Friday, June 17, 2011

'Usah cetus suasana tidak aman'




KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada kerajaan, negara dan rakyat, sekiranya ia diadakan.
Beliau berkata, rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.
"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis tidak akan keluarkan permit maka ianya satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.
"Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang," katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.
MUHYIDDIN (kanan) bergambar bersama penerima penghargaan pada majlis sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Combi di Kuala Lumpur semalam.

No comments:

Post a Comment