Tuesday, March 22, 2011

Kedai ekor : Selangor ada pendekatan sendiri???

SHAH ALAM -Kerajaan negeri akan menggunakan pendekatan tersendiri dalam menangani penjualan tiket loteri di selangor tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.
    Pesuruhjaya PAS Selangor ,Datuk Dr Hasan Ali berkata,kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas ulama dan pengamal undang-undang,dan pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumus sebarang keputusan.
   Bagaimanapun katanya,keadaan di selangor tidak boleh di samakan dengan kelantan.
    Dr.Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat melayu,Infrastruktur dan kemudahan awam selangor,berkata orang islam di selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam enakmen undang-undang islam kerajaan negeri.
    Dr.Hasan berkata jabatan agama islam selangor (jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang islam yang berjudi,meminum arak atau pun melakukan kegiatan maksiat ditempat terbuka . Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang islam yang kononnya memenangi hadiah,baliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat jais tidaklama lagi bagi mengenal pasti bentuk tindakan yang akan di ambil.


Ehsan Dari akhbar selangor kini....15-22 march 2011.