. Buat-buat tak faham pulak.

        Anuar tersenyum simpul kemudiannya, bila sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Akma.

        揌arap Akma dapat menyesuaikan diri. Ada gak perkara yang mungkin Akma tak biasa.� Katanya.

        揗acam laga pipi tu kan? Memang Akma tak biasa.� celah Akma.

        揑tu special case.�

        Jawapan daripada Anuar itu membuatkan Akma tertanya-tanya.

        揂pa maksud? Terang sikit. Oooo tau! Mungkin sebab Tasya tu special?�

        揃ukan. Nuar pun sebenarnya terkejut dengan tindakan dia tu..� Anuar menidakkan anggapan Akma.

        Akma merenung wajah Anuar dalam. Dia tidak sangka Anuar pun sebenarnya terkejut dengan perkara itu. Sangkanya, itu memang kebiasaan mereka.

        揝orry, Nuar. Akma ingat itu perkara yang biasa korang buat.� katanya perlahan, takut juga kalau kata-katanya nanti akan membuatkan Anuar terasa.

        Anuar tersenyum sambil menggelengkan kepala. 揂kma ni asyik minta maaf aje. Takde perkataan lain nak sebut ke?� Dia mula mengerling ke arah kaki Akma yang membengkak tadi.       

        揔alau tak ada apa-apa jom balik ..� katanya sambil bangun daripada kerusi. 揃oleh jalan tanpa kasut ni kan?� sambungnya lagi lalu mengambil kasut Akma dan membawanya pergi. Akma mengekori dari belakang tanpa memakai kasut. Nasib baik halaman rumah itu dipenuhi rumput karpet.

        Setibanya mereka di pintu pagar rumah, secara tiba-tiba seseorang menjerit memanggil nama Nuar dari arah belakang. Mereka berdua menoleh.

        揘uar! We need to talk.�

  Hani meninggalkan Tasya dan Hana setibanya mereka di tingkat bawah. Dia lantas mencari Suffian di tempat tadi untuk mengkhabarkan berita sedih tentang Tasya. Tetapi dia cuma nampak Mike disitu sedang menjamu selera. Suffian hilang entah ke mana.

        揗ike! Mana Yan?� tanyanya.

        揈ntah. Aku tak tau. Ko carikla..tadi dia pergi ke arah sana.� Balas Mike sambil menuding jarinya ke arah kanan. 揗ana Hana?� dia bertanya pula.
       
        揌ana ada dengan Tasya. Diorang dah bersiap sedia nak potong kek sekejap lagi.�

        Mike mengangguk sambil menuding jarinya sekali lagi ke arah kanan semula.

        Mata Hani liar mencari kelibat Suffian. Dimanakah agaknya kekasih hatinya itu? Dia menerobos antara orang ramai yang masih lagi menjamu selera dan bergembira. Kumpulan Ruffedge masih lagi menyanyikan lagu rancak mereka, Tipah  Tertipu. Atau Tertipu dek Tipah?

       Tidak berapa lama kemudian, Hani ternampak Suffian duduk di tepi pagar jauh sedikit dengan para tetamu yang lain. Dia kelihatan termenung jauh. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Wajahnya tidak ceria.

        揂bang. Kenapa duduk di sini?� tanyanya lembut sahaja apabila tiba di sebelah Suffian.

        Yan yang mengelamun tadi, tersedar apabila ditegur Hani. Wajahnya serius.

        揝aja ambil udara segar kat sini. Kat sana ramai sangat orang. Pening.� jawabnya sambil buat-buat tersenyum.

        Hani lantas duduk disebelahnya sambil mengusap lembut telapak tangan Suffian. Wajah yang kelat tadi, kendur sedikit. Terdetik perasaan gembira apabila dia berjaya melembutkan ketegangan yang wujud pada wajah Suffian tadi.

        揂bang. Hani ada berita penting nak disampaikan pada abang. Tentang Tasya.�

        Wajah Yan yang mula tenang tadi, mula berkerut semula. Hatinya tiba-tiba jadi tidak menentu. Takut sekiranya berita yang ingin dikhabarkan bukannya sesuatu yang sedap untuk didengar.

        揃erita baik atau buruk?� tanyanya inginkan kepastian.

        Hani mula menceritakan semua perkara yang bermain dikepalanya satu persatu kepada Suffian. Tangan Suffian digenggamnya erat seolah-olah dia turut bersedih atas apa yang berlaku. Perkhabaran itu membuatkan Yan tidak senang duduk. Mukanya yang berkerut tadi menjadi pucat. Hani dapat melihat perubahannya dengan ketara.

        揚lease Abang. Jangan reveal perkara ni pada Tasya yang abang tahu. Dia akan marah pada Hani. Tapi, Hani tak sanggup nak tengok Tasya berada dalam kesakitan begitu. You need to tell Anuar. Tapi jangan sekali-kali pecahkan rahsia ini pada sesiapa even to Tasya. Dia tentu akan salahkan Hani nanti.�

        Suffian mengangguk. Dia tidak dapat bertahan lagi. Dia harus memberitahu perkara itu kepada Anuar dengan segera. Sampai bila mereka berdua akan terus menderita. Suffian segera bangun dan mencari Anuar.

        揂bang nak cari Anuar.� katanya lalu berlalu pergi.

        Hani tidak mengikut cuma tersenyum puas kerana dapat menjayakan rancangannya  itu. Dia tidak sabar hendak lihat reaksi Akma bila berhadapan dengan perkara yang bakal berlaku sekejap lagi.

        Kau takkan menang kali ini Akma. Bukan kali ini sahaja, sampai bila-bila.


  揘uar. We need to talk.� Dengan secara tiba-tiba sahaja Suffian muncul dari arah belakang mereka. Dia mengarahkan Nuar untuk mengikutnya. Pada masa yang sama, terdengar pengumuman yang Tasya akan memulakan majlis meniup lilin dan membelah kek.

         Nuar berhenti seketika dengan serba salah. Melihatkan keadaan Anuar itu, Akma lantas memujuk supaya Nuar mendengar apa yang ingin dibicarakan oleh Yan. Setelah puas diyakinkan oleh Akma, Nuar meletakkan semula kasut boot yang dibawanya di atas kerusi tadi dan meminta Akma menunggunya. Anuar lantas menuju ke arah Suffian dengan perasaan marah yang masih bersisa. Tetapi ditahannya juga. Dia tidak mahu mereka bergaduh lagi.

        Akma duduk semula di kerusi tadi. Apa yang penting sangat hendak dibicarakan oleh Suffian? Nampak serius sahaja rupanya. Mungkin hendak meminta maaf dan berbaik semula?

        Sekilas, Akma terpandang cincin dijarinya. Entah mengapa hatinya berdoa agar cincin itu akan menjadi miliknya, ikhlas dari hati si pemberi. Dia mengeluh. Alangkah bahagianya kalau ceritanya begitu? Bayangan mimpi beberapa hari lepas muncul semula. Hentikan Akma. Hentikan gambaran itu.

        揧ou need to apologise to Tasya.� kata Suffian apabila Anuar tiba disebelahnya.

        揃eritahu aku, kenapa aku perlu buat begitu?� tanya Anuar, keras.

        Suffian merenung mata Nuar, tajam. Dia betul-betul tidak tenang sekarang ini. 揘uar. Aku tanya ko betul-betul ni. Ko sebenarnya bertunang dengan Akma ataupun tidak?�

        Anuar mengeluh. Soalan ini lagi. Dia sudah malas hendak menjawabnya. 揂ku taknak jawab soalan tu.�

        揔o jangan buat perkara macam ni Nuar. Mana SENSE ko?�

        揂ku tanya ko balik. Sapa yang sebenarnya bersalah dalam hal ni? Aku atau Tasya?� tanya Anuar lagi sambil membalas renungan Suffian tanpa berkedip.

        Suffian terdiam. Dia tahu, Tasya yang memulakan semua ini terlebih dahulu, tetapi semuanya atas sebab-sebab tertentu.

        揇ah habis? Aku nak balik kalau takde perkara penting ko nak cakapkan.� kata Nuar, sudah mula hendak melangkah pergi.

        揘uar. Nanti dulu. Aku memang ada perkara penting yang nak aku beritahu.�

        Nuar berpaling semula pada Suffian, menanti. 揂pa dia?�

        揟entang Tasya. Dia sakit Nuar.�

        Berdesup jantungnya mendengar berita itu. Terngiang-ngiang semula kata-kata Yan tadi.  Dia sakit Nuar. Tetapi Anuar menahan diri supaya kelihatan tenang.

        揇alam masa 3 bulan ni, dia attend operation di Australia untuk brain surgery.� jelas Suffian, tersekat-sekat.

        揂pa?!� Wajah Nuar berubah. Kerisaun jelas terpancar pada wajah tersebut.

        揇ia tak mahu menyusahkan ko Nuar. Itu sebab dia minta clash dengan ko dulu. Sekurang-kurangnya ko tak akan nampak kesakitan yang dia tanggung. Dia tak mahu menyusahkan ko Nuar.�

        揔enapa dia tak beritahu aku?� tanya Anuar dengan perasaan bersalah. Bahu Suffian mula dipegang dan digoncang dengan kuat.

        Suffian memegang dahinya. 揘uar. Aku beritahu ko ni pun atas pertolongan Hani. Tasya memang tidak akan  beritahu ko perkara ni.�

        Anuar terduduk. Dia sama sekali tidak menjangkakan ini semua.

        揝atu aje. Aku harap ko simpan kemas-kemas cerita ini. Jangan cerita pada sesiapa pun, even pada Tasya. Dia mesti tak suka kalau tahu rahsia dia ni pecah. Hanya ko, aku, Hani, Hana dan Norman, one of Tasya's friend dekat Australia sahaja yang tahu.�

        Anuar terkesima. Wajahnya tegang dan pucat. Dia jadi tidak senang berdiri, hanya mundar mandir di situ.

        揘orman? A friend?� tanya Nuar lagi.

        揔enapa? Ko kenal dia ke?�

        Anuar menggelengkan kepalanya. 揟ak ada apa.� Dia teringat kembali peristiwa di KLCC, dimana Tasya memperkenalkan Norman sebagai tunangnya. Adakah ini sebahagian daripada rancangan Tasya untuk menjauhkan diri daripadanya?

        揘uar. Aku tahu ko akan buat pertimbangan yang paling baik dalam perkara ni.� Dia menepuk bahu Nuar, cuba mententeramkan perasaan Nuar yang kelihatan berserabut.        
       
       揂ku pergi dulu. Hani dah menunggu.�

        Nuar mengangguk. Dia tidak dapat berfikir dengan jelas pada ketika ini. Rasa bersalah yang amat dalam terus menguasai. Kenapa dia tidak pernah tahu perkara ini? Kalau inilah sebabnya, dialah orang yang paling berdosa ketika ini. Menyakiti hati Tasya sebegitu rupa. Rupanya semua perkara yang Tasya lakukan berpusat pada dirinya, kerana perasaan kasih dan sayang yang tidak bertepi.       

        揙k semua. Let's gather and sing a happy birthday song for Tasya.�

        Sekejap-kejap Akma melihat Anuar dan Suffian yang rancak berbincang tentang sesuatu. Entah kenapa Akma rasa begitu resah pada ketika itu. Nalurinya berkata, perkara yang dibincangkan bukannya sesuatu yang menggembirakan. Apa ya? Anuar pula kelihatan mundar mandir tidak menentu. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Adakah apa yang kurasakan ini bakal menjadi kenyataan?

        Matanya beralih pula kepada Tasya yang sudahpun dikelilingi sahabat handai. Tasya kelihatan gembira. Adakah kegembiraan itu cuma mainan diwajahnya?

        Apabila dia menoleh semula ke arah Anuar, dia tidak lagi berada disitu. Rupa-rupanya dia telah berdiri betul-betul disebelah Akma.

        揘uar. Terperanjat Akma. Nak balik dah ke?� katanya cuba menarik nafas.

 Kenapa dengan Nuar ni? Wajahnya seperti tidak bermaya. Apa yang menyebabkan dia berubah sebegitu sekali?

        揂kma. Berikan cincin tu pada Nuar. Cepat.� kata Nuar sambil mata lelaki tersebut memandang tidak lepas pada jari Akma.

        Akma kebingungan. Dia hanya tercegat disitu tanpa membuat apa-apa. Dia cuba menangkap maksud Anuar.

        Oleh kerana tiada respon daripada Akma, Anuar lantas memegang jari jemari Akma dan mengeluarkan cincin itu dari jari manisnya. Akma melihat sahaja perlakuan Nuar itu. Semuanya berlaku secara pantas.

        揗ana bekasnya?� tanya Anuar lagi menyebabkan Akma tersedar daripada lamunannya.

        Lantas Akma mengambil bekas dari dalam begnya. Dia masih buntu dengan kelakuan pelik Nuar itu.

        Anuar segera mengambil dan memasukkan cincin ke dalam kotak cincin tersebut. Akma menurutinya dari belakang. Orang disekeliling sedang menyanyikan lagu harijadi kepada Tasya.

        揟asya akan belah kek!� kata salah seorang daripada ahli kumpulan Ruffedge.

        Tasya mengambil pisau kek dan mula hendak memotong kek yang setinggi tiga tingkat itu. Macam rupa kek kahwin sahaja gamaknya, fikir Akma di dalam hati.

        Dengan secepat kilat itu juga, Anuar mencapai pisau itu bersama dengan Natasya. Semua orang berteriak seronok melihatkan adegan itu. Cahaya daripada kamera bersinar di sana sini. Mereka membelah kek bersama. Wajah Anuar yang kelabu kelihatan ceria. Apa yang berlaku ini? Akma cuba menenangkan dirinya yang seakan goyah sekarang ini.

        Selesai sahaja memotong kek, Anuar dengan sengaja mengambil sedikit krim daripada kek tersebut dan mengoleskan pada hidung Tasya yang mancung itu.  Kemudian, Tasya membalas dengan perkara yang sama. Wajah keduanya kelihatan begitu gembira. Akma jadi keliru. Apa yang berlaku ini? Bukankah mereka bertelagah selama ini. Apa yang mebuatkan Anuar berubah fikiran pula?

        Seketika kemudian, Anuar menyeluk poketnya dan mengeluarkan sesuatu. Baru Akma teringatkan cincin tadi. Dia mahu memberi hadiah cincin itu kepada Tasya. Kenapa dia tidak dapat menangkap daripada perlakuan Anuar tadi? Perkara mudah begini pun tidak dapat ditangkap oleh seorang pelajar yang dikatakan cerdik. Tiba-tiba dia teringatkan kata-katanya pada Kak Sarah petang tadi. Mulutnya memang masin. Adakah kata-katanya kini menjadi kenyataan? Dialah pemegang amanah itu?

        Tetamu bersorak riang apabila Anuar menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Tasya. Tasya memeluknya erat, seperti tidak mahu melepaskan.

        Pandangan Akma seakan kabur. Dia cuba bertenang. Dia dapat menangkap kelibat Hani yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya seolah-olah gembira melihat keadaanya sekarang. Dia menggengam tangannya dan mengeluarkan ibu jari. KO.

        Akma berpusing ke arah lain. Hatinya sudah mula terasa sakitnya. Dia terasa seperti sedang dipermainkan oleh semua orang. Benarkah agaknya selama ini Anuar sengaja mempermainkannya dengan kata-kata dan perlakuannya?

        揌ai Akma. Semacam je nampak!�

        Akma kenal suara itu. Bila pula dia berada di sini?

        揂pa yang ko nak Hani?� Akma berpusing dan melihat ke dalam wajah Hani yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya. Terbakar rasanya melihat perlakuan Hani semula. Sampai bila dia harus berkelakuan begini terhadapnya.

        揝akit?�

        揂pa yang sakit?� tanya Akma sambil berpeluk tubuh.

        揧elah. Kekasih nak dirampas orang.� kata Hani sambil memintalkan rambut dengan jari. Dia memandang ke depan supaya orang tidak tahu mereka sedang berbicara di antara satu sama lain.

        揂pa maksud? Apa kekasih?� tanya Akma lagi meninggi.

        揓anganlah jerit macam ni. Ko nak Nuar tengok sikap ko yang panas baran ni ke?� kata Hani lagi sambil ketawa kecil. Bertambah mendidih hati Akma dibuatnya. Tetapi, dia masih lagi cuba bertahan.

        揃y the way, Cik Akma. Jangan perasan ko boleh merampas Nuar daripada Tasya. He is head over heels dengan perempuan tu tau.� sambungnya lagi sambil menolak bahu Akma.

        揔o takkan menang Akma!� katanya lagi lalu berlalu dari situ.

        Akma tidak sanggup berhadapan lagi dengan semua ini. Hani mempermainkannya. Nuar pun begitu. Tasya? Kenapa semua ini berlaku? Akma memandang sekali lagi ke arah merpati dua sejoli di hadapannya. Kemesraan itu nyata. Anuar memang cintakan Tasya.

        Akma merasa sungguh sedih ketika itu. Dia dapat rasakan hatinya seperti dicarik-carik. Mengapa dia perlu rasa begitu? Melihat kemesraan mereka menjadikan hatinya tidak keruan. Merasa pedih. Dia terasa seperti kehilangan dirinya sendiri.

        Mengapa aku perlu mesa seperti ini? Bukankah Anuar tidak pernah mengucapkan apa-apa kepadaku? Anuar tidak pernah berjanji apa-apa atau meluahkan rasa hati kepadaku. Kenapa aku perlu merasa sedih seperti ini? Akma sedar siapa dirinya pada pandangan Anuar. Dia tidak mendatangkan apa-apa makna kepadanya. Sedangkan dia? Dia sesungguhnya sudah jatuh cinta.

        Dia menatap pasangan dihadapannya. Luka dihatinya tidak dapat ditahan lagi. Dia cuba tersenyum tetapi hanya riak kecewa yang terbit daripada bibirnya. Kelukaan hatinya telah meranapkan segalanya.

        Dia merenung jarinya yang kosong. Cincin itu bukan untuk dirinya. Dia memang tahu sebelum ini, kenapa dia tidak dapat menerimanya kini?

        Entah mengapa kakinya terus melangkah meninggalkan perkarangan rumah yang masih lagi meriah dengan sorakan meraikan dua pasang kekasih itu. Dia ingin membawa hatinya pergi sejauhnya daripada situ.

        Please, don't let me walk alone..........

Bab 8

        揘uar..gembiranya Tasya malam ni!� kata Tasya sambil bersandar pada bahu Nuar. Nuar tersenyum kecil. Dia turut rasa gembira melihat wajah Tasya yang ceria. Nuar berdoa di dalam hati agar Tasya mendapat kesejahteraan dan apa yang diimpikan.

        Sesekali matanya tertancap ke arah jemari Tasya. Kelihatan cincin emas putih berkilauan disinari cahaya lampu. Fikirannya beralih semula terkenangkan Akma. Rasa bersalah dan menyesal mula terbit dari dalam hati. Cincin itu sebenarnya adalah pemberiannya untuk Akma. Tetapi entah mengapa dia tidak dapat berfikir dengan jelasnya sehingga sanggup dia menyerahkan cincin itu kepada Tasya pula. Nuar mengeluh.

        揔enapa?� tanya Tasya. Dia dapat mendengar dengan jelasnya keluhan yang terbit dari mulut Anuar.

        揈h..tak ada apa-apa.�

        揟asya nak tanya sesuatu boleh tak?� Kepalanya yang disandar pada bahu Anuar diangkat dan mereka berhadapan antara satu sama lain.

        揌mm..�

        揔enapa tiba-tiba Nuar berubah fikiran? What I mean, Nuar menjauhkan diri daripada Tasya selama ni. Tetapi sekarang seems like kita kembali macam dulu?� tanya Tasya sambil memandang ke dalam mata Nuar meminta kepastian.

        Nuar jadi tidak senang dengan renungan itu. Dia terus memandang ke hadapan. Dia tidak boleh memberitahu Tasya tentang apa yang diberitahu oleh Hani sebentar tadi. Dia mencari alasan.

        揘uar dah berfikir semula, tak ada gunanya Nuar buat ni semua. Tak ada siapa yang gembira. Tasya mahupun Nuar.�

        Nuar memandang semula Tasya dihadapannya. Tasya tersenyum gembira.

        揘uar..I'm really sorry. Apa yang Tasya dah buat dulu. Tasya..�

        Belum sempat Tasya menyambung kata, Nuar meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya. 揝hh..Tasya tak perlu minta maaf. Asalkan semua dah ok cukuplah. Y not Tasya layan tetamu. Tak payahlah berkepit dengan Nuar aje. Nuar nak berbual dengan my friends. Lagipun Nuar tak dine lagi.� katanya sambil mencubit pipi Tasya pula. Tasya tersenyum dan mengangguk. Dia lantas menuju ke arah kawan-kawannya yang lain.

        Tanpa membuang masa, Nuar berjalan pantas ke tempat dia meninggalkan Akma tadi. Kerusi yang diduduki Akma tadi sudah kosong. Malahan kasut yang ditinggalkan di atas kerusi tadi turut hilang daripada pandangan. Dia cuba mencari disekeliling kawasan berdekatan hingga ke pintu pagar hadapan dan keretanya, tetapi kelibat Akma masih tiada.

        揗ungkin dia kat dalam kot..� katanya di dalam hati.

        Nuar menerobos ke celah orang ramai, mencari disekitar halaman rumah Tasya yang luas itu. Tetapi bayang Akma masih juga tidak kelihatan. Dimanakah dia? Rasa menyesal terus membelenggu di dalam hati. Dia tidak sepatutnya membuat tindakan melulu begitu. Dia memang tidak pandai menjaga hati Akma.

        Sudah beberapa kali dia mengelilingi kawasan halaman rumah Tasya, tetapi Akma masih gagal ditemui. Nuar mula berasa bimbang. Kemanakah Akma?

        Setelah puas dia mencari, Nuar mengambil keputusan untuk duduk bersama dengan rakan-rakan baiknya tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Mungkin mereka tahu ke mana perginya Akma. Mike dan Yan sibuk berbual sesama sendiri di meja berdekatan dengan kolam. Dia menarik kerusi dan duduk bersama mereka.

        揘uar..dah tak ingat kitorang dah ye!� kata Mike sambil menyeringai. Anuar tahu Mike sudah mula hendak mengenakan orang lagi. 揅inta berputik kembali. Mana nak ingat kita ni, kan?� sambungnya lagi sambil tersengih bak kerang busuk.

        Yan disebelah tersenyum simpul. 揔o buat tindakan yang betul.� Dia menepuk-nepuk belakang Nuar. Nuar membalas senyuman Yan, walaupun tidak sepenuh hati.

        揃y the way, ko ada nampak Akma tak?� Terpacul soalan itu daripada mulutnya. Perkara itulah yang sebenarnya ingin ditanya kepada mereka. Wajah Yan berubah tiba-tiba.

        揘ope. Kenapa tanya?�

        Nuar mengerutkan dahi apabila melihat perubahan pada wajah Suffian. Dia kelihatan tidak senang dengan soalan itu.

        揂ku datang dengan dia. So memang tanggungjawab aku ambil tahu. Takkan aku nak biarkan dia sorang-sorang kat sini. Lain la kalau dia ada kenal sesapa kat sini. Hani, ko nampak tak?� tanya Anuar, memandang tepat ke arah Hani. Entah mengapa, sejak dulu lagi dia rasakan seperti ada sesuatu yang berlaku antara Hani dan Akma yang membuatkan mereka tidak rapat lagi. Betulkah mereka tidak serapat dahulu? Entahlah dia pun tidak pasti dengan perasaan itu.

        揈ntah. Tak tahu. Tadi ada borak ngan dia. Lepas tu dia gi mana ntah.� jawab Hani dengan berhati-hati. Tolonglah jangan berbicara lagi tentang Akma, bisiknya.

        揙klah. Aku dah lapar ni. Aku amik makanan dulu.� kata Nuar lalu bangun daripada kerusi. Hidangan ala carte berdekatan masih banyak lagi walaupun ramai tetamu yang hadir. Chef yang dijemput memang tidak lalai dalam melaksanakan tugas. Makanan masih kelihatan panas. Anuar mengambil sahaja makanan yang ada didepan matanya, walaupun seleranya agak terbantut ketika itu. Sesekali dia melirik disekeliling mencari Akma. Tetapi masih hampa, bayang Akma masih belum ditemui. Kemanakah hilangnya?

        揗ungkin aku patut call dia..�

        Nuar meletakkan semula makanan yang diambil dimeja berdekatan dan mencapai telefon bimbit di dalam poket seluarnya. Dia mendail nombor telefon Akma. Setelah mendail beberapa kali, panggilannya masih tidak diangkat. Dia mula risau.

        揗ana Akma ni?�

        Dia cuba pula menghantar pesanan ringkas sms kepada Akma. Harapannya semoga Akma membalasnya.

        揘uar. Lamanya ko ambik makanan. Ko masak sekali ke?� tanya Mike apabila Anuar kembali semula ke meja rakan-rakannya. Terasa seperti hendak 'smack' sahaja Mike ketika itu. Sudahlah hatinya tidak menentu. Buat lawak lagi yang menambahkan sakit di hati.

        揔o ni kan Mike, melawak tak kira tempat! Ko ni pernah bercita-cita nak jadi badut ke?� komen Nuar sambil mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Rakan-rakan yang lain ketawa mendengar kata-kata daripada Anuar. Mike mendengus kecil kerana terkena kali ini.

        Walaupun ketawa melihat Mike memanjang muka, fikiran Nuar masih menerawang teringatkan Akma. Sesekali telefon bimbit dijelingnya. Namun sms yang dihantar masih belum dijawab

 Sebuah kereta Mercedes masuk ke perkarangan rumah Tasya. Kelihatan seorang jejaka tampan keluar daripada kereta tersebut. Orangnya berumur dalam lingkungan lewat 20-an, tinggi dan tampan orangnya. Rambutnya ikal, dipotong pendek dan kemas. Dia kelihatan seperti mencari seseorang.

        揌ello..my darling...� katanya apabila sudah menjumpai orang yang dicari-cari. Tasya menoleh ke belakang apabila terdengar suara menegurnya. Wajahnya berubah kerana terperanjat dengan kehadiran jejaka dihadapannya. Dia tidak menyangka bahawa dia akan hadir ke majlis harijadinya sedangkan dia berada di luar negeri ketika ini. Dia mengamati wajah itu dengan penuh debaran dihati.

        揂bang! Tasya rindu!� tiba-tiba Tasya menjerit apabila diyakini bahawa abang sulung yang dikasihi berdiri betul-betul dihadapannya. Dia lantas memeluk Farid serat-eratnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti Natasya, klasik.

        Farid mengambil kesempatan membelai rambut adik kesayangannya dengan lembut. Rindu pada Tasya memang tidak dapat dibendung lagi. Sudah lama dia meninggalkan Malaysia demi cita-citanya. Kini dia kembali dengan segulung ijazah dan akan meneruskan kehidupan yang mendatang di Malaysia.

        揌ow is my baby sister?�

        揊ine. Ingatkan dah lupa pada birthday Tasya. Hadiah tak sampai-sampai!� rajuk Tasya. Dia kelihatan begitu manja dengan Farid.

        揌ere is your present.� jawab Farid sambil mendepakan tangannya.

        Tasya memuncungkan mulutnya memprotes. 揑ni hadiahnya ke? Tak payahla macam tu. Hadiah ni memang dah kekal ada pun.�

        Farid menggeleng-gelengkan kepala melihatkan perlakuan Tasya itu. Tasya memang wanita yang sofistikated, tetapi bila berhadapan dengan Farid, hilang segala ciri-ciri itu dalam dirinya. Dia seakan-akan kanak-kanak kecil yang memerlukan perhatian.

        揑ni surprise untuk Tasya ke?� tanya Tasya. 揟iba-tiba jer balik.�

        揂bang dah habis study. Memang nak surprise Tasya malam ni.�

        揝o..tak balik England dah?�

        揧up. I will stay here from now on!� jawab Farid dengan gembiranya sambil memeluk Tasya. Tasya membalas pelukan itu dengan eratnya.

        揂bang..mari ikut Tasya.�

        Tasya memimpin Farid ke arah Anuar yang masih lagi sedaya updaya menghabiskan makanan yang diambilnya. Dia ingin menemukan Farid dengan Anuar. Mereka berdua pernah menjadi kawan rapat sewaktu kecil walaupun jarak umur mereka agak jauh.

        揘uar! Guess who is here!� kata Tasya dengan agak kuat. Nuar tersentak apabila disergah begitu. Tetapi kemudiannya tersenyum dengan lebar apabila melihat Farid berdiri disebelah Tasya.

        揕ama tak jumpa!� kata Nuar sambil berpelukan dengan Farid. Sudah lama rasanya Farid berada di luar negara menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Master. Hampir 6 tahun. Jarang rasanya dia pulang ke tanahair. Mereka pernah berjumpa dalam setahun lepas walaupun cuma seketika. Itupun kerana menghantar Farid pulang semula ke England.

        揧up. I'm back for good. Bolehlah I duduk rumah sekarang. I dah habis Master. Boleh start bantu ayah I dengan business.� kata Farid sambil berjabat tangan dengan mereka yang lain.

        揟his is the best birthday, ever!� laung Tasya masih lagi memeluk Farid.

        揟asya. Abang nak naik atas dulu. Sekejap lagi abang turun. I need to take my shower. Party Tasya lambat lagi nak habis, kan? Please excuse me guys.� kata Farid, mula hendak melangkah meninggalkan mereka.
       
        Mereka yang lain mengangguk. 揝ee you soon!�

        Farid melangkah masuk ke dalam rumahnya yang tersergam indah itu. Banyak pengubahsuaian dapat dilihat di sana sini. Perabot pun sudah bertukar kepada yang baru. Sudah lain benar rumahnya berbanding setahun yang lalu. Farid tersenyum sendiri apabila mengingatkan ibunya yang memang suka mengubahsuai rumah. Tetapi, malam ini ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana urusan perniagaan di Korea.

        Farid membetulkan duduknya diatas katil. Dia memejam mata cuba menikmati aroma di dalam bilik yang dirindui selama ini.

        揑t's nice.. I'm home!� bisik Farid apabila matanya dibuka. Akhirnya dia pulang juga. Walaupun England merupakan negara yang cantik, tetapi Malaysia masih tetap dihati. Farid lantas membaringkan diri di atas katil king size kepunyaannya sambil melepaskan lelah setelah berjam-jam duduk di dalam kapalterbang. Perjalanan daripada England bukannya dekat. Dia akui memang penat.

        Farid mengamati biliknya. Masih lagi seperti dulu, tidak berubah. Cuma langsirnya sudah bertukar warna. Kedudukan perabot masih kekal, buku-buku masih teratur rapi ditempat asalnya. Walaupun ibunya memang suka menghias rumah, tetapi dia menunaikan janji supaya tidak mengubah apa-apa yang berada di dalam biliknya.

        Dia bangun daripada katil dan pergi ke tepi tingkap. Pemandangan diluar yang meriah dapat dilihat menerusi cermin tingkap. Matanya memandang ke pintu pagar rumahnya. Tiba-tiba..

Farid bangun daripada katil dan pergi ke tepi tingkap. Pemandangan diluar yang meriah dapat dilihat menerusi cermin tingkap. Entah mengapa hatinya tergerak untuk memandang ke pintu pagar rumahnya. Tiba-tiba ingatannya kembali semula menerawang memikirkan sesuatu.

*        *        *

Sudah beberapa kali, Nuar menelefonnnya dan menghantar sms. Tetapi Akma diamkan sahaja tidak membalas langsung. Dia tidak tahu apa yang perlu diperkatakan sekiranya dia membalas pesanan Anuar itu. Dia hanya membaca sms yang dihantar kemudian membuangnya.

Dia tiba di asrama kira-kira pukul 10.15 malam. Suasana di asrama masih lagi meriah dengan pelajarnya. Ada yang bermain ping-pong di bilik gerakan di bahagian atas, ada yang duduk bersembang di tepi koridor dan ada yang masih lagi ber 'dating'. Akma mengambil tempat di kerusi rehat agak jauh daripada mereka semua supaya dia dapat menenangkan diri dengan keadaan sekeliling yang agak sunyi.
       
Hatinya masih sebak mengingatkan peristiwa tadi. Sekiranya dia tidak pergi ke majlis harijadi Tasya, tentunya tidak begini kepedihan yang dirasainya. Air mata mula bergenang sekali lagi di kelopak mata. Diseka air mata itu daripada terus mengalir. Tetapi siapalah dirinya untuk terus menahan kesedihan dihati. Dia meraup mukanya dengan esakan kecil. Fikirannya tidak dapat melupakan bayangan wajah Hani yang masih mentertawakannya. Bayangan Nuar yang menyarungkan cincin ke jari manis Tasya dengan senyuman manis dibibirnya.

Akma mengeluh lagi. Kenapa perasaan itu perlu wujud? Kenapa dia mesti jatuh cinta pada Nuar? Selama ini dia menahan dirinya daripada dikuasai perasaan itu kepada sesiapa jua. Dia berjanji pada diri sendiri untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Kenapa kini dia sudah mengingkari janjinya sendiri? Mengapa aku perlu terperangkap dengan ikrar sendiri?

Dipandangnya bintang dilangit. Serentak dengan itu, dia teringat kembali saat-saat dia bersama Nuar ketika berbicara tentang hati dan perasaan. Walaupun ketika itu cuma sementara, tetapi sungguh manis buatnya.

揥alaupun dia tidak lagi bersama awak, tetapi awak tahu kan, bintang-bintang di atas tidak akan berubah. Sentiasa menemani kita.�

Jelas, masih jelas lagi kata-kata yang pernah dituturkan pada Nuar ketika itu. Tidak salah rasanya kalau aku menujukan pada diriku sendiri? Betulkan?

揃intang-bintang..terima kasih kerana masih sudi menemani Akma disini. Akma tidak akan rasa kesunyian..� bisik Akma didalam hati. Matanya dikatup rapat. Telapak tangannya kiri dan kanannya digenggam bersama. Lama juga dia berada dalam keadaan itu. Dia mengumpul kekuatan. Begitulah keadaan dirinya apabila dilanda masalah yang berat. Dia pasti mengumpulkan tenaga untuk memberikan galakan dan motivasi pada dirinya sendiri. Tidak berapa lama kemudian, wajahnya yang muram tadi mula bercahaya seakan cahaya bintang yang menyinari dilangit.

揂ku tidak akan berpaling. Semua ini tidak akan mematikan harapan dan impianku, janjiku pada diri sendiri.� kata Akma lagi, seolah-olah berbisik, berkata-kata pada dirinya sendiri. Dia cuba mengeluarkan kekuatan yang terbenam dalam diri. Dia tidak boleh terus lemah. Tangannya digenggam bertambah kuat. 揂ku kan teguh berdiri!� jeritnya.

Laungan Akma itu membuatkan orang ramai disekitar tercari-cari gerangan siapakah yang empunya suara. Tetapi disebabkan tempat yang Akma duduki jauh daripada sinaran cahaya lampu, tiada siapa yang perasan akan kelibatnya.

揌ani! Terima kasih kerana mengajar Akma supaya lebih tabah menghadapi hidup ini.�

揘uar? Anuar bukan teman lelaki aku. Apa hebatnya dia sampai aku perlu bersedih begini?� Akma berkata pada dirinya sendiri. Cuba menasihati diri sendiri, walaupun payah hati itu sebenarnya untuk menidakkan perasaan yang ada.

Akma memejamkan matanya lagi membulatkan tekad. "Walaupun perit aku akan lalui segala rintangan yang mendatang. Pasti. Hidup ini masih panjang. Dugaan yang sedikit ini tidak akan menjadi penghalang."

Azamnya termati apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi sekali lagi.

Argghhh... Akma menjerit di dalam hati. Siapa lagi yang menganggunya di kala ini?

Dia lantas mengambil telefon bimbit yang disimpan di dalam beg. Matanya melekat pada nama yang keluar daripada skrin. Akma menarik nafas. Anuar lagi. Sejak sejam yang lalu, sudah lebih sepuluh kali dia menelefon. Hatinya digenggam rasa sedih semula. Tetapi kali ini Akma sungguhkan hati menjawab panggilan tersebut. Dia perlu mengakhiri semua ini.

揌ello.� Akma menjawab panggilan.

揂kma..Nuar bercakap. Akma dimana ni? Dah pukul 10.30 ni. Akma nak balik?� Kedengaran suara Nuar di talian sebelah, nada suaranya jelas kebimbangan. Akma menarik nafas.

揘uar. Tak payah risau. Akma dah sampai di asrama.� jelas Akma serba salah.

揇ah sampai? Akma. Kenapa tak beritahu pada Nuar? Kenapa Nuar call tak angkat?� tanya Nuar lagi. 揃alik dengan siapa? Macam mana?� Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Anuar. 揂kma buat Nuar ri..� Kata-kata itu hanya termati disitu. Nuar seolah-olah menahan dirinya daripada terus bersuara.

揘uar. Akma ada hal, balik dulu.� jawab Akma menahan pedih dihati. Kali ini dia terpaksa berbohong, dia tidak mahu Nuar tahu apa yang bergolak di dalam hatinya.

Nuar memintas kerana tidak puas hati dengan jawapan yang Akma berikan. 揂kma. You are my responsibility. Akma datang dengan Nuar. Nuar berhak jaga Akma sepanjang Akma di majlis. Akma kena beritahu ke mana Akma pergi.� nasihat Nuar, ada kemarahan terbit melalui nada suaranya. Bukan Niat Nuar hendak memarahi Akma, cuma dia mahu Akma tahu bahawa dia mengambil berat terhadap Akma. Lagipun dia telah berjanji dengan Kak Sarah untuk menjaga Akma dengan baik.

揘uar. Akma bukannya adik Nuar ke, girlfriend ke, kenapa upset sangat ni?!� balas Akma membalas kata-kata Nuar tadi dengan kemarahan yang membara. Entah mengapa perkataan GIRLFRIEND itu ditekannya. Hatinya yang sakit bertambah sakit lagi dengan kata-kata Nuar yang agak tinggi itu. Anuar terdiam.

揙klah. Akma salah. Akma minta maaf. Akma letih nak berehat. Bye.� sambung Akma lagi lantas mematikan talian. Tangannya menggigil.

揟olong..jangan call Akma lagi. Akma tidak mahu hati terus cair..� kata Akma sambil merenung telefon bimbitnya. Dia cuba menahan airmata daripada terus keluar daripada matanya.

Dengan longlai, Akma melangkah masuk ke bilik. Dia akan buang perasaan sayang itu jauh-jauh. Adakah mungkin dia mampu untuk melakukannya?

*        *        *

揌ello..hello?!� teriak Nuar apabila disedari yang Akma sudahpun meletakkan telefon. Dengan tidak semena-mena, dia menghempaskan telefon yang dipegangnya ke lantai. Terburai keluar isi telefon ke atas rumput. Tasya yang berada berdekatan agak terperanjat dengan perilaku Anuar lantas menghampiri.

揔enapa ni Nuar? Are you ok?� tanyanya bimbang.

揟ak ada apalah. Handphone ni terjatuh. You go on.. Sekejap lagi Nuar datang.� kata Nuar, tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia memberi isyarat supaya Tasya berlalu melayan rakan-rakannya yang lain.

Tasya pelik melihat kelakuan Nuar itu. Dia melihat telefon bimbit Nuar yang berada di atas rumput. Melihatkan keadaan telefon tersebut, tidak mungkin ia boleh digunakan lagi.

揂pa yang aku buat ni?� kata Nuar sambil mengutip semula serpihan telefonnya. Dia tidak peduli apa yang berlaku kepada telefonnya ketika itu. Dia cuma ingin tahu apa yang membuatkan Akma bertindak sebegitu rupa.

"Apa sebenarnya yang berlaku, Akma?" keluhnya.

Bab 9
       
        Bermula daripada malam itu, Akma meneruskan hidupnya seperti dahulu. Pergi ke kelas seperti biasa, belajar seperti biasa. Kadang-kadang, wajah Nuar menggamit fikirannya, tetapi dengan cepat juga Akma menghilangkan bayang itu daripada memorinya. Jika dilayan, alamat tidak belajarlah dia seharian.

        Awal-awal pagi dia sudah ke kuliah. Seperti biasa, Akma akan duduk dibahagian hadapan. Walaupun hatinya seringkali menggesa untuk menoleh ke belakang melihat wajah yang dirindui, tetapi fikirannya menegah hasrat hati. Dia jugalah yang paling awal keluar daripada dewan kuliah, sedangkan dahulunya dialah antara orang terakhir melangkah keluar. Itupun mengikut pintu hadapan bukannya pintu belakang seperti selalunya. Dia tidak mahu pandangannya nanti ternoktah kepada Nuar. Akma seringkali mengeluh. Mengapa sudah sekian lama dia menjauhkan diri daripada Anuar, semakin kuat rasa hatinya untuk memandang wajah jejaka tampan itu?

        Kadangkala dia terfikir. Sudah lupakah Nuar kepadanya? Walaupun dia cuba mengelak, kadangkala terdetik juga mengapa Nuar tidak pernah menghubungi? Mungkinkah masih ada peluang untuk diri ini walaupun sekelumit cuma di dalam hati jejaka itu? Tetapi entahlah. Dia sendiri tidak pasti dengan diri sendiri. Tidak mungkin, Anuar terlalu menyintai Natasya. Tidak mungkin perasaan lelaki itu akan berubah. Mengingatkan perkara itu, hatinya robek semula.

        Minggu peperiksaan yang bermula membuatkan Akma semakin sibuk. Masanya dihabiskan mentelaah dan membuat kajian tentang apa yang dipelajarinya di perpustakaan. Seperti biasa, Akma tekun menghambakan diri pada buku-buku yang tersusun disekelilingnya. Meja yang boleh memuatkan 4 orang itu hanya boleh digunakan oleh Akma seorang sahaja. Nasib baiklah tempat duduk diperpustakaan itu masih banyak yang kosong lagi.

        Akma tidak sedar dari jauh, ada mata yang sedang memerhatikannya sedari tadi. Bukan setakat hari ini, malahan hari-hari sebelumnya juga. Akma memang begitu, kalau sudah mula melakukan aktiviti yang diminatinya, hantu di depan pun dia buat tak tahu sahaja.

        Mata Anuar tidak lepas memandang Akma. Kedudukannya memang tersorok sedikit berdekatan dinding dan rak-rak buku, tetapi cukup jelas untuk melihat Akma. Dia memang suka melihat wajah Akma apabila dia serius dengan kerjanya. Teringat kembali peristiwa dimana dia dan Akma ketika membuat tugasan di perpustakaan tidak berapa lama dahulu. Alangkah baiknya jikalau mereka masih baik seperti itu.

        Anuar masih lagi tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah Akma masih lagi tidak mahu berbicara dengannya selepas kejadian hari itu? Dia tidak tahu mengapa Akma bersikap sebegitu rupa, dia masih lagi tercari-cari apakah silapnya. Seringkali juga dia menunggu masa untuk menegur Akma, tetapi Akma seolah-olah mengelak daripada berjumpa dan bertembung dengannya. Mengapa Akma? Adakah disebabkan kata-kata-katanya yang mengguris hati Akma malam tersebut? Atau sebab lain yang dia sendiri belum dapat meneka?

        Telefon bimbit direnungnya. Anuar menghembus nafas kesal. Akibat perbuatan menghempas telefon tempoh hari dia terpaksa membeli telefon baru. Nombor telefon Akma yang disimpannya didalam telefon tersebut turut hilang. Pernah juga dia membuat keputusan untuk meminta nombor telefon Akma daripada Hani, tetapi fikirannya menegah apabila memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya Tasya mendapat tahu perkara itu.

        Anuar melangkah keluar daripada perpustakaan tidak berapa lama kemudian. Matanya masih melirik pada Akma yang masih tidak sedar akan kehadirannya. Bertubi-tubi soalan keluar daripada mindanya. Akma, Sekiranya aku bersalah, apakah yang perlu aku lakukan? Bagaimanakah caranya untuk aku meminta maaf, Akma?

        Lamunannya terganggu apabila dengan tiba-tiba telefonnya bergetar. Dia menjawab panggilan tersebut dengan kedutan didahinya.

        揌ello Tasya. I抣l be right there. Don抰 worry.�

*        *        *

        揘uar? Macam mana dengan rantai ni. Cantik tak?� tanya Tasya sambil membelek-belek rantai emas di salah sebuah kedai aksesori wanita di KLCC. Anuar tersenyum pahit sambil menganggukkan kepala. Sudah hampir seharian mereka berjalan disekitar KL membeli-belah. Daripada Lot10 sampailah ke KLCC. Antara sekejap, Anuar melirik jam tangan dilengannya.

        揟asya nak beli. Not bad. Harga cuma seribu setengah je.� kata Tasya sambil memberikannya pada jurujual untuk dipek. 揗ei, U have earrings to match with the necklace?� tanya Tasya pada jurujual yang telah lama dikenali itu.

        揂da. But not in the stock, Miss Tasya. Maybe next week. I will call U.� kata jurujual yang bernama Mei itu kepada Tasya. Mei merupakan jurujual kegemaran Tasya. Sekiranya Tasya membeli aksesori di kedai emas tersebut, pastinya Mei akan  memberi keutamaan kepadanya. Sebarang keluaran terbaru pasti Natasya antara orang yang dimaklumkan terlebih dahulu.

        揙k. Call me.� kata Tasya sambil tersenyum, sudah dapat membayangkan dirinya memakai set lengkap barang kemas tersebut dengan anggunnya.

        Anuar tidak berkata-kata daripada tadi. Hari ini sahaja dia sudah menghabiskan hampir lima ribu untuk Natasya sahaja. Entah mengapa dia rasa tidak selesa, sedangkan memang selama ini dia tidak pernah ambil kisah asalkan Natasya gembira.

        Natasya memang sedar dengan perubahan sikap Anuar, tetapi dia buat tidak endah sahaja. Mungkin Anuar kepenatan kerana dia terpaksa membawa segala barang yang diborongnya sejak pagi tadi, fikirnya. Walaupun terdetik perasaan ragu dengan apa yang difikirkannya.

        Anuar mengeluarkan kad kredit untuk membayar harga rantai tersebut. Sementara menunggu transaksi selesai, Natasya mengambil peluang untuk melihat koleksi barang kemas yang lainnya. Matanya menangkap sebuah gelang tangan tidak berapa jauh daripada rantai yang dilihatnya tadi.

        揧ang ni cantik juga. Hmm..Mei..!� Belum sempat Tasya bertanya lebih lanjut, Nuar menarik tangan Natasya keluar daripada kedai emas.

        揟asya. Mari kita balik.� katanya. Dia sudahpun selesai membayar harga rantai yang dibeli. Tanpa disedari, Natasya terlanggar sesuatu.

        揙uch!�

        Tetapi Natasya tidak peduli kerana kemarahan mula menjalar terhadap sikap Anuar terhadapnya. 揧? I tak habis shopping lagi.� Tasya bersungut. Dia menarik tangannya daripada genggaman Nuar.

        揟asya. Berapa banyak U spend hari ni. Hampir lima ribu tau?� Anuar mengingatkan. 揔alau macam ni hari-hari, bankrupt lah ayah I.�

        揘ape ni? Selama ni I shopping..U tak pernah bising pun.� jawab Tasya dengan nada merajuk. Kemarahan membuatkan Tasya meninggalkan Nuar dan lari turun ke tingkat bawah melalui escalator. Nuar menyoroti langkah Tasya, mengejarnya dari belakang. Seperti drama pula lagaknya kelakuan mereka sehingga menjadi perhatian orang ramai.

        Anuar berlari lebih laju memintas Tasya dihadapannya. Lengan Tasya digenggam dengan kedua-dua belah tangannya. 揙k. Sorry. U know I masih study lagi kan? Semua ni duit ayah I. I tak sedap hati. Lagipun Tasya, I ada exam esok. Please understand.� pujuk Nuar. Tasya berhenti sambil menjeling marah pada Nuar.

        揑 pelik lah dengan U ni Nuar. Dulu U tak macam ni. Dulu kalau waktu exam pun, U masih ada lagi masa untuk temankan I, tak pernah bising. U tahu apa yang I fikir? U dah berubah.� kata Tasya dengan terus terang.

        揟asya. I care about you ok? Jangan fikir banyak.� kata Nuar pula cuba meyakinkan Tasya.

        揑 know U care about me. Tapi tak macam dulu.� komen Tasya, meleraikan genggaman tangan Anuar dan mula berpeluk tubuh. Dia mengangkat kening apabila terfikirkan sesuatu. 揑s it because of Akma?� tanya Tasya, matanya memandang tepat ke dalam mata Nuar mencari jawapan.

        Anuar terdiam. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata. Dia melarikan matanya daripada pandangan tajam Natasya.

        揔enapa U diam? Memang Akma kan?�

        Anuar masih lagi berdiam diri tanpa memandang Natasya yang semakin berang.

        揗emang Akma kan? Answer me!� bentak Tasya sambil memandang Nuar dengan tajamnya, seakan-akan ingin terkeluar bola mata daripada kantungnya.

        Nuar membalas pandangan Tasya serba salah. 揔enapa bangkitkan lagi tentang Akma. Kan I dah beritahu U semua perkara lepas tu cuma salah faham?�

        揚rove it to me!� teriak Tasya lagi.

        揟asya nak Nuar prove macam mana ni? Tasya please understand. Everyone is looking at us!� Anuar cuba memujuk lagi, kali ini lebih keras agar Natasya menyedari apa yang berlaku disekitar dan dimana mereka berada.

        揥hatever...I don抰 care!�

        揟asya...�

        揑 nak balik. So hantar I balik. Now!�

        Todak memberi peluang kepada Natasya untuk terus merasa tertekan, Anuar segera memeluknya dengan kejap. Dia tahu dia tidak sepatutnya membuat Natasya merasa terganggu.

        揑 am sorry, Tasya. I will not leave you.� kata Nuar memberi keyakinan.

        Kemarahan Natasya mula merundum. Air mata mula bergenang. Dia terasa begitu disayangi ketika itu. Natasya membalas dakapan itu dengan eratnya.

 揂t last!� jerit Akma. Peperiksaan terakhir telahpun ditempuhi dengan jayanya. Dia telah berjaya mengharungi minggu peperiksaan sekali lagi tanpa kekesalan dihati. Dia telah sekali lagi mengotakan ikrar dan janjinya. Hati Akma terasa puas.
       
        揂kma!� Terdengar jeritan dibelakangnya. Akma menoleh. Rupa-rupanya Kak Sarah yang memanggil.

        揌ow is your exam?� tanya Kak Sarah termengah-mengah. Akma ketawa kecil melihat Kak Sarah tercungap-cungap menahan penat.

        揙k. Gembira betullah Kak Sarah. Habis jugak minggu exam. Boleh balik kampung. Dah lama rasanya tak duduk dirumah.� Jawab Akma dengan senyuman melirik  dibibirnya. Walaupun rumahnya tidak jauh daripada kampus, Akma jarang pulang. Rindu pada keluarga tidak dapat dibendung lagi.

        揗inggu depan ada semester 3. Then lepas tu Akma praktikal.� Tambah Akma lagi.

        揜indulah Kak Sarah dengan kamu nanti. Baru je beberapa bulan kita duduk satu bilik kan? Sem 3 Kak Sarah tak ada. Sem depan entah mana pulak Kak Sarah kena menyewa. Akma pulak tak ada.� Kata Kak Sarah dengan nada sedih. Dia memang menyenangi Akma. Senang dibawa berbincang dan tidak banyak kerenah, walaupun sedikit perahsia orangnya.

        揌aah la Kak Sarah. Rindulah nanti dengan Kak Sarah. Entah bila boleh jumpa Kak Sarah lagi.� Wajah Akma yang ceria tadi bertukar redup. Sejak dia mengenali Kak Sarah, hidupnya jadi ceria semula. Kak Sarah senang didekati dan sentiasa membuatnya gembira. Walaupun hatinya parah akibat terputus hubungan dengan Hani, Kak Sarah dapat mengubat kesedihan dihati. Kak Sarah merupakan teman paling baik yang pernah datang dalam hidupnya, dan Akma amat bersyukur atas kurniaan itu.

        揌opefully Akma dapat tempat praktikal dekat-dekat sini jugak. So boleh duduk menyewa dengan Kak Sarah.� Kata Akma menceriakan keadaan.

        揌mm..harap-harap begitula. Kak Sarah nak keluar ni. Jom ikut Kak Sarah.� Ajak Kak Sarah.

        Akma mengangguk setuju. Dia rasakan perlu untuk merehatkan minda setelah berhempas pulas selama 2 minggu menghadapi peperiksaan. Lagipun, dia memang tiada apa-apa aktiviti selain daripada mengemas barang untuk pulang ke kampung Sabtu ini.

        Setelah sampai ke tempat yang dituju, mereka pun keluar daripada kereta. Akma sedikit terkedu. Ke sini rupanya arah tujuan Kak Sarah.

        揔ak Sarah kena pergi ke bahagian office sekejap. Akma jalan-jalan dulu. Dah settle nanti Kak Sarah call. Sat gie kita tengok wayang nak?� kata Kak Sarah. Akma menaikkan ibu jari tanda bersetuju.

        Akma memandang bangunan tinggi dihadapannya. Lama juga dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Dia tersenyum sendiri bila teringatkan semula peristiwa yang tidak mungkin dilupakannya. Hari Sabtu yang penuh dengan kenangan..       

        揕upa pulak Natasya. This is my fiancee too, Akma.�

        Terngiang-ngiang semula suara Anuar ketika mengungkapkan kata-kata itu dihadapan Natasya tidak berapa lama dahulu. Akma tersenyum lagi apabila teringatkan sikapnya yang dingin pada Anuar ketika itu dan ketika Anuar menggenggam erat jari jemarinya juga memegang bahunya..

        揌uh!� Keluh Akma. Kenapa dia perlu terus memeningkan kepala? Mengapa dia perlu teringat semula peristiwa itu? Kenapa bayangan Nuar masih lagi menguasai mindanya? Stop it, Akma.

        揔enapa..kenapa..kenapa?� Tanya Akma pada diri sendiri. Dia memukul-mukul kepala, cuba untuk menghilangkan bayangan itu. 揝ampai bila aku nak hidup terkenangkan perkara ni? Hentikan Akma! Apa yang ko dapat?� jeritnya di dalam hati.

        Akma melangkah naik ke tingkat atas. Ingatannya pada peristiwa itu dipadamkan daripada fikirannya serta-merta. Sementara menunggu Kak Sarah, elok juga dia mencari kedai buku. Sekurang-kurangnya dapat juga menghilangkan rasa bosan menunggu. Akma menjenguk dari kedai ke kedai yang lain. 揝emuanya barang branded.� Bisiknya di dalam hati. 揌arap-harap kedai buku janganlah yang branded jugak!� sambungnya lagi, walaupun setahunya tiada kedai buku yang dikategorikan seperti itu.

       揗ana pulak kedai buku ni? Takkan takde langsung kat KLCC ni?� Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia duduk di kerusi kosong berdekatan untuk merehatkan diri sambil matanya liar mencari kedai buku.

        Anak matanya terhenti apabila pandangannya terlekat kepada dua orang yang berada tidak jauh didepannya. Mereka kelihatan mesra, sambil berpegangan tangan. Perasaanya kuat mengatakan yang dia mengenali salah seorang daripada mereka walaupun daripada pandangan belakang.
       
       Entah mengapa kuat hati Akma untuk mengekori mereka. Lupa sudah akan tujuan sebenar Akma untuk mencari kedai buku. Dia mengekori dengan perlahan-lahan dibelakang mereka. Pasangan didepannya tidak menyedari mereka sedang diekori.

        Tidak berapa lama kemudian, pasangan itu masuk ke dalam sebuah kedai emas berdekatan. Akma mengintai dari luar. Pandangannya tertumpu pada pasangan tersebut.

        Jurujual dihadapan mereka mengeluarkan beberapa barang kemas untuk dipilih. Sigadis begitu gembira membelek setiap barang kemas yang dikeluarkan satu persatu. Kadang-kadang mereka berbincang sambil meneliti setiap satunya. Akma melihat kelakuan mereka dengan debaran dihati. Tanpa disedari, Akma semakin mendekati mereka.

        揙uch.� Kata Akma apabila seseorang melanggar bahunya.

        Dia memandang ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orangnya. Yang lelaki memakai jeans biru, ber 憈-shirt� putih sementara yang wanita memakai baju berwarna biru muda yang menyerlahkan lengan dan kaki modelnya.

        揅ouples..� katanya lagi apabila melihat pasangan yang sedang bergaduh itu. 揗arah-marah sayang lah tu.� Katanya lagi di dalam hati sambil tersenyum terus melupakan bahunya yang sakit tadi. Dia cuba untuk mengamati jejaka berbaju putih itu tetapi pandangannya terganggu apabila seseorang menegurnya.

        揔ak Long?�

        揘ita.� Akma menjawab.

        揔ak Long buat kat sini?� tanya Nita lagi.

        揟aknak kenalkan Kak Long dengan sidia? Kantoi..� kata Akma pula sambil menuding ibu jarinya kepada jejaka yang berdiri di sebelah adiknya.

        揙h..Sham, ni kakak I, Akma. Kak Long, ni Sham.� Nita memperkenalkan. Sham kelihatan malu-malu berdepan dengan Akma.

        揂pa korang buat kat sini?� Tanya Akma lagi, sengaja memancing.

        Nita tersenyum malu. Dia mengarahkan agar Sham tunggu sebentar sementara dia berbicara dengan Akma. Dia menarik Akma keluar daripada kedai.

        揔itorang tengah cari cincin tunang. Nita nak tunang minggu depan.� Katanya dengan penuh gembira. Matanya kelihatan bercahaya.

        Akma tidak dapat menyembunyikan perasaan terperanjatnya. 揔enapa tak beritahu Kak Long?�

        揃aru jer bincang dua hari lepas. Mak tak beritahu eh?�

        Akma menggelengkan kepalanya.

        揑sk..jauh nyer cari cincing tunang.� Kata Akma menyakat Nita.

        揂lah..dah jalan kat KL ni, sambil nyelam minum air la. Sabtu depan majlis. Akak balik tau.� Nita memberitahu.

        揟ak payah risau. Kak Long memang nak balik kampung pun Sabtu ni. Cuti sebulan. Boleh tahan jugak mamat tu. Mesti kaya ni. Kalau tak takkan mak approved.�

        揌ehe.. Sham anak Dr Hassan kat Taman Perumahan kita tu..�

        揇r Hassan? Yang rumah besar atas bukit tu?�

        揧e. Eh Kak Long. Kita sambung citer bila Kak Long balik nanti la. Kesian pulak Sham tu menunggu.�

        揙k Nita. All the best.� Kata Akma sambil mengenyitkan mata pada Nita. Dia melambai kedua-dua tangannya pada pasangan itu sambil berlalu.

        Fikirannya mula terkenangkan emaknya di kampung. Emak tentu gembira dengan pertunangan ini. Dah termakbul cita-citanya yang satu itu. Akma tersenyum dalam kekelatan.

        揈h..mana pulak kedai buku ni.� Kata Akma apabila dia teringat kembali tujuan sebenar dia berjalan dari satu kedai ke satu kedai tadi. Dia segera melihat di kawasan sekitar kemudian ke tingkat bawah sekiranya terdapat sebarang kedai buku berhampiran.

        揈h..diorang lagi.�

        Betul-betul dibawahnya kelihatan pasangan tadi masih lagi sedang bertengkar. Si lelaki berbaju putih sedang memujuk si wanita dengan bersungguh-sungguh. Entah mengapa, Akma tidak berganjak daripada tempat berdirinya semata-mata untuk melihat pasangan itu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan perhatiannya melekat pada kedua-duanya.

        揌ai..sayang betul lelaki tu pada awek dia. Alangkah bahagianya dapat lelaki macam tu..�

        揗aafkan ajela pakwe tu.� Katanya lagi seolah-olah sedang melihat drama di televisyen.

         Akma mengecilkan matanya untuk melihat wajah kedua-dua pasangan kekasih itu dengan lebih jelas. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia mengenali kedua-duanya. Degupan jantungnya semakin laju. Bertambah pantas apabila..

        揂nuar...Macam Anuar..�

        Pandangannya pada mereka berdua tidak dapat dilepaskan lagi. Dia cuba mengamati, berdoa agar telahannya silap. Lututnya mula terasa lemah.

        揃ukan.. bukan Anuar!� fikirannya bersungguh-sungguh menidakkan.

        Pasangan itu mula memeluk antara satu sama lain. Erat, penuh kasih sayang.

        Sudah lama rasanya dia cuba mengelak daripada memandang wajah itu. Seringkali Akma membayangkan, pada suatu masa nanti dia dapat berhadapan dengan Nuar sekali lagi. Melihat senyumannya, dibuai renungan yang kini bisa mencairkan hati wanitanya dan merasai kewujudannya secara nyata dihadapannya.  Tentulah harapan dengan penghujung dan kesudahan yang menggembirakan. Tetapi mengapa kini, mengapa kini apabila dia dapat melihat wajahnya semula, perkara sebaliknya yang berlaku?

        Aku bukan bermimpi..

        Memang benar Anuar...

        Bersama Natasya..

        Akma betul-betul patah hati. Sekali lagi. Buat kali kedua. Mungkin dia tidak sepatutnya memberi peluang pada hati untuk mewujudkan ruang lagi untuk Nuar. Dia perlu menutup buku tersebut, kemas dam membuangnya jauh daripada capaiannya..

Bab 10

        Farid menaikkan tangannya ke atas, menggeliat. Badannya sudah lenguh. Fikirannya mula sudah tepu. Hampir seharian dia duduk di pejabat membaca dan menandatangani dokumen yang tersusun tinggi di atas meja. Memang benar kata orang, lagi tinggi pangkat seseorang, lagi tinggi kekuatan mental dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Dia terpaksa berfikir dengan tajam dan pantas untuk semua keputusan yang terpaksa diambil demi syarikat. Memang amat memenatkan. Itulah sebabnya dia memerlukan tidur yang cukup sepanjang malam.

Jam di dinding direnungnya. Sudah menginjak ke pukul 9.00 malam.

        揗aybe..I should go home.� Kata Farid sambil menutup dokumen yang dibaca. Dia lantas bangun daripada kerusinya dan keluar daripada pejabat. Setelah masuk kedalam kereta, dia bersandar sebentar melepas lelah.

Esok dia akan ke majlis sepupunya. Itu bermakna dia mempunyai 2 hari untuk berehat dan melupakan tentang kerja seketika sebelum minggu bekerja seterusnya. Senyuman terukir dibibirnya apabila memikirkan perkara itu.

*        *        *

        Suasana malam itu sungguh ceria. Adik beradik ibu Akma yang seramai tiga orang itu sibuk memasak untuk majlis pertunangan Anita esok. Akma tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka. Sudah lama rasanya mereka tidak berkumpul sebegini. Masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga masing-masing.

        Alangkah gembiranya sekiranya abah masih ada. Tentu akan lebih meriah dengan suara abah yang sentiasa berlawak jenaka. Kerinduan mula terbit dalam hati Akma. Sudah tiga tahun abahnya meninggalkan mereka sekeluarga kerana sakit paru-paru. Abah pernah berpesan kepadanya untuk menjaga ibu dan Anita, serta belajar dengan bersungguh-sungguh supaya masa depannya terjamin kelak. Sejak dari itu, azamnya untuk berjaya semakin kukuh dan menebal dalam diri.

        揌ah..menung lagi.� Tiba-tiba lamunannya terganggu. Rupanya Maklong yang menegur. Akma hanya membalas teguran itu dengan senyuman di bibir.

        揌a..Nita dah nak bertunang esok. Kamu bila lagi?� soal Mak Long sambil mencuit lengannya. Akma tersentak.

        揃elum sampai masa lagi la Mak Long! Tunggu je lah. Biarlah Nita selamat dulu.� Jawab Akma tanpa ragu-ragu sambil tangannya ligat mengupas bawang yang terlonggok depan mata.

        Mak Ngah pula menyampuk, � Dah ada calon belum?�

        Pertanyaan daripada Mak Ngah membuatkan Akma terdiam sebentar. Wajah Anuar tiba-tiba menjelma.

        揟ak ada lagi.� Balas Akma, perlahan sahaja.

        揑skk卥amu dah nak masuk 22 tahun, tak carik-carik lagi ke?� Mak Su pula bersuara. Wajah itu seakan tidak percaya.

        Akma hanya mampu menggelengkan kepala. Memang benar dia tidak pernah mencari dan tiada orang pula yang menanti.

        揂ku dah kata berkali-kali Su, zaman sekarang bukan macam dulu lagi. Perempuan kena pandai ambil peranan. Cari pasangan hidup sendiri. Dia tu masih nak duduk zaman batu lagi.�

        Bicara pedas daripada Puan Fatimah masuk menyucuk hatinya. Penuh dengan sindiran. Dia tahu ibu masih tidak berpuas hati dengan jalan yang dipilihnya. Akma membisu.

        揇engar kata Mak Long ni. Betul kata mak kamu tu. Jangan menyesal jadi andartu pulak nanti.�

        Nasihat daripada Maklong itu disambut dengan ketawa oleh mereka yang lain. Akma hanya tersenyum meleret sedangkan dalam hati hanya tuhan yang tahu.

        揌a..nanti kalau carik tu carik yang macam bakal tunang adik kamu tu. Berharta. Hidup senang nanti.� Sambung Mak Su. Ibu saudaranya yang lain mengangguk tanda bersetuju.

        揔alau tak dicarinya juga lepas habis belajar, saya yang akan carikan untuk dia Su.� Kata ibunya pula. Keras, mendalam bunyinya. Akma tahu kalau itulah hajat emaknya, pasti dia akan berhabis daya untuk melaksanakan impiannya itu. Akma faham benar dengan sikap ibunya.

        揂kma nak ke bilik air kejap.� Akma meminta diri kepada semua. Dia mahu mengelak daripada terus berbicara tentang soal jodoh. Hajatnya ke bilik air dilupakan. Sebaliknya, kakinya melangkah ke bilik tidur.

        Akma membaringkan diri di atas katil. Fikirannya kusut. Mengapa ibu tidak mengerti hasrat hatinya?

        揃uat apa belajar, Ma? Nanti akhirnya masuk ceruk dapur jugak. Elok kalau kahwin aje. Mak ada ramai calon.�

        揗a taknak. Ma nak belajar dulu. Ma nak cari duit dengan hasil Ma sendiri.�

        揔enapa degil sangat? Orang perempuan tak ke mana belajar tinggi-tinggi.�

        揗ak. Ini hasrat ayah. Ini untuk masa depan Ma dan keluarga kita juga.�

        揃uat apa kau nak ikut hasrat ayah kau tu. Dia bukannya ada lagi!�

        揗ak! Cubalah berfikiran jauh mak.�

        揚andai kau nak ajar mak. Mak lebih dulu makan garam daripada kau tau!�

        Akma menutup matanya, memikirkan pertengkaran kecil yang dilalui bersama ibunya beberapa tahun yang lepas.

        揗ak. Bayangkan kalau Ma kahwin, lepas tu bercerai. Mak rasa Ma dapat tak harta suami Ma yang banyak tu?�

        Ibunya terdiam seketika. Mungkin terfikir ada benarnya pendapat yang keluar daripada mulut Akma ketika itu. Apa akan jadi sekiranya dia diceraikan atau ditinggalkan tanpa harta?

        Beberapa hari kemudian, ibunya membuka kembali topik yang sama. Kali ini dengan pendekatan yang berbeza. Ibunya tersenyum sepanjang bicara.

        揗ak izinkan kau belajar..�

        揃etul ke mak?� Akma seolah-olah tidak percaya. Berkali-kali dia mengulangi pertanyaan itu kepada ibunya.

        Ibunya mengangguk. Walaupun gembira dengan perkhabaran baru itu, Akma dapat rasakan seperti ada sesuatu yang terselindung disebaliknya.

揧a, mak izinkan..tapi dengan syarat.. kau cari bakal suami dekat universiti nanti. Kau pun tahu suami macam mana yang mak maksudkan.�

        揗ak!� Sudah diduga 慳da udang di sebalik mee�.

        揌uh!� keluh Akma sendirian bila mengenangkan kembali perjanjian dengan ibunya. Disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk menyambung pelajaran, dia tetap juga mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus pilihannya di universiti. Ibu menganggap dia sudah bersetuju dengan perjanjian yang diatur.

Setiap kali Akma menghubungi ibunya dikampung, pasti soalan ini akan diungkit. Akma sudah sehabis daya menepis serangan dan leteran daripada Puan Fatimah akibat jawapan negatif yang diberi. Tetapi perkara ini terpaksa dilalui juga. Puan Fatimah bukan orang lain baginya, Puan Mah adalah ibunya.

        Tok! Tok!

        Ketukan dipintu menyedarkan Akma daripada ingatan lama itu. Dia segera bangun dan membuka pintu bilik.

        揔ak Long!� jerit Nita sambil memeluk Akma. Wajahnya kelihatan berseri-seri. Seolah-olah tidak sabar menanti hari esok.

        揔enapa ni, Nita? Bukannya tak jumpa Kak Long beberapa hari ni..� Tanya Akma apabila Nita meleraikan pelukan dan duduk di atas katil.

        揝aja. Nita dengar apa yang makcik-makcik Nita bebelkan tadi kat Kak Long.�

        揌mm..itu ke sebabnya masuk bilik Kak Long? Nak 慾oin the club� kenakan Kak Long?�

        揃ukan sebab tu. Nita nak tanya. Kak Long dah ada boyfriend? Janganlah malu ngan Nita.� Kata Nita mengusik Akma.

        Merah padam pipi Akma bila Nita bertanyakan soalan itu. Memang dia tiada teman istimewa. Cuma hatinya telah dicuri seseorang.
       
        揔ak Long tak ada boyfriend. Betul!� jawab Akma bersungguh-sungguh.

        揃etul ke ni, Kak? Blushing nampak!� Nita mengusik.

        揃etullah, Nita. Siapalah aku!� balas Akma dengan mendedangkan kata-kata yang dipetik daripada lagu Amy Mastura itu. Nita ketawa mendengarnya.

        揔ak Long tahu kan syarat mak? Suami jenis mana yang mak nak jadikan menantu? Nita boleh tolong. Sham ramai kawan..ramai saudara..� ujar Nita memberi cadangan.

        揘o..no..no..not interested!� potong Akma sambil kepalanya digelengkan.

        Nita ketawa terkekek-kekek melihatkan respon daripada Akma. Nita faham benar dengan sikap kakaknya. Dia ada prinsipnya sendiri. Mahu berjaya dan memiliki kerjaya sendiri, yang lain perlu ditolak ketepi terlebih dahulu.

        揇ah Nita. Rehat. Besok tak berseri pulak bakal tunangan orang ni! Kak Long nak sambung keje kat dapur.� Akma memberi arahan.

揌ait!� kata Nita lalu masuk ke dalam biliknya untuk menganyam mimpi indah sementara Akma bergegas semula ke dapur untuk membantu ibu saudaranya menyiapkan juadah untuk esok.

揥ah! Berseri-seri Nita hari ni!� Akma menggenggam kedua-dua belah tangannya terpesona melihat wajah adiknya yang cantik itu.

        Nita tersenyum simpul apabila diberi pujian begitu. Antara sekejap dia melirik matanya ke cermin melihat wajahnya yang sudah disolek oleh jurumekap. Memang berseri bak peragawati!

        揔ak Nora..boleh tolong Nita tak? Solekkan Kak Long saya sekali. Mana tahu kalau ada orang berkenan nanti senang hati mak. Adik beradik bakal mak mertua loaded-loaded belaka.�

        揌ish..� Akma membulatkan matanya tidak setuju atas cadangan Nita. Dia menggeleng-gelengkan kepala memprotes. 揟ak payah, tak payah Kak Nora.�

        Nora menarik tangan Akma duduk di lantai. Akma menarik semula tangannya. Dia sudah bersedia untuk keluar daripada bilik Nita apabila Nora menariknya semula untuk duduk.

揘o..� kata Akma lagi.

揚lease, Kak Long. Untuk Nita.� Pujuk Nita. Dia mula mengeluarkan muka kasihannya sehingga Akma berasa serba salah. 揔ak Nora, solek sikit je ye. Nanti kang takut orang ingat Kak Long pulak yang bertunang..� perintah Nita sambil mengenyitkan mata kepada Akma.

Dengan rasa berat dihati, Akma mengikut sahaja walaupun hatinya memberontak. Bayangan pakcik-pakcik atau duda-duda yang kegersangan bersilih ganti di dalam kepalanya. Oh, Tidak!

        Nora memulakan solekan sambil tersenyum melihat kedegilan Akma. Budak ni ada kecantikan yang tersendiri, tetapi tidak tahu cara hendak menonjolkan kecantikan dia, bisiknya.

        Selesai sahaja Akma mengenakan tudung setelah solekan selesai, rombongan pihak lelaki pun tiba. Mereka sekeluarga berbual seketika membincangkan tentang majlis berlangsungnya perkahwinan sementara Akma menghidangkan kuih muih dan minuman kepada tetamu. Nita didalam bilik mula gementar menunggu saat cincin tersarung dijari.

*        *        *

        Sedari tadi, mata Farid asyik memerhatikan seseorang. Wajah yang cukup dikenali itu sedang mundar mandir keluar masuk dapur membawa makanan dan minuman untuk tetamu. Gadis itu terlalu sibuk dengan aktivitinya sehingga tidak sedar mata miliknya itu sedang memandangnya tidak putus.

        Perbualan antara kedua keluarga didengar antara tidak. Pandangan orang sekeliling padanya tidak juga dipedulikan. Fikirannya asyik memikirkan semula kejadian malam itu, dimana pertama kali dia bertemu si gadis, sedang dalam kesamaran, sedang dalam keadaan tidak menentu, resah.

        Gadis itu sesekali melambaikan tangannya, antara mahu atau tidak. Wajahnya sugul seolah-olah ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Memikirkan pertolongan daripadanya diperlukan, dia meminta Sudin untuk memberhentikan kereta.

        揗inta maaf Encik. Boleh saya minta tolong? Saya nak ke stesyen bas atau komuter berdekatan.� kata gadis itu agak gugup.

        揈hmm..saya minta maaf. Saya perlu hantar tuan saya pulang.� jawab Sudin menolak. Gadis itu terdiam tanpa berkata-kata. Mungkin dia tahu dia tidak bernasib baik kali itu. Mungkin dia perlu meneruskan perjalanan mencari kereta orang lain pula.

        Farid menurunkan cermin tingkap kereta, meneliti sigadis. Gadis itu tidak boleh dibiarkan berjalan seorang diri dalam keadaan gelap sebegini. Tidak selamat. Kawasan ini besar dan sunyi. Kalau ada apa-apa yang berlaku padanya tentu dia rasa tidak sedap hati.

        揝udin. Bawa dia masuk sebelah penumpang,� arah Farid pada Sudin. 揔ita hantar dia balik.�

        Tanpa berlengah, Sudin keluar dari kereta dan memimpin gadis itu untuk masuk ke tempat duduk di belakang, bersebelahan dengan Farid. Ucapan terima kasih berkali-kali keluar dari bibir gadis itu, ditujukan kepada Sudin.

        Apabila masuk ke dalam kereta, dia agak terkejut apabila melihat ada seseorang disebelahnya. Gadis itu nampak gundah, tetapi cuba disoroknya.

        揓angan risau. Kami akan hantar awak balik.�

        Gadis itu mengangguk. 揟erima kasih.�

        Pada mulanya, Farid hanya membatukan diri. Dia tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Gadis ini seperti tidak mahu diganggu.

        揌mm..nama cik?�

        Gadis itu diam sebentar sebelum menjawab pertanyaan Farid. 揝aya Najwa.�

        揌mm..Saya hantar cik ke rumah. Dekat mana rumah?�

        揟ak payahlah Encik. Hantar saya kat stesyen bas atau komuter pun dah cukup.�

        揂re U sure? Dah hampir pukul sepuluh ni.�

        揤ery sure. Rumah saya dekat je dengan stesyen.� Najwa berbohong.       

        揔alau macam tu, saya hantar dekat stesyen komuter. Dekat je dengan sini.�

        揙k.� Pendek sahaja jawapan daripada Najwa.

        Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di stesyen komuter. Tanpa melengahkan sedikit masa pun, Najwa lantas membuka pintu kereta dan keluar.

        揟erima kasih Encik..�

        揚anggil saya Farid. Pleased to meet U.�

        揗e too. Terima kasih.�

        Najwa menutup pintu kereta dan bergegas menuruni tangga ke kaunter tiket. Kawasan itu agak suram tetapi masih kelihatan ramai orang menunggu tren disekitar. Keliihatan Najwa menarik nafas lega kerana dia tidak berseorangan.

Farid yakin dia tidak tersilap. Inilah dia gadis tersebut. Rupa dan tingkahnya amat serupa. Dia perlu menegur gadis itu. Tetapi benarkah dia? Kalau ya jawapannya, adakah Najwa masih lagi mengenalinya? Pertemuan malam itu cuma sekali, dapatkah gadis itu mengecam dirinya?

Setelah majlis menyarung cincin selesai, para tetamu dijemput untuk menjamu selera. Ibu Akma telah menempah satu khemah untuk para tetamu di perkarangan halaman rumah.

        揔ak..� Nita memanggil.

        揧a..ada apa Nita?� jawab Akma. Wajah Nita bercahaya, gembira. Dia menghulurkan tangannya pada Akma untuk melihat cincin dijari dengan lebih dekat.

        揅antik tak?�

        揅antiknya! Cincin ni ke yang dibeli kat KLCC hari tu?� Tanya Akma sambil membelek cincin yang berada dijari Anita. Cahaya permatanya berkilauan, sungguh cantik dan pastinya mahal.

        揧a..�

        揟ahnian Nita. Dalam masa 6 bulan lagi jadi isteri..� usik Akma. 揔e Nita dah tak sabar jadi suri?�

        Nita mencubit lengan Akma. 揝abar!� katanya sambil ketawa. Mujurlah dia berada di dalam rumah. Kalau tidak tentu menjadi bahan jelingan mak mertua.

        揔ak Long..�

        揂pa lagi Nita?�

        揚akwe yang duduk sebelah bakal mak mertua tu handsome kan?�

        揗ana?�

        揟u..� Nita menudingkan jari telunjuknya pada jejaka yang dimaksudkan.

        揌mm..handsome. Ai takkan baru tunang dah berkenan kat orang lain pulak?�

        揈h apa Kak Long ni. Sham tetap dihati.�

        揌abis tu? Nita..mata tu jaga sket!�

        揂pa ni kak? Bukan Nita..Nita rasa dia berkenan kat Kak Long lah.�

        揑shh Nita.. Ada-ada ajelah.�

        揇ari tadi dok pandang Kak Long. Kalau tak percaya cuba Kak Long curi-curi tengok nanti. Nita masuk bilik dulu. Good Luck!�

        揂pa-apa ajelah Nita ni..� bisik Akma. Akma keluar daripada rumah apabila Mak Longnya memanggil untuk menambah lauk dan menghidangnya pada tetamu.
 
        Sedang Akma sibuk menghidangkan lauk dan nasi tambah kepada para tetamu yang hadir, tiba-tiba dia dapat merasakan ada seseorang sedang memandangnya. Dengan perasaan ingin tahu, Akma membalas pandangan tersebut. Sangkanya, mungkin seseorang yang dia kenali. Tetapi telahan Akma meleset sama sekali, kerana dia tidak pernah mengenali pemuda itu.

Si Jejaka kemudiannya tersenyum manis padanya, menambahkan lagi ketampanan wajah yang sedia ada.

        Dengan pantas, Akma memalingkan mukanya yang sudah mula pucat dan berlalu masuk ke dalam rumah. Siapakah jejaka itu? Setahu aku, bukan seseorang yang aku kenali. Mungkinkah rakan sekolah lama? Entahlah. Aku tak dapat meneka. Biarkanlah..



        Setelah tetamu selesai menjamu selera, Akma mengemas pinggan mangkuk dan lebihan lauk yang berada di atas meja. Hatinya masih lagi tertanya-tanya siapakah lelaki tampan yang tersenyum padanya tadi. Begitu kuat sekali naluri ingin tahu yang menyelubungi dirinya. Walaupun begitu, Akma tidak dapat mendorong diri untuk mendekati pemuda tadi untuk kerana sikapnya yang tidak biasa bergaul dengan lelaki.

揂ssalamualaikum..�  Akma menoleh.

Akma menelan air liur. Jejaka yang tersenyum padanya tadi rupanya yang memberi salam. Akma panik, tetapi dia buat endah tidak endah sahaja pada pemuda tersebut.

        揂ssalamualaikum..� jejaka itu memberi salam buat kali kedua. Akma jadi kelam kabut. Jantungnya berdegup dengan lebih kencang. Oh tidak! Aku lupa menjawab salamnya! Tingkah Akma sendirian. Dia cuba tersenyum tetapi mukanya kaku. Perasaan gundah lebih kuat mengikat diri!

        Belum sempat Akma membalas, sidia memberi salam buat kali ketiga.

        揂ssalamualaikum..Cik Najwa..�  Kali ini beserta namanya. Akma tersentak. Pinggan kotor yang dipegangnya hampir jatuh ke tanah. Nasib baik dia sempat menyambutnya.

        Bagaimana dia boleh tahu namaku? Nama kedua pula tu. Jarang sekali dia mengenalkan dirinya dengan nama Najwa, kecuali pada orang yang tidak mahu dikenali atau lebih tepat lagi pada orang yang tidak dikenalinya. Mungkin lelaki ini merupakan salah seorang daripada orang 'yang tidak mahu dikenalinya' itu.

        Dengan perlahan-lahan, Akma membalas salam tersebut. Wujud getaran pada nada suaranya akibat debaran yang memuncak. 揥aalaikukussalam..�

        Entah mengapa masing-masing kemudian membisu. Mungkin mencari apa yang ingin dibicarakan seterusnya.

        揝iapa awak?� Tanya Akma memecah kebuntuan yang wujud. Dahinya berkerut. Dia cukup yakin tidak pernah berjumpa dengan pemuda yang berdiri di hadapannya ini.

        Farid berdehem kecil, mengosongkan anak tekaknya yang terasa menganggu suaranya. 揝aya Farid. Cik Najwa dah lupa pada saya?� Farid memperkenalkan diri. Senyuman masih tidak lekang daripada bibirnya. Ini menjadikan Akma tidak keruan. Sempat dia memerhatikan kawasan disekelilingnya untuk memastikan tiada siapa yang memerhati.

        揊arid?� Akma mengecilkan matanya, dahinya dikerutkan lagi. Seperti pernah didengar nama itu. Siapa ye? Tanya Akma pada diri sendiri. Dia cuba untuk  mengingati dimanakah dia pernah bertemu dengan Farid.

        揧a Farid. Ingat lagi? Kita pernah berjumpa sekali.� Ulas pemuda itu, sekali lagi masih tersenyum manis. Jari telunjuk dikeluarkan bermakna satu atau sekali.

        Akma menggelengkan kepalanya. Dia masih tidak dapat mengecam pemuda itu.

        揗acam mana nak terangkan ya. Ehmm..macam ni. Ingat tak pada seseorang yang menghantar cik Akma ke stesyen komuter beberapa minggu lepas?� Farid cuba menerangkan point penting supaya Akma boleh mengingati semula kejadian tersebut dengan cepat.

        Dengan serta merta, darah naik ke muka Akma. Ya, baru dia teringat. Inilah Encik Farid yang menumpangkannya ke stesyen komuter tempoh hari. Dia tidak dapat mengecam langsung wajahnya. Maklumlah, ketika dia menumpang kenderaan tersebut, dia langsung tidak memandang ke wajah Encik Farid. Walaupun Encik Farid cuba berbual dengannya, dia mengambil langkah untuk tidak melayan secara keterlaluan. Cukup menjawab pertanyaan dengan hanya menjawab sepatah sahaja. Pandangan Akma hanya tertumpu keluar tingkap. Badannya pula dilekapkan pada pintu kereta sementara tangannya mengenggam kuat pemegang pada pintu. Walaupun dia amat berterima kasih atas jasa pemuda ini menumpangkannya hingga ke stesyen keretapi, dia masih berhati-hati kerana pemuda ini masih berstatus 'tidak dikenali'.

        Akma terdiam sebentar mencari alasan munasabah untuk lari daripada persoalan itu. Kalau boleh, dia mahu perkenalan mereka cukup setakat malam itu sahaja, tidak mahu diperpanjangkan.

        揝aya minta maaf. Mungkin En Farid salah orang. Saya bukan Najwa.� Akma memberi penjelasan sehabis daya supaya alasannya itu dapat diyakini. Tetapi seperti selalunya, Akma bukanlah jenis orang yang pandai berlakon.

        Farid dapat melihat ketidaktentuan dalam eskpresi wajah Akma. Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang diberikan oleh Akma, ia tetap membuatkan Farid berfikir semula. Mungkinkah benar dia tersilap orang? Senyuman yang terukir pada wajah tampan itu hilang serta merta.

        揝aya Akma. Bukannya Najwa.� Sambung Akma lagi, kali ini tampak lebih yakin.

        揙hh..� jawab Farid. 揝aya minta maaf. Mungkin tersalah orang. Maaf menganggu. Anyway saya Farid. Pleased to meet U.�

        揗e too. Saya pergi dulu..� jawab Akma cuba menguntum senyum. Bahang panas dapat dirasakan naik ke pipinya. Oleh kerana tidak mahu memanjangkan cerita lagi, Akma lantas meninggalkan Farid lalu masuk ke dalam rumah.

        Farid yang masih termangu dengan tingkah Akma tadi kemudiannya terus duduk semula dalam kumpulan yang datang tadi. Walaupun Farid melibatkan diri dengan perbualan mereka, dia masih tidak dapat memadamkan ingatannya pada Akma yang baru ditemui sebentar tadi. Entah mengapa dia tidak boleh menerima hakikat itu. Hatinya masih kuat menyatakan bahawa gadis itu adalah Najwa. Suara dan cara dia melafazkan kata-kata tadi memang sama caranya dengan Najwa. Tetapi mungkin juga telahannya silap. Dia bukannya ahli nujum yang bisa mengetahui perihal seseorang. Mungkin pelanduk dua serupa agaknya.       

        Sedang sibuk menganalisis tentang Najwa dan hubungannya dengan Akma, tiba-tiba ingatannya beralih kepada Sham. Sham merupakan tunang kepada Anita. Ya! Anita tentunya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Najwa. Dia terfikirkan sesuatu. Hanya satu sahaja cara yang memungkinkan dia untuk mendapat kebenaran hasil daripada perasaan sangsinya tadi. Mungkin dia boleh mengorek sesuatu daripada Sham dan Anita. Dia sudah dapat memikirkan sesuatu. Plan A.

*        *        *

        Farid tersenyum lebar apabila mendapat maklumat terakhir tentang Najwa daripada Sham. Plan A telahpun selesai. Berita terbaru yang didengari daripada Sham  membuatkan hati Farid berbunga gembira.

        揟his girl is something..� katanya sambil bermain-main dengan pen yang berada dijarinya. 揔enapa dia perlu berbohong? Kenapa dia mengelak?� Berkali-kali persoalan itu terbit daripada kotak fikiran. Perkara itu telah membuatkan perasaan ingin tahu Farid terhadap gadis ini semakin membuak-buak. Semakin kuat hatinya untuk mengenali gadis ini. Tidak dapat ditahan lagi.

        Dia teringat kembali apa yang dibualkan dengan Sham sebentar tadi.

        揊arid. Apa pasal kau nak kenal sangat dengan kakak Anita ni? Ada sesuatu ke yang ko nak bagitau aku?�

        揘othing la Sham. Cuma dia tak mengaku dia Najwa, someone I knew. Itu yang membuatkan aku curious. Thanks, bro. Sekarang semuanya dah jelas.�

        揃y the way Farid, aku tanya sekali lagi ni. Kau nak pikat dia ke?�

        揥ell, just to get to know her better.�

        揝he is still single and available.� Sham menekan perkataan 憇ingle and available� itu supaya maksud yang ingin disampaikan itu dapat ditangkap oleh Farid.

        Farid ketawa mendengar kata-kata tersirat yang keluar daripada mulut Sham itu. 揕et See..� jawabnya.

        Farid membetulkan gagang telefon yang berada telinga kirinya. Kemudian mencapai kalendar yang berada diatas meja.

        揌mm. Oklah Sham. Thanks for the information dan U know what our next plan...� Farid mengingatkan.

        揓angan risau Farid. Dengan adanya Anita..gerenti beres!� Sham meyakinkan. Anita pernah memberitahunya, Akma sentiasa mengalah dan mengikut sahaja kehendak adik kesayangannya itu.

        Gagang telefon kemudiannya diletakkan. Farid menghembus nafas. Jantungnya bergetar laju. Kini dia sudah dapat pastikan identiti Najwa. Dia tidak tersilap telahan tempoh hari. Cuma Najwa yang mengelakkan diri.

Menurut Anita, Akma akan pulang semula ke kampus seminggu lagi. Farid membulatkan tarikh 20 haribulan pada kalendar yang diambilnya tadi dan menulis sesuatu diatas ruang kosong pada tarikh tersebut.

        慛ajwa pulang ke kampus�

        Farid menandakan bintang pada seminggu hari selepasnya, 22 haribulan. Dia menulis.

        慛ajwa Plan B�

Bab 11         Antara sekejap, Akma menarik tangannya ke depan, melegakan dan mengendurkan tulang belakang yang terasa lenguh-lenguh itu. Sesekali matanya melirik ke meja Prof Siti yang penuh dengan fail-fail dan buku-buku rujukan. Hatinya masih lagi tertanya-tanya. Apakah agaknya gerangan Prof memanggilnya masuk ke pejabat sebentar tadi? Gerun juga dia rasakan ketika itu. Aku ada membuat silap ke? Ataupun ianya berkenaan dengan tugasannya yang pernah tidak diterima semester dahulu?

        揌a Akma, dah sampai pun kamu,� kata Prof Siti apabila masuk dan duduk di kerusinya. Dia memberikan senyuman paling manis buat Akma. Akma membalas senyuman itu dengan debaran dihati.

        揝elamat tengahari, Prof,� Akma memberi salam lalu duduk dikerusi berhadapan dengan Prof Siti. Fikirannya masih lagi berputar memikirkan apakah sebabnya Prof Siti memanggilnya. 揗aaf Prof. Saya nak bertanya. Boleh saya tahu kenapa Prof memanggil saya?� Tanya Akma tanpa dapat ditahan lagi.

        Prof Siti membetulkan cermin matanya yang sudah melorot ke bawah hidung sebelum memulakan bicara. 揗estilah ada sebab, Akma. Tujuan saya panggil kamu ini ada kaitannya dengan kecemerlangan kamu dalam pelajaran.� Prof Siti memberi intro. Akma mengecilkan mata, cuba untuk memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Prof Siti.

        Prof Siti ketawa kecil melihat reaksi Akma. 揔enapa buat muka macam tu, Akma? Geli hatilah saya tengok!�

        Akma menyorokkan perasaan malu dengan tingkahnya tadi dengan sama-sama ketawa bersama Prof Siti. 揟akdelah Prof. Saya tak faham sebenarnya maksud Prof.�

        Prof Siti mengeluarkan sekeping fail dan menyerahkan pada Akma. 揙k. Macam ni ceritanya. Pihak fakulti telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat terkemuka di Malaysia untuk memilih pelajar � pelajar yang cemerlang menjalani praktikal di syarikat tersebut. Tahniah Akma. Setelah berbincang, Akma antara dua pelajar yang terpilih mengikuti praktikal di syarikat tu. Nah ambil fail ni. Surat tawaran untuk menjalani latihan praktikal.� Terang Prof Siti dengan terperinci. Dia menyambung. 揂kma dah dapat tempat praktikal ke belum?�

        Akma menggelengkan kepala. Sudah puas dia menghubungi beberapa buah syarikat bertanyakan hal itu. Mereka cuma meminta resume daripada Akma, tetapi masih lagi belum memberikan jawapan.  揝till tak dapat apa-apa jawapan daripada syarikat yang saya hubungi.� Jawab Akma dengan jujur.

        揝o, grab this opportunity! Lagipun company ni besar. Banyak pengalaman yang Akma boleh dapat. Kalau Akma setuju, Akma pass kan resume pada saya untuk dihantar pada company tu sebelum Jumaat ni. Nanti Akma akan dapat surat confirmation menjalani praktikal.� Tambah Prof Siti lagi.

        Akma membuka fail tersebut dan membacanya. Akma seakan tidak percaya. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk memastikan dia tidak bermimpi. ProsMedya? Antara syarikat terbesar di Malaysia? Biar betul?? Dia membaca surat tawaran itu berkali-kali.

        Akma tidak memikir banyak lagi. Kalau inilah peluang yang ada, dia perlu merebutnya. Bukan senang untuk mendapat peluang bekerja di syarikat yang besar seperti ini. 揝aya setuju, Prof. Saya ada bawa resume dalam bentuk soft copy.� Kata Akma sambil mengeluarkan pen-drive yang berada didalam poket seluarnya.

        揟hat抯 good. You can print it right here.�
       
*        *        *   

        La la la� Telefon Akma berbunyi. Dia baru sahaja tiba diperkarangan asrama setelah pulang daripada bertemu dengan Prof Siti sebentar tadi. Akma lantas membuka topi keledar dan mencapai telefon daripada poket bajunya. Nasib baik dia sempat mengangkatnya. Kalau tidak tentu dia tidak dapat membalas balik panggilan itu kerana dia sudah kehabisan kredit.

        揌ello.� Kata Akma.

        揌ello Kak Long! Apa khabar?� Terdengar teriakan suara adiknya di talian sebelah sehingga sakit telinga Akma mendengarnya. Akma menekan-nekan telinganya yang sakit itu. Pekikan Anita bisa menjadikan telinganya pekak.

        揘ita. Slowlah sikit volume tu. Sakit telinga Kak Long! Ada apa tiba-tiba call ni?� tanya Akma ingin tahu.

        揂ii..takkan call pun tak boleh Kak Long. Nak Nita letak telefon sekarang?� kata Nita sengaja menggertak Akma.

        揈h..takkan nak letak telefon pulak. Susah nak dapat panggilan daripada Nita ni. Tu yang pelik tu.� Terang Akma. 揘i mesti ada tujuan call ni. Kalau tak jangan haraplah nak call Kak Long kan?�

        揧e ke? Hehehhe� Memang ada tujuan pun.�

        揔ak Long dah agak dah. Apa dia?�

        揘ita ngan Sham nak ajak Kak Long lunch hari ni dengan kitorang.� Terang Anita. Ada kesungguhan yang nyata daripada nada suaranya.

        揂da special occasion ke?� Tanya Akma lagi.

        揈h..mana tau?�

        揃etullah tu..apa dia?� Tanya Akma ingin tahu.

        揟akde apalah. Sham nak belanja sebab Kak Long banyak membantu dalam majlis pertunangan hari tu. Lagipun, ada benda Nita nak announce..�

        揂nnounce?? Apa dia?� perasaan ingin tahu Akma menerjah sekali lagi. Semacam bermain teka teki pula rasanya bercakap dengan Nita kali ini.

        揈h..tak surprise la macam ni. Lunch nanti Nita bagitau. So Nita ngan Sham jemput, setengah jam lagi sampai!�

        揗emandai je Nita ni. Tak tanya Kak Long ke kot ada kelas lepas ni?�

        揂ik? Ada kelas ke? Ala ponteng tak boleh ke?�

        揗ana boleh! Rugilah Kak Long kalau tak masuk kelas. Tapi kalau Nita boleh hantar Kak Long balik sebelum pukul 3.00, Kak Long boleh ikut.�

        "Ala Kak Long!"

        "Kak Long cakap betul ni. Tak tipu.." Giliran Akma pula menggertak. Dia tahu apa yang bakal dilakukan oleh adiknya supaya dia turut serta. "Oklah..tak jadi ikutlah, nanti..."

        Cepat-cepat Anita memintas seolah-olah tidak mahu Akma membatalkan perjumpaan mereka. 揘o problem...Kalau Nita tak boleh hantar, ada orang..� Anita tidak menyambung apa yang diperkatakan, cuma terdiam sebentar. 揈h Kak Long. Borak lama-lama kang tak sempat sampai pulak. Tunggu Nita kat lobi kul 12.30.�

        揙klah..攋awab Akma cuba merungkai kata-kata yang tidak sempat dihabiskan oleh Nita sebentar tadi. Dia rasa bagaikan ada sesuatu. Tetapi dia tidak dapat meneka.

*        *        *
        Sepanjang perjalanan ke destinasi, Akma hanya mencelah sekali sekala perbualan antara mereka sedangkan Anita berceloteh tidak henti-henti. Memang begitu berbezanya sikap mereka berdua sehinggakan ramai yang tidak percaya mereka merupakan adik-beradik. Tetapi kalau dilihat dari segi rupa, memang jelas iras yang wujud antara satu sama lain.

        揔ita nak makan kat mana ni?� Tanya Akma apabila dilihatnya kereta Fiat yang dibawa oleh Sham keluar daripada kawasan universiti menuju ke plaza tol. 揗acam jauh je tempat makan yang Nita nak pegi ni?�

        Nita berpusing ke belakang dan memandang kakaknya dengan senyuman penuh makna. 揔ita nak makan di KL.�

        揈h, Sempat tak Kak Long nak masuk kelas nanti ni?� tanya Akma lagi, risau kalau dia ketinggalan kelas pukul 3.00 petang nanti.

        揝empatlah...Bukan jauh sangat pun..� jawab Anita selamba.       

        Akma hanya mampu mengangguk. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap kereta memerhatikan pemandangan disekeliling. Masa-masa begini memberi peluang kepada Akma untuk menikmati keindahan alam disekitarnya. Kalau tidak, perhatiannya hanya tertumpu dijalanraya mengawal motornya.

        Telefon bimbit Sham tiba-tiba berbunyi. Anita memperlahankan radio. Manakala, Akma masih lagi dengan lamunannya.

        揌ello..�

        揧es...Sekejap lagi sampai.� jawab Sham pendek dan kemudian terus mematikan panggilan.

        Matanya dialihkan ke cermin tengah kereta, melihat kelibat Akma yang sedang asyik memerhati luar tingkap. Kemudiannya, membalas renungan Anita dan memberikan senyuman penuh makna pada Anita. Anita membalas senyuman itu dengan kenyitan dimata.

        揝ham..Nita..� Akma bersuara tiba-tiba. Pasangan yang duduk dihadapannya memandang sesama sendiri dan kemudian mengalih pandangan pada Akma yang berada dibahagian belakang. Sham memandang menerusi cermin tengah keretanya. Masing-masing tertanya adakah Akma dapat menangkap maksud sebenar ajakan mereka untuk makan tengahari setelah mendengar panggilan telefon itu tadi?

        揧a..� jawab mereka serentak.

        揝ham tahu tak dekat mana ProsMedya? Kak Long dapat tawaran praktikal kat sana,� jelas Akma, matanya masih lagi tertumpu ke luar tingkap.

        揚rosMedya??� Nita dan Sham berkata serentak, seolah-olah tersentak. Hampir Sham tertekan brek apabila mendengar nama tu.

        揔enapa?� tanya Akma apabila melihat reaksi keduanya. 揝alah ke praktikal kat situ?� tanyanya lagi, curiga.

        揈h taklah salah. Cuma tak percaya je. Syarikat besar tu. Bukan senang nak dapat peluang masuk situ.� kata Sham, menerangkan apa yang dia tahu.

        揝ham ingat Kak Long tak layak praktikal situ ke?� tanya Akma sengaja ingin melihat reaksi Sham bila dianjurkan soalan tersebut. Uih! Fikir Akma didalam hati. Aku dah menggelarkan diri aku Kak Long padanya.

        Sham kelihatan serba salah apabila soalan itu diajukan kepadanya. 揈h takdelah Kak Long. Bu..bukan macam tu,� jawab Sham tergagap-gagap. Alamak terkantoi pulak dengan kakak Nita ni. Mesti dah kena potong markah ni!

        Akma menekup mulutnya menahan tawa. Dia sudah dapat mengenakan Sham kali ini. Entah mengapa dia seronok hendak mengenakan orang hari ni. Tadi Nita. Kali ini Sham pula.

        Sham menyambung lagi, memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Akma mula-mula tadi. 揔ita lalu depan bangunan ProsMedya nanti. On the way ke tempat makan. Kak Long nampak nanti. Bangunan tu ada tertulis ProsMedya. Betul-betul sebelah Kak Long duduk. Perhati aje kat luar, mesti nampak punya!� Sham memberi jaminan.

        揙k...� jawab Akma. Dia mula meneliti bangunan disekeliling. Untung juga dia mengikut kali ini. Boleh juga dia tahu dimana ProsMedya berada. Tak susahlah nanti hendak ke sana praktikal nanti.

 揇ah sampai!� kata Anita apabila kereta Fiat yang dipandu oleh Sham tiba di suatu kawasan kedai makan yang kelihatan mewah dari luar. Tidak banyak kereta yang diparkir dikawasan sekeliling, tetapi lihat sahaja kepada semua jenis kereta disitu dapat memberi tafsiran yang jelas hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu untuk ke kedai makan mewah seperti itu.

        Akma menelan air liur. Dia tidak dapat membayangkan harga makanan yang bakal mereka makan sebentar nanti! Tengok dari luar sahaja perutnya sudah merasa kecut, apatah lagi bila berada didalamnya terutama sekali apabila menu telah berada didalam tangan nanti.

        Sham memimpin tangan Anita ketika masuk ke dalam restoran. Akma mengikut daripada belakang. Huh..dekorasi restoran sahaja telah membuatkan Akma terpegun. Konsep yang dipaparkan tidak tertakluk kepada satu jenis dekorasi sahaja malahan berbagai-bagai jenis konsep dapat dilihat  disetiap penjuru restoran. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.

        Sham berhenti dan duduk apabila tiba di satu kawasan dengan dekor ala-ala arab. Menurut Anita, Akma memang suka dengan bintang sejak kecil lagi. Jadi, ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk mereka menjamu selera. Bukan sahaja dekorasinya, penataannya juga seperti dimalam hari di istana arab. Kalau mereka memakai pakaian ala-la arab ketika itu, sudah tentu lengkap sebagai putera puteri di istana.

        Akma memandang ke atas, kekiri dan kekanan mengagumi dekorasinya. Huh..siap ada bintang-bintang di atas siling. Bibirnya mengukir senyuman paling manis kerana dapat melihat keindahannya. Dia seolah-olah  sedang melihat bintang di alam nyata berkilaun di malam hari. Keasyikan memerhatikan bintang menyebabkan Akma melangkah agak jauh ke hadapan  meninggalkan mereka yang lain.

        揔ak Long!� panggil Anita.

        Akma tersentak. Anita dan Sham yang berada dihadapannya tadi sudahpun hilang daripada pandangan. Dia menoleh kebelakang mengikut arah suara yang didengarinya dengan muka kemerahan menahan malu. Dia cuba menutup pipinya yang terasa panas itu lalu menuju ke arah mereka bertiga. Mulut Akma terganga. Bertiga??

        揌ai Akma.� Sapa jejaka kacak yang duduk bersebelahan dengan Sham dan kebetulan duduk betul-betul bertentangan dengannya.

        Akma jadi gugup seketika. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Inikah announcement yang diceritakan oleh adiknya sebentar tadi? Inikah sebabnya Nita beriya-iya mengajak dia untuk makan tengahari?

        揔ak Long, dudukla. Buat apa tercegat lagi kat situ.� Kata Anita lalu menarik Akma duduk disebelahnya. Akma hanya mengikut sahaja. Lututnya terasa begitu lemah ketika itu. Jarinya digenggam menahan rasa terkejut, geram dan bersalah bercampur baur.

        揑ni ke announcement yang Nita nak sampaikan pada Kak Long? Pandai ye Nita?� tanya Akma pada Nita. Tetapi nada suaranya diperlahankan hanya untuk didengari oleh Anita sahaja.

        揔alau Nita beritahu tadi, takdelah Kak Long nak ikut, kan?� kata Nita sambil menahan ketawa. Dia masih tidak dapat menghilangkan bayangan reaksi kakaknya apabila berhadapan dengan perkara itu sebentar tadi. Lagipun, dia faham benar dengan perangai kakaknya yang satu ini. Dia paling tidak suka terperangkap dengan situasi yang memaksanya berhadapan dengan lelaki.

        揃etullah Kak Long. Memang ada announcement nak buat ni. Itulah sebab ajak Kak Long dan Abang Farid sekali ni.� kata Nita lagi, meyakinkan Akma.

        Akma memandang sekilas pada jejaka dihadapannya. Dia tahu Farid sedang memandangnya ketika ini. Akma jadi rimas. Hendak sahaja dia berlalu meninggalkan tempat itu pada saat itu juga.

        Farid mengambil peluang untuk menatap wajah Akma yang sedang mencuka itu. Walaupun mencuka, Akma masih lagi ayu pada pandangan matanya.

        揌ai Akma. Remember me?� sapa Farid sekali lagi apabila dilihatnya Akma diam sahaja.

        Akma membalas renungan itu seketika, kemudian mengalihkan pandangannya ke arah lukisan yang tergantung dibelakang Farid. Jejaka itu memang tampan, tinggi, cukup pakej sebagai lelaki idaman wanita, tetapi ianya masih tidak dapat menarik perhatian Akma untuk meneruskan perbualan dengannya.

        揧a, ingat.� Pendek sahaja jawapan Akma.

        揘ama lain Akma, Najwa kan?� tanyanya lagi, seolah-olah meminta kepastian, sedangkan semuanya telah terang bersuluh cahaya.

        Dia dah tahu? Arrgghhh! Anita! Ini semua mesti kerja Anita ni! Akma bersungut sendiri sambil matanya memandang Nita, seolah-olah bersedia untuk menerkamnya bila-bila masa sahaja. Oh! Keluh Akma. Kenapa aku mesti berada disini?? Patutnya aku tak ikut tadi. Ngomel Akma sendirian.

        Seketika kemudian Sham memesan makanan. Sempat lagi Farid bertanya pada Akma apa yang ingin dipesan.

        揝ama macam Anita.� Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan oleh Akma.

        Anita dan Sham mengerling melihatkan pasangan disebelah mereka. 揅ocokkan?� Bisik Anita kepada Sham. Sham mengangguk tanda mengiyakan pendapat Nita tadi.

        Sementara menunggu hidangan tiba, Anita dan Sham sibuk berbual antara satu sama lain. Akma pula hanya duduk menatap bintang-bintang diatas kepala Farid. Farid cuba untuk memulakan perbualan, tetapi Akma kelihatannya tidak berminat langsung untuk berbual. Oleh kerana tidak mahu menganggu Akma, Farid melibatkan diri dengan perbincangan diantara Nita dan Sham.

        Apabila makanan tiba kemudiannya, Akma masih lagi membisu. Dia tidak langsung membuka suara. Perasaan marah dan bersalah yang datang silih berganti cuba dipendamnya selama yang mungkin.

        揙k. Ada announcement.� Kata Anita apabila mereka selesai menjamu selera.

        Akma yang sedari tadi ingin tahu apakah yang ingin diumumkan oleh Nita, cepat-cepat mencelah.

        揂pa dia Nita? Dah lama Kak Long tunggu ni.� Akhirnya Farid dapat mendengar suara Akma yang disimpan dari tadi.

        揌mm匩ita dan Sham dah buat keputusan nak melanjutkan pelajaran di UK selepas kitorang kahwin nanti.� Kata Anita dengan nada yang gembira. Sham dihadapannya turut tersenyum bahagia.

        Akma juga turut merasa gembira dengan berita yang disampaikan. Perasaan marah dan bersalah yang tersimpan tadi terus hilang. Tidak disangka Anita akhirnya turut mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

        揃etul ke Nita! Kak Long happy sangat. Ambil jurusan apa nanti?�

        揝ham nak ambil ijazah kedoktoran. Nita Business.� terang Sham pula.

        揥ah..� Akma betul-betul gembira ketika itu. Walaupun keputusan peperiksaan SPM Anita kurang memberangsangkan, tetapi Akma tahu Anita boleh berjaya sekiranya dia rajin berusaha. Bukannya dia tidak pandai, cuma terlalu sibuk bercinta sampai pelajaran terbengkalai.

        揟ahniah Sham, Nita. I抦 happy for both of you!� Farid mencelah sambil menepuk bahu Sham.
揃alik nanti boleh jadi doktor. Seorang lagi boleh manage klinik.� Sambung Farid lagi.

        揔itorang maybe akan bertolak seminggu lepas nikah. So honeymoon dekat sana terus belajar.� Tambah Anita lagi seolah-olah tidak sabar hendak menjejaki kaki ke UK. Akma tahu Anita memang telah lama menyimpan angan-angan untuk ke kota London.

        揂bang Farid. Nita ada satu permintaan ni.�

        揂pa dia?�

        揟olong jaga Kak Long bila Nita kat UK nanti.� Kata Anita sambil mengenyitkan mata. Farid membalas kenyitan mata Anita dengan senyuman penuh makna.

        揘ita!� jerit Akma lantas menepuk peha Nita dengan kuatnya apabila dia dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Nita kepada Farid.

 Akma rasa ingin sahaja menarik telinga adiknya ketika itu. Sengaja dia ingin mengenakan dan menjodohkan dia dengan Farid. Sudahlah tadi meminta Farid menjaganya ketika dia tiada di Malaysia, sekarang menyuruh Farid menghantarnya pulang ke asrama pula.

        揝orry Kak Long. Nita dan Sham ada perkara penting nak ke Shah Alam. Tak dapat nak hantar Kak Long balik. Bye Kak Long!� jerit Anita dari dalam kereta yang kemudiannya meninggalkan Akma dan Farid berdua di tempat parkir kereta. Alasan sahaja tu, bentak Akma didalam hati. Dia sudah mendapat jawapan kepada teka-teki yang bermain dimindanya sebelum ini.

        揝o, Akma, jom.� Ajak Farid.

        Akma mengikut lemah langkah Farid dihadapannya. Kalau tidak kerana mengejar masa, tentu dia tidak bersetuju dengan cadangan itu. Akma mengetap bibir menahan geram. Nanti Nita. Kalau Kak Long balik kampung sekali lagi, tahulah apa yang Kak Long nak buat dengan kamu ni, marah Akma didalam hati.

        Derapan kasut Farid terhenti apabila mereka tiba dihadapan sebuah kereta MPV Toyota Harrier. Dia membuka pintu kereta untuk Akma.

        揓emput masuk, Akma.� Dengan 'gentlemen' Farid menunggu Akma masuk ke dalam kereta.

        揟ak payahlah tutup pintu. Saya boleh buat sendiri.� kata Akma masih rimas kerana diberi layanan sebegitu rupa. Ditambah lagi dengan onar yang ditimbulkan oleh adiknya tadi memang bisa membuatkan hati Akma bernanah.

        Walaupun keberatan, Farid membiarkan Akma menutup pintunya sendiri.

        Farid bergegas masuk ke tempat pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta. Kereta Toyota Harrier itu kemudiannya menderu laju ke arah lebuhraya. Jam di kereta telah menunjukkan pukul 2.30 petang. Akma mengerling jam itu beberapa kali. Sempat ke ni?

        揓angan risau, Akma. Sempat sampai,� Farid memberi jaminan apabila dilihatnya Akma seringkali melihat jam yang terletak pada dashboard keretanya. Dia faham, Akma sudah kesuntukan masa.

        Akma terus-terusan membisu. Dalam perasaan marah yang mula berkurangan, masih tercuit rasa bersalah. Perasaan bersalah kepada Farid atas sikapnya yang dingin dan cuba lari daripada kenyataan dengan menutup identiti sebenarnya sebelum ini. Perasaan bersalah ini semakin membakar diri. Dia mengeluh. Apa yang perlu aku lakukan? Aku sepatutnya berterus terang. Kalaupun aku tidak mahu teruskan perkenalan ini, sekurang-kurangnya janganlah berbohong untuk mengelakkan diri. Aku perlu meminta maaf atas kesilapan ini. Aku kena menghadapinya. Lagipun, sudah dua kali Farid membantu aku. Ini bukan caranya untuk berterima kasih atas jasa baik yang pernah ditaburkannya.

        揗mm..� Akma cuba bersuara tetapi suaranya masih terlekat dikerongkong.

        Farid seolah-olah terdengar suara kecil Akma lalu menoleh kepadanya seketika. 揘ajwa ada kata apa-apa ke tadi?� Dia bertanya.

        揈rr..� Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Akma ketika itu. Dia memarahi dirinya sendiri kerana tidak dapat bersuara. Lidahnya dirasakan tersangkut di dalam mulutnya.

        揧a, Akma?� Tanya Farid sekali lagi. Lembut sekali bicara tuturnya. Terubat sedikti perasaan marah yang membara tadi.

        Akma! Ko boleh lakukan ini. Jia You Akma. You can do it.Ganbatte! Go Go Akma! Aja Aja fighting! Bertalu-talu perkataan dalam pelbagai bahasa keluar dari dalam benak Akma. Dia mengulangi perkataan itu didalam hati berkali-kali sambil menutup matanya dan mengenggam tangannya.

        揂kma, are you ok?� Tanya Farid apabila dilihatnya Akma menutup matanya kejap dengan tangannya digenggam kuat. Dia bimbang sekiranya Akma mengalami masalah dengan kesihatannya ketika itu. Dia cuba menggerakkan bahu Akma dengan sebelah tangannya.

        揝ayamintamaafsebabmenipuEncikFarid� Gerakan itu menyebabkan Akma mengeluarkan apa yang terbuku dihatinya secara tidak sengaja pantas tanpa noktah.

        揌a? Apa dia Akma?� Tanya Farid lagi. Dia tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Akma.

        Akma terdiam seketika mencari kata setelah ditanya sekali lagi oleh Farid.

        揔enapa tadi? Sakit perut? Sakit kepala? Saya bawa laju sangat ke?� Tanya Farid pula bertubi-tubi, masih bimbang dengan apa yang berlaku.

        揟ak. Bukan. Saya tak apa-apa, cuma .. erm.. Sayanakmintamaaf� beritahu Akma sekali lagi dengan agak laju, tetapi sedikit perlahan daripada tadi.

        揗inta maaf? Kenapa?� Tanya Farid, masih tidak faham.

        Akma menarik nafas cuba menenangkan dirinya semula. Jia You Akma!

        揝aya minta maaf sebab merahsiakan identiti saya.� Jujur Akma memberitahu.

        Farid tersenyum kecil. Najwa sudah mengakui kesilapannya. Tetapi dia dapat mengagak mengapa Akma mengambil tindakan sebegitu rupa berdasarkan apa yang pernah dicungkilnya daripada Anita tempoh hari.

        揑t抯 ok. Saya rasa saya tahu kenapa Akma bertindak sedemikian.�

        揊arid tahu? Eh..En. Farid tahu?� Tanya Akma seperti tidak percaya. Dia membetulkan panggilan daripada Farid kepada En Farid apabila tersedar silapnya.

        Farid mengangguk.  揧a. Saya dah dapat mengagak. Najwa, tolong panggil saya Farid sahaja. Tak payah berencik.�

        揙k�

        揝aya pun nak minta maaf pada Najwa.� Farid menyambung lagi.

        揔enapa pulak?�

        揝ebab saya dah cungkil rahsia Najwa dengan Sham dan Anita. Mungkin saya tak patut buat begitu. But I can抰 help it.�

        揥hy?� Tanya Akma lagi kali ini keluar pula loghat Inggerisnya .

        揑 can抰 help myself to stop knowing you. Berkawan rapat dengan Akma.� Jawab Farid berterus terang.

        Akma terdiam. Farid ingin mengenalinya? Kenapa? Apa yang menarik minat Farid untuk berkenalan dengannya? Pelik sungguh Akma rasakan. Inilah kali pertama orang berminat untuk berkawan rapat dengannya. Dia tidak pernah merasai pengalaman begini sebelum ini.

        Akma tidak dapat meneruskan kata-kata selepas itu. Dia terus membisu. Farid pula sama. Dia memberi laluan kepada Akma untuk menelan sedikit demi sedikit apa yang dikatakannya sebentar tadi.

        Tidak berapa lama kemudian, kereta yang dipandu oleh Farid tiba diperkarangan universiti. Farid tidak bertanya apa-apa kepada Akma, cuma terus memandu sehingga sampai ke asrama. Pada fikiran Akma, dia mahu turun sahaja di asrama Cendiakawan yang terletak bersebelahan dengan Pendita. Tetapi belumpun sempat dia berkata apa-apa, Farid sudahpun memberhentikan keretanya diperkarangan Asrama Pendita.

        揗acam mana�?� Akma ingin bertanya tetapi soalannya terputus dipertengahan.

        揌ere we go.� Kata Farid sambil tersenyum. 揙h..lupa pulak. Anita yang beritahu Akma duduk di sini. Saya pernah ke sini, jadi saya tahu tempatnya.� Jelas Farid.

        揙hh..Oklah. Thanks.� Kata Akma lantas keluar daripada kereta. Dia baru sahaja ingin menutup pintu kereta apabila Farid memanggil.

        揂kma..�

        Akma menoleh.

        揃oleh saya panggil Akma, Najwa?� Tanya Farid. 揝aya sukakan nama tu,� jelasnya lagi.

        揝uka hati En Faridlah.� jawab Akma acuh tak acuh.

        揃y the way, we will meet again.� Sambung Farid lagi sambil tersenyum lebar.

        慉gain?� Akma berbisik. Tidak cukup lagi ke pertemuan mereka kali ini? Cukuplah sampai disini sahaja, dia tidak mahu pertemuan ini diteruskan sekiranya tiada apa yang perlu dibincangkan. Dia sudahpun meminta maaf kepada Farid atas kesilapannya, jadi rasanya dia tidak berhutang apa lagi. Cuma, dia masih lagi berterima kasih atas jasa baik Farid padanya selama ini.

        Akma tidak membalas kata-kata Farid itu. Apa yang dilakukannya cuma menutup pintu kereta dan terus berlalu naik ke lobi tanpa menoleh ke belakang lagi.

        Farid mengeluh. 揥e will meet again...� Dia mengulangi ayat itu perlahan lalu memandu keluar daripada perkarangan asrama pulang ke pejabatnya.


 Rita meneliti dokumen yang diterima pagi tadi dengan teliti. Dia perlu memastikan bahawa dokumen tersebut lengkap sebelum dihantar kepada ketuanya. Setelah penyemakan selesai dan dia turut berpuas hati, Rita masuk ke pantri dan membancuh secawan kopi panas.

        揟hanks, Rita,� kata Farid setelah Rita menyerahkan dokumen tersebut berserta secawan kopi kepadanya. 揃y the way Rita, I tak mahu diganggu sekarang. Please take my calls.�

        揃aiklah En Farid,� jawab Rita, setiausaha kepada Farid lalu menutup pintu pejabat dengan perlahan.

        Matanya memandang tepat tajuk fail yang diserahkan padanya tadi. Dia berharap sangat agar apa yang dirancangkannya kali ini berjalan dengan lancar. Dia memejam matanya menahan debaran didada. Setelah agak tenang, jari-jemarinya mula membuka dan menyelak helaian kandungan fail tersebut satu persatu. Dia membaca isinya, cuba mengingati setiap satu isi kandungannya. Senyuman mula terukir dibibirnya yang merah itu. Lama juga dia meneliti fail tersebut sebelum menutupnya semula.

        Selalunya, dia akan meminta Rita untuk menaip surat untuknya. Tetapi kali ini, dia ingin menulis surat pengesahan itu sendiri kerana dia terpanggil untuk melakukannya. Dia membuka Microsoft word yang sudahpun siap formatnya dan mula mengarang.

        Dia tersenyum gembira. Jiwanya agak merundum beberapa hari ini apabila Plan B yang dirancangkannya bersama Sham tidak begitu mendatangkan hasil. Rancangan ketiga yang dirancangkan dengan teliti walaupun secara 憀ast minute� ini nampaknya berada dilandasan seperti yang diharapkannya.

        Dia mengangkat telefon dan mula mendail.

        Semoga usahanya ini mendatangkan kejayaan...

*       *        *

        Nuar berpusing mengelilingi ruang tamunya berkali-kali. Sekejap ke depan, kemudiannya ke belakang semula. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi ditimbang tara. Perlukah aku menerimanya?

        Perbualan antara Dia dan Prof Ali terngiang-ngiang di telinganya semula. Prof Ali merupakan pensyarah yang paling rapat dengan Nuar. Sekiranya ada perkara yang ingin disampaikan oleh pihak fakulti kepadanya, mesti ianya akan melalui Prof Ali.

        Jikalau dia bersetuju dengan tawaran itu, dia akan dapat bekerjasama dengan Akma semula. Sudah lama rasanya dia tidak menghubungi Akma dan mengusik gadis itu. Dari sudut hati kecilnya, Anuar merasa amat gembira sekiranya berpeluang untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan antara mereka. Harinya dirasakan sungguh ceria walaupun hanya dengan melihat gadis itu. Entahlah mengapa agaknya, tetapi itulah yang dirasainya apabila bersama dengan Akma.

        揌uh..� Mengeluh lagi.

        Tetapi bagaimana pula dengan Natasya? Apa pula kata Natasya sekiranya dia bersetuju dengan tawaran itu? Adakah Natasya mampu menerimanya setelah pujukan demi pujukan yang cuba diusahakan olehnya sebelum ini tidak mendatangkan hasil?

        Anuar memicit-memicit kepalanya. Dia perlu membuat keputusan dengan kadar segera.  Hatinya terbelah dua sekarang ini. Mana satu yang perlu dipilih? Apakah pilihan terbaik yang perlu diputuskannya?

        Percaturannya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Anuar mengambil telefon yang berada diatas meja lalu menjawabnya.

       揌ello.�

       揗ay I speak to Mr. Anuar?�

       揧es, speaking..�

       揅ongratulations Anuar! You have been selected厰

*        *        *

        Akma baru sahaja merebahkan dirinya diatas katil apabila telefonnya menyanyi lagu kesukaannya. Dia lantas mengambil telefon, menekan kekunci hijau, lalu menjawab panggilan tersebut. Dia mendengar setiap kata yang ditujukan oleh pemanggil dengan teliti. Sesekali mukanya berkerut dan sesekali mengangguk. Sebelum meletakkan telefon, dia sempat menjawab.

        揑'll let you know�

Akma berpusing-pusing dihadapan kompleks membeli-belah itu berulang-ulang kali. Sudah hampir setengah jam dia menunggu kehadiran Kak Sarah. Mereka telah berjanji untuk berjumpa disini pada pukul 2.00 petang. Tetapi batang hidung Kak Sarah masih lagi tidak kelihatan. Akma diburu resah.

        揑sk mana Kak Sarah ni?� tanya Akma pada diri sendiri. Dia masih tidak lagi boleh duduk diam. Dalam pukul 3.00 petang, semuanya akan bermula. Kalau Kak Sarah masih belum tiba sehingga ke tiga petang, dia terpaksa pergi sendiri. Ini amat merisaukan hatinya. Mungkin juga dia tidak perlu menghadirkan diri. Mungkin dia perlu balik sahaja.

        Sedang dia sibuk memikir sebarang kemungkinan, seseorang menepuk belakangnya. Hampir terlompat Akma kerana terperanjat.

       揇ah lama tunggu?�

       揔ak Sarah!� jerit Akma sambil memeluk Kak Sarah. Sudah lama mereka tidak bertemu. Terbit rasa rindu didalam hati. 揜indu dengan Kak Sarah..lama tak jumpa. Kenapa lambat?� tanya Akma sambil mencekak pinggang setelah selesai mereka selesai berpelukan.

       揝orry Akma. Tahulah kan, Kak Sarah bawak kereta. Jalan jem. Nasib baik Kak Sarah keluar awal sikit. Kenapa last minute baru nak call?� Giliran Kak Sarah pula memulang paku serpih.

        揝orrylah Kak Sarah. Sebab Akma baru je terima jemputan tu. Bukannya sengaja.� kata Akma lalu menarik tangan Kak Sarah mengikutnya. 揓om, lagi setengah jam je lagi.�

         Dalam perjalanan naik ke tingkat atas, sempat lagi Akma bertanya tentang perancangan semester hadapan kepada Kak Sarah. Dimana dia akan menyewa dan sebagainya.

        揔ak Sarah dah jumpa rumah sewa dekat-dekat U. Akma pula praktikal dekat mana?�

        揝aya dah dapat kat KL. Eh Kak Sarah..kalau saya menyewa sekali ok tak?� tanya Akma.

         Kak Sarah mengecilkan matanya. 揗aksud Akma, nak menyewa dengan Kak Sarah?�

         Akma mengangguk. Elok rasanya dia menyewa sekali dengan Kak Sarah. Lagipun kedudukan universiti tidaklah jauh sangat dengan KL. Kalau dia tidak mempunyai kenderaan sekalipun, dia masih boleh menaiki kenderaan awam kerana ProsMedya berdekatan dengan kemudahan awam.

       揈lok jugak tu. Kak Sarah memang nak cari housemate.� kata Kak Sarah.

       揟hanks Kak Sarah,� jawab Akma dengan gembira. Tidak perlu lagi dia mencari rumah sewa dikawasan KL yang harga sewa tentunya dua kali ganda. Bagaimana pula dengan perbelanjaan lain? Dia akan memikirkan perkara itu kemudian.

*        *        *

        Kawasan disekeliling telah dipenuhi oleh orang ramai. Walaupun bukan hari minggu, tempat ini masih lagi dapat memikat pengunjung. Sesekali dia melirik matanya ke arah jam tangan yang dipakainya. Masa terasa lambat sangat berlalu. Dia memerhatikan sekeliling. Kawasan itu dihias indah dengan belon-belon dan kain-kain yang bergantungan pelbagai warna. Irama muzik kedengaran menambahkan keceriaan majlis yang bakal bermula sebentar lagi.

        Dia berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dia kelihatan tenang, tetapi hanya dirinya sahaja yang tahu apa yang bergolak dihatinya dia ketika itu. Sekejap-sekejap dia menukar posisi tempat duduknya. Sekejap-sekejap dia bangun sambil matanya lurus memerhatikan ruang lapang dihadapannya.

        Dia teringat kembali tawaran yang diperolehi daripada ProsMedya. Walaupun dia sudahpun membuat keputusan, perasaan sangsi masih ada. Adakah dia telah membuat keputusan yang tepat?

        揌uh..� keluhnya didalam hati. Fikirannya masih kusut. Wajah kedua-dua gadis datang silih berganti.

        揗r. Anuar. Everything is ready. Please come with us..�

        Lamunan Anuar terganggu dengan kehadiran Ms Cheong. Dia perlu bergerak sekarang. Jantungnya berdegup bertambah pantas sehingga dia dapat merasakan getarannya. Kalau Ms Cheong mendengarnya, tentu dia turut merasai apa yang dilalui ketika ini. Anuar bangun lalu mengekori Ms Cheong ke tempat yang telah dijanjikan.


*        *        *
       
        Akma terperanjat besar apabila kedatangannya disambut ramai. Flash kamera bertubi-tubi menerjah mukanya. Matanya berpinar. Dia cuba mencari Kak Sarah, tetapi Kak Sarah telahpun dipimpin ke tempat lain berjauhan dengannya. Kak Sarah mengangguk dan menunjukkan isyarat menandakan tiada apa yang berlaku, semuanya ok.

        Akma dipimpin oleh seorang perempuan melayu kehadapan. Ms Zana namanya. Dia mengikut sahaja dengan perasaan yang penuh dengan tanda tanya. Apa semua ini? Dia bukannya artis ataupun orang kenamaan sehingga perlu disambut begini. Ataupun..ataupun..aku ada buat jenayah ke? Oh tidak! Aku tak bersalah! Dengan tiba-tiba Akma menarik tangannya semula untuk keluar daripada orang yang mengelilinginya. Tetapi dia tidak dapat keluar daripada situ kerana ramai orang yang menganggu perjalanannya. Lagipun, Ms Zana lantas mencapai tangannya semula.

        揑t is ok Ms. Akma. Just follow me.�

        Panggilan telefon yang diterima 3 hari lepas betul-betul membuatkan hatinya gusar. Pemanggil memberitahu bahawa dia telah memenangi satu pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat mereka. Pemanggil itu yang membahasakan dirinya sebagai Ms Zana tidak memaklumkan lebih terperinci pertandingan apa, cuma menyatakan dia perlu datang untuk mengambil hadiah dan memberikan alamat tempat yang perlu dituju. Akma sebenarnya ragu-ragu dan hampir menolak pelawaan tersebut, tetapi apabila alamat yang diberikan padanya merupakan tempat awam yang biasa dia lalui, dia mengambil keputusan untuk menghadiri. Tetapi tidak tanpa teman. Jadi, setelah berfikir selama sehari suntuk, dia menghubungi Kak Sarah yang kebetulan duduk di kawasan Utara Selangor untuk menemaninya.

        Akma dibawa naik oleh Ms Zana melalui escalator. Lega Akma rasakan kerana flash kamera sudah tidak lagi menerjah wajahnya. Tetapi, dia dapat merasakan sesuatu. Seolah-olah dia tahu kemana dia ingin dibawa. Hanya dia dan Ms Zana yang menaiki escalator tersebut, sementar yang lainnya masih duduk di bawah, seolah-olah memberi laluan kepada Akma untuk naik terlebih dahulu.

        Akma tercari-cari apakah yang bakal dijumpai dan ditemui ditingkat atas nanti. Matanya memandang ke depan, dengan debaran dihati. Dia sudah dapat mengagak kemungkinan yang berlaku, cuma kepastian sahaja yang bisa mengesahkan apa yang bermain dikepalanya. Bayangan seseorang semakin jelas pada pandangannya. Dia cuba mengamati sehinggalah bayangan itu datang dekat padanya dan tersenyum manis, menyorokkan wajahnya yang kelihatan turut resah. Longgar lutut Akma rasakan, tetapi digagahi juga berjalan ke arahnya dan kemudian berhenti disebelahnya.

        Lampu yang terang mula menyuluh mereka. Akma terkebil-kebil seketika dengan silaun lampu tersebut. Matanya perit dibias cahaya.

        Serentak dengan itu, kain-kain yang bergantungan tadi semua jatuh ke lantai. Alangkah terperanjatnya Akma apabila melihat apa yang terpampang dihadapannya. Akma terkaku. Kakinya seperti telah dipaku dilantai. Dia tidak dapat menyorokkan perasaan terkejutnya ketika itu. Dia membalas pandangan dengan jejaka yang berada disebelahnya cuba mencari jawapan. Namun, dia tidak dapat bersuara.

Sedutan daripada epi seterusnya ..

Seketika kemudian, muzik romantis mula berkumandang memenuhi ruang. Akma terpaku mendengar alunan muzik itu. Hatinya tersentuh. Badannya terasa ngilu akibat gembira yang teramat. Sesungguhnya Akma tidak menyangka mereka akan memainkan antara lagu yang menjadi kegemarannya. 慙ove is in the air� membuatkan Akma tersenyum dalam kegelapan.

Bab 12

揟ak mungkin�.� bisik Akma perlahan, masih tidak percaya dengan apa yang terpampang dihadapannya. Berkali-kali dia mengelip-ngelipkan mata untuk memastikan dia tidak bermimpi. Benarkah dengan apa yang dilihatnya ketika ini?

Akma mengerling ke arah jejaka yang berdiri bersebelahan dengannya, seolah-olah meminta kepastian. Walaupun jejaka itu kelihatan lebih tenang, tetapi riak wajahnya  juga menunjukkan reaksi yang serupa. Mungkin dia juga tidak menyangka dengan apa yang disajikan dihadapan mereka ketika ini.

        揂kma..� Secara tiba-tiba sahaja jejaka itu bersuara, lantas membalas pandangan Akma.

        Akma jadi gugup. Matanya dilarikan daripada terus merenung jejaka itu. Hatinya mula berdegup kencang. Ah! Mengapakah aku masih lagi terus berkeadaan begini setiap kali berada dekat dengannya?

        "Ladies and gentlemen..."

        Pertanyaan yang ingin ditujukan oleh jejaka disebelahnya terganggu dengan pengumuman yang dibuat oleh pengacara majlis. Pandangan mereka berdua dialihkan kepada pengacara majlis tersebut yang mula datang dan berdiri dihadapan mereka. Wajah lelaki melayu itu begitu manis sekali tersenyum, menambahkan lagi debaran dihati Akma. Apa lagi yang bakal berlaku seterusnya?

        揥elcome to our lovely couples, the winner of the competition 'The very moment' couples on the ice!� pengacara itu memberi pengumuman dan kata-katanya itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh mereka yang berada disitu.

        揟hey have the most perfect memories and pictures taken during the competition. Sweet are they?� lelaki itu menyambung lagi. Sorakan dan siulan daripada penonton semakin kuat kedengaran. Pipi Akma merona merah apabila mendengar teriakan mereka. Perasaan malunya tidak dapat dibendung lagi. Hendak rasanya dia bersembunyi disebalik jejaka tinggi yang berdiri disebelahnya.

        揟hey will become our ambassador promoting our ice skating rink for one year. Please welcome them on ice!�

        Akma seakan tidak percaya bahawa mereka yang terpilih antara ramai yang bertanding. Apatah lagi memenangi pertandingan ini. Apa istimewanya 憈he very moment� yang mereka ada ketika bertanding tempoh hari? Mereka bukannya pasangan kekasih!

        Akma memandang Anuar lagi seolah-olah meminta kepastian buat kali kedua. Anuar membalas pandangan itu dengan senyuman dan menganggukkan kepala mengesahkan perkara itu. Dia tahu Akma masih lagi terperanjat dengan apa yang berlaku dan pada yang sama terpaksa menelan semuanya dalam masa sesingkat ini. Salah dia juga kerana meminta pihak pengurusan supaya merahsiakan maklumat terperinci kepada Akma. Dia tahu Akma pasti akan menolak untuk hadir sekiranya dia tahu tujuan sebenar dia harus ke majlis tersebut.

        揃etul Akma..kita menang..� 

        Beberapa kakitangan kemudiannya menyerahkan pada Akma set skating dan meminta mereka memakainya. Akma dan Anuar menurut sahaja arahan mereka. Masing-masing tidak berbicara kerana tahu mereka bakal meluncur sekali lagi di gelanggang ais. Setelah selesai memakai set tersebut mereka menunggu arahan seterusnya sambil berdiri menghadap gelanggang ais yang besar itu.

Seketika kemudian, lampu yang terang tadi terpadam. Gelap gelita tanpa secalit cahaya yang menerangi. Suara yang riuh rendah tadi pun turut surut sehingga sunyi gelanggang ais itu dirasakan. Debaran dihati Akma dan Anuar bertambah kuat. Masing-masing tertanya-tanya sama ada ia merupakan suatu kejutan yang dirancang ataupun memang tiada bekalan elektrik ketika itu!

Seketika kemudian, terdengar bunyi muzik dari kejauhan. Perlahan pada mulanya, tetapi nadanya semakin lama semakin kuat. Alunan muzik yang agak rancak itu membuatkan hati Akma tersentuh. Pipinya terasa panas. Sesungguhnya Akma tidak menyangka lagu yang dimainkan ketika itu merupakan antara lagu yang menjadi kegemarannya. 慙ove is in the air� membuatkan Akma tersenyum dalam kegelapan.

揗y fav..� bisiknya didalam hati. Matanya dipejamkan sambil menikmati alunan muzik tersebut. 揗acam tahu-tahu aje厰 fikirnya lagi.

Keadaan yang gelap tadi kemudiannya disinari cahaya yang menyerlahkan suasana dimalam hari, dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan. Di satu sudut, kelihatan rembulan penuh menyinari tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Walaupun cahaya lampu itu tidak begitu terang, sinaran itu mampu membuatkan Akma tersedar daripada khayalannya. Dia terpaku melihat pemandangan yang menakjubkan itu. Terasa seolah-olah berada diatas langit!

揅antiknya!� kata Akma mengagumi pemandangan disekeliling mereka. Mulutnya tidak henti-henti menguntum senyum. Anuar memandang sekilas pada Akma dengan hati yang sama gembira. Jiwanya terasa turut bahagia melihat keriangan yang jelas terpancar pada wajah Akma.

Fikiran Akma melayang teringat semula mimpi yang suatu ketika dahulu pernah mengindahi malamnya. Akma rasakan seakan kembali semula ke saat itu. Walaupun dia tidak memakai gaun ala Cinderella dan bersepatu kaca, tetapi perasaan yang dirasainya sama.

揗ay I?� tanya Anuar kepada Akma sambil menghulurkan tangannya. Tetapi belum pun sempat Akma bersuara, Anuar sudah terlebih dahulu mencapai dan memimpin Akma masuk ke gelanggang ais. Dia tahu Akma pasti menolak, jadi dia mengambil keputusan untuk tidak menunggu jawapan daripada Akma.

        揘uar, Akma tak pasti sama ada boleh skate ke tidak,� kata Akma separuh berbisik pada Nuar.

揇ah lama Akma tak skating..� sambungnya lagi. Walaupun tidak begitu yakin, tetapi hati Akma berkobar-kobar untuk meluncur. Sudah lama rasanya dia tidak bermain 慽ce skating�. Rindu untuk menjejak kakinya di laluan berais tidak dapat ditahan lagi.
       
揟rust me,� Anuar memberi keyakinan. 揧ou will be ok.�

        Mereka mula meluncur disekeliling laluan berais. Pada mulanya Akma kelihatan seperti teragak-agak dan seringkali berhenti untuk memerhatikan keadaan disekeliling. Akma merasa tidak selesa kerana dia tahu banyak mata yang memandang. Sejak dahulu lagi, Akma sentiasa mengelak daripada terjerumus dengan perkara yang satu ini. Tetapi ditahannya perasaannya itu daripada terus membelenggu apabila melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Anuar.

Anuar yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepadanya. Anuar yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang masa. Anuar yang memimpinnya ketika dia memerlukan.

        Sungguh manis perasaan yang Akma rasakan ketika itu sehingga dia sendiri tidak dapat mengukurnya. Dia kini dengan beraninya dapat bersemuka semula dengan jejaka yang sentiasa muncul dalam fikirannya. Mungkin peluang yang ada ini cuma seketika. Dia perlu menggunakannya sehabis daya sebelum dia menyesali. Entah bila peluang begini akan tiba lagi.

        Sudah lama rasanya dia tidak berperasaan sebegini. Perasaan bebas daripada perkara yang mengusutkan fikiran, lebih tenang. Entah mengapa, Anuar sentiasa rasakan kelainan apabila bersama dengan Akma. Akma bisa membuatkan dia menjadi bukan dirinya yang biasa. Walaupun Akma merupakan gadis yang pernah dilabelkan sebagai 慿olot�, tetapi dia mengakui sentiasa berasa ceria apabila bersama gadis ini. Akma adalah satu-satunya wanita yang dapat menjadikannya begitu. Apakah perasaan yang aku rasakan ini? Anuar tidak dapat menghuraikannya.

        Anuar dan Akma mengambil peluang untuk keluar daripada gelanggang setelah orang ramai mula berpusu-pusu masuk untuk menyertai mereka. Akma menarik nafas lega kerana tidak menjadi tumpuan lagi. Mereka duduk di satu sudut berdekatan pintu masuk ke laluan berais itu. Masing-masing tidak bersuara, cuma menikmati suasana disekeliling.

        Gambar besar yang tergantung ditengah gelanggang ais ditatap. Gambar itu jelas menunjukkan kedudukan mereka yang saling berpandangan antara satu sama lain. Anuar seolah-olah sedang menghulurkan tangan dan Akma seolah-olah tidak mahu menyambutnya.

        Mungkin juga gambar ini ada nilainya yang tersendiri, fikir Akma sambil tersenyum kecil. Dia sendiri tidak menyangka bahawa gambar ini telah berjaya mempertemukan mereka semula.

        Ingatan Akma kembali semula pada saat manis yang pernah terjadi dalam hidupnya. Entah mengapa akhirnya dia mengalah pada rasa hati. HATI. Hati yang telah berjaya mengaburi fikiran rasional dan prinsipnya selama ini. Tetapi akhirnya apa yang terjadi? Dia hanya membiarkan hati itu terkapai-kapai sendirian akibat sikapnya yang suka berdiam diri, tidak bersuara.

        揝tupid me..� marah pada diri sendiri. Dia tidak sepatutnya terjerumus dalam kancah ini.
Anuar yang duduk disebelahnya sesekali memandang sekilas pada Akma. Dia dapat melihat Akma sedang termenung panjang. Dia ingin sangat untuk memulakan perbualan. Tetapi apabila melihat Akma terlalu asyik dengan apa yang berada di hadapan mereka, dia menangguhkan hasratnya. Apa agaknya yang bermain difikiran gadis itu ketika ini?

        揌mm..lama dah kita tak jumpa,� Anuar memecahkan kesunyian di antara mereka setelah hampir sepuluh minit mereka membisu.

        Akma tersentak daripada lamunannya yang panjang. Dia memandang Anuar sekilas dan kemudian tersenyum. Anuar membalas senyuman itu sambil menanti jawapan.

揌mm..lama juga ya. Apa khabar Nuar sekarang? Macam mana dengan cuti semester?� tanya Akma pula.

        揂nuar ok. Cuti sem macam biasa..tolong ayah kat ofis,� balas Nuar.

        揟olong ayah? Rajinnya awak.�

        揇ah biasa macam tu Akma. Dengan adanya praktikal, kita boleh tahu keadaan dunia sebenar macam mana.� terang Nuar.

        揌mm..betul jugak. So cakap pasal praktikal, Nuar praktikal kat mana nanti?� Tanya Akma lagi.

        揂da beberapa tempat. Tapi Nuar tak confirm lagi.�

        揟ak confirm lagi? Kan dalam masa 2 minggu lagi kita nak praktikal? Confirm lambat-lambat kang terlepas peluang,� kata Akma seakan tidak percaya. Tetapi kemudiannya dia terfikir. Bukan susah untuk Anuar mendapat tempat menjalani praktikal. Ayahnya ramai kenalan. Maklumlah orang 慴usiness�.

        Terlepas peluang? Kata-kata itu kini seolah-olah cuba memberitahu Anuar sesuatu. Berkali-kali ianya bermain difikirannya. Dia terdiam sebentar sebelum membalas.       

揗ana tahu kita dapat praktikal tempat yang sama ke?� Tanya Anuar kemudiannya, memancing reaksi Akma.

        揌mm..mungkin. Tapi rasanya kebarangkalian mungkin 1 dalam seribu,� jawab Akma sambil mengeluarkan jari telunjuk dekat dengan wajahnya.

        Anuar kemudian ketawa sambil menganggukkan kepala.

揧up. Kemungkinannya mungkin begitu. Tapi mana tahu?� Dia mengangkat bahu.

Akma tersenyum kecil sambil menundukkan kepala. Dia bermain-main dengan jarinya kerana termati kata. Dia mengelus jari hantunya. Pernah dahulu ada sebentuk cincin putih tersarung di situ. Seperti yang ada di dalam gambar mereka di atas sana.

揂langkah baiknya kalau kenyataannya begitu..� keluh Akma.

Mereka terdiam seketika.

        揝orry sebab lama tak hubungi Akma. Handphone Nuar rosak. Nombor pun hilang..� Anuar sekali lagi memecah keheningan antara mereka.

        揙h..� jawab Akma, agak terkilan dengan alasan yang diberikan. Seperti alasan yang tidak boleh dipakai. Bukannya tiada cara lain untuk menghubungi, desis hati Akma. Walaupun begitu, dia akhirnya akur kerana permasalahan hari itu sebenarnya berpunca daripada dirinya juga. Dia yang mengelak dan naik darah. Bukannya salah Anuar pun.

        Mereka terdiam lagi. Terlalu banyak yang ingin diberitahu dan dicungkil. Cuma masing-masing terbelit lidah, tidak tahu bagaimana ingin menyusun kata.

        揂nuar..�

        揂kma..�

        Serentak mereka memanggil nama masing-masing. Pada mulanya mereka saling berpandangan. Menyedari perkara itu, mereka berdua akhirnya ketawa sehingga hampir mengeluarkan air mata.

        揂kma dulu..� kata Anuar kemudiannya. Pandangannya melekat pada gadis itu, bersungguh ingin mengetahui apa yang ingin disampaikan.

        揟akpe..Anuar dulu..� Akma memberi laluan pula untuk Anuar. Terasa berat pula untuk menutur kata.

Anuar menggelengkan kepalanya. 揕adies first..� pintanya pula.

        Akma menarik nafas. Nampaknya dia terpaksa mengalah dengan ketegasan Nuar. Apa yang perlu dikatakan? Terlalu banyak yang ingin disampaikan pada Anuar. Tetapi dia tahu tidak mungkin dia akan meluahkan kesemuanya. Ada yang terlalu peribadi, hanya dia dan tuhan sahaja yang mengetahui.

        揗acam mana hidup sekarang. Maksud Akma, hubungan..Nuar faham maksud Akma?� tanya Akma, seolah-olah tidak dapat meneruskan pertanyaan. Dia jadi gugup.

        Anuar tersentak dengan soalan itu. Dia tidak menyangka sama sekali itu merupakan perkara yang ingin diketahui oleh Akma. Wajah Natasya mula terpampang dalam mindanya.

        揔ami ok. Natasya pun nampaknya dah sihat sekarang.�

        揝ihat? Apa maksud Nuar? Tasya sakit ke?� tanya Akma lagi dengan dahi yang berkerut. Dia mula terbayang semula aksi Anuar yang tidak berapa normal pada malam kejadian. Mungkin inikah sebabnya?

        揧a. Dia sakit. Tapi nampaknya dah ok. Dia pun dah macam dulu..� jawab Nuar tenang.

        Anuar mula menceritakan tentang penyakit yang dihidapi Natasya dan sebab musabab mengapa Natasya bertindak menyakiti hatinya dahulu secara terperinci.

        揘uar tak boleh tinggalkannya..� jawab Anuar perlahan lalu tertunduk.

        Akma tersenyum kelat. Begitu besar pengorbanan Natasya pada Anuar sehingga sanggup membuat tindakan yang sebegitu rupa. Begitu juga dengan Anuar. Cintanya terhadap Natasya sungguh dalam. Siapakah aku? Pelakon sampingan yang hanya akan dibenci sekiranya menganggu kehidupan mereka berdua.

Dalam diam Akma menyimpan rasa pedih dan sedih dengan pengakuan daripada Anuar. Tapi apakan daya, itu yang terpaksa sitempuhinya. Lebih baik dia memikirkan cita-cita dan masa depannya terlebih dahulu.

        揂kma doakan yang terbaik buat korang berdua,� katanya ikhlas memberi perangsang.

        揟hanks, Akma.� Lemah sahaja nada suaranya.

        Akma menatap kembali gambar yang berada di hadapan mereka kemudian gambar-gambar lain disekeliling gelanggang. Terlalu banyak sehinggakan hati Akma tidak senang.
       
揂nuar..Nuar rasa elok ke gambar kita terpampang dekat sini. Apa pendapat kawan-kawan kita terutama sekali Tasya kalau dia nampak?� tanya Akma.

        Anuar tidak menjawab terus. Dia seolah sedang berfikir.

        揂kma takut nanti perkara ni akan menjejaskan hubungan Nuar dan Tasya. Tasya tahu tak tentang perkara ni?� Tanya Akma sekali lagi, inginkan kepastian.

        Anuar menggelengkan kepala. 揘uar tak sempat beritahu..� jawab Anuar, jujur.

        揘uar kena beritahu. Nanti dia salah faham.� nasihat Akma lagi.

揑 will.�

揂kma..� Anuar menyambung.

        揌mm..�

        揂nuar nak tanya sikit boleh?�

        揟anyalah..�

        揈rm..� Anuar teragak-agak untuk bertanya.

        揂pa dia?�

        揂nuar dah lama nak tanya Akma. Erm..kenapa Akma macam mengelak daripada berjumpa dengan Nuar? Sorry kalau Nuar yang silap faham.�

        Akma terpempan mendengar soalan itu. Rupa-rupanya Anuar juga dapat merasakan kedinginan yang ditunjukkan. Seingatnya, Anuar tidak menyedari itu semua kerana 憇iapalah aku� dimatanya?

        揂da kena mengena dengan apa yang berlaku pada majlis harijadi Tasya? Ataupun Akma tersinggung dengan kata-kata Nuar masa Nuar call hari tu?�

        揈h..takde apa-apalah Nuar. Akma memang ada hal hari tu.� Akma cepat-cepat menidakkan.

        揟hen kenapa tak beritahu Nuar Akma nak balik?�

        揈rmm..Akma taknak ganggu Nuar...� Bukan alasan yang baik.

        揂kma..at least Akma kena beritahu..puas Nuar cari Akma..Kalau terjadi apa-apa macam mana?�

        揝orry..�

        揑t抯 ok. Perkara dah lepas. Jangan buat lagi macam tu, bukan dengan Nuar aje. Orang lain jugak!�

揙k, boss!� balas Akma sambil memberi 憇alute�.

Anuar kembali tersenyum, menambahkan ketampanan wajahnya.

揂nyway, Nuar yang patut minta maaf sebab marahkan Akma kat telefon hari tu. Nuar tak sepatutnya buat macam tu, entah apa yang buat Nuar marah sangat.�

        Akma menggelengkan kepalanya. 揂kma yang salah Nuar. Akma tak patut tinggalkan Nuar macam tu. At least kena inform. Akma yang tak berfikir. Kalau tak takdelah Nuar nak marahkan?� kata Akma bersungguh-sungguh.

        Anuar tersenyum sahaja mendengar Akma menasihati diri sendiri. Mereka diam lagi menikmati suasana dan memerhatikan gelagat orang ramai yang berada disekeliling mereka.       

        揘uar...� Kali ini Akma pula yang memulakan.

        揌mm..�

揂kma nak Nuar tahu yang Akma amat menghargai persahabatan kita. So, kalau ada apa-apa yang ingin Akma tolong, I am willing to be there for you.�

Anuar menoleh ke arah Akma, terharu dengan apa yang diberitahu oleh Akma kepadanya.

        揟hanks Akma..Sama macam Nuar. Kalau Akma memerlukan apa-apa, just call me. I抣l be there.� balas Nuar sambil menujukkan isyarat telefon dengan tangannya.

        揂pa nombornya?� Tanya Akma cuba untuk menceriakan suasana.

        揟akkan dah lupa kot. Nombornya serupa, tak berubah pun.� Kata Anuar lantas memegang tangan kiri Akma. 揃oleh?�

Akma menganggukkan kepala. Anuar mencoretkan nombor telefonnya di atas telapak tangan Akma menggunakan pen yang sentiasa dibawanya. Kemudian Anuar menyerahkan tangan kirinya meminta Akma menulis nombor telefonnya pula.

        揧ou have always been a best friend to me,� kata Anuar secara tiba-tiba membuatkan Akma mengangkat kepala.

        揧ou too..� balas Akma sambil tersenyum pahit.

        Majlis yang berlangsung selama tiga jam akhirnya selesai. Akma dan Anuar mendapat cek bernilai RM2500 dan sejambak bunga setiap seorang. Ramai orang berpusu-pusu untuk mengambil gambar mereka dan bergambar dengan mereka.

        揝o this is it..� kata Akma sebelum mereka berpisah.

        揓umpa lagi Akma..� kata Anuar menghadiahkan bunga yang diterimanya kepada Akma.

        揈h..Nuar patut beri pada Tasya!� Akma mengingatkan. 揂kma dah ada ros ni kan?�

        揙hh..ok!�

        揙k, 慺riend�...� kata Akma kemudiannya. Tangannya dilambaikan. Dia lantas meninggalkan Anuar dan menuju ke arah Kak Sarah yang sedang menunggu.

揃ye Akma.. my friend..� bisik Nuar berat, sambil matanya memerhatikan langkah Akma yang menjauh.
Bab 13

Natasya meneliti kesemua gambar yang diberikan kepadanya satu persatu. Dia mengerutkan dahinya beberapa kali dan sesekali mengurutnya. Hampir kesemua gambar itu tiada nilai pada jurufoto sehingga menimbulkan kemarahannya. Konsentrasi Natasya terganggu sehingga dia tidak dapat memberi kerjasama dengan baik.

揕ook at those pictures! Tiada nilai seni. Dah penat I tangkap, tapi you still tak dapat memberikan posing yang dikehendaki. What happened to you? Selama ini tak pernah ada masalah!� tengking jurufoto Chris kepada Natasya.

Laungan yang kuat itu membuatkan hati Natasya membara. Dia lantas bangun dan membaling gambar tersebut kepada Chris.

揑 am not in a mood, Chris. You understand? Tak puas hati, go and find another model!� balas Natasya sama tinggi nadanya dengan Chris. Chris terpempan seketika kerana ini merupakan pertama kalinya dia melihat Natasya naik darah.

揧ou..�

Tanpa membuang masa, Natasya menghempas pintu dan melangkah keluar dengan pantas menuju ke kereta BMW berwarna biru kepunyaannya. Setelah masuk dan menutup pintu dengan kuat, dia duduk bersandar sambil menarik nafas dalam-dalam.

Panggilan telefon yang diterimanya malam semalam, betul-betul menganggu fikirannya. Sejak dari itu, semua yang dilakukan olehnya serba tidak kena. Perkara yang cuba dilupakan buat sementara pada suatu ketika, kini muncul semula. Hati Natasya tidak keruan dibuatnya. Dia betul-betul runsing sehingga menjejaskan tumpuan dalam segala perkara.

揗aybe I should go and see Hana and Hani.� Katanya sendirian. Mungkin dia dapat mendengar pendapat dan cadangan daripada mereka berdua. Belum sempat dia mendail nombor Hana, telefonnya berbunyi.

揌ello. Ya, Natasya sini. Well, I am planning to see you too. Ok, be right there!�
 Akma sedang sibuk menyusun barang-barang yang ingin dibawanya ke rumah sewa yang didiami oleh Kak Sarah apabila terdengar ketukan kecil pada pintu biliknya. Dia mengerling ke arah telefon bimbitnya memerhatikan waktu.

       Ai..cepat betul Kak Sarah ni. Janji nak datang pukul 5, ni baru pukul 2. Boringla agaknya tu. Nak tolong aku mengemas agaknya..ngomel Akma sendirian, sambil tersenyum nakal.

       Dia membuka pintu perlahan-lahan. Pada fikirannya elok juga dia menyembunyikan diri dibelakang pintu. Boleh juga memeranjatkan Kak Sarah. Setelah menyembunyikan diri beberapa ketika, dia lantas keluar dari balik pintu sambil menyergah orang yang berada dihadapannya.

       揌aaahhhhhh� jerit wanita dihadapannya kerana terperanjat. Pada mulanya Akma ingin ketawa, tetapi apabila suara itu seperti asing daripada pendengarannya, dia hanya berdiri sambil memerhatikan wanita tersebut.

       揔enapa buat macam tu?� wanita itu mengurut dada. 揘asib baik akak tak ada sakit jantung.� Marahnya.

        Marah padam muka Akma. Dia lekas-lekas meminta maaf. 揔ak Sorry kak. Saya tak sengaja. Saya ingat kawan saya tadi.� Jelas Akma sambil mengurut-ngurut belakang Kak Zan. Kak Zan merupakan ketua dorm asrama.

        Setelah semuanya kembali tenang, Kak Zan memulakan bicara.

        揂dik Akma kan?� tanyanya.

        揧a. Saya Akma.� Jawab Akma dengan perasaan bersalah yang masih bersisa. 揂da apa Kak Zan nak jumpa saya ni. Ermm..Saya ada buat salah ke?�

        揃ukan. Ada orang nak jumpa kat bawah,� kata wanita itu.

        揝iapa Kak Zan?�

        揂kak tak tanya pulak. Tapi macam kenal..�

        揕elaki ke perempuan?� Tanya Akma lagi. Dia menggaru-garu kepalanya. Kalau perempuan, tentunya Kak Sarah. Siapa lagi yang berjanji dengannya hari ini. Tapi pelik betul. Kenapa tak naik macam biasa? Mungkin Kak Sarah malas kot.

        Tetapi, kalau lelaki tetamunya? Anuar ke? Atau Farid?

        揚erempuan..Oklah Kak Zan pergi dulu,� balas Kak Zan seraya menjawab teka-teki yang bermain dikepala Akma.

        Akma menutup pintu semula setelah Kak Zan berlalu. Dia menampar-nampar pipi sendiri kerana tidak memeriksa terlebih dahulu sebelum menyergah orang. Baru tahu. Dah terkena dekat orang lain. Tahu malu.

        Tanpa melengahkan masa, Akma menukar pakaian dan memakai tudung kepala sebelum turun ke bawah. Dia menjenguk kawasan sekitarnya untuk memastikan siapakah orang yang ingin bertemu dengannya.

        揂kma厰 Terdengar suara memanggil dari arah belakang.

        Akma segera menoleh untuk memastikan gerangan orangnya. Suara itu biasa didengarinya.

        揌ani?� terperanjat besar Akma kerana orang yang paling tidak disangka berada di belakangnya ketika ini. Akma memusingkan badannya supaya dapat melihat Hani dengan jelas. Wajah Hani kelihatan sinis.

        揟erperanjat?� tanyanya sambil memintal-mintal rambut.

        揂da apa hal nak jumpa?� Tanya Akma tidak berminat. Kedatangan Hani tentu hendak membawa seribu masalah kepadanya. Itu yang dapat Akma rasakan setelah Hani 憁enikamnya dari belakang� dahulu.

        揂i Akma. Takkan tak nak jumpa kawan lama?� kata Hani lalu berjalan ke arah Akma. 揂ku nak tunjukkan sesuatu.� Sambung Hani lalu menarik tangan Akma supaya mengikutnya.

        揘ak pegi mana ni?� Tanya Akma lalu menarik tangannya daripada genggaman Hani. 揂ku sibuk.�

        Tanpa berkata apa-apa, Hani mencapai tangan Akma dengan kasar dan memaksa Akma mengikutnya. Hendak tak hendak, Akma terpaksa menurut. Hani mencengkam kuat pergelangan tangannya.

Hani membawanya ke kawasan lapang tidak jauh daripada blok asrama. Akma perhatikan ada dua orang wanita sedang menunggu ketibaan mereka. Wajah jelita kedua-duanya dingin, seakan-akan ingin menerkam sesiapa sahaja yang menganggu laluan mereka.

        Salah seorang daripada mereka datang ke arah Akma dan kemudian berhenti betul-betul bertentangan dengannya.

        Belum sempat Akma berfikir panjang, tiba-tiba pipinya ditampar dengan kuat. Akma terperanjat kerana dia tidak bersedia dengan keadaan itu. Akma memegang pipinya yang terasa pijar itu. Dia memejam mata menahan kesakitan.

        揧ou deserved it!� teriak wanita itu dengan wajah yang bengis. Dia kemudiannya memegang wajah Akma supaya Akma dapat memandangnya tepat.

        揂kma! Kenapa masih tak faham-faham lagi! Nampak macam budak baik, tapi hati busuk!� jeritnya lagi.

        Akma hanya mendiamkan diri. Dia hanya mampu mendengar luahan hati Natasya. Dia masih terperanjat dengan apa yang berlaku.

        揓angan cuba nak mendekati Anuar lagi. Kau buat aku bertambah benci dengan kau, tahu tak?�

        揘ah..� celah Hani sambil mencampak beberapa keeping gambar kepada Akma. 揂ku tak sangka ko macam ni. Bertambah teruk! Aku taknak cakap banyak. Baik ko explain kat Tasya!�

        Akma mengutip beberapa keping gambar yang telahpun jatuh ke tanah. Dia meneliti satu persatu gambar itu dengan debaran dihati. Adakah perkara yang ditakutinya terjadi menjadi kenyataan kini?

        揂nuar tak ada beritahu apa-apa ke?� Tanya Akma pada Natasya dengan suara yang seakan-akan tenggelam.

        揃eritahu apa?� Tanya Natasya pula dengan kasar. 揃eritahu yang korang sekarang tengah bercinta?!�

         Akma terperanjat dengan jawapan yang diberikan oleh Natasya. Fahamlah dia kini. Anuar tidak memberitahu Natasya tentang pertandingan yang dimenangi oleh mereka tempoh hari. Mengapa Anuar menyembunyikan perkara tersebut? Bukankah dia telah berjanji untuk memberitahu?

        揟asya. Saya rasa awak dah salah faham. Gambar ni tak ada makna apa-apa厰

        揂pa yang cuba kau bagitahu pada aku? Tak ada meaning? Jadi apa ni? Berpegangan tangan? Not meaning anything to you??� teriak Natasya lagi sambil menunjukkan gambar merka ketika Anuar menarik tangan Akma masuk ke gelanggang ais. Mana tidak Natasya naik angin.

        揟asya. We are just friends. Kitorang menang pertandingan. He is just being a gentlemen. Tak lebih daripada itu!� balas Akma lagi berusaha untuk meyakinkan Natasya.

        揑 doubt it!�

        揑t抯 true, Tasya!�

        揅all me by my full name! How dare you! Try to steal him from me now pandai nak panggil nama I macam tu?�

        揘atasya..Saya cakap yang betul.�

        揟hen kenapa Anuar nak menyembunyikan? Why he is not telling me anything?!�

        Akma terdiam. Sesungguhnya dia tidak tahu mengapa. Dia bukannya boleh membaca fikiran Nuar.

        揝aya tak tahu. Kenapa Cik Natasya tak pergi Tanya dia sendiri?� Tanya Akma pula.

        揑 bet you are the one not letting him to tell me!�

        揟asya!!� Akma membalas balik. 揝aya tak faham dengan awak ni. Kenapa tuduh yang bukan-bukan? Kenapa tak tanya Anuar dulu dapatkan penjelasan. Kenapa nak menyerang orang tanpa bukti??� balas Akma, hatinya sudah mula mendidih.

        揂kma....bukti dah ada depan mata. No need to ask. Tengok sahaja gambar ni. I knew you feel something for him!�

        Akma terpempan. Memang betul apa yang dikatakan oleh Natasya. Dia memang merasai sesuatu. Sesuatu yang mendalam terhadap jejaka tampan itu. Terlalu jelaskah pada pandangan orang lain? Kalau begitu, adakah Anuar dapat menyaksikannya juga?

        揔enapa diam? Betul apa yang I kata?� Tanya Tasya lagi.

        揑t抯 up to you. Tasya fikirlah apa yang Tasya nak fikir. Saya taknak cakap apa-apa lagi.� Jawab Akma.

        揂kma. Don抰 play games with me! Tell me right now!� Natasya terus mendesak.

        Akma membelangkangi mereka dan berjalan masuk ke asrama. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Natasya. Dia tidak mahu berbohong, tetapi dia tidak perlu memberitahu perkara sebenar. Dia mahu lari dari situ sebelum segalanya terbongkar.

        揂kma. Jawab aja pertanyaan Tasya. Susah sangat ke?� Kali ini Hana pula bersuara. Sakit hati melihat kawan baiknya dipermainkan.

        揂pa susah, Akma? Jawab ya atau tidak, kan senang jer tu?� Sambung Hani pula sambil memeluk tubuh. Senyuman jahatnya memang jelas terpancar.

        揧ou like him do you?!� teriak Natasya lagi lalu berjalan menuju ke arah Akma dan menarik lengannya supaya wajah mereka dapat bertentangan  antara satu sama lain. Matanya memandang tajam tanpa berkedip ke arah Akma.

        揟asya. Kenapa dengan awak ni? Awak tak yakin dengan Nuar ke?� Tanya Akma kemudiannya. Dia membalas pandangan Natasya dengan panahan yang serupa.

        揂nswer me!� jerit Tasya sambil menggoncang-goncangkan badan Akma dengan sekuat hati.

        Akma sudah tidak dapat bertahan lagi. Mungkin Natasya akan rasa puas hati sekiranya dia terus memberitahu perkara yang sebenar.

        揧es. I like him a lot!� laung Akma pula memecah rahsia yang disimpannya selama ini. Pengakuan Akma jelas pada pendengaran Natasya.

        Natasya terkaku. Walaupun dia terusan mendesak hendak mengetahui perkara sebenar, jawapan yang diberikan oleh Akma benar-benar membuatkan dia terkejut. Dia cuma berharap agar Akma terus terusan menafikan perasaannya terhadap Anuar supaya dia yakin tiada hubungan antara duanya.

        Natasya terus meleraikan pegangan tangannya tadi. Ia seolah-olah tamparan yang paling hebat yang pernah dirasai sepanjang hidupnya. Dia cuba untuk menelan perkara tersebut.

        揇on抰 worry Tasya. Walaupun saya sukakan dia, the one that he loves is YOU.� Kata Akma kejap lantas meninggalkan Natasya kebingungan.Sedari tadi, Natasya hanya berdiam diri. Puas Hana memujuknya supaya bertenang dan befikir semasaknya. Tetapi Natasya hanya membisu, dia seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.

        揑抦 worried, Hani..�  kata Hana dengan wajah yang berkerut, jelas bimbang terhadap perubahan Natasya.

        Hani menjeling tajam pada Natasya. Padan muka, dulu diri sendiri yang cari pasal, sekarang baru terhegeh-hegeh, detiknya didalam hati. Walaupun dia sentiasa berdiri dibelakang Natasya dalam apa jua perkara, tetapi dia jadi meluat melihat perlakuan Natasya apabila berhadapan dengan masalah cinta. Seolah-olah cinta merupakan segala-galanya. Itu sebab dia lebih senang dengan Hana.

        揌ana, ko jangan risau. Dia tak akan apa-apa. Sekejap jer tuh.� Hani memberi jaminan.

        揃ukan apa Ni, tak pernah aku tengok dia macam ni..�

        Hani hanya mampu mengangkat bahu. Dia malas hendak memujuk Natasya. Biar dia sendiri sahaja yang menyelesaikan masalah yang dicarinya sendiri.

        揋irls..� Tiba-tiba sahaja Natasya bersuara. Kemudian diam lagi, seperti sedang berfikir. 揂ku runsing tentang sesuatu. Tetapi sekarang bertambah pening kepala aku,� jelas Natasya.

Hana mendengar pengakuan Natasya itu dengan kusyuk. Hani pula buat tidak tahu sahaja.

        揗alam semalam aku terima panggilan. I can抰 concentrate..� luah Natasya lagi. Dia menutup muka dengan kedua belah telapak tangan.

        Hani mengangkat kepala. Ada sesuatu yang menarik disini. Rupa-rupanya Natasya mungkin ada masalah lain. 揂pa dia?� Hani menyoal, berminat.

        揘orman..he is coming back..in three days ..� balas Natasya tersekat-sekat. 揑 guess..it抯 fate..I have been destined to be with Norman厰 keluhnya.

        揟asya..� Hana cuba memujuk sambil menggenggam erat tangan Natasya.

        揔o tak selesaikan lagi masalah dengan dia?� Tanya Hani pula. Sangkanya Natasya telahpun memutuskan hubungan dengan Norman lama dahulu. Takkan itupun nak tunggu aku beritahu? Desisnya di dalam hati.

        揘o..� pendek sahaja jawapan daripada Natasya. Dia seakan menyesal kerana tidak melakukan perkara tersebut dengan lebih awal.

        揧 noy U balik aje dengan Norman. He is not bad. Good looking..kaya, mat saleh..� cadang Hani. Baginya elok juga Natasya pulang sahaja ke pangkuan Mat Saleh itu. Tidak perlu lagi dia mendengar luahan hati Natasya saban hari berkenaan dengan masalahnya dengan Anuar. Sakit jiwa Hani mendengarnya.

        揥hat?� Terjegil biji mata Natasya mendengar cadangan Hani. Dulu dia yang bersungguh-sungguh membantu memperbaiki hubungan antara dia dan Anuar. Sekarang lain pula ceritanya.

        揃ukan apa..tak payah ko nak pening kepala dengan Anuar lagi.� jelas Hani.

        揑 can抰 do that..� jawab Natasya pula.

        揧 not? Bukan ke ko jugak ada perasaan dengan Norman?�

        揌ani. It抯 not that strong the way I feel towards Anuar!� tegas Natasya. Hampir tangan kanannya dihempaskan ke atas meja.

        揟hen..apa susah. Cakap dengan Norman U dengan dia dah habis..� terang Hani lagi. 揔urang masalah kau kan.�

        揑..� Natasya tidak mampu menyambung. Dia rasa sungguh tertekan ketika ini. Hani seolah-olah tidak mahu membantu meleraikan permasalahan yang melanda dirinya, malahan menambahkan sakit hatinya.

        揃etter do it now or never! Kalau terus macam ni, buat sakit jiwa aja..� sambung Hani lagi. 揃etul tak cakap aku?�

        Hana mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Hani. Ada kebenarannya juga cadangan Hani itu. Dia rasakan Hani memang seorang kawan yang amat bijak dalam menangani masalah ini. Sejak dahulu lagi segala buah fikirannya pasti menjanjikan keputusan yang memberangsangkan.

揃etul Tasya. Tak payah nak pening kepala lagi.� Sokong Hana.

        Hani lantas bangun daripada tempat duduk dan mengambil beg sandangnya. Elok juga dia segera berlalu daripada terus mendengar luahan hati Natasya. Bertambah buruk 憁ood� dia nanti. Lagipun ada hal penting yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

        揂ku nak balik dulu. Ada hal penting.� Kata Hani lalu meninggalkan Natasya dan Hana yang masih lagi duduk memikirkan perkara tersebut.
揔ak Sarah ada surprise untuk Akma, tau?�

        揝urprise apa pulak ni? Bukannya birthday Akma pun.�

        揓om, ikut Kak Sarah.� Ajak Kak Sarah.

        Akma mengikut Kak Sarah sambil kepalanya ligat berfikir apakah kejutan yang ingin ditunjukkan kepadanya. Kak Sarah akhirnya berhenti di hadapan pintu depan apartment sambil membuka tombol pintu. Tiba-tiba sahaja hati Akma berdebar-debar. Dia merasakan perasaan itu seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu.

        Akma memanjangkan kepala untuk melihat apa yang ingin ditunjukkan oleh Kak Sarah. Air mukanya berubah secara automatik apabila melihat kejutan yang berada di hadapannya. Patutlah dia rasakan bagaikan ada sesuatu.

        揔enalkan, housemate kita..�

        Bukan sahaja Akma seorang yang terkaku disitu, tetapi begitu juga orang yang berada dihadapannya. Masing-masing memandang tepat ke dalam mata sesama sendiri, seakan cuba untuk mempercayai perkara yang berada dihadapan mereka kini. Akma mengelip-ngelipkan mata dan mencubit pipinya untuk memastikan dia bermimpi tetapi orang dihadapannya masih lagi berdiri disitu tanpa berganjak sedikit pun. Mungkin inilah kenyataannya.

        揌ani..� sebut Akma seolah berbisik, tetapi dapat ditangkap oleh Kak Sarah yang berada di hadapan Akma ketika itu.

        揈h korang berdua kenal ke?� tanyanya, ingin tahu.

        Hani cepat-cepat membalas pertanyaan Kak Sarah itu dengan wajah yang seolah ceria. Umpama sangat gembira dengan pertemuannya dengan Akma. Tetapi dalam hati sudah cukup sumpah seranah yang dikeluarkan.

揔ak Sarah. Sapa kata tak kenal. Ini ex-roomate Hani dulu.�

        Kali ini giliran Kak Sarah pula kelihatan terperanjat. Nampaknya kini kedua-dua bekas teman sebilik Akma duduk serumah pula! Kak Sarah tersenyum lebar. Ini pasti menjanjikan sesuatu yang menarik ni. Banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.

        揃iar benar. Ini ex-roomate Akma ya. Wah..kita sama-sama kongsi rumah pulak ya!� katanya gembira. 揃uat apa tercegat lagi kat situ, Hani. Jomlah masuk!�

        Akma hanya mampu tersenyum pahit. Dia tidak menyangka akhirnya takdir menentukan mereka berkongsi rumah pula walaupun itu merupakan perkara yang ingin dielakkan. Lagipun, banyak peristiwa pahit yang masih kuat terpahat dalam memori yang tidak memungkinkan untuk mereka berhubungan seperti dahulu.

        Barang-barang yang dibawa oleh Hani diangkut satu persatu masuk ke dalam bilik yang dibiarkan kosong khas untuknya. Walaupun Kak Sarah merupakan ketua rumah, Hani yang mendiami bilik paling besar. Ini adalah kerana dia mampu untuk membayar sewa yang lebih tinggi daripada mereka berdua.

        Perlakuan Akma dan Hani sedari tadi menjadi tanda tanya pada  Kak Sarah. Mereka hanya membisu, tidak bercakap sepatah pun. Dia dapat merasai kedinginan yang wujud antara mereka berdua. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mungkinkah ada sebabnya Hani keluar daripada terus duduk sebilik dengan Akma suatu ketika dahulu? Adakah wujud permasalahan di antara mereka?

        Kak Sarah cuba untuk menceriakan suasana dengan mengajak mereka untuk keluar makan malam bersama malam itu. Tetapi Hani menolak kerana menurutnya dia telah berjanji untuk keluar bersama Suffian, menghabiskan separuh malam bersama kekasih hatinya itu.

*        *        *

        Walaupun jam sudah menginjak ke pukul 12 malam, Akma masih tidak dapat melelapkan mata. Terlalu banyak perkara yang berlaku hari ini. Daripada pertemuannya dengan Natasya hinggalah ke 憄erjumpaan semula� dirinya dengan Hani tidak putus berlegar-legar difikiran. Apakah makna semuanya ini? Adakah rencah hidupnya akan bertambah rumit selepas ini?

        Hani yang dulu merupakan teman baik kini sudah menjadi musuh utama. Dia sentiasa mencari jalan untuk menyakitkan hati. Apakah salah aku? Tanya Akma sendirian. Adakah sebab kecemerlangannya di dalam pelajaran menjadikan dirinya dibenci begitu rupa? Itu yang pernah dikatakan oleh Hani dahulu. Dia tidak faham. Adakah perkara itu mendatangkan masalah kepada sesiapa? Atau adakah perkara lain yang membuatkan Hani membenci tetapi tidak diberitahu kepadanya?

Sejurus kemudian, kata-kata Natasya pula datang bermain-main dikepalanya. Dia tahu Natasya marah dengan perkara yang berlaku. Kalau dia berada di tempat Natasya, mungkin juga dia akan dapat merasai perasaan yang serupa. Lebih baik sejak awal lagi dia tidak menghadiri majlis penyampaian hadiah tersebut. Kalau tidak pasti semua ini tidak akan terjadi. Kalau tidak tentunya hidupnya kini mungkin akan bebas daripada semua masalah.

       Tetapi..

Alangkah bagusnya dia tidak melalui perkara ini lebih awal lagi. Alangkah bagusnya kalau dia tidak penah bertemu dengan Anuar, melakukan banyak perkara bersamanya. Memasuki pertandingan skating tempoh hari merupakan satu kesilapan. Kalau tidak tentu dia tidak terjerumus dengan perkara yang melibatkan hati..

        Akma merenung telefon bimbit, masih was-was sama ada dia perlu menghubungi Anuar ataupun tidak. Dia ingin mendapat penjelasan daripada Anuar tentang perkara yang berlaku. Tetapi, fikirannya menegah daripada berbuat demikian.
Mata Anuar sedari tadi mengerling ke arah telefon bimbitnya. Entah mengapa, hatinya kuat mendesak untuk menghubungi Akma. Sejak pertemuan terakhir mereka di gelanggang skating beberapa hari lalu, hampir setiap hari Anuar teringin untuk menghubungi Akma. Mungkin sekadar untuk berbual-bual bertanyakan hal masing-masing walaupun dia rasakan lebih dari itu. Tetapi entah mengapa, ditahan sahaja kemahuan hati itu daripada terus membelenggu.

        Anuar tidak dapat bertahan lagi malam itu. Dia rasa tiada salahnya untuk bertanya khabar. Bukankah mereka sudah berjanji untuk menjadi kawan baik. Salahkah kawan baik saling menghubungi?

        Belum sempat telefon panggilan yang dibuat kepada Akma berdering untuk kali kedua, pintu biliknya dibuka. Terjegil Suffian dimuka pintu. Riak wajahnya seakan-akan gusar. Menahan marah pun ada. Anuar segera meletakkan telefon bimbit di atas meja.

        揘uar, aku ada benda nak cakap dengan kau.�

        Suffian bergerak menuju ke arah Anuar. Anuar dapat melihat Suffian sedang memegang sesuatu. Dia cuba meneka apakah itu disebalik ekor matanya.

        Suffian cuba untuk kelihatan tenang, tetapi wajahnya yang merah padam itu tidak dapat menutup gelodak yang melanda dirinya. Anuar dapat membaca sesuatu yang tidak menyenangkan hasil daripada gerakan tubuh dan wajahnya itu.

        揂da apa ko nak cakap dengan aku ni, Yan?� Tanya Anuar selembut mungkin. Mana tahu dapat meredakan perasaan marah rakan baiknya itu.

        Suffian tidak menjawab pertanyaan Anuar. Dia hanya mencampakkan benda yang berada di dalam pegangannya kepada Anuar dengan kasar.

        揈xplain..� katanya dengan nada menahan marah.

        Anuar segera mengambil benda yang dicampakkan kepadanya lalu meneliti satu persatu. Kini fahamlah Anuar dengan perkara yang membuatkan Suffian tidak tentu arah. Anuar menarik nafas.

        揗ana ko dapat gambar ni?� tanya Anuar.

        揂ku rasa elok aku yang bertanya dan ko yang menjawab.� pintas Suffian. Dia tidak mahu berteka-teki. Dia mahu jawapan secara terus. 揟his is a public issue you know. Lambat laun semua orang akan nampak gambar ni. Am I right?�

        揃etul. Tak ada apa yang perlu disorokkan. Buat pengetahuan ko Yan, we win a competition. Jadi duta..�

        揗acam mana ko boleh masuk contest ni for first time?� pintas Suffian lagi.

        揑t is just a coincidence. Kenapa?�

        揂re you sure?�

        揙f course, Yan. What do you have in mind?�

        揂ku tak rasa it is just a competition. Aku rasa lebih daripada itu.�
    
        揥hat do you mean?�

        揟engok gambar ni. Mesra semacam aje. Betul cakap aku?�

        揔enapa Yan? Dia kan kawan aku. Takkan aku nak layan macam musuh? Apa masalah kau ni, Yan?�

        揔o yang bermasalah Nuar. Habis Natasya macam mana?�

        揂pa kena mengena dengan Natasya?�

        揘uar. Boleh kau serius sikit tak? Ko tak reti nak jaga perasaan Natasya ke?�

        揚lease stop, Yan. Kau tak tahu cerita jangan nak membuat kesimpulan..�

        揟hen, tell me.�

        揔an aku dah beritahu tadi.�

        揂ku tak percaya. Aku tahu Nuar. Cara kau layan dia tak sama dengan perempuan lain. This must be something else.�

        揔au pun tahu kan, aku bukannya jenis layan orang sesuka hati.�

        揓adi? She is someone special, betul cakap aku?�

        揧es. Dia kawan aku, Yan. You can say a best friend if you want..�

        揔alau betul apa yang kau cakapkan, kenapa Natasya tidak diberitahu mengenai perkara ni, Nuar? Explain dengan aku!�

        Anuar terdiam. Memang salahnya tidak memberitahu Natasya tentang perkara itu. Dia sebenarnya cuba mencari masa yang sesuai untuk menerangkan perkara tersebut. Tetapi dia tahu, kelewatan ini pasti akan memburukkan keadaan. Sekarang, sudahpun terbukti.

        揂ku tak sangka kau macam ni. Kalau aku tahu perkara macam ni akan terjadi dahulu, aku tak akan biarkan kau bersama Natasya. I should have make my move. Aku pendam rasa hati aku sebab kau kawan baik aku. Aku tengok Natasya happy dengan kau. Jadi aku putuskan untuk tidak menganggu hubungan kau dan Natasya. I am not sure right now!� teriak Suffian. Dia tidak dapat membendung perasaan marahnya yang terbuku tadi.

        Anuar membisu walaupun dia amat terperanjat dengan pengakuan yang dibuat oleh Suffian. Dia cuba bertenang, memberi peluang kepada Suffian untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya.

       "And I do love her still. Kalau kau still macam ni, I will start wooing her..�

        Jelas pada Anuar kini, Suffian menyimpan perasaan yang mendalam terhadap Natasya. Dia tidak pernah menunjukkan rasa hatinya itu pada sesiapa. Tiada siapa yang tahu. Tetapi apa yang Anuar pasti, Suffian memang sentiasa mengambil berat terhadap Natasya. Apa sahaja masalah yang dihadapi Natasya, dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Sangka Anuar, ia adalah kerana hubungan baik antara mereka.

        揓adi Anuar, tiada masalah bagi kau kan kalau aku mencuba, kan? Kau tak kisahkan?� Tanya Suffian dengan kejap. Dia tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Mungkin kali ini dia lebih yakin untuk mencurahkan perasaan. 揂ku akan membahagiakan dia..�

        Anuar tidak menjawab. Fikirannya kusut memikirkan perkara tersebut. Dia tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

       Setelah beberapa ketika suasana dingin, Anuar mula bersuara semula.

        揔au tak fikir tentang Hani?�

       Suffian seakan-akan terganggu dengan pertanyaan itu. Tetapi dia tahu hatinya lebih pada siapa.

        揧ou know me, Anuar. She is just a fling macam yang lain jugak. Hati aku Cuma pada Natasya.�

        揔o jangan buat perangai macam ni, Yan? Cukuplah! Kau akan menghancurkan hati orang lagi. Aku dah penat tengok hidup kau yang macam ni!� marah Anuar pula. Dia sudah tidak dapat menahan diri daripada melihat melihat Suffian yang sering menghancurkan perasaan orang lain. Sudah terlalu ramai yang terkena racunnya.

        揟hen, tak sama dengan kau? Kau yang menghancurkan hati Tasya?� Suffian memulang paku buah keras.

        揧an, aku tak akan buat macam tu. Aku tak akan menghancurkan hati dia. You know me, Yan!� Anuar mempertahankan dirinya. Dia masak dengan sikapnya sendiri.

        揗ungkin juga ko dah berubah. Manusia boleh berubah, Anuar. Mungkin hati kau dah berubah.�

        揧an..�

        揢ntuk pengetahuan kau Nuar, cinta aku masih kuat lagi pada Natasya. Tak ada siapa yang dapat menggantikan dia dalam hati aku. No one! Jadi, aku dah ambil keputusan ni. Aku tak akan teragak-agak lagi.�

        Suffian menghabiskan kata-katanya lalu menutup pintu dengan kuat. Anuar mengurut dahi cuba untuk menelan apa yang diperkatakan oleh Suffian. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Separuh daripada hatinya merasakan mungkin ada baiknya Suffian diberikan peluang walaupun sebahagian lagi menyatakan sebaliknya.

        Anuar mencapai topi keledar dibalik pintu terus keluar daripada rumah. Dia perlu menenangkan dirinya ketika ini. Dia perlu keluar dari rumah untuk berfikir dengan lebih tenang.

        Mike yang memasang telinga sedari tadi hanya memandang kelibat Anuar melintas dihadapannya. Kedua-dua rakan baiknya kini berada di dalam dilemma. Perlukah dia campur tangan membantu mereka?

        Dia tahu Anuar orang yang bagaimana. Tidak mungkin dia sengaja untuk melukai hati Natasya. Kalau Suffian, mungkin dia percaya. Mungkinkah Natasya merupakan jawapan kepada perilakunya yang sebegitu? Adakah Suffian selama ini mencari wanita yang dapat membuatkan dia lupa kepada Natasya? Adakah itu sebabnya dia seringkali bertukar teman wanita? Mungkinkah Natasya yang dapat merubah hidup Suffian?

        Mike menggaru kepala. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk membantu. Malas untuk terus campur tangan, Mike lalu berbaring di atas sofa yang empuk seperti selalunya sambil menonton siri kegemarannya.

*        *        *

        Akma meletakkan telefon dengan perlahan. Tidak disangka panggilan yang diterimanya tadi rupanya cuba untuk memberitahunya sesuatu. Dia cuba untuk meletakkan telefon tetapi nalurinya terus menekan supaya dia terus mendengar perbualan itu hingga ke noktahnya.

        Akma keluar dari bilik dengan perlahan. Tergerak hatinya untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Hani ketika itu. Nasibnya baik kerana pintu bilik Hani masih lagi terbuka. Hani sibuk mengemas bajunya yang masih lagi bertaburan di atas katil queen size yang mungkin dibeli oleh Suffian..

        Terngiang-ngiang suara Suffian tadi.. Berulang-ulang..

        揝he is just a fling..�

        Sebab dada Akma rasakan ketika itu. Walaupun Hani bukan rakan baiknya lagi, dia dapat rasakan pedihnya hati sekiranya betul apa yang dimaksudkan oleh Suffian tadi. Dia tahu Hani amat menyayangi Suffian. Lelaki itu merupakan orang yang ditunggu-tunggu oleh Hani selama ini.

        Akma hanya berdiri dibalik dinding memerhatikan Hani dengan rasa sedih dihati. Dia cuma dapat berdoa agar perkara itu dijauhi daripada terjadi�
Natasya masih lagi mundar mandir disekeliling biliknya yang luas itu. Kadang-kadang dia merebahkan badannya diatas katil besar yang terletak ditengah bilik. Fikirannya masih kusut memikirkan segala yang berlaku hari ini. Dari perkhabaran yang diterima mengenai keintiman hubungan Nuar dan Akma, juga berita daripada Norman yang akan pulang menemuinya betul-betul membuatkan Tasya resah. Ingatan terhadap kedua-dua perkara tersebut silih berganti membuatkan Natasya tidak dapat melelapkan mata.

Lamunan Natasya terganggu apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Natasya buat tidak tahu sahaja. Malas hendak dia melayan orang lain. Tetapi apabila ketukan pintu biliknya itu masih lagi kedengaran tanpa henti, dia lantas membukanya dengan wajah yang masam bercampur marah.


揧a,nak apa bibik?� tanyanya dengan kasar apabila dilihatnya pembantu rumah Indonesia yang dipanggil bibik berdiri di hadapannya. Dia mencekak pinggang. Wajahnya menyinga.

揂da orang ingin ketemu ..di bawah, cik..� jawab Bibik tergagap sedikit akibat disergah oleh Natasya.

揝iapa dia? Tak reti dah pukul berapa ni? Saya takde mood nak jumpa sesiapa. Suruh dia balik!� tegas Tasya seraya menutup pintu biliknya dengan kuat.

揚ak Nuar kata namanya..� jawab Bibik dengan agak kuat supaya didengari oleh Natasya. Dia tahu lelaki itu merupakan teman Natasya, yang pastinya istimewa.

Mendengar sahaja nama itu, hati Natasya menjadi gelisah secara tiba-tiba. Dia seakan tidak mampu untuk bersemuka dengan Anuar ketika ini. Perasaan marah, benci dan sedih silih berganti sehinggakan dia tidak tahu apa yang sebenarnya dirasai. Natasya mengarahkan bibik agar berlalu dari biliknya.

Setelah 10 minit berlalu, akhirnya Natasya membuat keputusan untuk berhadapan dengan Anuar. Dia lantas turun ke ruang tamu dan membuka pintu.

Kelihatan Anuar sudah menanti dihalaman rumah. Dia kelihatan tenang.

揥hat do you want? You know what is the time now? Almost 1 a.m.� tanya Tasya dengan kejap apabila dia keluar sahaja daripada pintu rumahnya. Perasaan marah mulai muncul tatkala melihat wajah Anuar. Entah mengapa wajah itu mengingatkannya pada Akma, orang yang paling dibencinya.

Tindakan Natasya itu tidak memeranjatkan Nuar. Dia sudah masak dengan sikap Natasya. Sudah lama dia mengenali gadis itu. Perkara yang berlaku sesungguhnya telah menaikkan api kemarahan di hati Natasya.

揥hat are you doing here?� tanya Tasya lagi. 揟ak tau nak jawab soalan?� Nadanya mula meninggi.

揥e need to talk,� jawab Anuar perlahan sambil menarik keluar kerusi di ruangan laman rumah untuk Natasya duduk. 揂nuar minta maaf sebab ganggu Tasya malam2 ni.� sambungnya lagi. 揃ut I need to see U soonest possible.�

Kerusi yang ditarik oleh Anuar tadi ditolak semula ke bawah meja. 揂nuar nak cakap pasal apa? Tak tahu ke orang nak tidur? Atau datang ni nak sakitkan hati Tasya lagi? Tak cukup lagi dengan apa yang Nuar dah buat?!� bentak Natasya. Dia berdiri sambil mencekak pinggang.

Anuar tidak membalas kata-kata Natasya. Dia hanya membisu. Cuba mencari ayat pembuka untuk berbicara.

揇o you like her?� tanya Natasyas ambil memandang tepat ke wajah Anuar. Do you like Akma?�

Soalan itu tidak dijawab oleh Anuar.

揘uar datang nak minta maaf tentang beberapa perkara. I know I shouldn抰 do something like that..something that might trigger your
anger..� terang Anuar. "I should tell you sooner..."

揌uh?� keluh Tasya. 揟his is serious, Nuar. Apa yang buat U sorokkan perkara ini daripada I? Mana Nuar yang I kenal? Lelaki yang sentiasa berterus-terang dan amat susah untuk membuka hatinya pada orang lain even to me before? Orang yang amat keras hati dan tegas pendiriannya. I pun pelik la Nuar..apa yang that woman ada hingga senang2 aje U buat I macam ni? Serius I cakap, she is not your and my standard. So tell me Nuar what is sooo special about her? �

Anuar segera berdepan dengan Natasyadan memegang bahunya, cuba menenangkan walaupun jiwanya berkocak apabila Akma diperkatakan sebegitu rupa.

揝he has her own unique quality, ok? Don抰 judge before knowing people inside,� Nuar mengingatkan. 揃ut Tasya..I datang ni bukan nak bercerita tentang Akma. Tolong bagi I explain dulu..�

揟ak payah Nuar. I dah boring!� pintas Natasya. 揢 kept telling me that U care for me..U won抰 do anything to ruin our relationship..tapi dah lama rasanya I tak dengar that 3 words coming through your mounth!�

揑..� Anuar terkedu.

揥hy? Say it know!�

Pegangan bahu Natasya dilepaskan perlahan. Anuar mengeluh. Sejak Natasya meninggakan dia dahulu, perasaan Nuar seakan-akan turut berubah. Rasa sayang dan cinta yang pernah dikongsi dengan Natasya seolah-olah sudah pudar, walaupun masih ada sisanya. Dia cuba untuk mewujudkan perasaan yang pernah dirasainya dahulu tetapi masih gagal. Ia seolah-olah terhalang oleh sesuatu.

揇o not stress yourself, Tasya. U know that!� kata Anuar cuba menenangkan semula Natasya.

揟ak habis-habis dengan stress! U takut I stress? Then kenapa buat I stress?� pekik Natasya.

揙k. U know stress tak baik untuk kesihatan U. Do let me explain first,� beritahu Nuar lembut tetapi keras. Natasya langsung tidak mahu memberi laluan padanya untuk bersuara.

揔alau sebab kesihatan I lah U nak jaga hati I, then leave it Nuar. Semua tu penipuan yang I buat untuk mengaburi mata U. I am not sick, and yes Norman is my fianc閑 as I told you before. No need to feel sorry for me anymore. Let抯 end it here.�

Wajah Anuar terus berubah apabila selesai sahaja Natasya mengungkap kata-kata itu. Adakah benar apa yang didengarinya?

揥hat did you say, Tasya?� Tanya Anuar sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

Natasya lantas masuk ke rumah dan menutup pintu dengan kuatnya. Dia bersandar di tepi pintu, cuba mencari punca, mula menyesali tindakannya tadi. Entah bagaimana rahsia yang disimpannya selama ini boleh diluahkan begitu sahaja. Walaupun tertekan, dia tidak sepatutnya menghamburkan semuanya kerana dia tahu kenyataan itu tidak dapat ditarik balik.

Kenapa begitu? How should I say that? He is the one I want to be with!

Dia berkira untuk keluar dan bersemuka dengan Nuar semula untuk menerangkan tujuan dia berbuat demikian.Tetapi belum sempat dia membuka pintu, deruman enjin motorsikal Nuar sudah pun pergi meninggalkan halaman rumahnya. Semakin menjauh..

Sesalan demi sesalan terus membelenggu. Diatahu Nuar tidak akan memaafkan perbuatannya. Memang melampaui batas, tetapi itu sahaja pilihan yang dia ada ketika itu.

揧an..please help me..� keluhnya.


  揌ai Akma. Nampak letih je ari nie?� Sapa Kak Sarah setibanya Akma di rumah sewa mereka. Riak muka Akma jelas keletihan.

        揗emang letih, Kak Sarah. Hari ni baru final design. Nasib baik semua ok. Kalau tak entah berapa lama lagi kena overtime, � jawab Akma sambil meletakkan barang-barang kerjanya ke atas meja berhadapan dengan sofa kecil di bilik ruang tamu. Sudah 2 minggu dia pulang lewat gara-gara projek yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

        揈loklah tu. Lapar tak? Kak Sarah dah masak tadi. Jomla makan.� Ajak Kak Sarah sambil menarik tangan Akma ke meja makan. Walaupun Akma sudah menjamu selera dengan rakan sekerjanya tadi, perutnya masih lagi menyanyi minta diisi. Lebih-lebih lagi apabila terpandang sajian Kak Sarah yang menyelerakan.

        揝ebenarnya, Akma dah makan tadi. Tapi boleh second round lagi ni,� kata Akma sambil duduk di kerusi makan. Tangannya sudah mula menyenduk nasi. 揗ana boleh miss masakan Kak Sarah kan, sedap� puji Akma, membuatkan hati Kak Sarah tersentuh. 揈h Kak Sarah tak makan lagi ke?�

        揃elum. Kak Sarah tunggu tuan puteri ni balik. Bukan senang nak bersembang dengan Akma sekarang ni, bz memanjang,� terang Kak Sarah. Matanya memerhati Akma yang sedang menyenduk nasi untuknya.

        Akma membalas senyuman Kak Sarah dengan gembira. Dalam ramai yang membenci, ada juga yang menyayangi dan mengambil berat. Syukur rasanya dengan kehadiran Kak Sarah di dalam hidupnya. Akma dapat rasai hari-hari yang dilalui penuh bermakna.

        Mereka mula makan makanan yang dimasak oleh Kak Sarah. Walaupun Cuma ikan goreng, apabila sudah dicampur dengan sambal belacan dan kangkung memang menangkap selera!

        揝edap Kak Sarah masak. Kalau hari-hari macam nie mahu Akma jadi gemuk nanti!� gurau Akma sambil disambut tawa oleh Kak Sarah.

        揙k apa macam tu Akma. Lately Kak Sarah tengok dah kecut sikit. Mesti banyak sangat keje sampai tak makan?� ulas Kak Sarah.

        Akma hanya tersenyum kecil. Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Kak Sarah. Tugasan dipejabat menyebabkan Akma sibuk sehinggakan perut yang lapar tidak diendahkan. Apabila tidak diisi untuk beberapa ketika, secara automatik rasa lapar tadi hilang.

        揇ah lama tak dengar cerita Anuar. Apa khabar agaknya dia sekarang?� soal Kak Sarah membuatkan Akma tersentak. Hampir tercekik nasi yang ditelannya. Kenapa Kak Sarah tiba-tiba bertanya tentang Anuar? Tugasan yang banyak dipejabat telah membuatkan Akma terlupa tentang Anuar buat seketika. Bukankan itu lebih baik? Sekarang soalan itu telah menggamit semula ingatannya terhadap Anuar.

        揟ak tahu Kak Sarah. Lama tak dengar cerita dia,� jawab Akma, cuba menyembunyikan perasaan hati yang disimpan.

        Kak Sarah tersenyum kecil melihat reaksi Akma. Dia memang dari dahulu lagi sudah dapat membaca hati Akma. Terlalu jelas pada pandangan matanya yang Akma ada menyimpan secebis perasaan terhadap jejaka tampan itu. Tetapi bagaimana agaknya perasaan Anuar terhadap Akma pula? Kak Sarah tidak dapat mengagak kerana dia hanya pernah bertemu dengan Anuar sekali sahaja. Belum cukup untuk dia merungkai perasaan yang bermain dihati jejaka tampan itu.

        揂kma tahu tak?�

        揌mm卆pa dia Kak Sarah?� tanya Akma dengan was-was. Dia masih berhati-hati dengan apa yang bakal ditanya oleh Kak Sarah. Tidak mahu rahsia yang disimpan terbongkar begitu sahaja.

        揔ak Sarah dulu sebenarnya amik course Business Management tau,� jelas kak Sarah. Akma menarik nafas lega kerana Kak Sarah telah menukar topik perbualan.

        揈h ya ke? Macam mana boleh tukar bidang nie? Tak minat dengan business?� tanya Akma ingin tahu.

        Kak Sarah terdiam sebentar seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

        揂da sebabnya Kak Sarah menukar bidang. Akma tahu tak? Dulu Kak Sarah pemalu orangnya. Itu sebab Kak Sarah amik psikologi dengan harapan dapat mengubah diri Kak Sarah.� Jelasnya.

        揌mm? Akma tak percaya� Dahi Akma berkerut.

        揔enapa tak percaya? Ok. Kak Sarah nak tanya. Apa pendapat Akma tentang diri Kak Sarah sebenarnya?�

        Akma menjawab dengan yakin. 揂kma nampak Kak Sarah sangat mesra dan mudah bergaul dengan orang lain.� Akma memberikan pendapat berdasarkan apa yang dilihat dan dirasai sepanjang dia mengenali Kak Sarah.

        揂kma tahu, inilah hasilnya setelah berusaha keras untuk mengubah diri. Kak Sarah amat beruntung kerana pengajian yang Kak Sarah ambil ni dapat mengubah diri Kak Sarah. Dan Kak Sarah amat menghargai apa yang Kak Sarah dapat. Kak Sarah mahu menggunakan ilmu ni untuk membantu orang lain pula.�

        Akma mendengar dengan khusyuk.

        Kak Sarah tersenyum sendiri dan menyambung,� Disebabkan sikap pemalu Kak Sarah, Kak Sarah telah terlepas satu peluang yang mungkin akan hadir sekali dalam hidup Kak Sarah. Kak Sarah sangat2 menyesal dan dari titik itulah Kak Sarah bertekad untuk mendalami bidang psikologi.�

        Akma mendengar cerita Kak Sarah dengan penuh minat. Dia sungguh tidak sangka Kak Sarah dahulunya seorang pemalu. Ada serba sedikit seperti sikapnya kini.

        揑tulah sebabnya Kak Sarah nak ingatkan pada Akma. If you have something to say, let it go..walaupun hasilnya tidak seperti yang kita inginkan, at least kita telah melepaskan satu bebanan pada bahu kita. � Terang Kak Sarah sambil memandang tepat pada mata Akma. Akma membalas pandangan dengan penuh pengertian. Dia seolah-olah dapat membaca apa yang ingin disampaikan oleh Kak Sarah kepadanya.

        揃oleh Akma tahu apa yang Kak Sarah kesalkan?� tanya Akma lagi.

        Kak Sarah tersenyum kecil mengimbas semula kenangan silam. 揗acam yang Kak Sarah cakap tadi, I don抰 free myself to say what is inside my heart for so long. I intend to let it go because of what I am previously.�

        揌mm?� Akma cuba untuk membuat kesimpulan daripada apa yang diperkatakan.

        揔ak Sarah pernah menyukai sesorang. Itulah kali pertama Kak Sarah jatuh cinta. Akhirnya dia pergi tanpa sempat Kak Sarah meluahkan apa yang tersimpan dihati.� Jawab Kak Sarah. Ada nada kesal dihatinya. Akma dapat merasainya.

        揗ana dia sekarang Kak Sarah?�

        揔ak Sarah tak tahu. Maybe dah kahwin beranak pinak agaknya,� gelak Kak Sarah menceriakan kembali suasana. 揚engalaman banyak mengajar, Akma.�

        揌mm卥atakan kalau Kak Sarah berjumpa kembali dengan dia, apa Kak Sarah akan buat? Luahkan apa yang terbuku dihati?� tanya Akma lagi ingin tahu.

        揇epends on situation, Akma. Takkan Kak Sarah nak meluahkan perasaan Kak Sarah kalau dia dah bahagia dengan seseorang? Takkan nak menghancurkan hubungan yang dibina kan? � jawab Kak Sarah.

揌ow about kalau dia still solo?� tanya Akma lagi.

揗aybe?� ujar Kak Sarah.

揝o Kak Sarah masih menyimpan perasaan pada orang tu ya?� tanya Akma memancing
perasaan Kak Sarah.

揥ho Knows? Kak Sarah kena jumpa dia sebelum Kak Sarah buat keputusan. Mana tahu perasaan itu mungkin dah berubah?�

揙rang kata first love susah dilupakan厰 mumble Akma.

        揂s you say, first love susah dilupakan. So, If you like somebody, tell him, at least you try. Trust me, you would not regret it so much later on..macam apa yang Kak Sarah rasakan sekian lamanya..�

        Malam itu Akma tidak dapat melelapkan mata. Kata-kata dan pesanan Kak Sarah masih terngiang-ngiang di fikirannya. Nasihat yang pada pendapatnya amat bernas sekali. Tetapi Akma tidak mempunyai keyakinan untuk meluahkan apa yang dirasainya. Apabila melihat Anuar, hatinya berbunga, masalah yang disimpan terbang tinggi meninggalkannya. Apabila bersamanya, Akma tidak dapat merungkai apa yang dirasainya. Seperti sesuatu yang amat berbeza. Adakah itu rasanya cinta? Adakah benar dia menyukai Anuar? Atau, mungkin hanya permainan fikirannya hatta melihat pasangan disekelilingnya saban hari?

        Kalau benarlah itu perasaanya, perlukah dia meluahkan? Bagaimana penerimaan Anuar nanti? Hubungan persahabatan mereka pasti akan tergugat. Adakah dia mampu untuk kehilangan seorang lagi sahabat? Atau adakah luahan itu akan membawa mereka ke satu laluan yang baru dalam hubungan mereka? Bagaimana pula dengan Natasya? Adakah luahan ini akan terus memusnahkan cinta mereka yang cuba dipertahankan? Seperti yang Kak Sarah katakan, 'Takkan hendak menhancurkan hubungan yang dibina?' Aku tidak mahu terus menjadi air yang memadamkan semarak cinta mereka!

Akma menekup mukanya dengan bantal peluk. Ah卲ayahnya hendak membuat keputusan!
Bab 16

        揌ello. Arc Dept, Akma speaking..�

        Telefon yang berdering diangkat Akma. Siapa agaknya yang menelefon pada waktu yang tak sesuai ni? Sebentar lagi ada mesyuarat yang perlu dia hadiri. Ada beberapa dokumen yang perlu disalin dan dikepilkan untuk mesyuarat nanti.       

        揅ik Akma. Boleh ke reception counter tingkat bawah? Ada delivery untuk Cik Akma.�

        揇elivery?� Akma menggaru kepalanya. Setahunya dia tidak ada membuat apa-apa pesanan pizza atau mcD.

        揧a. Delivery. Please come collect it now, thanks,� jawab receptionist seperti memberi arahan lantas meletakkan telefon. Tergamam juga Akma dibuatnya.

        Tanpa berfikir panjang, kakinya melangkah laju menuju ke pintu depan. Kepalanya ligat berfikir. Delivery? Delivery apa? Untuk apa? Barangan engineering ke? Akma menggaru-garu kepalanya cuba mencari jawapan. Alah! Turun karang tahulah apa bendanya, Akma memujuk diri sendiri supaya bersabar. Tetapi naluri ingin tahunya semakin membuak-buak.

Entah mengapa secara tidak sengaja pandangannya tertoleh ke arah Suffian pada masa yang sama dengan Suffian memandangnya. Suffian tersenyum penuh makna seolah-olah ada sesuatu. Cepat2 Akma mengalihkan pandangan tersebut takut dapat dihidu  oleh teman sepejabat. Mahu jadi kecoh lagi. Desas-desus hubungannya dengan Suffian masih lagi menjadi buah mulut satu pejabat. Entah bila hendak sampai ke penghujungnya.

        Sesudah sampai ke tingkat bawah, Akma ternampak kelibat seseorang berlalu dari receptionist menuju ke arahnya. Tetapi pandangannya diganggu apabila seseorang memanggilnya dari belakang. Memang amat dikenali suara itu.

        揂kma!�

        Akma menoleh. Dia tersenyum apabila melihat Kak Nurul melambai.

        揂da apa Kak Nurul?�

        揔ita naik sekali kat atas nak?� tanyanya.

        揂pa salahnya. Kejap saya nak amik delivery kat receptionist,� kata Akma sambil menarik tangan Kak Nurul mengekorinya. Kak Nora menuruti.

        揝aya Akma. Ada delivery untuk saya kan, Ayu?� tanya Akma kepada penyambut tetamu apabila tibanya dia di kaunter. Ayu tersenyum lebar lantas memanggil delivery boy yang sudahpun tercegat tidak jauh dari meja kaunter.

        揅ik Akma dah turun,� kata receptionist lantas memperkenalkan Akma kepada delivery boy tersebut. Akma mengerutkan dahi. Dia tidak kenal lelaki ini. Ini ke delivery yang dikatakan? Hishh!

        揅ik Akma, sila tandatangan di sini,� kata delivery boy tersebut sambil menyerahkan pen yang berada ditangannya. Akma tersedar dari lamunan lalu menandatangani kertas tersebut.

Delivery boy tadi mengambil barang yang berada dihujung kaunter dan menyerahkan kepada Akma. Terbeliak biji mata Akma melihat barang tersebut.

        揈h, saya sapa punya ni?� tanya Akma lalu meletakkan semula pen yang berada di genggamannya. 揝alah orang kot, cuba check balik,� sambungnya lagi.

        Delivery boy mengurut dahinya lantas menunjukkan alamat dan nama penuh kepada Akma. 揃etulkan nama dan alamat nie?�

        揈hm betul,� Akma mengangguk. 揟api kenapa saya?� tanya Akma lagi masih tidak percaya. Inilah kali pertama dalam hidupnya menerima barang yang sebegitu rupa.

        揂da orang yang hantar khas buat Cik Akma. Dia kat sini aje. Saya tolong deliver厰 terang delivery boy kepada Akma. Dia mengambil semula pen dan terus beredar. Akma masih lagi kebingungan.

        Kak Nurul yang diam dari tadi menyiku lengan Akma. 揃etullah tu Akma. Ni special delivery, takkan Akma tak tahu kot? Pakwe Akma hantar kot?� tanya Kak Nurul sambil mengenyitkan mata. Dia sudah mula membelek barang tersebut utnuk melihat isi kandungannya.

        Akma menggeleng. 揑sshh, Kak Nurul ni. Saya mana ada pakwe!� tegas Akma. Sudah berulang kali cuba diterangkan, tetapi masih tiada siapa yang mempercayainya.

        揧elah tu Akma. Kat atas tu sapa?� perli Kak Nurul lagi. Tak habis-habis lagi.

        Akma mengangkat tangan tanda malas mahu terus bertekak. Dia menyerahkan barang tersebut kepada Kak Nurul untuk membawanya naik ke ofis.  Merah muka Akma tidak dapat diselindung lagi. Walaupun dia cuba untuk kelihatan bersahaja, tetapi percubaannya itu tidak menjadi.

        Setelah duduk ditempatnya, Kak Nurul mula menyelongkar bakul comel berisi coklat dan bunga untuk melihat isinya.

        揅oklat Farrero Rocher tu. Mahal ni Akma. Bunga pun ros biru. Susah nak dapat ni.� Kata Kak Nora.

        Akma diam sahaja.

        揗ana kad ni. Nak tengok sapa pengirimnya,� sambung Kak Nurul lagi, masih tidak berhenti menyelongkar. Macam hadiah itu dia yang punya. 揂psal diam?�

        Mulut Akma masih terkunci. Entah siapa yang mengirimkan bunga dan coklat untuknya. Atas sebab apa? Adakah ini satu gurangan daripada Suffian lagi? Senyuman Suffian tadi bagai memberitahunya sesuatu. Mungkinkah? Ah! Cukuplah dengan semua ini! Dia sudah tidak sanggup untuk menghadapi lagi!

        揅ongrats my princess!�

        揝apa pengirimnya nie? Tak ada tulis cuma sign aje..� Ngomel Kak Nurul sendirian, habis semua diselongkarnya. 揚rincess卽iyyooo!�

        Tidak semena-mena ramai yang mula datang mengerumuni cubicle Akma apabila mendengar suara nyaring Kak Nurul. Mereka semua sibuk membelek hadiah dan kad yang diterima oleh Akma. Berdesing telinga Akma mendengar pertanyaan demi pertanyaan yang dituju kepadanya.

        揝apa yang bagi ni Akma?�

        揝uffian bagi ke? Alamak jelesnya akak!�

        揂kak nak coklat ni boleh?�

        揜omantic gak budak Suffian tu ye! Dahlah Handsome, romantic pulak tu,�

        揅antiknya bunga nie!�

        揈h korang semua boleh jangan bising tak? Mentang2 la boss tak ada hari ni. Dah-dah gi buat keje semua!� arah Kak Nurul cuba meredakan suasana. Semacam pesta pula ditempat Akma.

Akma tahu gossip antara dia dan Suffian akan bertambah rancak lagi. Dia perlu bersedia untuk itu. Dan dia perlu menamatkannya secepat mungkin!
    
Akma melihat pergerakan rakan sekerjanya yang ada kalanya berulang alik daripada meja Suffian. Mereka seolah-olah ingin meminta kepastian daripada Suffian. Apakah agaknya reaksi Suffian? Adakah benar dia yang mengirimkan hadiah tersebut?

揂kma meeting in 10 minutes..dah siap copy semua doc?� tanya Encik Osman, supervisor kepada Akma dengan serius. Memang kecut perut Akma kalau berhadapan dengan Encik Osman sebab dia memang tegas orangnya. :funk:

揇ah boss卍ah susun..Cuma tinggal nak clip kan aja,� jawab Akma sambil tangannya tidak putus-putus mengepil setiap helaian kertas. Kalau tidak kerana kekecohan satu ofis sebentar tadi, tentunya dia sudahpun berada dalam bilik mesyuarat menanti bermulanya pembentangan.

揑tulah pasal, asyik bergossip je..� komen Encik Osman yang sudah mula berjalan pergi ke bilik mesyuarat. Akma terpempan seketika dengan apa yang disampaikan oleh Encik Osman. Salah dia juga sebab melayan kerenah rakan-rakan ofis sehinggakan terjejas sedikit kerjanya pada hari itu. Harap2nya prestasi kerjanya tidak terganggu. :L

Dia mebontoti En Osman masuk ke dalam bilik mesyuarat. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia terus menghulurkan setiap dokumen kepada setiap hadirin yang hadir.

* * *

Anuar memandang setiap orang yang berada di sekelilingnya. Sungguh tidak disangka dia dipertemukan semula dengan si 慸ia� setelah agak lama juga mereka tidak bertemu. Si dia masih kelihatan menawan seperti biasa.

Anuar hanya tersenyum memandang si dia. Tiada salahnya menghulurkan senyuman ikhlas kepadanya. Walaupun hubungan antara mereka sedikit terjejas akibat insiden yang lepas, dia masih lagi menghargai pengalaman yang pernah mereka lalui bersama.

Anuar sedikit lega apabila si dia membalas senyuman yang dihulurkan. Riak wajahnya juga kelihatan gembira. Pada fikiran Anuar, si dia juga mungkin merasai apa yang dirasainya. Eloklah kalau begitu pengakhiran cerita mereka.  Dia merasa lebih bebas, segala beban yang terpaksa ditanggung sebelum ini sudah berlalu meninggalkannya. Tidak perlu dia memikirkan hal yang remeh temen itu lagi. Dia boleh lebih fokus kepada apa yang akan dilaluinya sekarang dan masa depan.

Pandangan Anuar beralih semula ke skrin pemancar yang berada dihadapannya. Segala dokumen yang ingin dipersembahkan sudahpun sedia untuk dibahaskan. Harapannya semua hasil penat lelah kumpulannya nanti akan berbalas jua.

*        *        *

        Suffian memandang wajah gadis yang masih lagi menghiasi mimpinya sekian lama. Reaksi gadis itu jelas gembira dengan kehadiran jejaka itu. Telah banyak rahsia hati gadis itu dicurahkan kepadanya. Bagaimana dia terlalu merindui kehadiran lelaki itu. Bagaimana dia terlalu mencintai lelaki itu. Pedih hatinya setiap kali luahan itu dilemparkan. Dia hanya mampu mendengar dan memujuk walaupun hakikatnya dia turut merasai sakitnya. Tetapi, apa lagi yang dapat dilakukannya? Dia juga amat mencintai gadis itu. Jadi, dia jelas sekali bagaimana rasanya menjadi orang yang terluka. Kalau benarlah hanya lelaki itu yang dapat membahagiakan, dia sanggup mengundur diri. Dia akan lakukan apa sahaja agar mereka dapat disatukan semula.

     Mesyuarat yang baru sahaja berakhir tadi melegakan hati Akma. Segala usahanya selama 2 minggu menampakkan hasil. Dia amat bersyukur. Encik Osman juga tidak lepas memberikan pujian kepadanya dihadapan para hadirin mesyuarat tadi. Walaupun malu, secara tidak langsung pujian itu telah menambahkan keyakinannya.

        揃agus juga kamu ni, ya. Tak kisahlah banyak gossip ke apa, janji keja jalan厰 usik Encik Osman. Dia yang tadinya serius kini boleh bergelak ketawa pula. Akma hanya membalas dengan senyuman kecil.

        揗emang betul pilihan boss I. U nak handle this project tak?� tanya Encik Osman.

        Terbeliak biji mata Akma. Encik Osman mahu dia menguruskan projek? 揝aya tak yakin boss,� jawabnya jujur. Manakan tidak, dia tidak ada pengalaman menguruskan projek.

        揓angan risau, Akma. I will still be your supervisor to guide you through. Macam mana? Nak terima cabaran ini?�

        Serba salah Akma dibuatnya. Tetapi hatinya mahu juga mencuba.

        揃oleh boss, tapi saya still perlukan guidance yang banyak. Saya tak pernah handle projek,� jelas Akma.

        揜amai yang boleh membantu U. Jangan risau, I know you can do it. OUR BIG BOSS is confident with U.�

        揌mm?�

        揙klah Akma. Get your engine start!� kata Encik Osman berlalu meninggalkan Akma terpinga-pinga. Akma masih lagi perlu mengemas segala dokumen dan alat-alat presentation untuk disimpan semula.

*        *        *

        Hadirin bertepuk tangan setelah perbentangan selesai. Sessi bersoal jawab bermula. Tidak banyak yang bertanya soalan. Natasya juga banyak membisu. Terlalu banyak perkara yang berlegar dikepalanya sehingga hilang fokus kepada perbentangan.

        揙klah kita continue our meeting next 2 weeks with updates. With that we close this session,� kata Natasya. 揚lease help yourself with the food serve in our caf�. BTW, Mr Anuar. I need you to stay for a while.�

        Hadirin berlalu keluar meninggalkan bilik mesyuarat. Suffian yang pada mulanya keberatan meninggalkan Natasya dan Anuar akhirnya mengalah apabila melihatkan kehadirannya tidak diperlukan.

        揕ets go to my office,� kata Natasya. Anuar mengangguk dan mengikut Natasya ke pejabat yang terletak di tingkat atas. Sepanjang perjalanan, mereka hanya membisu.

        Anuar duduk di atas sofa yang berada di dalam pejabat Natasya. Pejabat itu tidak banyak yang berubah sejak kali terakhir dia mengunjunginya. Gambar-gambar mereka berdua masih lagi berada di atas meja Natasya. Anuar kebingungan.

        揑 still have our pictures here,� kata Natasya sambil melihat gambar tersebut. 揝ejuk hati I bila tengok gambar-gambar ni.  Do you remember this picture? It was taken during my birthday that night,� kata Natasya sambil menujukkan gambar Nuar menyarungkan cincin ke jarinya.

Anuar hanya membatukan diri melihat gambar tersebut. Dia sudah dapat menangkap maksud kehadirannya disitu.

揑 still don抰 want it to end, Nuar. Sorry for what I told you last time. Lama dah Natasya berfikir semula tentang apa yang Natasya katakan dulu. Tasya dalam keadaan marah masa tu.�

        Anuar menggelengkan kepala. Dia tidak mahu terus mengusutkan fikiran lagi. Biarlah segalanya berlalu. Natasya perlu jelas bahawa antara mereka sudah tidak ada apa-apa lagi.

        揝emuanya sudah berlalu Natasya. I am ok with it.�

        揃ut I am not OK.� Natasya memintas.

        揌ow about Norman?� tanya Anuar. Dia juga ingin tahu sejauh mana hubungan mereka berdua.

        揥e broke up, I don抰 have any more feelings for him.�

        Anuar tersentak mendengar penjelasan Natasya. Terlalu cepat rasanya mereka memutuskan hubungan. 揑 hope you made the right decision.� Kata Anuar lagi. � He is a nice man.

        揧es, that what is best for us. He felt the same thing. We met last time just to talk things over and broke up.�

        Anuar terdiam.

        揑 choose you Anuar. Since long time ago..till right now. Anuar. I tak kisah kalau you nak back to square one. I will accept that. I tahu semuanya salah I.�

        Anuar membatu. Dia menarik nafas untuk berfikir cara terbaik untuk menjelaskan kepada Natasya. Natasya hanya memandang Anuar melihat reaksinya apabila diberitahu perkara tersebut. Harapannya agar masih ada peluang antara mereka.

        揥hy are you not saying anything?� tanya Natasya.

Anuar bangun dari tempat duduknya menuju ke arah Natasya yang berdiri didepannya. Dia memegang bahu Natasya. Natasya menanti dalam debar jawapan daripada Anuar.

        揟asya. I know you are a great girl. I dah maafkan dan lupakan semuanya. I sedar we are humans, we make mistakes. Semua orang sayangkan U Natasya. Nuar sayangkan U. Farid juga sayangkan Tasya. And somebody out there..love you more than you can imagine.. Dia sudah menanti Natasya sejak sekian lama. Hatinya tidak pernah berubah Natasya. Walaupun wanita silih berganti hadir dihadapannya, hatinya hanya untuk Natasya. U should give him the chance to be with you..�

Anuar menarik nafas dan menyambung, 揃ut, I am Sorry Tasya. I am not THE ONE. I sedar I sayangkan U. But I juga SEDAR yang sayang I pada U hanya sebagai kawan for all these time..�

        Natasya terbungkam. Air matanya mula bederai lebih laju. Dia sudah mula teresak-esak.

        揑t抯 not true. U know you love me.�

        揑 know I love you. As a friend. Nuar dah dapat bezakan卲erasaan sayang dan cinta. It is not the same. I am Sorry Tasya because I am not the one who has been waiting for your all these years. I am not the one who are hurting inside seeing you with someone else...�

        揂nuar please..�

        揚lease give the him the chance.�

        Anuar menyapu air mata Natasya yang mengalir dipipi dengan senyuman tawar. Dia tahu dia telah melukai hati gadis itu. Tetapi dia tidak mahu dirinya terus dibelenggu perasaan bersalah yang tiada penghujungnya. Perasaan bersalah akibat berpura-pura untuk terus menyintai Natasya.

        揂nuar pegi dulu..�

        揂nuar please..�

        Anuar melangkah keluar daripada pejabat Natasya tanpa memandang kebelakang lagi. Natasya mengikut jejak Anuar sambil menyeka air matanya. Dia tidak mahu ditinggalkan. Baru dia tahu, begitu sakitnya perasaan ditinggalkan.

*        *        *

        Akma mengangkat projector yang agak besar bersama dokumen lain sehingga menganggu penglihatannya. Terbongkok2 Akma membawa barang tersebut. Sudahlah berat, terpaksa memanjat tangga pula. Barang2 berharga kebanyakannya disimpan ditingkat atas.

        Terduduk Akma apabila seseorang dengan tidak sengaja melanggarnya. Macam tergesa-gesa nak melarikan diri sahaja lagaknya. Nasik baik projektor yang mahal itu dapat diselamatkan. Kalau tidak entah bila agaknya dia dapat menggantikan, bukannya murah tu.:shakehead3:

        揝orry..saya tak sengaja.. Awak ok?�

        揟ak pe. Saya ok,� jawab Akma bangun. Projektor tadi diletakkan ketepi supaya dia dapat mengumpulkan semula fail-fail yang terjatuh tadi.

        揟ak apa. Biar saya tolong awak.�

        Akma mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih sementara lelaki tadi membantunya mengangkat fail-fail.

        Kedengaran pintu pejabat didepannya dibuka. 揂nuar please..�

        Dengan tidak semena-mena, Akma terasa seseorang memegang bahunya dari belakang. Dia mendongak. Mata mereka bertentangan. Terkaku seketika tanpa suara. Natasya menyeka air mata dan memandang mereka tanpa lepas.

        揘atasya?� perlahan sahaja perkataan yang ditutur keluar daripada mulut Akma.

        揂kma???� terjegil biji mata Natasya apabila memandang wajah Akma.

        揂kma?� Anuar turut terperanjat melihat Akma berdiri dihadapannya dengan pandangan tidak percaya.

        Mereka berempat berbalas pandangan. Tangan Suffian masih kejap memegang bahu Akma.

“Anuar..” Akma tersenyum dalam debar. Tangan Suffian yang memegang bahunya ditolak ketepi. Suffian tidak berganjak, malahan pegangan tangannya itu bertambah kuat. Muka Akma pucat, tidak berdarah. Entah apa yang Anuar akan fikirkan tentang dirinya nanti.
“Saya pergi dulu…” kata Anuar lalu meninggalkan mereka bertiga disitu, tanpa sebarang reaksi. Anuar seolah-olah dingin seperti selalunya, seperti tidak mengenali Akma. Akma cuba untuk menerangkan perkara yang sebenarnya berlaku, tetapi dia hanya mampu berdiri. Kakinya seolah-olah sudah dipaku dengan ketatnya ke lantai. Natasya terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuatnya. Adakah Natasya turut merasa marah dengan apa yang terjadi?
Suffian meleraikan pegangan lantas tersenyum. Nampaknya apa yang berlaku sebentar tadi lebih baik daripada apa sudah yang dirancangnya sebelum ini. Walaupun Anuar tidak menunjukkan sebarang reaksi, dia tahu Anuar terkesan dengan apa yang dilihatnya. Memang jelas. Sekiranya berlaku perkara yang tidak disukai, Anuar pasti akan bertindak dingin. Siapa yang lebih mengenali Anuar kalau bukan kawan karibnya sendiri? Akma berlari meninggalkan Suffian masuk ke bilik alatan untuk memulangkan projektor. Perasaan marah dan resah datang silih berganti. Sementara itu, Suffian mengekori dengan membawa fail-fail yang terjatuh tadi.
Setelah meletakkan projector dan menandatangani buku pemulangan alatan, Akma terus pulang semula ke tempat kerjanya tanpa mengendahkan Suffian. Akma berpura tidak mendengar walaupun berkali-kali Suffian memangil namanya.
“Akma!”
“Oi! Tak dengar ke orang panggil?”Akma membuka semula komputernya untuk menyambung kerja. Belum sempat pun dia membuka dokumen yang ada, matanya tertancap pada bunga ros biru dan coklat yang terletak disebelah komputer. Bayangan wajah Suffian menerjah ke kotak fikirannya. Wajah lelaki yang sentiasa sengaja menimbulkan masalah terhadapnya. Dia lantas mengambil bunga tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh dari tempat duduk. Pada masa yang sama Suffian tiba manyerahkan fail-fail kepada Akma.“Tak nak ke fail2 nie?” Tanya Suffian mengejek dengan perlahan.
“Letak aja atas meja,” jawab Akma tanpa memandang Suffian. Dia betul-betul hilang mood untuk melayan sesiapa terutama lelaki ini. Suffian masih lagi berdiri disebelahnya, tidak berganjak.“Sayang buang bunga ni. Sapalah yang beri agaknya ya?” Tanya Suffian. Walaupun desas desus mengatakan dia yang memberinya kepada Akma, tetapi bukan dia yang menghadiahkan. Dia juga ingin tahu siapakah orangnya yang menjadi peminat rahsia Akma. . Adakah Anuar yang mengirimkannya? Mungkinkah?Akma diam seketika sebelum bersuara.
“Jangan sekali-kali menghantar bunga dan coklat lagi kepada saya, faham?” arah Akma, dingin. Dia cukup yakin Suffian yang menghantar bunga dan coklat tersebut. Siapa lagi yang boleh disyaki selain daripada Suffian?“Sudahla Suffian. Cukuplah dengan sikap awak ni. Lebih baik jaga hati orang yang dah ada kat sisi awak tu. Kalo hilang, awak sendiri yang merana.”“Awak cemburu?” tanya Suffian cuba memancing. Kalau benar Akma cemburu, tidak perlulah dia melaksanakan semua perkara yang telah dirancang sebelum ini. Lagi mudah kerjanya.“Please…! Saya nak awak hentikan semua perkara yang awak buat ni. Saya tak berminat.” Terang Akma lagi, kali ini matanya memandang  Suffian dengan pandangan yang tajam, jelas untuk menunjukkan dia tidak mahu perkara itu berterusan.Suffian tersenyum lagi. Memang menjengkelkan Akma.“You are quite an interesting lady.” Kata Suffian mempamirkan senyuman yang biasanya mencairkan ramai wanita. “Tak mahu bagi saya peluang? Mana tahu, kalau awaklah orang yang saya cari-cari? Atau lebih tepat lagi, sayalah orangnya untuk awak?” tambahnya lagi sambil menongkat dagu di pembahagi meja Akma.“Bukankah Natasya orangnya untuk awak?” Tanya Akma kejap. Perbualan antara Anuar dan Suffian masih jelas diingatannya. Pengakuan Suffian yang tiada wanita dihatinya selain daripada Natasya. Dia cuba melihat reaksi Suffian setelah perkara itu dibangkitkan.Suffian tergamam seketika apabila Akma menyebut nama Natasya. Adakah dia mengetahui sesuatu? Dia tidak pernah menceritakan perkara ini kepada sesiapa, kecuali pada ketika amarahnya yang keterlaluan pada Anuar beberapa hari yang lalu. Adakah Anuar menceritakan perkara tersebut kepada Akma? Mana mungkin?“Nasihat saya, Suffian. Berhentilah daripada mempermainkan orang lain. Nanti awak sendiri yang menerima musibahnya. Awak pernah dengar orang kata, semua perkara yang kita buat pada orang lain akan terpalit semula pada diri kita sendiri?    Pernah dengar?”Akma memalingkan semula kerusi dan terus menyambung kerja yang terhenti sebentar tadi. Muka Suffian sudah memerah menahan geram. Dia cuba mengawal perasaan dan menenangkan diri. Dia menarik nafas dan menghembusnya keluar perlahan.“You don’t know what I have planned, Akma,” bisik Suffian di dalam hati sambil dengan seyuman penuh erti. “You will be my next victim,” sambungnya lagi sebelum berlalu pergi.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Anuar meletakkan beg dan terus berbaring di atas katil. Sejak petang tadi, bayangan peristiwa tadi tidak putus menganggu fikirannya. Dia tidak dapat bereaksi. Tergamam.Bantal dipeluk sekuat hatinya. Apakah perasaan ini yang dirasainya? Sakit? Kecewa? Semuanya datang silih berganti. Berkecamuk. Mengapa dia perlu rasa kecewa? Mengapa hatinya merasa sedih dan terluka? Argghh! Jerit hatinya dengan sekuat hati. Dia pernah merasa kecewa dan terluka ketika terputusnya hubungan antara dia dan Natasya pada suatu ketika dahulu. Perasaan yang dirasai ketika ini hampir serupa seperti itu. Apakah maknanya ini semua?Adakah hatinya telahpun dicuri oleh seseorang? Adakah begitu? Dia tahu dia merasakan sesuatu yang berlainan tetapi adakah benar itu perasaanya? Hari-hari yang dilaluinya dengan kehadiran Akma memang manis. Seakan tidak mahu semuanya berakhir. Kadangkala tercubit sedikit rasa rindu, seringkali terbayang wajahnya. Adakah itu maknanya cinta? Adakah itu sebabnya perasaan kecewa dan terluka ini hadir? Anuar tidak dapat merungkai. Fikirannya kusut. Tetapi dia tahu Akma adalah seorang gadis yang amat istimewa buatnya.Apakah yang berlaku antara Akma dan Suffian? Benarkah ada sesuatu di antara mereka? Dia perlu tahu. Dia perlukan jawapan ikhlas daripada Akma. Dia tahu Akma akan berlaku jujur dengannya.
 Akma melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai menonton televisyen. Dia perlu berbual dengan Kak Sarah. Banyak perkara yang didalam kepalanya sejak petang tadi. Sekurang-kurangnya Kak Sarah dapat membantunya dalam membuat keputusan.Kedengaran suara esakan kecil apabila dia lalu dihadapan bilik Hani. Akma cuba mengintai dibalik pintu yang sedikit terbuka. Menangiskah dia? “Kak Sarah. Hani sedih. Dah lama Hani bersabar. Hani sayangkan dia Kak Sarah. Kenapa dia buat Hani macam ni?”Kak Sarah memujuk. Dia memegang dan mengusap belakang Hani yang masih lagi teresak-esak. Semakin lama semakin kuat.“Hani tahu perangai dia yang suka bertukar wanita. Tapi Hani ingat, Hani dah dapat mengubah dia. Hanilah orangnya yang dapat mengubah hatinya. Kenapa dia masih tak berubah?” tangis Hani. Dia tidak mampu untuk menahan perasaan yang tertekan. “Kak Sarah, dialah cinta hati Hani. Hani tak pernah sayang orang seperti Hani sayangkan dia!”“Banyak sabar, Hani,” pujuk Kak Sarah. Dia cuba menenangkan Hani.Akma terkaku. Adakah Hani berbicara tentang Suffian? Siapa lagi kalau bukan Suffian. Apakah sebenarnya yang berlaku?  “Kak Sarah..Apa yang perlu Hani buat? Hani tak mahu berpisah. Hani tak mampu, Kak Sarah.”Kak Sarah memujuk lagi. “Hani. Semua ini ada hikmahnya. Mana tahu kalau Hani berjumpa dengan orang yang lebih baik? Tenangkan diri, ya?”Peristiwa petang tadi terus menggamit fikiran Akma. Begitu juga dengan kata-kata Suffian dengan Anuar tempoh hari. Adakah Suffian telah memutuskan hubungan dengan Hani?