Friday, December 2, 2011

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta
Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup
Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Mengapa Urus Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:
  1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
  2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
  3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.
 
Ikuti tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:
  • Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
  • Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
  • Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

  • Bagi seseorang yang menghidap penyakit buah pinggang iaitu Neprotic Syndrom,pastikan anda menjaga diet pemakanan anda.

    Ini kerana sekiranya kandungan protein keluar melalui air kencing,maka hati akan mengelurkan protein bagi menggantikan kandungan protein yang keluar.

    Selain itu,secara automatik hati juga akan mengeluarkan kandungan lemak dan ini akan menyebabkan kandungan lemak di dalam darah akan meningkat.

    Pastikan pesakit Neprotic Syndrom mengamalkan diet yang kurang garam dan protein.

No comments:

Post a Comment