Tuesday, October 4, 2011

Usaha tingkat penyertaan rakyat

Usaha tingkat penyertaan rakyat






SUBANG JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap Bajet 2012 yang bakal dibentangkan Jumaat ini akan memberi suntikan baharu dalam usaha membangunkan industri sukan negara yang berdaya saing.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, tumpuan kini tidak hanya untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan berprestasi tinggi malah KBS menyasarkan pembabitan keseluruhan rakyat dalam bidang sukan ke arah gaya hidup sihat.
Bagaimanapun, ujarnya, peruntukan kewangan yang disuntik oleh kerajaan untuk pembangunan sukan negara tidak boleh lagi dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya melalui kaedah tradisional.
Katanya, meskipun menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan prasarana sukan namun rakyat perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut.
“Kerajaan tidak boleh memikul tugas itu bersendirian, biarpun kita memberi pelbagai peruntukan namun jika kesedaran rakyat terhadap budaya bersukan masih rendah, usaha itu tidak akan dapat dicapai.
“Sebagai contoh, kita tidak boleh memberi jersi pasukan negara untuk kesemua peminat yang datang ke stadium untuk memberi sokongan, tetapi kita boleh menyediakan kemudahan untuk orang ramai datang ke stadium seperti pengangkutan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Sains Sukan dan Rekreasi Antarabangsa 2011 di sini semalam.
RAZALI (dua dari kanan) menyalakan obor sambil diperhatikan Abdullah (kiri) ketika melancarkan Persidangan Sains Sukan dan Rekreasi Antarabangsa 2011 di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya semalam.

No comments:

Post a Comment