Wednesday, November 23, 2011

Semoga Cepat Sembuh

Adik fatimah cepat sembuh ye ,akak disini doakan semoga adik fatimah tabah menempuhi penyakit yang menakutkan oleh semua orang ,Semoga dapat menjalani kehidupan harian dengan penuh bersemangat..... nanti akak carikan kaedah untuk mencegah penyakit tangan ,kaki,dan mulut.Rajin2 Makan Ubat k..............

sakit kaki tangan dan mulut


|Oleh nuaeman
 Share
“Mulai hari ni awak kena kuarantinkan anak-anak awak. Kena elaklah pergi beraya dalam seminggu ni sebab taknak penyakit ni kena pada kanak-kanak lain pulak.”
Aku terima nasihat doktor dengan hati terbuka. Sememangnya aku dah agak yang Ammar dan adik Akram ni mungkin dijangkiti penyakit kaki,tangan dan mulut. Hari sebelumnya aku periksa mulut Ammar waktu tidur dan saksikan punyalah banyak ulser dalam mulut dia. oleh kerana itulah dia menolak untuk minum susu dan kurang makan. Si adik Akram pun menunjukkan simtom yang sama. Itu adalah antara tanda-tanda penyakit ni. Antara tanda-tanda lain pula ialah
-Demam panas
-Sakit tekak
-Kurang selera makan
-Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
-Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)
Alhamdulillah kedua-dua anak aku ni tak kena demam. Ruam tu memang ada sedikit dan tak selera makan tu pulak berpunca dari ulser yang penuh dalam mulut. Sebenarnya penyakit ni boleh menjangkiti sesiapa sahaja cuma kanak-kanak bawah 5 tahun ni lebih senang untuk dapat kerana kurangnya daya tahan pada tubuh badan mereka. Ikutkan taklah berapa serius sangat penyakit ni tapi jika tak dikawal dengan baik boleh juga mengakibatkan kesan yang lebih buruk serta perlunya rawatan intensif di Hospital. Sekiranya mengikut nasihat doktor biasanya 7-10 hari akan mula nampakkan perubahan. Oleh kerana itulah anak-anak aku dinasihatkan supaya dikuarantin selama seminggu. Minggu ni ulser semua tu dah takde lagi cuma bintik-bintik pada kaki masih nampak kesan sedikit.
Penyakit ni berjangkit melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya. Kadangkala mainan-mainan yang disentuh oleh kanak-kanak yang menghidapi penyakit ni juga boleh membantu virusnya merebak.
Ini ada sedikit maklumat yang aku dapat dari Risalah Kesihatan Berkenaan penyakit kaki Tangan dan Mulut ni.
Penyebab
Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.
Kaedah Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
-Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
-Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
-Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
-Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
-Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
-Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
-Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
-Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.
Langkah pencegahan
-Sentiasa menjaga kebersihan diri
-Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
-Jangan berkongsi barang-barang persendirian
-Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
-Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
-Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
Peringatan
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
-Demam panas yang tidak menurun
-Mengantuk dan kelihatan letih lesu
-Gelisah
-Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
-Sesak nafas
-Degupan jantung laju
-Kembung perut
-Tidak membuang air kecil
-Lemah anggota kaki
-Otot tersentak
-Pergerakan mata yang luar biasa
Perlu ambil langkah berjaga-jaga juga kalau anak kita tu menampakkan tanda-tanda komplikasi seperti diatas kerana silap percaturan penyakit yang nampak biasa-biasa sahaja seperti ini boleh juga membawa maut.