Tuesday, June 21, 2011

Hati-hati wanita ,Salah Cakap Kufur

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
> suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita
> untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW
> memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan
> menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita
> berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi
> ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
>
> "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita,
> aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
>
> Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
> demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
>
> Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat
> kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
>
> 1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
> 2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
>
> Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
>
> 1. Banyak beristighfar
> 2. Banyak bersedekah.
>
>
> Keterangan:
> Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
> bawah:
>
> Contoh 1
> Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
> akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah
> mampus agaknya."
>
> Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan
> wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,
> perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
>
> Contoh 2
> Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "C*laka punya gas.
> Masa ni jugak nak habis."
>
> Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
> tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
> ditunaikan oleh suami.
>
> Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang
> suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan
> kebaikan suami'.
>
> Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
> isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya,
> tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang
> dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu
> pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).
>
> [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
> dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa
> yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
>
> Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak
> ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-
> pahala amalannya.'
>
> Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita
> banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
> kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api
> neraka seperti yang disebutkan tadi.

No comments:

Post a Comment