Tuesday, May 24, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di hulu Langat.

Al-fatihah

aku memanjatkan penuh kesyukuran kehadrat illahi dengan apa yang di beri.ketentuan ,maut,pertemuan semua itu telah di atur dengan sempurna ,anak2 yang tidak berdosa telah kembali kepangkuan illahi.Pernahkah anda terfikir sejenak apakah musibah ini dapat menginsafkan orang2 yang di sekeliling...apakah kita tahu penyebab dari alasan itu...hanya allah sahaja yang maha mengetahui..
banyak kan ibadah ,lupakan persengketaan,islam agama yang suci .Syahid mereka kerana pejuangan ,syahid mereka kerana islam ,syahid mereka kerana allah......s.w.t.

Penghujung Waktu,Perjuangan diteruskan.

Apalah yang mampu kita ratapi lagi, Apa bila kota kasih yang terbina semakin rebah di tiup angin kejauhan ,makin dihujung tanduk makin kita perkuatkan perjuangan.....malah ada yang masih tidak menyedari..Negara kita hampir dijajah lagi.Kemana perginya martabat diri sehingga ada yang lupa nilai2 integriti kendiri.Dunia tetap megah berdiri namun isi didalam nya tidak seindah apa yang di cari.Mampukah generasi akan datang mendapat hak-hak keistimewaan orang melayu? apakah Perjuangan yang kita cari mampu memberi impak yang sama seperti di zaman dimana hak2 orang melayu terjaga ,terbela.Dulu Parti Kongres Umno Memperjuangkan hak2 itu,kini kerajaan PR cuba merampas hak2 itu....Dimana perginya hak2 itu kini apa bila kerajaan PR dimana ahli didalamnya telah mencemarkan institusi kesultanan melayu itu sendiri..jika melihat dengan mata kasar mungkin saudara-saudari akan terkejut jika dikatakan tanah melayu ini sudah dipelopori oleh bangsa lain...dimana dahulu org 2 cina hanya duduk di belakang rumah kita(setinggan) malah kini mereka mampu memiliki rumah2 mewah...jika dulu org india di estet2 kini mereka keluar mencari kekayaan ,dimana org melayu? di mana hak2 org melayu?dimana perjuangan melayu? benar kata tun mahathir .Melayu Mudah Lupa....renung renungkan kita di penghujung waktu .......namun perjuangan umno mempertahan kan hak org melayu itu masih di teruskan ....jika saudara serta saudari masih lagi berfikir ini cuma omongan kosong .Saya pasti negara kita pasti akan menjadi seperti negara 2 di luar sana sudah tidak lagi aman ,tidak ada lagi perpaduan .Saya pasti 5 nilai2 rukun negara kita juga akan terlupus jika kita org melayu tidak bersatu hati memartabatkan kaum melayu.marilah kita bersama2 memulihkan umno ,perjuangkan umno demi untuk merebut warisan nenek moyang kita.

Tuesday, March 22, 2011

Kedai ekor : Selangor ada pendekatan sendiri???

SHAH ALAM -Kerajaan negeri akan menggunakan pendekatan tersendiri dalam menangani penjualan tiket loteri di selangor tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.
    Pesuruhjaya PAS Selangor ,Datuk Dr Hasan Ali berkata,kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas ulama dan pengamal undang-undang,dan pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumus sebarang keputusan.
   Bagaimanapun katanya,keadaan di selangor tidak boleh di samakan dengan kelantan.
    Dr.Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat melayu,Infrastruktur dan kemudahan awam selangor,berkata orang islam di selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam enakmen undang-undang islam kerajaan negeri.
    Dr.Hasan berkata jabatan agama islam selangor (jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang islam yang berjudi,meminum arak atau pun melakukan kegiatan maksiat ditempat terbuka . Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang islam yang kononnya memenangi hadiah,baliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat jais tidaklama lagi bagi mengenal pasti bentuk tindakan yang akan di ambil.


Ehsan Dari akhbar selangor kini....15-22 march 2011.

Thursday, February 24, 2011

Inilah Hasil Didikan Pakatan Rakyat

Baru jadi wakil mahasiswa Pro-M di UPM, dah pandai nak mencuri di Pejabat TNC HEP. 
 Kalau dah ada jawatan, aku ingat mamat ini ada bakat jadi penyamun.


Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) 
Universiti Putra Malaysia(UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus 
selepas mereka menemui timbalan naib canselor 
(TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan 
calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Bukan sahaja mempunyai bakat sebagai pencuri, wakil Mahasiswa 
Pro-M yang menyokong Pakatan Rakyat
 ini didapati PECAH AMANAH. Diberi kepercayaan untuk melihat 
bukti-bukti oleh pihak berkuasa tetapi
 pecah amanah dengan cubaan melarikan dokumen terbabit.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, 
Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang
mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu. Sebelum itu,
 fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, 
selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit.
 Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC
menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan 
berkejar ke situ dan dan menahan Lokman.
Sudah la MENCURI dan PECAH AMANAH,
 wakil mahasiswa Pro-M yang condong menyokong Pakatan Rakyat
 ini  memberi alasan bodoh apabila ditanya tentang justifikasi tindakan beliau.
Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas
balik fail dari Lokman. Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak
demikian kerana yakin
bukti-bukti tersebut adalah palsu.
Adakah ini pemimpin masa depan yang mahu dididik oleh Pakatan Rakyat?
Bertindak mengikut nafsu dan 
pengaruh politik yang tidak tentu hala.

Tengok muka ada kelayakan untuk jadi coffee boy Anwar. Memang jambu siottt! 

Anwar tentu sukaaa :)

Apakah Agenda Politik DAP

DAP Pulau Pinang didesak kotakan janji



BUKIT MERTAJAM 23 Feb. -
 Badan Perhubungan UMNO
negeri mendesak kerajaan DAP
 Pulau Pinang supaya
segera mengotakan janji untuk
 menyediakan tapak 
perniagaan sementara kepada
 para peniaga yang terlibat 


dalam operasi meroboh gerai di Taman Pelangi, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata,
 kerajaan negeri sebelum ini memberi jaminan akan memberi 
tapak gerai sementara bagi membolehkan mereka meneruskan 
perniagaan.

''Kita minta kerajaan negeri kotakan janji secepat mungkin kerana
 peniaga terbabit hilang punca pendapatan 
sudah hampir sebulan lalu malahan kita diberitahu ada peniaga 
yang dibelenggu hutang.

''Mereka terbabit juga meminta supaya diberi pampasan
 sewajarnya kerana rata-rata
 tidak dapat berniaga lagi selepas barangan perniagaan rosak atau
 dirampas ketika operasi itu
," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan
 kepada 18 peniaga di kawasan itu hari ini.

Pada majlis itu, peniaga terbabit menerima bantuan sebanyak 
RM300 setiap seorang hasil sumbangan UMNO Pulau Pinang 
bagi mengurangkan beban selepas hilang punca pendapatan
 ekoran operasi tersebut.


Majlis Perbandaran
 Seberang Perai
(MPSP) memulakan 
operasi 
besar-besaran
 merobohkan lebih 
1,000 gerai haram
di sekitar taman itu 
awal
 bulan ini yang 
mencetuskan bantahan 
pelbagai pihak 
yang menyifatkan
 tindakan itu
 sebagai kejam dan


 tidak bertanggungjawab.Ekoran bantahan yang semakin memuncak sehingga
 berlaku beberapainsiden pergaduhaantara peniaga dengan penguat kuasa MPSP
kerajaan negeri akhirnya akur damenangguhkan pelaksanaan operasi tersebut
 baru-baru ini

Berita Hangat

Tetiba teringat lak kat student-student dari UiTM yang conduct interview ngan ai aritu... dia tanya... ada pendapat mengatakan menjadi seorang blogger adalah seperti mencabar kedudukan seorang reporter.. betul ke? ntah ler minah.. memana pon boleh.. kalo ko rasa perasan nak jadik reporter tapi tak dpt mintak keje jadik reporter.. ko bukak jer blog sendiri.. pastu ko jadik jerlah reporter.... tp jangan ler ko bagi info-info yang tak betul...


aku dulu masa sekolah menengah.. pernah bercita-cita nak jadik wartawan.. aku kan suke aktiviti merayap-rayap.. sentiasa bz... aku tebayang cemanalah life teperuk kat umah carik maklumat .. akhirnya.. ye memang aku teperap !! ok jom layannnnn jadik wartawan tak bertauliah jap... kita jadi pengulas jeklah yeh?ni antara berita-berita dalam surat kabo yang menarik bijik mata aku utk membaca... bab politik nt i tambah minat youuuuu.all utk nak amik tau lak citer2 terkini k... auwwww! (nak jadi wartawan memang kene 'lembut' eh?).. hahah.. ok tajuk pon dah menarik hati... Program Realiti Jual Dara???? memula kurang paham.. bila dah habis baca baru paham... sian tul mentaliti segelintir manusia ni kan? taktau lah dorang bekejar-kejar nak buat citer-citer realiti kat TV nie utk apa? untuk meraih keuntungan ke? merosakkan akhlak manusia lain ke? menyesatkan manusia ke? atau apa????? dalam Program yang bongok ni plan, nak cari peserta lelaki dan perempuan... pastu buatlah style lelong.. sapa letak harga lagi tinggi lagi bagus... pastu calon/peserta ni kene bersedia utk mengadakan seks dengan siapa-siapa pon yang offer paling tinggi... wahhhhhh satu dunia tengok ni kat tv... boleh eh mcm tu? ok lah... itu takyah lah nak campur.. suke ati dialah kan.. gipon bukan kat Mesia ni ha... lantak lah...hope u all x macam nie nak ok...


Iklan Dalam Toilet:-

wah gitu.. yang ni bukan iklan dalam suat kabo yer... aku pon tekejut bila nampak iklan ni dalam toilet .. hebat giler kan? so penjawat awam senyum sampai telinga ke??? contact number ada dah tulis siap-siap kat situ... Jess dengan Winnie ni mesti bersyukur aku tolong advertise kat sini.. cuma sian plak aku kat dorang nie.. sungguh tak beretika.. naper mesti ko tepek kat dalam toilet??????? aku ingatkan offer jawatan cleaner ke.... gaji bukan calang-calang tu.. tp adv kat toilet.. hampeh dot com..... utk yang nak pegi interview tu... hati-hati.. eh kalo korang pegi, balik nanti leh share citer.. nak gak aku tau... 

Sunday, February 13, 2011

MELAYU MUDAH LUPA

          Teringat aku apabila,bait2 perkataan 'MELAYU MUDAH LUPA' berlegar2 di minda ku....
tertanya2 mengapa dan kenapa ianya sering terjadi kepada kita yang mudah lupa pada erti PERJUANGAN.Inginkah kita menjadi seperti negara2 jiran di luar sana?Tepuk dada tanyalah selera ingatlah wahai saudara2ku perjuangan kita masih belum selesai...........syukurilah ....kita tidak dijajah lagi berterima kasihlah kepada mereka yang telah membangunkan negara tercinta ..hidup perjuangan ,hidup ketakwaan,


Biar islam mentakluk bumi, Biar Malaysia mengharumi,biar didalamnya berbilang kaum namun malaysia tetap aman ,Perjuangan yang dahulunya mantap tetap mantap hingga kini mengikut arus perjuangan ...namun ada juga yang cuba menjatuhkan sayap kerajaan...apa2 pun aku ingin berterimakasih atas kejayaan yang kerajaan malaysia lakukan ...tq PM dari dulu hingga kini...kerana adanya pentadbiran ini malaysia masih aman ....aku tidak mahu malaysia ku yang tercinta menjadi seperti seperti video clip yang akan aku paparkan kepada kalian semua...sebentar lagi.cukup tragis ..."Ya allah kau lindungilah negara kami dari bala bencana serta segala balasan akibat perbuatan manusia itu sendiri,Ya allah ,kau ampuni dosa2kami ...sesungguh nya kami insan yang kerdil.
 
Tontonilah Clip ini Kawan2 ku dan jadikan ianya sebagai satu ikhtibar. Biarkan air mata mengalir sebagai tanda kesyukuran, jangan biarkan ianya mengalir sebagai tanda penyiksaan. 
terimalah nurkilan dr saya GETAH SKRAP