Thursday, February 24, 2011

Apakah Agenda Politik DAP

DAP Pulau Pinang didesak kotakan janji



BUKIT MERTAJAM 23 Feb. -
 Badan Perhubungan UMNO
negeri mendesak kerajaan DAP
 Pulau Pinang supaya
segera mengotakan janji untuk
 menyediakan tapak 
perniagaan sementara kepada
 para peniaga yang terlibat 


dalam operasi meroboh gerai di Taman Pelangi, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata,
 kerajaan negeri sebelum ini memberi jaminan akan memberi 
tapak gerai sementara bagi membolehkan mereka meneruskan 
perniagaan.

''Kita minta kerajaan negeri kotakan janji secepat mungkin kerana
 peniaga terbabit hilang punca pendapatan 
sudah hampir sebulan lalu malahan kita diberitahu ada peniaga 
yang dibelenggu hutang.

''Mereka terbabit juga meminta supaya diberi pampasan
 sewajarnya kerana rata-rata
 tidak dapat berniaga lagi selepas barangan perniagaan rosak atau
 dirampas ketika operasi itu
," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan
 kepada 18 peniaga di kawasan itu hari ini.

Pada majlis itu, peniaga terbabit menerima bantuan sebanyak 
RM300 setiap seorang hasil sumbangan UMNO Pulau Pinang 
bagi mengurangkan beban selepas hilang punca pendapatan
 ekoran operasi tersebut.


Majlis Perbandaran
 Seberang Perai
(MPSP) memulakan 
operasi 
besar-besaran
 merobohkan lebih 
1,000 gerai haram
di sekitar taman itu 
awal
 bulan ini yang 
mencetuskan bantahan 
pelbagai pihak 
yang menyifatkan
 tindakan itu
 sebagai kejam dan


 tidak bertanggungjawab.Ekoran bantahan yang semakin memuncak sehingga
 berlaku beberapainsiden pergaduhaantara peniaga dengan penguat kuasa MPSP
kerajaan negeri akhirnya akur damenangguhkan pelaksanaan operasi tersebut
 baru-baru ini

1 comment:

  1. huu dari paper je ler dia ni dapat info hahahahahaha...kesian...buang je la blog ni...blog umno yg merapu berlambak...tp xde pun org nak tgk hahahahahaha :D ... owner blog ni pun penipu...penyangak...:D

    ReplyDelete