Friday, June 24, 2011

BERSIH 2.0 - AGENDA AMBIGA BERSAMA IFC


Sokongan PAS padu terhadap Puan Guru Ambiga sebagai pemimpin BERSIH menjadi tanda tanya. Adakah ini pemimpin yang bakal PAS angkat sebagai pemimpin mereka dalam demonstrasi BERSIH pada 9 Julai nanti ?


PAS for ALL !

Berikut merupakan 14 tuntutan IFC :

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Persediaan jadi negara maju

Najib Tun Razak diiringi Azman Mokhtar menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika melawat Pintar Mobile Learning Unit (PMLU) selepas melancarkan Hari Terbuka GLC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif



KUALA LUMPUR 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan agenda kerajaan kini tertumpu kepada usaha transformasi negara dalam memastikan Malaysia bersedia untuk menjadi negara maju menjelang 2020.
Beliau berkata, jika ada sebarang keputusan sukar yang perlu dibuat dalam program transformasi ini, rakyat harus menerimanya untuk kebaikan pada masa depan.
Menurut Najib, beliau amat komited dalam melakukan usaha-usaha transformasi tersebut kerana negara tidak mempunyai pilihan lain selepas melihat kepada kedudukan kewangan awam, kewangan kerajaan dan beberapa isu kawal selia yang akan memberikan kesan kepada iklim pelaburan dan perniagaan.
"Sistem penyampaian kerajaan perlu dipertingkatkan untuk memberikan faedah kepada rakyat daripada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan dan program-program ini berjalan baik serta menunjukkan tanda-tanda menggalakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang perlu ditingkatkan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Hari Terbuka GLC 2011 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar dan ketua-ketua syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC).
Hari terbuka selama tiga hari itu diadakan bertujuan mewujudkan kesedaran serta meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan unik yang dimainkan oleh GLIC dan GLC.
Acara itu juga akan mengetengahkan sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Acara tiga hari itu yang bertemakan "Pembangunan Negara, Menyentuh Kehidupan", bermula pada hari ini, dengan penyertaan lima GLIC dan 18 GLC.
Menurut Perdana Menteri, GLC akan terus melupuskan aset bukan teras dan bukan kompetitif bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut menumpukan kepada perniagaan teras agar terus berkembang ke peringkat lebih tinggi.
Beliau berbangga kerana GLC bukan sahaja telah menunjukkan prestasi yang baik, malah telah mengembangkan perniagaan mereka melangkaui sempadan Malaysia.
"Kita melihat sesetengah GLC ini kini menjadi perbadanan pelbagai negara Malaysia. Inilah jenis transformasi yang kita sasarkan pada persimpangan ini di dalam sejarah negara kita," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak leka tetapi sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan termasuk dalam Program Pembangunan Vendor.
Perdana Menteri berkata, program itu bukan sahaja membantu para meningkatkan taraf ekonomi dan bidang perniagaan tetapi menjadi satu cara sempurna yang mana keupayaan menjana kekayaan GLC memanfaatkan komuniti perniagaan secara lebih meluas.
"Menurut Kad Pelaporan, 130 vendor telah lulus (berdikari) dari program tersebut.'' kata beliau.

1Felda 1Tekad satukan warga Felda

GERIK - Program 1Felda 1Tekad anjuran Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) membuka tirainya di Felda Lawin Selatan di sini semalam.
Setiausaha GWGF, Kamarulzaman Mohamad berkata, siri jelajah program yang berlangsung selama empat hari itu merupakan platform terbaik untuk menyatu serta mengharmonikan warga Felda.
Katanya, GWGF berharap program tersebut akan mendapat sambutan memberangsangkan daripada warga Felda Lawin Selatan serta agensi-agensi yang turut sama menyertai program berkenaan.
"Antara aktiviti yang diadakan termasuk pameran, acara sukan dan kebudayaan yang saya percaya dapat mengeratkan lagi hubungan serta perpaduan di kalangan warga Felda khususnya generasi muda," katanya di sini semalam.

'Ibu saksi pesawat ayah terhempas'

RAWANG - Isteri kepada juruterbang pesawat ringan, Kolonel (B) Zakaria Salleh yang terbunuh ketika latihan untuk pertunjukan aerobatik di Padang, Sumatera Barat kelmarin, sempat menyaksikan detik-detik akhir pesawat yang diterbangkan suaminya menyembah bumi.
Menurut anak kedua mangsa, Nur Ilyani Zakaria, 29, ketika itu ibunya, Leila Zurina Ahmad Nordin, 50, hanya terpaku dan tergamam serta tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya berserah kepada tuhan.
"Ketika itu, mak bagai sudah merasakan yang ayah sudah tidak dapat diselamatkan apabila pasukan keselamatan yang bergegas ke tempat kejadian mendapati pesawat itu berkecai teruk," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Bandar Tasik Puteri di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, Zakaria, 57, maut selepas pesawat jenis Cristian Eagle yang dipandunya dalam latihan untuk pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di kawasan tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang petang kelmarin.

99.99 peratus pelaku iras Anwar




KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu, pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah 99.99 peratus mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Shafee berkata, pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang menjalankan analisis pengenalpastian wajah dengan membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video seks itu adalah seiras dengan gambar ketua pembangkang tersebut.
"Laporan pakar bertarikh 4 Jun 2011 mengesahkan terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan foto Anwar melalui analisis pengenalpastian wajah," kata Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding mahkamah ditangguhkan seketika di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini semalam.
Mengikut fakta kes yang turut dibacakan di Mahkamah Majistret itu, dua orang pakar forensik digital dari Dartmouth College itu mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah seiras dengan Anwar.
BANGUNAN Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat. Dua orang profesor dari kolej itu melakukan analisis terhadap rakaman video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim.